Energi Mendoakan Orang Lain

Orang yang beruntung adalah apabila you diingat dan didoakan orang lain.”

Sayang itu boleh dicakap, tetapi komitednya akan terefleksi pada tindakan. Antaranya melalui doa.

Berapa ramai orang yang you sayang, dan you doakan mereka tiap kali solat atau tiap kali you doa? Adakah you ingat tak ingat mereka dalam doa you, atau jarang-jarang doa?

Doa You vs. Doa Malaikat

Daripada Abu Darda’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya :

“Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim)

“Apa yang power sangat dengan mendoakan orang lain? Ada faedah ke?”

Malaikat. Kita tidak tahu mereka berapa ramai. You ada satu je. Ibarat kalau you doa untuk diri sendiri, 1 tembakan doa sahaja yang terlepas. Tetapi apabila you doakan orang lain, jumlah malaikat yang tidak tahu berapa banyak tu doakan you semula.

“Boleh bayangkan?”

Macam pakai senjata yang tembak bertubi-tubi, sarung peluru panjang bermeter-meter.

Kita manusia, buat dosa. Sedangkan malaikat adalah makhluk Tuhan yang sentiasa bertasbih, beribadah kepada Allah. Kita ini, kadang-kadang apabila dah susah tu baru ingat Allah. Tetapi tidak malaikat. Mereka sentiasa beribadah kepada Allah.

Jadi, janganlah kedekut sangat nak doakan orang lain. Sambil tu doa juga untuk orang yang buat jahat kepada you. Orang yang paling you benci, doakan dia juga.

“Kenapa Inche Hujan?”

Orang yang susah dan kedekut doakan orang lain, adalah antara ciri-ciri ada penyakit hati. Apabila you doakan orang yang buat jahat atau orang yang you benci, daripada dimensi yang lain, you sedang mencuci hati you.

Ingat ya,

“Antara doa makbul daripada hati yang bersih. Bersih daripada hasad dengki, dendam, tidak memaafkan orang lain.”

Tak maafkan orang lain tu, benda baik ke buruk? Sendiri mau ingat la.

Ceritanya macam ni, ketika di majlis ilmu Rasullullah S.A.W yang mengajar para sahabat. Tiba-tiba Nabi berhenti,

“Nanti di pintu ini akan masuk seorang sahabat yang akan masuk syurga”.

Lalu sahabat menumpukan mata di pintu untuk melihat siapa lelaki itu. Lelaki itu masuk dan solat dua rakaat.

Pada hari berikutnya, Nabi memberitahu perkara yang sama juga kepada para sahabat. Namun lelaki yang sama tetap muncul. Begitulah jugak pada hari ketiga, Nabi mengkhabarkan perkara yang sama bahawa lelaki yang sama itulah sebagai ahli syurga.

Lantas para sahabat tertanya-tanya, apakah amalan lelaki itu yang istimewa sangat yang membolehkan dia masuk syurga Allah. Abdullah bin Umar memohon izin pada Rasullullah untuk menyelidiki amalan lelaki yang dijanjikan syurga padanya.

Pada malam pertama di rumah sahabat itu, Abdullah bin Umar tidak tidur hanya disebabkan untuk melihat apakah amalan yang istimewanya. Namun, tidak terlihat amalan istimewanya. Amalannya biasa sahaja, tidak banyak puasa sunat malah qiammullail pun kurang jika dibandingkan dengan Abdullah bin Umar.

Pada malam berikutnya, keadaannya juga sama, tidak terserlah amalan yang istimewa yang dilakukan oleh bakal ahli syurga itu. Setelah beberapa hari bermalam dirumah itu, lalu sahabat terus bertanya kepada lelaki itu.

“Aku dikhabarkan dari mulut Rasullullah sendiri sebanyak tiga kali bahawa tuan adalah ahli syurga tetapi tidak terlihat amalan yang hebat tuan lakukan melainkan yang biasa sahaja.”

Abdullah bin Umar menceritakan terus tujuan kedatangannya.

“Apakah rahsia tuan yangmenyebabkan tuan menjadi ahli syurga?”

Lelaki itu menjawab,

“Aku tidak melakukan kurang atau lebih amalan. Abdullah bin Umar berganjak hendak meninggalakan lelaki itu dan tiba-tiba lelaki itu memanggilnya semula dan dia berkata,

“Tiada apa yang istimewa pada diriku. Demi Allah aku tidak pernah menyimpan perasaan dengki dan dendam pada sesipa pun. Setiap malam sebelum tidur aku berdoa dan aku maafkan semua orang tanpa menyimpan perasaan dengki dan dendam.”

Mendengar jawapan lelaki itu, Abdullah bin Umar berkata inilah yang mengangkat darjat tuan hingga menjadi penghuni syurga seperti yang disabdakan Rasullullah. (Hadist Riwayat Ahmad dengan sanad menurut syarat Bukhari, Muslim, dan Nasa’i)

Ibrah (pengajaran): You bersih daripada hasad dengki, maafkan orang lain – ganjaran syurga.

Jadi seperti yang saya dah cakap di atas,

“Jangan kedekut sangat nak mendoakan orang lain.”

Apabila you doakan orang lain, energi doa you lagi besar. Bayangkan 1 juta malaikat mengaamiinkan doa yang you baca untuk orang lain = mendoakan orang lain = you dapat semula doa itu.

“Melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim)

Advertisements

7 thoughts on “Energi Mendoakan Orang Lain

  1. Saya dapati posting2 kat blog ini sangat bermanfaat….

    Saya follow blog nie…. Sebab saya nak jadi kaya melalui perniagaan…. Mohon diberi tunjuk ajar dan doakan supaya berjaya….

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s