SMR #3 – Tetapkan Matlamat Sebelum Berubah

Sebelum ini kita dah tahu, kenapa perlu tinggalkan perkara-perkara negatif. Sifu inche kata,

“Selagi tak tinggalkan yang negatif, akan kekal macam tu. Selagi kekal macam tu, selagi tu hidup tak berubah-ubah. Hidup akan menderita selama 7X tahun, malapetaka malang bertimpa-timpa datang.”

Nauzubillahi min zalik.

Mana tak ya, tugasan kekayaan ada 10 pada tiap hari. Tetapi kita siapkan 2 sahaja. Kerja yang boleh siap sebulan drag sehingga 3 bulan. Yang boleh siap 3 bulan, drag sehingga 3 tahun. Apabila dah banyak tahun berlalu, mula menyesal. Banyak masalah mula timbul.

Nak tak nak, kita kena tinggalkan segala perangai negatif kita untuk maju ke hadapan. Untuk berubah ke arah kehidupan positif yang kita impikan. Apa yang kita buat sekarang, mungkin adakalanya perlu dihentikan. Kita tidak boleh hapuskan energi tetapi kita boleh pindahkan energi.

Contoh, kita pengguna Instagram tegar. Buka mata je Instagram. Bagi mengubah kepada perangai positif, kita alihkan energi yang suka buka Instagram tu kepada buka terjemahaan Al Quran. Fikir semula bagaimana kita jadi setegar itu.

Mesti sebelum kita jadi tegar seperti itu, sebenarnya kita tak begitu layan hp sangat selepas tidur. Cuma apabila kita terbiasakan energi itu ke arah itu, kita jadi macam itu. Jadi solusinya adalah kita fokuskan energi itu kepada perkara lain. Mula-mula memang susah. Kata pepatah,

“Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.”

Insya-Allah, dengan itu kita akan teralih kepada sesuatu yang lebih baik. Dan kita terpaksa melupakan perkara negatif. Mana yang penting,

“Orang like dan komen banyak, masa pun banyak habis. Atau tiada orang komen 2-3 kerat like, tetapi long term kaya raya?”

Lebih baik orang tidak kenal pun kita siapa, tetapi kita buat duit di belakang tabir, dapat bantu orang.

Ada seorang mamat ni, belakang tabir 5 – 6 angka macam kacang je, walau bila post orang tak like sangat pun. Tetapi memang tabik spring, sebab dia banyak jadi penaja untuk beberapa buah pondok, sekolah tahfiz. Kan best macam tu?

Daripada banyak post di Facebook, ramai orang like, banyak cakap tetapi tiada isi. Kosong.

“Orang ikut kita sebab result, bukan apa kita cakap.”

Sambung topik. Sebelum kita nak pergi sesuatu tempat, kita kena ada kompas. Ada peta di tangan bak kata Puan Ainon Mohd, pengasas syarikat penerbitan PTS. Contoh jadi backpackers ke Turkey. Perlu ada destinasi nak pergi mana > lepas tu cari cara pergi tempat itu. Sama juga dalam hal kekayaan.

Soalan: Apa yang kita inginkan dalam hidup ini?

Pasti ada banyak. 101 Jawapan dalam fikiran kita. Nak itu nak ini. Sehingga apabila ditanya secara spesifik,

“Kamu nak apa sebenarnya dalam hidup ini?”

Kita tidak tahu nak beri jawapan secara spesifik. Hatta ketika berdoa pun, kita pakai doa umum (tidak semua tetapi ada). Contoh doa umum,

“Ya Allah, kurniakanlah aku rezeki yang deras.”

Persoalannya, nak rezeki yang bagaimana? Wang? Kesihatan? Jodoh?

Takpe. Simpan dulu jawapan. Insya-Allah saya akan kongsikan jawapan yang relevan dalam artikel ini.

Saya mahu bantu, maka izinkan saya bantu. Tetapi antara syaratnya, baca sampai habis insya-Allah. Kalau ada persoalan boleh komen / hantar emel ok?

Deal?

Good! Alhamdulillah.

Kita masuk part bisnes sedikit. Kita lihat McD, Garnier sibuk iklan di TV. Adakah ia antara cara yang melariskan jualan? Jawapannya ya. Tetapi, tiap daripada jenama-jenama itu, pasti ada strategi yang mereka rancang sebelum sanggup melabur untuk iklankan secara besar-besaran malah mahal.

Iklan di TV – taktik.

Sebab itu jangan terlalu lurus untuk ikut taktik orang lain untuk bisnes kita. Kerana mereka ada strategi sendiri untuk apa yang mereka lakukan.

Begitu juga dalam menjemput rezeki. Hal-hal keTuhanan.

Apabila kita terus buat taktik, ia menjadi penyebab utama kita tak konsisten dalam beramal. Selepas itu, apa yang jadi? Merungut.

Merungut … kenapa dia dapat, aku tak dapat?
Kenapa aku buat tak menjadi? Dia buat menjadi je.

“Jadi, apa perlu buat?”

Albert Einstein berkata,

“If you can’t explain it to a six year old, you don’t understand it yourself.”

Andai kita tidak dapat jelaskan kepada budak 6 tahun, ia bermaksud kita sendiri tidak faham.

1. Kenali dan dalami sebab kenapa kita nakkan sesuatu

Ada banyak perkara yang kita inginkan. Dalam artikel ini, saya nak fokus beberapa sahaja. Setiap daripada kita inginkan hidup yang tenang dan tenteram. Dan setiap daripada kita ingin banyak wang.

Masalah terbesar abad ini yang ada pada tiap jiwa adalah wang. Masalah biasa,

– Hutang
– Duit tak cukup
– Krisis kewangan kais pagi, makan pagi

Baik, kita ambil contoh. Kita nakkan duit, supaya kita hidup tenang dan tenteram. Pasti, kita mengimpikan kehidupan yang bebas hutang, bebas kewangan. Kita nak beli apa, kita lebih daripada mampu. Dengan siapa, pada bila-bila masa.

Apabila diselami, kenapa nak duit? Supaya dapat bebas hutang? Kenapa nak bebas hutang? Supaya tenang dan tenteram.

Pasti, apabila diselami tiap jawapan kita, akhirnya jawapan kepada ‘apa yang kita nak dalam hidup’ adalah tenang dan tenteram. Baca petikan di bawah,

Jack Ma: If you’re still poor at 35, you deserve it!

You are poor because you have no ambition.

– You are poor because you do not have the desire to become successful.

– You are poor because you lack foresight.

– You are poor because you cannot overcome your cowardice.

– You are poor because you lack the courage and determination.

– With ambition you can overcome all inferiority and maximise your potential!

– With ambition you can persevere, continuously learn new things and strive for perfection.

– With ambition you can defy all odds, and create miracles when others daren’t.

– No matter how poor your family is, do not doubt your own abilities and lose sight of your ambition.

– When your family deems you worthless, no one will pity you.

– When your parents do not have money to pay the medical bills, no one will pity you.

– When you are beaten by your competitors, no one will pity you.

– When your loved ones abandon you, no one will pity you.

– When you have not accomplished anything by the time you are 35, no one will pity you.

Go big, or go home. Otherwise, you’re wasting your youth.

Sebab itulah penting kita ada matlamat sebelum berubah. Apa kita nak jadi 3 – 5 – 7 – 10 – 15 – 30 tahun akan datang.

2. Set dan stick 1 jawapan yang konkrit

Baik. Oleh sebab, insya-Allah andai dengan ada wang yang banyak menjadi tool buat kita tenang dan tenteram, why not, kita stick dengan jawapan yang konkrit untuk soalan,

“Apa yang kita inginkan dalam hidup?”

… kita nak wang bekerja 24/7 tanpa henti.

Alhamdulillah, fasa penetapan matlamat sudah selesai. Selepas ini, barulah lebih mudah untuk kita cari jalan mencapai impian.

Rumusan:

Manusia mahukan kehidupan yang tenang dan tenteram. Antaranya adalah dengan wang bekerja 24/7 tanpa henti untuk kita.

Insya-Allah kita sambung artikel selepas ini tentang, apa yang perlu kita buat capai matlamat ‘wang bekerja 24/7 tanpa henti untuk kita’.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s