SMR #2 – Mengapa Perlu Tinggalkan Perkara Negatif?

mengapa-perlu-tinggalkan-perkara-negatif
Baik. Sebelum sambung siri ke-2 ini, pastikan sudah baca SMR #1 – Syarat Pertama Mengubah Hidup Negatif. Well, to be frank,

“Tiada benda yang baru. Hanya ada benda lama yang diperbaharui. Yang direfresh semula.”

Sebelum itu, kita lihat senario di bawah,

  • Adakah apabila seorang itu adalah seorang yang kaya, dia juga adalah seorang miskin?
  • Adakah apabila seorang itu sedang marah, dalam masa yang sama dia sedang ketawa? (Macam gila je kalau ada. Oh!)
  • Adakah apabila seorang itu putus cinta, dia kecewa, bersedih, dalam masa yang sama dia juga ceria, tersenyum dan tertawa dengan gembira?
  • Adakah apabila seorang itu sedang menulis dengan laptop, dalam masa yang sama dia sedang menulis dengan pen?
  • Yang paling mustahil, adakah apabila seorang itu adalah seorang perempuan, dia juga adalah seorang lelaki?

Pasti tidak bukan?

  • Orang kaya bukan orang miskin dalam masa yang sama. Pasti antara dua, kaya atau miskin.
  • Apabila seseorang itu sedang marah, mana mungkin ketika itu dia sedang ketawa. Pasti dia sedang bermuka merah kerana marah. Itu sahaja moodnya ketika itu.
  • Ketika seseorang itu putus cinta, emosi yang ada hanya kecewa, sedih dengan kekasih lamanya. Mana mungkin dia putus cinta, tetapi berasa ceria, gembira, tersenyum dan ketawa. Pasti hanya ada satu mood sahaja ketika itu iaitu mood negatif.
  • Apabila seseorang itu menulis dengan laptop, mana mungkin dia boleh fokus menulis dengan pen. Contoh yang kita boleh fikir,

Tangan kiri: Menaip

Tangan kanan: Menulis

Wah! Memang hebat kalau macam itu :3 Ia rare.

  • Yang ini memang mustahil. Mana mungkin ketika seseorang itu jadi perempuan, dia juga boleh menjadi lelaki. Hatta ketika dia menjadi pondan, dia tetap lelaki.

Maaf andai buat contoh merepek di sini. Saya cuma mahu perjelas, buka minda seluas-luasnya untuk terima keadaan di atas.

Berbalik kepada topik siri ini. Jadi, apakah kepentingan kita tinggalkan perkara negatif? Supaya perkara-perkara positif dapat masuk. Kita ibarat sebuah belon. Apabila dihembus dengan angin, kita akan kembung. Andai angin yang dilepaskan dalam badan kita dilepaskan, baru angin baru dapat masuk.

Begitulah kehidupan. Hanya apabila kita lepaskan perkara-perkara negatif, barulah perkara-perkara positif mudah masuk. Segala perkara-perkara yang baik termasuk,

  • Aliran kewangan yang lancar
  • Rezeki yang deras
  • Projek bisnes mudah jadi
  • Ahli keluarga yang soleh dan solehah
  • Jaringan (network) bisnes dan sekeliling yang berkualiti

… akan datang dalam hidup kita.

Kisah Mamat Putus Cinta

Saya dapat kisah ini daripada muzik video yang saya tonton.

Al kisah sepasang kekasih baru putus. Mamat ni punyalah frust. Baju bersepah dalam bilik. Termenung. Hisap beberapa batang rokok. Apabila pergi kerja pun, terbayang muka kekasih lamanya. Langsung tak boleh buat kerja. Sampai satu masa, dia kata,

“Ok, stop! Sudah masanya untuk berubah.”

Sejak itu, dia mula cukur janggut, kemaskan muka. Kemas bilik dia yang bersepah. Pakai pakaian yang kemas dan mula hidup dengan gembira.

Jadi, apa yang kita boleh belajar daripada kisah di atas?

Ketika dia sedang putus cinta, dia layan perkara-perkara negatif.

  • Frust
  • Termenung
  • Hisap rokok

Apa jadi?

  • Pergi kerja, nampak kekasih lama
  • Langsung tak boleh buat kerja

Tetapi apabila dia mula berubah?

  • Kemaskan janggut, rambut, misai nipis dan muka
  • Kemas bilik
  • Pakai pakaian yang kemas

Apa jadi?

  • Dia bersemangat macam biasa
  • Dia gembira

Dapat sesuatu? Kalau dapat, good! Formula di sini adalah..

Apabila kita layan perkara-perkara negatif, hasilnya perkara negatif akan berlaku.

Apabila kita layan perkara-perkara positif, hasilnya perkara positif akan berlaku.

30 Tahun Bekerja Tak Kaya-kaya

“Rasa macam terkena pada diri je?”

Tak perlu cakap 30 tahun la. Ada seorang mamat ni berbisnes dah 2 tahun. Tetapi sedih, Iphone 5S pun tak mampu nak beli. Sebab apa? Sebab ada duit je pergi belanja, spend ikut nafsu, spend lebih daripada perlu.

Ikutkan dah terkumpul income dia setahun dah lebih RM10,000 tetapi duit itu tiada dalam simpanan. Ke mana? Tidak lain selain daripada berbelanja ikut nafsu. Cerita orang yang sibuk buang masa pada tiap hari. Ikutkan ada senarai tugasan yang perlu buat. Kerja sendiri di rumah. Apabila tidak berdisplin, banyak ke laut.

Kalau ikutkan, setahun boleh buat 3 – 5 projek, tetapi sebab tak berdisplin, selalu main Facebook, buka mata je Facebook / Instagram, dah puas nafsu layan Facebook / Instagram baru buat kerja. Senarai tugasan ada 10 perkara kena buat. Oleh sebab dah buang banyak masa, hanya 2 kerja je dapat siap.

“Untuk dapat apa yang kita tidak pernah, kita perlu buat apa yang kita tidak pernah buat.”

Kalau you betul nak kaya dan berjaya, you kena full push the throttle untuk bermujahadah nafsu buat yang perlu. Buat sesuatu yang akan untungkan you pada masa hadapan, pada 10 tahun akan datang. Melainkan kalau kita mati cepat, it is ok. Itupun tak ok sangat. Sebab sepatutnya kita dah sediakan bekalan untuk keluarga, supaya mereka tidak meminta-minta.

“Sesungguhnya apabila saudara meninggalkan ahli waris saudara dalam keadaan kaya, adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan miskin, dan menadah tangan (meminta-minta) kepada manusia.” (Sahih Muslim)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s