FAQ SMR #3 – Tip Payah Berubah

FAQSMR.300514.tip-payah-berubah

Terima kasih kerana bertanya.

“Bagaimana nak berubah?”

• Awal tahun kita nak berubah.
• Hari lahir kita nak berubah.
• Apabila kena ‘basuh’, kita nak berubah.
• Apabila berlaku sesuatu peristiwa kita nak berubah.
• Some time, bila membaca sesuatu seperti buku, blog, fb, kita nak berubah.

Paling kerap kita dengar manusia nak berubah adalah pada setiap hujung tahun. Tetapi selepas 2-3 minggu, azam itu seolah-olah hilang begitu sahaja. By the way, jangan bersedih, benda ini semua adalah biasa. Firstly, tahniah sebab nak berubah.

Q: Persoalan penting, kenapa susah sangat nak berubah?

A: Jawapan penting, sebab you buat benda yang susah secara drastik, dah benda susah, memang la susah nak berubah. Cuba buat benda yang sikit dan senang secara berterusan, rasa-rasa perubahan itu akan berlaku atau tidak?

Jawapan itu jelas ada pada soalan, sebab buat benda yang susah. Tu fasal susah nak berubah, Next time nak berubah buat benda yang senang ok.

Contoh nak jadi kurus.

Imaginasi berfikir kena diet, bersenam, tahan lapar, tak boleh makan benda-benda yang sedap dan sebagainya. Dan setelah 2-3 minggu, 90% manusia gagal.

Cuba pula fikir, aku nak turun 1 kilo / 0.5 kilo sahaja. Apa yang aku perlu buat, bersenam, jaga makanan sedikit, makan makanan yang sihat. Dan tadaaaa… dapat turun 0.5 kilo.

Then kita buat lagi aktiviti yang sedikit + senang itu, lama-lama 0.5 > 0.5 > 0.5 habis la segala lemak-lemak tu. It’s easy right?

Apabila dah berjaya turun 0.5 kg yang pertama jangan lupa reward diri ok, sangat penting hargai diri sebab telah berjaya. Dan berazam buat sedikit lagi perubahan.

Cara untuk berubah

1. Jangan buat benda yang susah, buat benda yang senang sahaja.

2. Set niat untuk berubah seluruh hidup. Bukan berubah…

– “Just nak jadi baik” atau
– “Hidup lebih baik” atau
– “Nak hidup berjaya”

Perkataan ini tidak jelas dan tidak ada tenaga. Apabila tidak ada tenaga, benda ini tidak boleh drive you untuk berusaha dalam jangka masa yang panjang.

3. Oleh itu buat niat secara spesifik apa perubahan yang you nak. Tulis atas kertas, semasa menulis tekan sedikit pen itu, keluarkan tenaga, baru signal dihantar ke minda dan hati lebih kuat.

4. Buat phase by phase (sikit-sikit lama-lama jadi bukit)

Contoh 1:
• Surah Yaasin : 83 ayat …
• You nak hafal semua dalam 1 hari adalah sangat susah …
• Tetapi jika 1 bulan 10 ayat … 8-9 bulan dah settle …
• Dan you akan bawa hafalan itu sepanjang 50-60-70 tahun lagi …

Contoh 2:
• Nak turun berat badan 20 kilo sekaligus memang susah ..
• What if 1-3 bulan 3-5 kilo … 3-7 bulan dan settle …
• Make sure dengan cara yang betul

Contoh 3:
• Nak buat RM3,000 secara online secara drastik memang susah
• Apa kata buat dahulu RM10, adakah susah?
• Kemudian RM50 > RM100 > RM500 > RM100 > seterusnya …

Apa yang kita nampak? Perubahan yang besar adalah bermula dari perubahan yang kecil. Buat yang kecil dahulu, apabila you mampu buat yang kecil secara konsisten, dia automatik akan jadi perubahan yang besar.

5. Beri masa

Nak turun berat badan 3-5 kilo bulan pertama mungkin akan gagal. Bulan kedua cuba lagi, then gagal lagi. Kemudian selepas manusia ‘analisis’, manusia dapat ‘tune’ masa itulah kejayaan berlaku.

Money making juga begitu, nak buat RM3,000 sebulan permulaan memang sangat susah. Selepas gagal beberapa lama, selepas analisis beberapa lama dapat tune, masa itu lah, perubahan life berlaku.

6. Kena celebrate

Apabila dah turun 3-5 kilo. Banyak orang terus fikir untuk struggle next 3-5 kilo pula. Beri reward kepada diri terlebih dahulu, supaya minda you dapat cerna perubahan. Supaya perasaan / feeling you dapat terima keadaan baru … apabila fizikal / feeling you dapat signal, dia akan bekerja untuk dapat signal itu lagi.

7. Tampal poster / buat to do list dekat smartphone

o Dan sentiasa remind diri you untuk berubah …

o Set-kan sekali hadiah yang you akan berikan kepada diri you bila capai target …

o Tulis sekali hadiah apa yang you nak beri kepada diri you …

9. Why > imagine end result

Kenapa you nak berubah? Sebab you dah bosan dengan life sekarang. Bayangkan you dah berjaya berubah. Dan perubahan itu telah berjaya.

• Apa you akan buat pada masa itu?
• Apa focus you seterusnya?

Berapa terang “imaginasi end result” dalam minda you? 10% 30% 50% 70%?

Masa imaginasi end result tu, make sure you sertakan rasa sekali. Tanpa rasa, perubahan tidak akan berlaku, kerana tiada rasa tiada momentum.

Kerapkan masa imaginasi tu lama sedikit sebelum tidur + awal pagi. Sekitar 5-7 minit. Sentiasa ulang2 picture diri you selepas berubah.

Imaginasi = doa … imaginasi 10x lebih kuat dari doa.
Imagine dengan cara yang betul ya.

“Kenapa masih buat habit yang lama?”

Sebab habit itu telah sebati bertahun-tahun lamanya. Bolehkah berubah dalam masa 1-3 bulan? Macam tak logik right?

So beri masa untuk diri you, sesuaikan habit baharu beberapa ketika. Selepas you buang tabiat yang lama, akan ada ruang kosong. You kena fikirkan apa yang perlu diisi untuk ruang yang baharu.

Jika you tidak fikirkan sesuatu yang positif, akan masuk habit yang negatif.

Apabila you dah menulis … ini habit lama … ini habit baru ..
Apabila you dah menulis … ini target bulan ini …

Apabila you dah ada schedule … tampal dekat dinding .. masa bila nak apply. Pastikan you ada disiplin diri … tanpa disiplin … gagal hidup. Bukan itu sahaja … you akan hidup menderita … berpuluh-puluh tahun akan datang.

Walau sekarang u tak nampak kesan, tetapi 15 tahun akan datang pasti you akan dapat kesan positif or kesan negatif.

Contoh …

Kan bagus masa sekolah dahulu kita belajar betul-betul. Sekarang mesti dah dapat life yang best.

Kan bagus dahulu lagi baca buku-buku kewangan Robert T. Kiyosaki, sekarang mesti dah banyak duit.

Kan bagus 15 tahun yang lepas kita baca buku-buku Dale Carnegie, takde la kita tak faham cara manusia berfikir.

Apabila kita dah tahu macam mana cara manusia berfikir, senang nak handle. Bukan itu sahaja, siap boleh control lagi …

Kan bagus 15 tahun dahulu kita baca buku bidayatul hidayah + tanya ustaz, sekarang takda la amalan-amalan kita bersepah sana sini …

Last sekali kami tidak tahu apa perubahan yang anda inginkan secara spesifik.

Pada kami adalah penting untuk kita berubah dari segi …
• Urusan spiritual, ada knowledge yang tepat
• Urusan kewangan, ada knowledge yang tepat
• Urusan relationship, ada knowledge yang tepat

Apabila sampai masa tertentu, kita tahu apa nak buat … ini namanya kebijaksanaan. Boleh letak sesuatu pada tempat … buat sesuatu kena pada tempat dan masa. Ini dinamakan hikmah … tahap manusia hikmah lebih atas dari orang ber-ilmu.

Ini perubahan sangat penting, dari tiada hikmah kepada ada hikmah pada diri.

Make sure ilmu datang dahulu > kemudian amal > kemudian ada experience.

Gabungan semua ini = hikmah

Semoga you berlajar sesuatu … have fun.

Advertisements

9 thoughts on “FAQ SMR #3 – Tip Payah Berubah

  1. tahniah….mavelous teknik ni,terutama contoh bab turunkan badan…insyaAllah akan dipraktikkan dalam kadar segera…semoga usaha ini dapat diaminkan oleh malaikat…heheh..terbaek..

    Like

    • Ok, kami ucapkan selamat berjaya.Kongsikan kejayaan kamu nanti ya, walaupun baru turun 1/2 kg.Kita nak fokus kepada kejayaan yang kecil dahulu. Kemudian fokus lagi 1/2kg dan seterusnya. Its easy right? Fikir long term ok, next 1-3 tahun, sure you akan success.

      Lepas dah berjaya boleh buat duit tau. Market “fat loss” pengalaman sebenar sangat2 lumayan. Lagi-lagi ada teknik yang easy, happiness, dan gembira. Course-course yang terbukti dan have fun ni yang orang cari.

      Life is amazing …

      Like

  2. Ya.. Tekad harus ada dlm diri.. Cabaran nak berubah juga ada pada orang sekeliling kita.. Tak semua orng akan sokong dgn perubahan yg kita nak buat.. Bagi saya, pekakkan telinga dan buat tak endah apa yg orng lain latakan.. Yg penting.. Kita mesti terus dgn misi kita.. Tak dpt berubah cepat,buatlah perlahan2..

    Like

    • Yup nak berubah ni sebenarnya mudah. Tetapi kita dah terlalu tepu dengan pemikiran lama. Itu yang jadi usaha itu terlalu sukar. Buat sikit-sikit, fokus perubahan kecil. Kemudian fokus perubahan kecil yang lain. Lebih ringan, lebih mudah, lebih have fun …

      Like

  3. Sangat terkesan dgn ulasan ini.. Saya masih di tahun pertama dlm misi.. Jd tak boleh berharap sesuatu prubahan yg sgt besar datang.

    Like

    • Ok bagus. Just buat target RMXk. Lepas tu up lagi kepada RMXk. Lepas tu up lagi kepada RMXk …

      Ini juga cara kami buat duit, kami tak fikir benda2 yang besar. Kami just fikir benda2 yang kecil, simple, dan have fun. Selepas itu upgrade phase by phase. Kerja jadi senang, minda jadi ringan, life happiness …

      Biar sedikit asal konsisten, selepas beberapa bulan benda-benda yang kecil itu menjadi semakin besar, semakin besar, dan semakin besar. Blog smr ini juga begitu kisahnya …

      Like

    • Selalu bangun lewat? Bermaksud subuh ya? Idea yang terlintas ialah …

      1. Buat phase by phase …

      Fasa 1 – 1 minggu 1-2 kali sahaja, maintain 6-7 bulan

      Fasa 2 – 1 minggu 2-4 kali sahaja, maintain 6-7 bulan

      Fasa 3 – 1 minggu 4-6 kali sahaja, maintain 6-7 bulan

      Fasa 4 – berterusan bangun pagi …

      Nak berubah perlu phase by phase, jangan hari ini kena ceramah esok terus bangun pagi, biasanya action secara drastik ni tak tahan lama. Program diri kita ‘perlu masa’ masa untuk berubah…

      Jika you terlalu drastik you (bermaksud miinda) akan stress, penat, dan tak terdaya.

      Nak angkat berat pun kena phase by phase, 5kg > 7kg > 10kg etc ..

      Jangan ikut nafsu ok … Sebelum ini dah banyak usaha yang kita buat untuk bangun subuh, tapi hampeh belaka. <engapa gagal? Sebab tak faham "program biologi" diri manusia…

      Bila you buat secara drastik, body u akan terkejut ..

      Bila you buat phase by phase, body boleh terima ..

      2. Pasang 5 jam loceng serentak

      Pernah try? Try la, confirm bangun… Kehkehkeh… Tapi iman lemah, lepas bangun lentok balik. Apa yang penting ialah usaha you … Usaha pun ada pahala …

      Its ok, good job ..

      3. Keringanan dan momentum untuk beramal waktu subuh

      You nak bangun subuh right?

      Apa kelebihan solat subuh yang you tahu?

      1- Dapat pahala

      2- Bangun subuh murah rezeki

      3- ?

      4- ?

      5- ?

      6- ?

      7- ?

      8- ?

      9- ?

      Ada ketika bila dengar ceramah kita semangat, selepas beberapa lama lost. Ada ketika bila dah lama lost, kesedaran diri datang, kita usaha keras kembali, selepas beberapa lama lost balik …

      Guys, kami nak tanya, sampai bila you perlukan momentum dari luar? You perlu orang motivate semangat, then lost, then motivate then lost, sampai bila you nak hidup begitu?

      So sekarang you kena berubah, dan usaha you juga kena berubah. Selagi you ikut cara lama, hasilnya juga akan sama, last sekali lost..

      What is the best way?

      1. You kena kaji, paling kurang you tahu 7,000 kelebihan waktu subuh.

      Kami sebut 'kaji' iaitu 'mengkaji'… Bukan baca buku, baca blog, dengar youtube bla, bla, bla. Di sini kamu mesti kaji secara berterusan berkaitan..

      – Apakah kelebihan solat subuh?

      – Apakah kelebihan solat awal waktu?

      – Apakah kelebihan solat dari segi saintifik?

      – Apakah kelebihan solat subuh kesan kepada jiwa?

      – Dan bla, bla, bla…

      Tujuan kena buat banyak kajian, adalah untuk memberi message kepada minda you sendiri, di mana terdapat begitu banyak manfaat solat subuh.

      Bila you dah tahu terdapat beribu-ribu manfaat adakah you akan tinggal? Yup maybe, tetapi pada kali ini, you tinggal beserta perasaan kerugian yang besar. Bila you dah rasa rugi, banyak kali tinggal, banyak pula rugi maka you akan rasa gelisah, resah, dan tidak tenteram …

      Dan lagi you akan paksa diri you bangun awal … Mula-mula memang penat, letih, tak selesa, megantuk (ketika program diri belum serasi), tetapi lama-lama benda yang susah itu dah jadi habit, dia jadi mudah, ringan, dan best pula…

      Ye la, bila dapat solat subuh, bukan itu sahaja, siap dapat tahajud, begitu banyak manafaat yang kta dapat..

      – Minda cergas

      – Masa terjaga

      – Rezeki jadi ringan

      – Jiwa jadi bersih

      – 6 Sense menjadi tajam

      – Pengamatan diri tajam

      – Gerak rasa menjadi tajam

      – Benda-benda yang baik mudah melekat

      – Wajah menjadi ceria dan bersih

      Q: "Bro, kita buat kena ikhlas, mana boleh untuk kelebihan2 ni semua".

      A: "Haaa, tuhan sendiri dah bagi macam-macam kelebihan dalam setiap amal baik di dunia dan akhirat, you pula tak nak? Tu la belajar tak habis, ustaz ceramah tak bawa buku nota, kepala kelaut"…

      Guys, fitrah manusia, bila buat sesuatu peringkat permulaan dia perlukan motivasi or inspirasi untuk bergerak, di mana manusia memang perlukan ransangan secara berterusan ….

      Tetapi setelah beberapa lama, amalan itu telah sebati, pada masa itu kita dah tak fikir pasal ikhlas sangat, apa yang kita tahu amal ini adalah sesuatu yang baik, dan kita mesti buat…

      Kemudian upgrade, kemaskan, kemaskan, kemaskan. Lagi dan lagi…

      – Mana ada orang first time buat terus perfect lol.

      – Mana ada orang buat 1x terus ikhlas lol.

      – Ikhlas tu datang bila kita dah buat banyak kali, istiqamah bertahun-tahun lamanya lol …

      Begitulah ceritanya …

      Ada banyak lagi benda kita kena kaji sebenarnya seperti ..

      – Kelebihan solat tahajud

      – Kelebihan solat sunat awwabin

      – Kelebihan al-quran

      – Kelebihan zikir

      – Kelebihan puasa

      – Kelebihan menyampaikan ilmu

      Ini kena pula dengan point seterusnya. Perihal menyampaikan ilmu …

      Guys you dah kaji 7,000 kelebihan solat subuh? Ilmu ini semua untuk apa? Habis di situ sahaja ka? Tidak sama sekali. Dengan ilmu you boleh memberi inspirasi kepada manusia, mereka amal, you dapat pahala berterusan / pencen kubur …

      Bayangkan you cerita kepada 3,000 orang … 1,000 orang apply, then phase by phase mereka dapat bangun solat subuh, berapa banyak pahala yang you dapat? Bayangkan, bayangkan, bayangkan…

      Perlu ingat ya bukan hanya pahala yang you dapat di sana. Tetapi bila you sampaikan, dekat dunia ni lagi you akan dapat reward …

      Maybe dalam bentuk rezeki, kesihatan, ketenangan, hidup aman damai, orang lain stress you hidup relax sahaja …

      – Buat amal ibadah rasa ringan

      – Buat bisnes n investment rasa ringan

      – Perihal kekeluargaan rasa ringan n best

      Ini juga antara 'reason' kenapa kami tulis panjang-panjang, kenapa kami kongsikan dalam ebook smr, antara reason kami buat blog smr. Semakin banyak yang kita beri, kita akan dapat lebih dari itu …

      Jika kita share idea yang mahal-mahal, kita juga akan dapat return idea yang mahal juga …

      – Maybe you kurang menulis or berkongsi di facebook

      – Maybe you kurang menulis or berkongsi di blog

      – Maybe you kurang menulis or berkongsi di forum2

      Kami telah melakukan perkongsian bertahun-tahun lamanya …

      Dan kami mendapat begitu banyak manafaat …

      So bila you dah kaji you boleh share dengan hikmah kepada

      – Family

      – Sibling

      – Friends

      – Jiran2 terdekat

      – Kawan2 at facebook

      – Kawan2 at wechat

      – Kepada bakal life partner you

      – Kepada anak you + anak buah you

      – Kepada cucu you + cicit you

      Kata bijaksana,

      * "Semakin banyak kamu sampaikan, semakin ringan untuk buat amal"…

      Tahajud susah nak buat, tapi you kaji, kaji, kaji, kaji, you share, you apply. You bangun pagi phase by phase, bertahun-tahun lamanya. Dan semakin lama ia akan semakin berkembang .. Happiness forever ..

      Bab tahajud ini, you belum biasa jangan paksa diri …

      – You letih xpa, boleh berehat …

      – Tetapi bila minda you letih, nak berehat cukup lama masanya …

      Sayangilah minda kamu itu …

      – Be relax …

      – Buat kajian, sikit-sikit, dan phase by phase …

      – Apply juga phase by phase …

      This is system … Bila you faham system, life you jadi mudah …

      Have fun

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s