SMR #4 – Hakikat Revolusi (Perubahan)

motivasi-seorang-daie

Satu perkara penting you kena faham, apabila you nak berubah ke arah sesuatu yang lebih baik, you wajib tinggalkan beberapa perkara yang lama. Contoh:

  • Kalau nak jadi Wak Doyok yang smart dan pandai berfashion, kena tinggalkan cara pemakaian yang selekah. Mula dapatkan senarai pakaian yang smart, walau pada harga yang murah. Wak Doyok tidak pernah kelihatan sangat selekeh, sebaliknya beliau sentiasa kemas.
  • Kalau nak jadi seseorang yang hebat dalam pengucapan awam (public speaking), kena tinggalkan kehidupan menjadi seorang pendiam. Perlu mula bercakap, bertemu dan berhadapan dengan ramai orang.

  • Kalau nak jadi seorang yang hebat dalam pemasaran, kena tinggalkan sikap malas membaca, malas bertindak. Perlu rajin baca, buat analisis, perbaiki kesilapan dalam pemasaran, luangkan wang dan masa untuk dapatkan ilmu baru.
  • Kalau nak jadi novelis yang sarat dengan idea-idea drama yang awesome, kena tinggalkan sikap angan-angan semata. Kena banyak tengok drama, baca novel. Insya-Allah daripada ratusan drama dan novel itu akan menerbitkan idea-idea baru dalam novel penulisan sendiri.
  • Kalau nak tulis buku tentang ‘Bagaimana membasmi kerisauan?’, kena buang sikap malas membaca. Perlu jadi seseorang yang rajin baca, praktikkan dan barulah akan dapat buktikan keberkesanan teknik yang diperoleh.

Andai kita baca buku How To Stop Worrying and Start Living, Dale Carganie menulis, beliau hanya temukan 22 buah buku sahaja yang berkaitan dengan ketakutan. Sedangkan buku yang berkaitan dengan cacing ada sebanyak 189 buah di Perpustakaan Awam New York yang terletak di Fifth Avenue, 42nd street.

Ia menunjukkan beliau menulis buku itu bukan hanya daripada pengalaman semata, tetapi bacaan buku yang banyak.

“Penulis ibarat seorang perumus daripada apa yang mereka baca, kaji atau praktikkan berdasarkan pengalaman.”

Tidak hairan mengapa buku itu menjadi antara buku bestseller yang terjual lebih 15 juta naskhah. Agak-agak, kalau kita baca 2 – 3 buku dan berniat tulis buku bestseller yang terjual sehingga jutaan naskhah, agak-agak dapatkah? Sendiri mau jawab la.

Sebab itu, kalau nak berubah, kita kena tinggalkan sikap-sikap negatif kita di belakang. Supaya kita boleh jadi someone new. Seseorang yang baru dalam kelahiran yang sama.

“New life in a same place.”

Selagi kita tidak tinggalkan sikap lama kita, kita tidak akan pernah berubah ke arah kehidupan yang lebih baik. Cuba renung sudah berapa lama kita bermindset sekarang, ilmu seperti sekarang, sikap seperti sekarang, adakah kehidupan kita berubah atau masih sama? Hanya you yang tahu jawapannya lebih baik daripada kami.

Jika sikap, mindset dan ilmu seperti sekarang membawa perubahan, go on. Else, ia terpaksa ditinggalkan dan develope new behaviour, knowledge and mindset.

Dapat sesuatu? Setakat ini apa yang telah dipelajari? Kongsikan. Your response will determine for next content. The more you response, the easier we design next content that suitable to your needs, insya-Allah.

Advertisements

One thought on “SMR #4 – Hakikat Revolusi (Perubahan)

  1. Pingback: Masalah – Jangan Bersedih, Ia Pasti Reda | Insyirah Azhar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s