FAQ SMR #2 – Cara Didik Anak Yang Berkata Negatif

didik-anak

Terima kasih kerana bertanya. Berikut merupakan idea yang terlintas. Pepatah orang putih,

“You are what you eat.”

Kata bijaksana,

“Makanan membentuk jiwa / tingkah laku / perilaku / sifat manusia.”

Terdapat 2 jenis makanan,

  1. Makanan fizikal
  2. Makanan minda / jiwa (spiritual)

Makanan fizikal

didik-anak-makanan-sunnah

Jika sumber yang tidak elok, perilaku manusia akan menjadi buruk. Seperkara yang lain jaga sumber makanan, punca rezeki, kerja baik, gaji baik, tetapi semasa bekerja ada “mengular”, “tak buat kerja”, “MC beli” dan lain-lain hal, dapat gaji > beli > makan > menjadi perilaku.

Ada baiknya apabila dapat gaji sedekah dahulu seberapa yang mampu, mudah-mudahan harta yang ada itu menjadi bersih > beli makanan > membentuk perilaku anak-anak. Insya-Allah.

Beri juga makanan haabtussauda, susu kambing, kismis, kurma, dan lain-lain makanan sunnah, kerana makanan ini menjadi asbab jiwa manusia cemerlang, taat, baik, dan sebagainya.

“Mengapa perkataan negatif keluar dari mulut?”

Perkataan yang “keluar” merupakan effect, ia telah ada terlebih dahulu dalam minda. Dari mana anak-anak dengar perkataan ini? TV? Game? Rakan-rakan? Perbualan parent? Komik? Buku?

Walaupun kanak-kanak tidak mengerti, mereka akan sebut perkataan yang mereka biasa dengar secara berulang-ulang kali. Ambil contoh botol kicap. Apabila kita lemparkan, botol akan pecah, yang keluar adalah kicap, dia tak keluar air mineral atau soya.

Maksud kami ialah, untuk menjadikan anak-anak mengeluarkan perkataan positif, you perlu masukkan perkataan positif terlebih dahulu …

  • Anak lelaki > bagi dengar kisah-kisah para nabi as, vcd motivasi Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah
  • Anak perempuan > kisah-kisah para nabi as, vcd dr. Muhaya

*Pasang tv, vcd, berterusan dekat rumah, walaupun anak-anak tak dengar, perkataan-perkataan yang baik akan masuk dalam kepala secara indirect.

“Boleh follow? Ok good.”

Apabila perkataan yang baik telah masuk, maka perkataan yang baik juga akan keluar. Dalam kata yang lain, untuk control perkataan yang baik keluar, kita perlu perhatikan perkataan yang masuk. Apa yang masuk dalam minda, itulah yang keluar.

Trick di sini ialah, apabila kita masukkan perkara yang positif, kita tidak perlu khuatir apa perkataan yang keluar, kerana masuk positif keluar juga akan menjadi positif.

Selama ini tanpa kita sedar, perkataan yang tidak baik telah masuk dalam kepala anak-anak. Kita tidak tahu macam mana perkataan itu masuk, apa yang kita tahu ialah kita sedih apabila sesuatu perkara itu terjadi.

Tidak pula kita berfikir, adakah kita berusaha memasukkan perkataan-perkataan yang positif ke dalam minda anak-anak. Ambil contoh lain.

didik-anak-perfecto

Pernah dengar perkataan “SUENO” dan “PROPOSITO”?

Kita sendiri tidak pernah dengar perkataan ini, mana mungkin sepanjang hidup kita akan menyebut perkataan ini. Begitu juga dengan anak-anak. Mereka telah ‘biasa’ dengar perkataan-perkataan yang buruk, maka tidak hairanlah mereka mengeluarkan / menyebut perkataan-perkataan yang buruk.

Mulai sekarang kerja you adalah “install” perkataan yang baik,

  1. Ambil pen + kertas
  2. Tulis semua perkataan yang buruk anak pernah sebut
  3. Tulis 70 perkataan yang baik you ingin anak sebut
  4. Ajar dia menulis + sebut perkataan-perkataan yang baik tersebut
  5. Jika tidak mampu, beli vcd, buku kisah Nabi A.S. Kurangkan secara berperingkat cerita kartun dekat tv

Selepas itu sebut perkataan yang positif beribu-ribu kali setiap hari. Dr. Muhaya menyatakan ibu bapa jarang memuji anak, pujian merupakan doa.

By the way, kami faham nak berubah bukanlah mudah, kena buat banyak kerja, mudah putus asa, tetapi hanya yang cekal sahaja boleh berjaya, dan menikmati kehidupan yang cemerlang.

Yang terakhir,

“Jangan hanya fikirkan perihal anak semata-mata, diri sendiri kena lihat juga.”

Adakah masa kecil dahulu perangai kita macam mana? Adakah ini semua karma? Kena banyak-banyak taubat. Kuatkan diri, kena berterusan belajar ilmu-ilmu spiritual, financial, relationship (agama, kewangan, perhubungan sesama manusia) secara berterusan.

Beli buku komunikasi, psikologi, secara berterusan tak kira penulis barat atau tempatan. Buku Bagaimana Hendak Mendapatkan Kawan Dan Mempengaruhi Seseorang oleh Dale Carnegie adalah sangat bagus untuk dibaca.

Cara terbaik untuk ‘mempengaruhi’ manusia atau anak-anak adalah dengan menjadi pendengar yang baik. Control juga cara kita berfikir …

Apabila anak dengar kata, kena syukur,

“Alhamdulillah, anak ini mendengar kata.”

Apabila anak tak dengar kata, jangan marah anak, kena istighfar, senyum, dan beri nasihat dengan suara beserta hati (dari hati), kita selalu cakap dengan suara biasa selama ini, tetapi kita jarang menggunakan suara beserta hati.

“Apa bezanya?”

Suara hati itu ialah suara yang halus, indah, datang terus dari hati, akan terus masuk ke dalam hati manusia lain. Ini pula skill komunikasi “leadership”.

Seorang leader yang hebat tak perlu nak jerit-jerit, tak perlu nak tekan pendapat, mereka tahu menggunakan suara beserta hati, kerana mereka tahu suara dari hati akan terus masuk ke dalam hati.

Banyakkan solat malam, jiwa kita akan menjadi tenang, manusia yang selalu solat malam emosi akan menjadi kuat, positif besar, dan gelombang diri sangat cantik dan tenang. Insya-Allah.

Gelombang yang tenang ini, boleh mempengaruhi manusia lain tanpa sedar / indirect. Dalam kata yang lain gelombang atas (tenaga tinggi) akan mempengaruhi gelombang bawah (tenaga rendah).

Mereka yang tidak mengkaji memang tidak akan nampak perkara ini, spirit yang lemah akan tunduk kepada spiritual yang tinggi dan kuat. Spirit yang kuat datang daripada tahajud, kekal wudu, pakaian kemas, solat-solat sunat, sering baca buku motivasi, dan dengar vcd motivasi, berzikir, quran. etc

Dengan syarat ketat, benda-benda ini semua kena istiqamah, buat yang termampu, buat perkara yang sedikit dahulu. Apa yang penting adalah amalan itu kekal. Tak guna buat banyak-banyak, selepas 2-3 minggu kita akan tinggalkan semua.

Apply selawat 300x / day dan sedekah RM1 / day (seberapa yang mampu).

Sedekah tolak bala (termasuk akhlak anak yang buruk), tarik rezeki (termasuk anak menjadi soleh), panjang umur, sembuh penyakit. Insya-Allah.

Selawat amalan yang sangat istimewa, tidak perlu ikhlas, selagi istiqamah kita apply, cahaya akan berterusan masuk dalam hidup. Apabila ada cahaya, zulmat akan hilang, kebaikan akan datang dalam diri dengan izin Allah.

Ringkasan,

  1. Jaga punca rezeki + makanan sunnah
  2. Install perkataan positif
  3. Berterusan belajar ilmu spiritual, financial, relationship
  4. Gunakan selalu teknik bercakap beserta hati (suara dari hati)
  5. Sedekah + selawat

Didoakan belajar sesuatu, have fun

Dalam ebook Sistem Menjemput Rezeki, insya-Allah ia membantu pembaca,

– Membongkar kaitan antara perkara-perkara negatif dan menjemput rezeki

– Kepentingan menjaga perkara di sekeliling kita yang akan membentuk diri kita

Muatturun ebook SMR dengan klik link di bawah,

Menjemput Rezeki Dengan Elakkan Perkara-perkara Negatif

Advertisements

One thought on “FAQ SMR #2 – Cara Didik Anak Yang Berkata Negatif

  1. Pingback: Kuasa Kekuatan Suara Hati | Sistem Menjemput Rezeki

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s