Zero To Hero – Idea Bisnes RM100K

Sekarang you zero dan nak menjadi HERO.

Rule #1 – Buang perkataan ‘nak’

Selagi you kekal dengan ‘nak’, you akan kekal mencari selamanya. Minda you juga akan berterusan ‘nak’ up to 30 – 50 – 70 tahun lagi. Penyelesaiannya adalah,

“I am rich.”

Daripada mind ‘aku nak jadi kaya’ kepada minda ‘aku kaya’. Nampak macam sama tetapi berbeza pada hakikatnya. Apabila you sebut,

“Saya kaya.”

1 – 3 bulan memang you tak rasa apa-apa perubahan. Tetapi selepas 4 – 7 bulan, you akan sedar minda dan perspektif you adalah sangat berbeza. Jadi, jangan segan-segan sebut,

“Saya kaya. Kekayaan saya meningkat setiap hari.”

Sebut beribu-ribu kali sepanjang 4 – 7 bulan akan datang.

Let’s start it!

Bayangkan begini. You sekarang zero (kata Najwa Latif, kosong-kosong-kosong) dan ingin menjadi hero. Lakukan aktiviti di bawah.

1. Ambil kertas dan tulis 70 idea bisnes

Tulis sahaja apa-apa bisnes yang you rasa boleh buat. Dalam Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) ada berkongsi 3 aspek untuk you dapatkan idea menulis idea bisnes.

a. Bakat

Apa bakat yang you ada? Bakat adalah anugerah yang dimiliki oleh seseorang. Seperti Insyirah Azhar (IA), penulisan adalah bakat beliau. Guru penulisan beliau setakat ini hanya Tuan Aqif Azizan. Beliau hanya pernah bertalaqi (belajar secara berhadapan) dengan Tuan Aqif melalui coaching penulisan ebook. Dengan izin Allah, IA berjaya buat lebih 7 ebook hasil daripada satu coaching penulisan ebook sahaja.

Tiada rahsia. Resipinya adalah praktis. Mulakan dengan bakat sedia ada dan praktik secara menggila.

bruce-lee-kung-fu-quotes

b. Pengalaman

Saya pasti hatta budak 15 tahun pun pasti daripada pengalaman beliau ada yang boleh dibuat duit. Selain bakat, you boleh senaraikan apa pengalaman yang you ada. Yang you pernah alami dan you rasa ia boleh bantu orang lain. Ingat ya,

“Orang yang layak kaya adalah orang yang menambah nilai dalam hidup orang lain.”

Mandikan kucing, didik anak, menjaga hati suami dll. Andai you ada pengalaman tu, dan you dapati apa yang you alami itu berjaya dan berkesan, you boleh war-warkan melalui kongsi dengan orang lain. Sama ada buat buat kelas kecil bernilai serendah RM10 selama 1 – 2 jam.

c. Ilmu

Katakan you adalah seorang yang aktif pergi sini sana. Seminar, kursus. You ada ilmu bagaimana buat duit RM10 sehari dengan emel secara percuma – tanpa autoresponder. Atau you ada ilmu, bagaimana menggunakan Facebook untuk buat duit RM 3 – 4 angka tiap bulan. Pasti, ada banyak ilmu yang you ada. Senaraikan.

2. Ubah cara berfikir

Daripada pemikiran ‘perlu modal untuk bisnes’ kepada ‘bagaimana saya boleh bermula dengan modal yang minima RM300’ atau ‘bagaimana saya boleh start dengan modal RMxxxx’ sahaja. Bayangkan begini. Beberapa hari you habis menulis 70 idea, tidak semena-mena satu idea menerjah masuk kedalam kotak pemikiran you. Kalau you tak menulis, benda ini tidak akan berlaku. Kebiasannya apabila sudah dapat idea, lebih baik raikan diri (celebrate) dahulu.

3.  Kenal pasti 2 perkara

Selepas dapat idea, you kenal pasti 2 perkara.

i. Apa masalah yang you dapat selesaikan dan apa tambah nilai yang you dapat berikan

– Senaraikan 30-70 masalah yang you dapat selesaikan

– Senaraikan 30-70 tambah nilai yang you dapat berikan kepada bakal pelanggan

Apabila you jelas perkara ini, insya-Allah kerja you akan lebih mudah.  Ayat mudah yang boleh digunakan untuk trigger idea,

“Adakah anda menghadapi masalah….”

1. Masalah …

2. Masalah …

3. Masalah …

Senaraikan 30 – 70 points. Kemudian beritahu kepada manusia,

“Kami menawarkan bla … bla … bla …”

1. Solusi …

2. Solusi …

3. Solusi …

Senaraikan 30 – 70 points. Kemudian beritahu kepada manusia,

1. Extra / tambah nilai …

2. Extra / tambah nilai …

3. Extra / tambah nilai …

Senaraikan 30 – 70 points.

Ini adalah pure business. Ramai newbie gagal sebab tiada data ini. Dalam kata yang lain,

“Tak buat market research.”

Yang mereka tahu produk > jual > wang = merapu. Apabila sudah ada semua points, tapis yang perlu sahaja.

ii. Matematik keuntungan

Katakan profit setiap unit = RM30

RM30 x 50 orang = RM1,500

RM30 x 100 orang = RM3,000

RM30 x 3333.33 orang = RM100,000

Katakan profit setiap unit = RM50

RM50 x 50 orang = RM2,500

RM50 x 100 orang = RM5,000

RM50 x 2000 orang = RM100,000

Daripada sini, kita akan nampak, daripada data profit, berapa orang diperlukan untuk touch RM100,000. Apabila kita sudah ‘nampak’ 2,000 – 3,000 orang untuk touch RM100,000, baru buat marketing. Sebab you dah ada target secara berdata. Apabila you tak nampak, itu yang jadi merapu bertahun-tahun, berbulan-bulan, berpusing-pusing.

Sampai orang tanya,

“Apa target you buat bisnes sekarang ini?”

Target sendiri pun tak jelas, macam mana nak berjaya. Apa yang kami kongsikan adalah target business secara tepat, ialah jumlah akhir wang. Sama ada RM100K, RM300K atau RM500K. Apabila you sudah ada target, barulah masuk kepada marketing. Ingat ya,

“Marketing bukan proses menjual. Marketing adalah proses beritahu manusia, atau kongsikan sesuatu.”

Q: Bro, bila proses menjual atau deliver berlaku?

A: Proses menjual atau deliver adalah apabila ada orang bertanya.

Bayangkan begini. You dah ceritakan perihal masalah manusia. Manusia berfikir,

“Ya, memang saya ada masalah ini.”

Bayangkan begini,

You ceritakan pula kami menawarkan jalan penyelesaian seperti ini, ini, ini. Manusia berfikir,

“Ini yang kami cari selama ini, dan terus bertanya.”

Selepas manusia bertanya tu la, you ceritakan lebih lanjut dan terus buat closing. Ini projek RM100,00. You perlukan kemahiran presentation / psikologi menjual / content marketing. You perlukan kemahiran buat closing + rehash atau upsale. Jika you tiada kemahiran ini, you akan berpusing-pusing-pusing-pusing-pusing bertahun-tahun lamanya. Then u keep asking why, why, why kenapa saya belum jadi kaya.

Again, ini projek RM100,000. You perlukan kemahiran tahap pakar seperti,

– Non stop marketing

– Mengumpul database agent (target awal 300 nama)

– Mengumpul database customer (target awal 50 orang)

– Mempunyai produk yang berkualiti bersiri (lagi banyak, lagi cepat capai target)

– Tahu buat upsale (termasuk result product, testimonial, etc..)

Jadinya apakah medium marketing? (proses menyebarkan atau beritahu orang, kami menyediakan bla, bla, bla…. ). You boleh gunakan medium,

– Facebook

– Forums

– Blog

– Insta

– Youtube

– Free classified

– Dan sebagainya …

Again, ini adalah tempat you terangkan atau beritahu atau kongsikan atau ceritakan,

– Apa masalah manusia?

– Apa penyelesaian yang you berikan?

 

– Apa tambah nilai extra yang you berikan?

Cara berfikir biasa – medium marketing tempat buat sale (salah, salah, salah)

Cara berfikir baru – you masuk semua tempat itu adalah untuk beritahu or terangkan kepada manusia you menawarkan bla, bla, bla ….

Apabila you gunakan sebarang medium sebagai tempat beritahu, dia akan jadi magnet marketing, manausia akan datang kepada you. Apabila niat you adalah untuk buat sale, ayat-ayat yang you tulis semuanya akan menjurus untuk menjual. Manusia tidak suka dan mula menjauhi you. Psikologi ini penting faham betul-betul.

Apabila you faham gunakan medium untuk kongsi atau beritahu kepada manusia, manusia pasti akan berminat untuk tahu lebih lanjut. Faham ke faham?

Bayangkan begini.

  • You ada smartphone?
  • You ada senarai no tel?
  • Berapa ratus senarai yang you ada?

Lakukan option uji-kaji kepada mereka juga.

– “Adakah anda menghadapi masalah berikut?”

– “Kami menyediakan bla, bla, bla….”

– “Kepakaran kami ialah bla, bla, bla……”

Yang buat kosmetik lagi best.

– Ingin wajah putih pada hari taya?

– Ingin kelihatan langsing di hari raya?

– Ingin tambah tenaga? …

– etc…

Apabila you faham flow, you akan melihat bisnes = GAME. Selepas ini, buat ini, selepas ini buat ini. Selepas itu kumpul database, offer kepada agent. Bayangkan begini,

Tulis 70 ideas – settle

Dapat 1 idea yang berkenan – settle

Research masalah, problem solving, extra mile – settle

Matematik melihat ‘data’- settle

Proses marketing – settle

Wang masuk peringkat demi peringkat. Peringkat seterusnya adalah belajar pelaburan.

Cara berfikir / the sains of deduction

Cara berfikir lama – buat bisnes untuk jadi kaya or ada banyak duit. Beli rumah, kereta, pergi travel dan umrah etc ..

Cara berfikir baru – buat bisnes untuk kumpul modal. Modal jadikan pelaburan supaya wang bekerja 24/7

Ini akan mengambil masa, 3-5-7 tahun untuk develop paip wang seperti pelabuaran: bisnes, emas, database, stock market, property, dan sebagainya.

Tahun 1 – Baru kenal dunia perniagaan

Tahun x – Kenal kegagalan

Tahun x – Kenal kecekalan

… Tahun 3 dan seterusnya baru you serious dalam financial dan kehidupan.

“Success leaves clue.”

M – map, matlamat, mentor

E – the power of emotion / elmu / spiritual / mind set

S – system

T – tindakan

I – intention

Have Fun

Rujukan:

  • IMKK
  • Adavance Marketing Power (AMP) – program anjuran Richworks bimbingan Dr. Azizan Osman
  • Supersonic (personal research)

Dalam ebook Sistem Menjemput Rezeki, kami kongsikan

  • Cara mulakan bisnes peringkat demi peringkat – apa yang perlu dilakukan untuk mula dan kekalkan bisnes sedia ada untuk dapatkan outstanding income (mukasurat 77)
  • Persediaan mindset sebelum memulakan bisnes (mukasurat 77)

Muatturun ebook SMR (Klik sini)

Advertisements

2 thoughts on “Zero To Hero – Idea Bisnes RM100K

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s