SMR #8 – Simpan 10%

Insyirah Azhar (IA) adalah seorang penulis hawa yang muda yang berada dalam genre Inspirasi KeTuhanan. Dia banyak menerima emel luahan tentang masalah kewangan.

Simpan 10% – hok alorh. Benda kecik je?

Mungkin ada orang akan cakap macam di atas. Ingat ini,

“Gunung-ganang terdiri daripada kerikil-kerikil batu.”

Bayangkan you ada RM 1 juta simpanan. Adakah you punya,

– Mindset
– Cara kerja
– Idea

Akan sama dengan orang yang ada simpanan RM1?

“Mana datangnya RM1 juta?”

Bermula dengan simpanan 10%. Orang yang tiada simpanan, tidak akan boleh buat pelaburan. Orang yang tidak buat pelaburan, tidak akan kaya sampai bila-bila.

“Saya gaji kecil, mana boleh simpan 10%. Tak cukup Inche Hujan. Ada anak lagi.”

Boleh tak kalau saya kata begini,

“You tanya orang yang gaji RM3,000, RM1,000, atau RM50,000 sekalipun. Saya boleh sahkan, kalau pendapatan banyak mana pun, tidak simpan 10%, your life is game over. You tanya orang yang ada banyak tanggungan, sedikit tanggungan, hatta pelajar sekalipun. At the end, sampai satu masa, masalah kewangan mereka adalah,

– Tidak cukup duit
– Tiada simpanan

Apa yang saya nak cakapkan adalah, 2 perkara di atas adalah tahap yang sama, walau pendapatan masing-masing berbeza. Jadi, boleh kan saya cakap macam ini,

“Walau you ada income berbeza, you tetap boleh simpan 10% daripada tiap income. Hanya displin sahaja yang membezakan.”

Kisah Duit RM50 Yang HARAM

Suatu ketika dulu, IA bukan macam sekarang. Dia tidak berbisnes. Dia suka pada seorang selebriti muslimah bernama Amie Sofia Ahmad. Ketika kak Amie pergi umrah, IA pergi hantar di KLIA.

IA sanggup spend RM35 sehala untuk ulang-alik naik KLIA Ekspress. Selepas kak Amie tahu, beliau beri IA sejumlah duit. Katakan ia RM50. Sampai sekarang, IA tak pernah belanja duit itu, walau dia terdesak macam mana pun. Sebab apa?

“Sebab IA tekad dan haramkan baginya untuk belanjakan duit itu.”

Jadi kalau IA takde duit pun, dia takkan pakai duit itu. Melainkan hanya letak dalam dompetnya. Antara sebabnya,

“Artis kot bagi duit. Bukan selalu. Bukan sebab duit sebenarnya, tetapi sebab value duit itu walau hanya RM50, tetapi ia hadiah daripada seseorang yang IA kasihi.”

Itu yang mahal daripada RM50 tu. Jadi apa boleh kita simpulkan di sini,

“Displin.”

Apabila you tekad simpan 10% dengan niat kekayaan bertambah dari semasa ke semasa, you akan berjaya simpan, dan takkan guna simpanan itu melainkan untuk pelaburan BUKAN perbelanjaan ATAU keinginan.

Kalau you antara,

“Ada simpanan adalah.”
“Ada baki adalah.”

  • You akan ada masalah simpan 10% sampai bila-bila.
  • Hidup you akan kekal malang bertimpa-timpa.
  • You akan ada masalah kewangan sampai mati.
  • Duit you sampai bila-bila takkan cukup.

Apabila you tiada simpanan 10%, otak you akan buta, hati you buta. IA pernah dapat emel merayu minta tolong kewangan, nak minta ah long, minta bagi sebab anak, and so on.

It is not about IA tak tolong, it is about, simpanan 10% akan bina you punya dalaman. Katakan you ada simpanan RM10K, you punya dalaman akan berkata,

“Aku ada duit.”

Bagaimana kalau you tiada simpanan hatta 1 sen? You punya dalaman akan berkata,

“Aku tiada duit.”

“When you focus problems, you will have more problems. When you focus possibilites, you will have more opputunities.”

Apabila dalaman you focus perkara-perkara negatif, segala zarah dalam diri you akan fokus pada perkara-perkara negatif. And you expect, positive things will happen?

No la.

  • You punya pemikiran
  • You punya idea
  • You punya kata-kata
  • Energi you

Semuanya akan jadi negatif. Sebab itu kalau tak boleh nak berfikir secara rasional, pemikiran negatif seperti cari ah long, merayu minta tolong kepada orang lain akan keluar.

Kalau orang bagi solusi 1001 pun, you takkan ambil ia sebagai solusi, sebab otak you dah lost, buntu, tak tahu nak fikir mana yang baik dan buruk.

Biasanya kalau you dah fed up, apa you buat? Kalau positif that is good. Tetapi saya rasalah mesti negatif punya. Antara perkataan biasa,

“Arrrgggghhhh… malas nak fikir. Lantaklah apa nak jadi, jadilah.”

Biasanya kalau you dah capai takat tu = redha. Time tu you akan spark up. Sebab you dah serahkan diri you 100% kepada Allah.

1 / 0 = infiniti

1 = Allah
0 = Ego manusia
Infiniti = Miracle yang tidak disangka-sangka

Apabila you dah jadi zero (kosong), saat itu you akan jadi somebody yang lebih relax dengan izin-Nya.

Mengapa Apabila Dah Redha = Positif?

Kita renung semula. Apabila you focus problem, zarah-zarah dalam diri you akan jadi negatif. Time tu you mulalah fikir 101 pemikiran negatif. You sibuk berusaha segala fizikal.

Apabila manusia mendekatkan diri kepada ibadah, melakukan amalan yang positif, element diri akan menjadi positif. Sebab itu apabila you redha, dimensi yang lain = you sedang dekat dengan Allah. Apabila you fokus usaha luaran (mungkin akan menjauhkan you dengan kekuatan daripada Allah).

You ikut logik – usaha luaran
You dekatkan diri dengan Allah – usaha spiritual

Ni rahsia. Tapi bila dah cerita tak rahsia lagi.

“Usaha spiritual 90% lebih berkuasa daripada usaha luaran 10%.”

Bukti?

“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai.

Maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.

Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir.” (Surat At Taubah: 25 – 26)

Daripada perkara di atas, perhatikan ayat ini,

“Iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai. Maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun.”

Andai kita adaptasi,

“Usaha luaran yang banyak pun tidak akan memberi manfaat, tanpa pertolongan Allah.”

Justeru selarikan, imbangkan usaha luaran dan spiritual.

“Erkk…macam dah terlajak je ni?”

So nampak tak impak usaha spiritual more than usaha luaran? Jadi, apa perlu buat? Bina usaha spiritual dengan simpan 10%. Ingat ya, simpan 10% akan bina you punya spiritual walau ia nampak macam usaha luaran.

Apabila you simpan 10%, you sedang membina,

– Mindset
– Idea
– Gaya

Diri you yang baru. Sebab you punya dalaman akan mula berubah ke arah positif insya-Allah.

Syarat ketat: Displin a.k.a haramkan diri daripada belanjakan simpanan 10% walauapapun terjadi. Kecuali dah sampai masa, you dah ada ilmu pelaburan bagaimana guna duit simpanan untuk melabur, only then baru boleh guna.

99% you berjaya buat simpan 10%, insya-Allah hidup you berubah.

99% gagal simpan 10%, hidup you akan kekal negatif sampai bila-bila. Nauzubillah.

Advertisements

4 thoughts on “SMR #8 – Simpan 10%

    • Insyirah Azhar says:

      Wassalamun alaik, ya. Sama sahaja. Simpan > belajar tentang emas / saham / hartanah. So that kita pandang jauh ke hadapan end result ‘kenapa aku perlu simpan 10% sampai berjaya’.

      Sama sahaja. Hatta budak darjah 6 pun perlu dan boleh simpan 10%. Bezanya nilai tiap individu.

      Andai pelajar MARA – tiap bulan RM700 – simpan RM70.

      Andai budak darjah 6 – tiap hari mak bagi belanja RM10 – simpan RM1.

      Andai bekerja gaji RM1,000 – tiap bulan simpan RM100.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s