SMR #5 – Kapasiti Dan Kekayaan

Ulang semula (revise) siri sebelum ini. Ada tambahan. Buat sekarang bukan esok, tulat, atau bila dah jadi ulat.

Plan Tindakan Siri Inche Hujan  4 – Hakikat Revolusi

Apa yang boleh dilakukan adalah tulis apa sikap buruk, dan apa perkara positif yang patut diubah daripada sikap negatif itu.

Contoh: Saya asyik online facebook sehingga saya leka, buang masa, dan tidak buat to do list saya pada hari itu.

Saya perlu tinggalkan sikap yang selalu on9 fb dan buang masa dengannya. Saya perlu tulis to do list, dan pakai teknik pomodoro untuk manfaatkan masa sebaiknya. Insya-Allah buat begitu lebih jelas apa yang perlu diubah, dan tinggalkan.

Sebelum kita masuk amalan-amalan kekayaan, dan kerezekian, penting tunekan mindset terlebih dahulu. Selagi kita masih dengan mindset lama, kita tak ke mana.

Contoh mudah. Orang yang dapat duit EPF, walaupun duit dia banyak, tetapi dia tiada ilmu jadikan duit itu sesuatu yang menguntungkan, duit itu akan habis juga.

Dalam soal ini, andai kita diberi ilmu rezeki 7 petala langit sekalipun, andai mindset kita,

“Buat amalan kerezekian, dapat rezeki.”

Kita tidak akan stay longer untuk beramal. Apabila kita dengan mindset begitu, apabila dapat rezeki, kita akan terus beramal, apabila tak dapat rezeki, kita berhenti.

Lepas itu datang pula soalan,

“Aku buat amalan tak menjadi pun.”

Sedangkan buat amalan berterabur. Main lepas je. Tiada tertib.

Syeikh Ibn Athailah dalam al-Hikam mengatakan: “Salah satu tanda bergantung pada amal, adalah berkurangnya harapan tatkala gagal.”

Sebab apa? Sebab mindset yang salah. Ada 3 perkara penting untuk dihadam,

  • Matlamat hidup = Redha Allah
  • Tujuan dicipta = Ibadah dan khalifah
  • Niat buat amal / ibadah = Ia suruhan / perintah dan mesti ikut cara Nabi SAW)

Sebaiknya tiap amalan kita berteraskan 3 perkara di atas sahaja. Itu sahaja penguat diri untuk terus beramal. Bukan kerana fadhilat amal (hasil setelah beramal). Ia tertakluk kepada Allah untuk beri atau tidak kepada kita.

Pokoknya, kita sebagai hamba perlu beramal kerana 3 perkara itu sahaja. Sebaliknya, kalau kita beramal kerana fadhilat amal semata, sebab itu jadi,

“Cari Allah ketika dapat musibah je.”

“Kamu ingat Allah ketika kamu senang, Allah pasti mengingat kamu ketika susah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ramai orang beribadah dengan mind set yang kurang tepat, iaitu untuk mendapat kelebihan semata- mata.

Mindset untuk ibadah ialah, kita buat kerana ia suruhan Allah SWT, dan suruhan itu mesti dibuat mengikut cara Nabi SAW. Bukan buat ikut apa yang kita suka, ikut kepala sendiri, ikut apa yang tahu. Apabila ibadat ikut kepala sendiri, itu sebab ramai orang ibadah tiada sebarang perubahan.

Kerja kosong

Metaforanya macam ini. You ada kerja kosong di syarikat you. Suatu hari ada seorang mamat nama Kimi minta kerja dengan you. You adalah adalah owner syarikat tu. Kimi ni you tak kenal pun. 100% tak pernah kenal. Tak tahu dari mana dia tahu tentang tawaran kerja kosong di syarikat you. Sedangkan you tak post pun iklan di mana-mana kecuali jemaah bisnes terdekat.

Di sisi yang lain, ada seorang mamat bernama Johan. Minta kerja. Dapat tahu daripada jemaah bisnes you yang terdekat. You mudah tahu tentang dia apabila you tanya pada orang yang dia pernah bekerja, iaitu jemaah bisnes you. Jemaah bisnes you pun kata dia bagus, rajin dan komited orangnya.

Soalan: Agak-agak Johan ada potensi tak untuk dapat kerja kosong tu?

I’m sure your answer will be almost,

“Ada potensi dapat.”

Relationship. Recommendation. Tujuan beramal adalah supaya kita sentiasa ada connection, relationship dengan Allah. Bukan kerana nak dapat fadhilat amal semata. Sebab fadhilat amal, Allah juga yang ‘pegang’, maksudnya Dia juga yang mengatur nak beri atau tidak.

Apa itu kapasiti?

Kalau kita beli hard disk, tiap daripada barang itu ada kapasiti tersendiri. Kapasiti boleh diterjemahkan kepada kemampuan diri.

Bayangkan begini. You ada anak dara. Suatu hari anak you kata, dia nak kahwin. Agak-agak you bagikah anak you kahwin, jika anak you tu,

– Selalu bangun lambat, matahari dah tegak baru nak bangun
– Pegang kuali pun tak tahu
– Basuh pinggan tak bersih
– Bilik bersepah
– Gosok kemeja ayah dia pun kedut

Kata orang Melayu,

“Ada ghope ke nak jadi isteri orang?”

Kalau saya jadi bapa dia pun, mana mungkin nak bagi bakal isteri yang tak senoreh macam tu. Mesti saya nak ‘hias’ dia dahulu dengan akhlak-akhlak yang mulia, ilmu menjadi isteri solehah.

Barulah seorang ayah ni rasa lega, apabila nak lepaskan kepada keluarga orang lain (keluarga bakal suami). Sebab apa-apa anak you tu yang akan merefleksi ibu bapa, dan keluarganya.

Sama juga dalam soal kekayaan. Agak-agak Allah nak beri nikmat kekayaan harta pada kita ke kalau kita,

– Pengurusan kewangan berterabur
– Ilmu kewangan seciput
– Tanya pasal pelaburan… menganga (tak tahu langsung)

Kalau you jadi boss pun, mesti you tak upah orang macam tu untuk uruskan akaun-akaun bank you. Sebab dia tak tahu apa-apa tentang kewangan.

Sebab itu penting adakan kapisiti terlebih dahulu sebelum mahu minta menjadi kaya. Belajar ilmu-ilmu kewangan, pengurusan kewangan. Mula simpan 10%, dan belajar tentang pelaburan. Kemudian, rajin buat kajian.

Barulah layak menjadi consultant of money. Barulah layak diberi nikmat kekayaan harta. Ada soalan? Jika ada boleh komen atau tanya secara peribadi. Lebih banyak persoalan, lebih mudah kami design content untuk next series. Insya-Allah.

Jangan berangan untuk kaya jika pengurusan kewangan masih berterabur. Harta yang berlimpahan akan pergi kepada orang yang faham dan amal hukum-hukum kewangan.

Jangan berangan untuk menjual jika ilmu seni menjual tidak dipelajari. Jurujual yang bekerja keras belum tentu hasil jualannya laku keras. Jurujual jutawan rajin membaca, praktik dan kaji secara menggila.

Jangan berangan untuk ubah hidup negatif, andai masih dibelenggu dengan sikap, mindset, dan perkara-perkara negatif. Revolusi akan bermula hanya apabila, kita tekad meninggalkannya (perkara-perkara negatif). – Inche Hujan

Advertisements

One thought on “SMR #5 – Kapasiti Dan Kekayaan

  1. Pingback: 4 Nasihat Kepada Bakal Zaujah | Insyirah Azhar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s