SMR #10 – Sedekah

Pada siri yang lepas adalah tentang tingkatkan pendapatan melalui fizikal. Antaranya melalui masalah yang kita ada sekarang. Rezeki kita ibarat hembusan nafas. Perlu ada keluar dan masuk, baru stabil.

Ibarat empangan yang perlu ada air masuk dan keluar, barulah ada elektrik yang dapat dijana daripada air yang masuk itu. Pernah dengar tentang kebocoran wang? Masuk banyak-banyak tetapi tetap keluar.

Pernahkah kita menghadapi situasi di mana, kita ada banyak duit. Kadang-kadang ada sahaja sesuatu yang tak diingini berlaku. Contoh, kereta rosak, perlu baiki motor dan sebagainya (nauzubillahi min zalik).

“Tiap rezeki kita ada rezeki orang lain.”

Semakin amanah seseorang itu dengan rezekinya, semakin Allah akan beri kepercayaan kepada orang itu untuk memegang harta yang banyak.

Metaforanya begini:

You ada 2 orang anak lelaki.

1 – Pandai jaga duit, pandai simpan dan manupulasi duit

2 – Boros, suka enjoy, bagi RM100K lesap dalam sehari

You ada jumlah harta bernilai RM70 juta untuk diagihkan. Soalan saya,

“Anak yang mana yang you akan pilih sebagai wakil untuk uruskan a.k.a jadi pewaris?”

You boleh jawab sendiri. Dan saya pasti jawapannya adalah anak nombor 1. Jadi di sini, you tahu dan sedar, mengapa perlu belajar tentang hukum-hukum kewangan, kenapa perlu simpan 10%, kenapa perlu amanah sedekah.

Sedekah – dengan izin Allah boleh jadi asbab you tambah pendapatan. Walaupun you bekerja di bawah naungan sesuatu syarikat.

Semakin you amanah sedekah, semakin you dapat kepercayaan Allah untuk agihkan rezeki Dia.

Logik matematik : 1-1 = 0

Matematik Allah : 1-1 = 10

Apabila you sedekah, barulah ada ruang kosong yang boleh dipenuhi dengan rezeki lain = rezeki yang berganti. Semakin diberi, semakin dapat. Ibarat empangan. Apabila ada air masuk, ada air yang keluar = proses yang selalu berganti tanpa henti.

Kami menyarankan sedekah RM1 / hari.

“Bagaimana jika baru nak amalkan?”

Mulakan dengan 10 sen / hari. Atau boleh mula dengan RM1 tiap hari Jumaat. Dalam ebook Sistem Menjemput Rezeki, dan ebook 9 Formula Pantas Seru Rezeki disarankan,

– Sedekah RM1 / hari

– Sedekah RM10 / hari Jumaat

Di mana?

– Rumah-rumah anak yatim

– Dana bina masjid

– Pusat tahfiz

… dan seangkatan dengannya. Niat untuk dapatkan redha Allah.

1 / 0 = infiniti

1 / 1 = 1

Apabila kita niat 100% kerana Allah, insya-Allah hasilnya infiniti (rezeki yang tidak disangka-sangka).

 

Advertisements

2 thoughts on “SMR #10 – Sedekah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s