SMR #9 – Tingkatkan Pendapatan

$90,717 Hutang Pendidikan Selesai Dalam 7 Bulan

Petikan ini kredit pada Pakdi.net:

Di Amerika, ada seorang pemegang MBA, Harvard Business School, Joe Mihalic yang berhutang sehingga $101k dan selepas dua tahun dia membayar hutang secara konsisten dia mendapati hutangnya masih berbaki $ 90,717.

Ini menyebabkan dia mengambil keputusan untuk menghapuskan hutangnya dalam tempoh 10 bulan.

Ya, dia mengambil tindakan yang drastik, ekstrem dan mengkagumkan untuk menyelesaikan hutang pendidiakn sebanyak $ 90,717 dalam tempoh 7 bulan! Lebih cepat 3 bulan dari sasaran asalnya.

Bagaimana dia melakukannya?

Satu, Cara Kedekut Macam Haji Bakhil

Antaranya:

Menggunakan semua simpanan.
Tidak keluar dating & tengok wayang.
Bawa bekal air keluar dengan kawan-kawan.
Tidak balik kampung untuk sambut raya (Krismas daa).
Tidak pergi parti bujang dan kenduri kahwin.
Meningkatkan kemahiran Do-It-Yourself (DIY) dalam pelbagai kerja rumah.
Tidak beli baju baru.
Tidak beli gajet baru.
Tidak simpan dalam KWSP versi Amerika (skim 401k)
Lambat bayar cukai (ya, dia kena penalti)

Dua, Cara Menambah Pendapatan

Antaranya.

Menyewa bilik lebih di rumahnya.
Pedi-cabbing.
Bisnes lanskap.
Jual kereta kedua.
Jual motorsikal miliknya.
Jual basikal juga miliknya.
Garaj sale.
Fuh. Berpeluh juga.

Dia melakukan strategi kombo iaitu:

“Kurangkan perbelanjaan + tambah pendapatan = Hutang selesai.”

Jika dia mampu melakukannya, kenapa kita tidak? Kalau nak kira dalam Ringgit Malaysia, dia menyelesaikan hutang lebih dari RM 270,000 dalam tempoh 7 bulan.

Ya, untuk berjaya mesti memilih jalan ekstrem, dalam hal ini sama ada menjadi sangat kedekut untuk ada duit bayar hutang atau jadi sangat hebat dalam bisnes sampai tak perlu jadi kedekut.

Kecil hutang diansur, habis hutang dibayar. (Terima kasih Kak Kujie kongsi peribahasa yang menarik)

Ya, ia adalah pilihan kita. Jika kita mahu menyelesaikannya secepat mungkin kita pasti berjumpa jalan keluar.

InsyaAllah.

Kalau kita lihat cara Joe selesaikan adalah, kurangkan perbelanjaan, dan tambah pendapatan

Robert Kiyosaki berkata,

“It’s more important to grow your income than cut your expenses. It’s more important to grow your spirit that cut your dreams.”

Lihat keperluan dan keinginan you pada,

2000
2003
2005
2010
2014

Andai you perasan ia akan semakin berkembang. Dan adakah you expect, you patut kurang perbelanjaan semata? Tanpa tambah pendapatan?

Apa yang you patut buat adalah tingkatkan pendapatan. Walau you ada pendapatan (katakan ia daripada pekerjaan tetap), you tak boleh bergantung 100% padanya.

Bila-bila masa sahaja majikan you boleh fire you. Ini bukanlah doa. Yang sepatutnya kita gantungkan diri hanya pada Allah. Sebab itu jangan berasa selesa sangat, apabila you jadi pekerja tetap sebuah syarikat.

Bila-bila masa sahaja syarikat itu boleh untung rugi. Ia adalah sesuatu yang you tak boleh kawal. Adakalanya you perlu fikir semua perkara itu, supaya you tak bergantung pada satu perkara sahaja.

Katakan mahasiswi. Mereka tak boleh hanya dengan mindset,

“Aku nak belajar untuk dapat kerja.”

Katakan you punya skill tak bagus, tak recommended pun oleh mana-mana syarikat. Then you nak buat apa? Melangok semata? Menangis kenapa tiada syarikat yang terima you?

Sebab itu you kena ada something sebagai backup. Kalau you ada simpanan, you boleh belajar tenting pelaburan. Jadi, boleh nampak kan? Bagaimana dengan simpanan, you boleh buat pelaburan.

Kalau you tiada simpanan? Sendiri mau ingat la. Dah lah skill you tak bagus, tiada syarikat / majikan suka you, you tiada simpanan. Memang akan rasa loser sangat time tu.

Impak Tidak Tingkatkan Pendapatan

Andai you dah kahwin, you direzekikan anak yang ramai. Adakah you nak merungut pada Tuhan, sebab ada anak yang ramai, you ada banyak tanggungan, you kena cari banyak wang?

Anak – sesuatu yang you boleh kawal. Orang kahwin tahulah perihal ini.

Tetapi bagaimana dengan harta emas, tanah dan lain-lain? You boleh ke cakap dengan kerajaan atau sesiapa pun,

“Tolonglah encik, saya ada ramai tanggungan, saya perlukan rumah. Tolonglah bagi saya diskaun RM50K sahaja untuk rumah ini.”

Tiap kali you nak beli rumah atau emas, you cakap macam itu? Memang takdelah orang nak kesian pada you. Sebab harga tanah, emas, rumah bukan sesuatu yang you boleh kawal.

Tetapi you boleh berbuat sesuatu untuk tingkatkan pendapatan.

3 Flow Mudah Buat Duit

1. Pilih niche

Niche = pengkhususan

You nak pilih bidang apa untuk buat duit?

– Bisnes digital (ebook dll)
– Kesihatan
– Kecantikan
– Kanak-kanak

2. Tulis apa masalah yang you nak selesaikan

Ingat ya, orang menjadi semakin kaya kerana bantu orang. Lagi ramai you dapat bantu orang, lagi layak you jadi kaya. You tengok, berapa ramai pengguna Facebook?

Tidak hairan mengapa Mark Zuckerberg layak jadi kaya. Malaysia sahaja sudah berpuluh juta. Inikan pula 1 dunia pakai Facebook. Memang layak dia jadi billionaire.

Cuba tengok diri you. Berapa ramai you telah bantu orang?

Tulis 70 idea masalah yang you nak selesaikan mengikut bidang yang you tetapkan

3. Kaji pelanggan

Selepas dah tulis 70 idea masalah yang you nak selesaikan > pilih 1 masalah yang you nak selesaikan. Yang you rasa you bersemangat nak work out on. Kemudian, kaji pelanggan.

Contoh:

Produk kuruskan badan untuk wanita bekerjaya yang sibuk

Wanita bekerjaya ni …

– Berapa purata umur?
– Apa masalah mereka?
– Di mana mereka selalu lepak?
– Apa yang mereka inginkan?

Selepas itu, barulah cari produk kuruskan badan itu. Yang you tengok berkesan, ada testimoni yang menyakinkan (syariah compliant sahaja ya).

Yang ini usaha fizikal. Insya-Allah siri seterusnya usaha spiritual. Nantikan hari Khamis jam 7 pagi insya-Allah.

“Jap Inche Hujan.”

“Ya.”

“Bagaimana kalau tiada modal?”

“Sifu saya kata, apabila you tiada ilmu, you fikir perkara-perkara mengarut. Cari ilmu walau di Google, kawan dengan puak kaya dan berjaya.”

Multimillionaire yang sharing dalam Advance Marketing Power program Richworks, mereka bermula dengan apa yang ada. Again, antaranya dengan simpanan 10% itu.

  • CCTV, start RM300 sahaja
  • Anis moist chocolate – dekat dapur kecil-kecilan
  • Baja – bawa lori, kemudian re-packing baja

Usahawan – kata akar daripada usaha. Usaha apa yang ada. Kalau you jenis perlukan modal untuk berniaga, you bukan usahawan, you modalwan. Ok, saya main-main. Jangan ambil kisah. Gurau pun tak boleh. Jadi, apa yang you perlu untuk buat duit? Modal ilmu. Bukan duit semata. Insyirah tu. Dia mula bisnes ebook RM10 sahaja di tangan. Itupun untuk upah ecover.

Tiada pula dia nak buat pinjaman RM100K untuk mula bisnes ebook. Daripada RM10, dia berjaya buat RM10K dengan 1 ebook. Itupun ambil masa juga. Tidak secepat Adly Mukhtar yang hit RM10K dengan satu ebook dalam masa 1 bulan sahaja. Ingat ya,

“Tiap orang tune berbeza, rezeki berbeza. Ada orang cepat, ada orang lambat. Sebab apa? Learning curve mereka.”

Yang pasti, tidak akan pernah gagal selagi you tak putus asa.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s