FAQ SMR #5 – 17 Cara Pasarkan Bisnes Shaklee

cara-kembangkan-bisnes-shaklee

Wassalam. Terima kasih kerana sudi membaca entri kami. Berikut merupakan idea yang terlintas:

1. How do you define success? 

Adakah anda berfikir success itu sekadar:

  • Ada banyak duit
  • Rumah besar
  • Kereta besar
  • Travel
  • Dapat award MLM

Kami cadangkan ubah cara berfikir. Kata bijaksana,

“Kejayaan besar adalah gabungan kejayaan-kejayaan yang kecil.”

Sebenarnya anda telah berjaya …

Kejayaan 1

  • Ada intention nak ubah hidup / buat duit
  • Manakala ‘adik-adik’ yang lain sibuk dengan couple dan dunia remaja semata-mata
  • Adik patut celebrate, tanya Insyirah how to celebrate ok..

Kejayaan 2

  • Adik telah ada ‘bisness’ shaklee
  • Ada orang lain dah bekerja, bertahun-tahun masih mencari apa nak bisness / tiada bisnes
  • Adik patut celebrate, tanya Insyirah how to celebrate ok..

 Kejayaan 3

  • Adik telah register bisness shaklee
  • Ada orang tahu tetapi tidak bertindak bertahun-tahun lamanya
  • Adik patut celebrate, tanya Insyirah how to celebrate ok..

Kejayaan 4

  • Adik dah action buat marketing tetapi gagal … action itu sendiri adalah kejayaan
  • Gagal itu bukan persoalan, tetapi apa yang adik dapat belajar?
  • Ini juga patut celebrate, tanya Insyirah how to celebrate ok..

Kejayaan 5

  • Ada usaha mencari dan bertanya, ada yang gagal putus asa, the game is over
  • Ada pula lompat ke benda lain, dan terus lompat tanpa hala tuju
  • Also kena celebrate, tanya Insyirah how to celebrate ok..

Kenapa kena celebrate?

  • Untuk biasa-biasakan minda dengan gelombang kejayaan
  • Apabila sikit-sikit, lama-lama gelombang itu menjadi besar …
  • Dan lagi kita sedang programkan diri untuk kejayaan
  • Then adik usaha phase by phase, setiap success yang kecil mesti celebrate

2. Selling produk? Or selling marketing plan? Or selling yourself?

Boleh kita fikir sejenak, selama ini apa yang kita jual? Adakah produk? Adakah kelebihan produk? Adakah branding? Adakah menjual diri? Adakah menjual impian? Apa yang kita jual selama ini? Manakala menjual diri bukan bermaksud ‘menjual diri’ tetapi ia adalah proses membina kepercayaan manusia lain dengan diri kita, seterusnya mereka bersetuju berurusan dengan diri kita.

Banyangkan seorang businessman yang selekeh, cakap berterabur, point bersepah, dan seorang lagi cakap tersusun kemas, susunan ayat cantik, tidak rasa seperti ingin menjual. Walau produk itu bagus macam mana pun jika ‘personality’ teruk, tiada kejayaan dapat dicapai.

Berbalik kepada produk, dalam bahasa bisnes kami tak sebut ‘menjual’ tetapi ‘berkongsi / kongsikan’ kebaikan sesuatu produk. Kesilapan ramai manusia adalah buat bisnes sebab nak duit, ini kena adjust sikit. Buat niat,untuk bantu selesaikan masalah manusia.

Apabila minda kita fokus nak bantu selesaikan masalah, kita akan tahu rupa manusia sahaja berbeza tetapi masalah lebih kurang sama. Apabila kita dapat counter masalah itu, lagi banyak orang kita settlekan, lagi banyak duit yang kita akan dapat (kerja kita adalah dealing with the problem).

Penambah perisa, selepas masalah ‘masukkan’ perasa tambah nilai, selain dari masalah ini – apa produk ini mampu lakukan lagi? Perkara ini adalah dikongsikan oleh Dr. Azizan Osman. Dalam siri-siri seminar percuma dan berbayar.

Kalau tiada masa nak ‘follow’, adik boleh dapatkan buku Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan. Apabila baca buku tu 1 kali, sure adik tak faham. Sebab kefahaman dari pembacaan hanya sekitar 1%-5% sahaja.

Bisnessman yang bijak akan berterusan belajar, kaji dan invest banyak untuk ilmu pemasaran.

*Ini bukan promote ye. Kami tak dapat komisyen

Ini ada kaitan dengan point kami seterusnya iaitu “selling yourself”. Ini bukan jual diri ya, tetapi bagaimana membuat orang percaya kepada kita. Kami ulang sekali lagi,

  • A: Kemas, info lengkap, cara cakap meyakinkan, terbukti berkesan, ada testimoni
  • B: Sambil lewa, info bersepah, sedikit maklumat, tiada bukti berkesan

Walau produk yang sama, kita lebih suka beli daripada siapa? By the way, professional businessman yang pakar adalah sangat berbeza.

  • Dia tahu perlu banyak belajar dari kesilapan
  • Dia tahu penting analisis kesilapan
  • Dia tahu ilmu marketing sangat, sangat, sangat, penting
  • Dia tahu bila ‘ilmu tajam’ mudah dan senang menghasilkan jualan yang besar

Dalam kata yang lain, jangan rempuh sesuatu tanpa ilmu, dapatkan ilmu produk, ilmu marketing, ilmu management terlebih dahulu. Apabila sudah mantap, barulah on bisnes, insya-Allah chances untuk berjaya lebih tinggi.

Kesilapan ramai orang adalah, mereka rempuh sesuka hati, buat marketing sesuka hati, ilmu soft selling kelaut, psaikologi menjual langsung tak pernah dengar. No wonder mulut mereka selalu mengeluarkan perkataan susah, keluhan, dan perkataan tidak berjaya dan sebaginya.

Berbalik kepada buku, daripada konsep yang dikongsikan dalam buku itu adalah lebih kepada magnet

  • Cara marketing biasa – kita cari customer
  • Cara marketing baru – customer cari kita

Ada beratus-ratus strategi pemasaran berkaitan MAGNET MARKETING. Ini basic yang perlu ada sebagai businessman. Selepas ada ilmu, pilih yang berkenan dan have fun buat bisnes.

3. Marketing strategy – database

Kami nak kongsikan panjang lebar fasal benda ni. Daripada kajian 90% bisnes tutup kedai kurang dari 3 tahun.

“Kenapa banyak orang gagal?”

Salah satu tidak ada database (senarai spesifik pelanggan). Boleh kami tanya berapa orang yang tahu cik adik buat Shaklee tu?

  • 10 orang?
  • 30 orang?
  • 50 orang?
  • 300 orang?

Apabila sebut ‘300’ ini bermakna newbie akan rasa jumlah yang besar, tetapi ketahuilah, kalau nak pergi jauh cik adik kena develop database.

  • Cik adik tahu gender mereka
  • Cik adik tahu nama mereka
  • Cik adik tahu no tel / email / fb / whatsapp mereka
  • Cik adik tahu status mereka (single or married)
  • Cik tahu umur mereka , dan pendapatan mereka

Target cik adik siapa? Kawan-kawan study (student ) or public (orang yang telah kerja)? Antara cadangan kami ialah cik adik ada senarai no tel kawan-kawan:

  • Pastikan mereka tahu cik adik buat business Shaklee tu …
  • Pastikan cik adik kenal pasti ‘siapa’ yang ada masalah …
  • Pastikan cik adik tahu how to solve masalah orang itu …

Target mereka dahulu buat permulaan. Go more detail. Kami tak sure Shaklee tu ada berapa produk. Just nasihat kami JANGAN JUAL 10 produk serentak. Fokus kepada 1 produk sahaja. Selepas orang itu beli, dah dapat hasil, then baru cadangkan produk yang lain.

Sains menjual menyatakan, apabila orang dah beli, sangat mudah untuk menjual kali ke-2. Apabila fokus 1 produk, dan ada beberapa orang beli dan terbukti berkesan, asingkan senarai database general prospek kepada regular customer.

Kerja cik adik adalah, closed customer untuk 1 jenis produk sahaja. Apabila dah banyak closed. baru upsale dengan produk yang lain.

“Boleh follow?”

Sebelum cik adik contact senarai no tel tu …

Pastikan cik adik pakar sepakar pakarnya perihal produk itu. Sehinggakan cik adik tahu istilah-istilah saintifik pada label produk tu. Benda ini kena buat assigment sedikit. Perihal content, kelebihan, bahan itu, bahan ini dan sebagainya.

Tulis karangan 3,000 patah perkataan berkaitan produk 01 sahaja. Selepas itu buat mind map, lepas tu berlatih cerita perihal produk, sehingga ada orang kata “You ni doctor” ke?

Faham ke faham? Apabila orang cakap “u ni doctor ke” ini bermakna you telah ada pengetahuan yang mendalam. Apabila sampai tahap ini, you boleh ceritakan / kongsikan / story telling-kan sesuatu ini macam air sahaja. Orang sangat terpegun dengan gaya penceritaan, dan benefit yang mereka akan dapat. Pada tahap ini juga, wang akan mengalir masuk begitu laju sekali.

Problem businessman sekarang adalah, knowledge about produk sangat rendah, gaya penceritaan membosankan, macam mana orang nak berminat? Macam mana nak berjaya? Betul or betul? Apabila you faham benda ini you tahulah, kenapa you masih belum berjaya lagi.

Cik adik mesti jatuh cinta dengan produk tu. Cik adik mesti suka kepada produk tu sedalam-dalamnya. Sehingga bila cik adik buka mulut sahaja orang akan terpegun mendengar. Be professional dalam presentation.

Apabila cik adik berjaya buat macam ini? Ini bermakna cik adik bakal jadi jutawan. Insya-Allah. Apabila dah pakar produk 01, perkara seterusnya ialah have fun belajar untuk produk2 seterusnya seperti:-

  • Seterusnya produk 02
  • Seterusnya produk 03
  • Seterusnya produk 04
  • Seterusnya produk 05

Tujuan pakar lain-lain produk adalah untuk upsale, dalam kata yang lain untuk dapat lebih banyak wang. JANGAN JADIKAN produk lain-lain itu sebagai yang utama, nanti nampak macam tak professional. Orang boleh hilang percaya, apabila lompat-lompat cerita.

  • Healthy Weight
  • Healthy Nutrition
  • Healthy Home
  • Healthy Beauty

3 Niche yang menguntungkan

Buat pengetahuan adik niche (product)

o   Health

o   Wealth

o   Happiness

Adalah niche yang sangat mendatangkan keuntungan.

  • Ada manusia nak kekal sihat
  • Ada manusia nak kekal kaya
  • Ada manusia nak kekal bahagia

Bahagian ‘healthy’ yang mana kepakaran adik? Dalam bisness ada 3 benda sahaja,

  • Produk
  • Marketing
  • Management

Apabila adik pakar 3 bahagian ini, bermakna adik boleh pergi jauh. Dan sekarang kita beralih kepada “marketing”, apa yang kami cadangkan adalah:

  • Make sure adik pakar produk
  • Fokus kepada 1 produk sahaja
  • Kemudian baru upsale produk yang kedua

Ini adalah cara untuk buat duit. Untuk buat duit lebih besar cik adik kena tahu LEVERAGE, iaitu dapatkan agent bagi pihak adik. (bukan jadikan ‘kaki’ ya). Siapa yang akan berminat? Bayangkan cik adik begini:

  • Boleh present perihal produk dengan menarik
  • Boleh share berkaitan “how to get customer” (marketing)
  • Boleh develop JV / agent / rakan niaga / database

Banyak orang akan follow bila adik pakar 3 benda dekat atas tu, apabila cik adik ada banyak ‘database agent’ maka duit akan datang mencurah-curah. Macam mana nak dapat duit yang datang mencurah-curah?

  1. Buat research perihal produk (jadi pakar)
  2. Lepas tu share kepada orang lain (cari customer / buat marketing)
  3. Buat database tapis dari 250 no tel kepada 200 >> 100 >> 50
  4. Apabila you ‘pakar produk’ tak susah you nak closed 50 orang
  5. Buat upsale kepada regular customer
  6. Masa untuk develop networking
  7. Share apa yang you buat cara research produk >> cara you present >> cara you develop database >> cara you closed sale >> cara you upsale ….

Apabila you mampu buat macam ni, duit bukan lagi jadi persoalan:

  • Yang tak best, cerita memang sedap, tapi nak apply makan tahun
  • Yang best, bila you faham bisness (produk, marketing, management) you boleh jadi jutawan

Jutawan itu akan berlaku apabila you disiplin saving 10% pendapatan setiap bulan. Kalau tak disiplin saving, you tak boleh buat investment, bila tak buat investment, you tak boleh jadi jutawan aka kaya raya.

Cik adik tanya berkaitan Shaklee, tapi kongsikan berkaitan bisnes.

5. Kenapa ramai join MLM gagal? Bukan sahaja MLM tetapi any bisness

  • Sebab tidak develop database
  • Sebab tidak ada ilmu marketing (intergrated marketing strategy)
  • Sebab tidak guna pakai sistem LEVERAGE

6. Amalan menjemput rezeki

Secara basic semua orang nak jadi kaya like

  • Wang
  • Rumah
  • Kereta
  • Umrah, travel, etc

Dan semua manusia usaha keras untuk itu. Kami nak pesan solat, selawat, sedekah kena jaga. Solat 5 waktu dah biasa? Itu untuk orang biasa. Untuk orang-orang yang nak berjaya dunia akhirat kena tambah solat-solat sunat. Solat dengan sempurna.

Setiap amalan ada kebaikan untuk dunia dan akhirat. Dalam sains solat, selawat, sedekah menambah tenaga positif. Apabila tenaga positif itu besar, ia akan menarik segala kebaikan termasuk mudah buat bisnes.

Kena istiqamah sedekah setiap hari, student 50 sen / RM1 day (ikut kemampuan). Apabila sedekah istiqamah, ia menarik rezeki yang sangat kuat. Selawat antara amalan yang special, 300x / day (antara faktor terpenting kejayaan dan kekayaan dunia akhirat).

Apabila istiqamah selawat + usaha bisness, insya-Allah, cepat you naik nanti. Ingat ya, orang yahudi memang pakar dalam bisness. Dan mereka tak akan ajar berkaitan menjemput rezeki secara spiritual.

Mereka asingkan luaran dan dalaman dalam usaha memburu kejayaan. Walhal luaran tu 10% sahaja, dalaman tu 90% faktor kejayaan. Apabila amalan power, semua urusan akan dimudahkan, rasa ringan, rasa smooth, semua benda seolah-olah dimudahkan. Untuk jadi power > buat amalan SEDIKIT + ISTIQAMAH.

Dahulu kami juga susah nak buat bisnes, nak dapat customer, tetapi apabila dhuha, sedekah, istighfar, selawat, semua urusan bisnes semakin lancar, dan semakin lancar. Adik boleh baca banyak lagi pengalaman-pengalaman mereka yang buat amal dan mengalami perubahan hidup.

Klik sini –> http://www.sistemmenjemputrezeki.com/testimoni.html

Kesimpulan: Usaha luaran (bisnes) + Usaha dalaman (amal) = KAYA + HIDUP BERKAT

7. Bagaimana kembangkan bisnes?

Kami secara personal telah buat research bertahun-tahun lamanya. Dah berpuluh-puluh ribu habis untuk belajar marketing sahaja. Kami invest, masa, wang, tenaga yang sangat banyak.. Dari semua ini kami sedar sesuatu yang bernilai, dan dengan itu diri dan hidup kami berubah selama lamanya.

“Apakah ia?”

“Mindset.”

Dalam kata yang lain, you dah tak boleh jadi diri you. Personality, kesukaan, minat, hobby, semua you kena ubah. Apabila you kekal seperti sekarang, you akan kekal begitu selama-lamanya. Apabila you berubah, seluruh kehidupan you akan berubah secara total.

Perkara yang menarik adalah manusia memusuhi perubahan. Kerana apa? Kerana mereka takut tentang sesuatu yang tidak pasti. Tu sebab ramai manusia 95% statik dalam zon hidup biasa-biasa sampai mati.

Boleh faham? Ok good.

Cara untuk kembangkan adalah sejauh mana you boleh buat manusia melekat dengan diri you, melekat itu datang dari 2 keadaan,

  1. Informasi ada value (You kena buat hardcore research)
  2. Cara you ‘present’ menentukan tahap kekayaan

Untuk berjaya dalam 2 keadaan ini adalah:

  1. You kena sangat, sangat, sangat, sangat suka dengan bisnes you sekarang
  2. You kena menikmati setiap debu informasi berkaitan produk

Jika you gagal buat orang melekat, bukan sahaja you akan gagal dalam bisness

  • Tetapi you akan hidup menderita
  • Tetapi you akan hidup macam orang mati (like zombie)
  • Tetapi you akan menghadapi tekanan perasaan yang dahsyat

Oleh sebab itu you kena jadi

  1. Pakar produk
  2. Presentation (how to deliver or explain) you kena power tahap gaban

Ingat ya dalam bisnes hanya ada 3 kepala topik:

  1. Produk
  2. Marketing (kaedah MAGNET)
  3. Management (paling penting kemahiran kawal wang)

Marketing

Selepas you dah kaji produk kaw-kaw, peringkat seterusnya adalah mengembangkan atau marketing. Ingat ya, jangan cari pelanggan tetapi gunakan kaedah MAGNET / menarik.

Untuk mudah faham magnet ni:

– You dah follow blog #Inchehujan?

– Adakah u akan follow lagi pada masa hadapan?

Kenapa ya?

  • Dia bagi info yang ada value
  • Cara dia present bersahaja tidak akademik, have fun menarik
  • Yang paling penting tak meleret dan membosankan
  • Mostly real case sturdy right? Perkara-perkara yang telah terbukti

Dengan sendirinya, bisnessman akan follow, dan the best part mereka akan share kepada kawan-kawan mereka secara percuma (inilah yang dinamakan VIRAL dan MAGNET). Rahsia berkembang adalah MESTI ADA KUALITI.

Dalam buku kuasai pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan by Dr. Azizan Osman beliau kongsikan 40 perkara mengembangkan / marketing / cari orang. Oppsss, kami juga amat benci cari orang. Dan kami tak suka cari orang. Dan kami tidak akan tulis 40 teknik itu, anda boleh baca buku sendiri. Apa yang paling kami suka adalah buat orang cari kita. Ini cara jutawan yang bijak, dan bakal jadi kaya raya.

Ok how?

1. Senyum

You kena belajar senyum yang ada aura. Senyum biasa, buat-buat, itu semua menjurus kearah kegagalan, sebab tu orang tak suka tengok muka you, dan muka orang bisnes terutama MLM / takaful / insurans dan sebagainya.

Macam mana nak buat? You kena berlatih, setiap hari kena senyum paling kurang 20 minit, sampai you boleh ‘rasa’ aura tu keluar. Kalau tak beritahu takkan faham perkara ini.

Tetapi apabila you ada senyuman aura, you cerita dekat family, parent, fridens, smartfone, dan sesiapa sahaja semua orang akan melekat. Apabila orang dah melekat, faham-faham je la, time ni la buat soft selling. So you dapat duit – tak cukup kaya lagi tu, you kena buat upsale, berkali-kali.

Tak cukup kaya lagi tu. You kena cadangkan mereka promote bagi pihak you – tukar customer jadi agent. Cerita dekat dia, ini cara saya buat duit. Dan ajar 100% ilmu marketing dekat agent you tu.

“What you give yo get back more.”

Kalau you suka hidup kaya raya, you mesti kuasai teknik ini.

2. Expert pitch

Cara explain, present tu kena power, you kena buat research produk. Kenapa manusia MLM / Insurans gagal? cuba lihat cara mereka present. Macam nak mati sahaja. Tu fasal semua orang lari. Lihat pula orang MLM / Insurans yang kaya, how they present?

3. Signature email / facebook

Setiap yang u tulis kena ada signature yang power. Buat research + ujikaji ok – cara menulis.

4. Signature smartphone / whatsup / wechat

Sama juga kena power. Jangan ada bau-bau menjual / skema. Buat research cara menulis soft selling / subliminal message

5. You student ada buat program komuniti ke?

Time mengemas tu u kena jadi orang yang paling rajin. What goes around COMES around.

6. Kuasai facebook

Dalam 1 tahun ada 365 hari. Setiap selang sehari you kena buat post-post yang kencang-kencang dan kaw-kaw (bukan sembang kencang ya). Kami boleh kata, zaman sekarang siapa gagal menulis yang power di Facebook, dia tak boleh jadi kaya, kerna facebook adalah tempat marketing paling basic.

Again, you gagal present, you akan gagal dalam business.

7. Sistem agent

Selain present produk you kena pakar present how to make money. Ini LEVERAGE. Database pelanggan + database agent you kena ada, lepas tu you kena pakar explain how to be agent.

Again, cara you present kena power, apabila gagal, you akan statik dan menderita dalam bisness selama-lamanya. Apabila you power dalam database customer + agent you akan meningkat non stop.

8. Khidmat perunding percuma

Again perihal presentation.

9. Seminar percuma

Well.. you still baru, so ignore benda ni.

10. Rakan karib media

Masuk tv, nona, majalah, berita. Macam mana nak buat? Tip you kena power dekat facebook. Cari orang-orang yang dah masuk majalah, tv, paper. Jangan baca tetapi WATCH cara mereka post dekat facebook.

Picture, sharing, tips, nasihat, kekemasan what ever. Apabila you buat benda yang sama, insya-Allah you akan dapat result yang sama. Again, presentation kena menarik, have fun, power.

11. Buat artikel dekat majalah

Bayangkan you share tips bisnes then dipublish dekat majalah. You rasa bangga right? Friends? Family? Relatives? Ini memerlukan kemahiran menulis dengan kemas. Fikirkan apa effect kepada diri dan life you after that?

12. Tawaran money back guarentee

  • Business you ada buat macam ni or tidak?
  • Biasa company besar produk mereka amat berkualiti
  • Ini memang bonus bagi mereka yang join company besar

13. Pemasaran backend

Offer produk yang orang mampu beli, then upsale dengan produk yang lebih mahal. You dapat lebih untung.

14. Kuasai forum internet

Dekat internet ada banyak forums right? Orang biasa mereka selalu fikir benda-benda yang biasa, tu sebab wang, life mereka kekal biasa, sampai mereka mati. Apabila kami sebut you kena kuasai 1,000 forums semua orang akan kata terkejut, kerja gila ni. So mind set tu you tahu la, dan u tahu la kenapa life mereka biasa-biasa.

Ebook SMR ni kami kembangkan kepada, youtube, banner ads. free classified, scribd, blog comment, artikel majalah online, insta, emails. Kami buat secara non stop, dan berperingkat-peringkat. Antara rahsia kejayaan adalah non stop marketing.

15. Join ekspo

You student, no capital, just ignore.

16. Podcasting (guna suara)

You buat slide produk, then you rakam suara. Like webinar.

17. Tulis buku / ebook

Produk adalah subject. Tip-tip bukan sahaja berkaitan produk tetapi juga kepada tip-tip bisnes. Tip-tip strategi marketing etc. By the way, ini semua ikut buku, kalau kami di tempat you apa yang kami buat?

  1. Facebook
  2. Blog
  3. Tackle kawan sekeliling
  4. Tackle kawan dalam smartphone

Bisnes akan cepat berkembang adalah apabila you jadikan dia AUTOMATIK VIRAL. Macam mana kami buat? Dari sekian banyak member, kami hanya tackle 5 orang sahaja. Lepas tu dari setiap 5 orang, akan tackle 5 kawan mereka.

You tak perlu fokus sampai 300 orang, tetapi hanya 5 orang yang berkualiti sahaja lepas tu jadikan 5 orang tu sebagai agent. Dan jadikan mereka leader. dengan sendirinya 300 tu cepat diperoleh.

You + 5 orang (kawan lapis 1) + 25 kawan kepada kawan (kawan lapis 2). You dengan 5 orang adalah networking. Bukan ‘kaki’ ya, tetapi networking.

“Macam MLM je bro.”

No, ini bukan kaki. Ini sistem group / leverage / networking. Tetapi setiap seorang akan power dalam bidang masing-masing.

o   Healthy Weight

o   Healthy Nutrition

o   Healthy Home

o   Healthy Beauty

Then setiap orang ada 5 customer, teknik cross selling. Kawan you akan upsale product you dekat customer mereka. You pula upsale product kawan you dekat customer you. Dari situ you akan dapat 25 orang customer. Teknik win-win. Ini maksudnya networking dude.

Dah macam professional business la pula. By the way, inilah cara orang yang kaya dan berjaya. Dalam kajian kami leader-leader MLM semua hilang selepas beberapa tahun.

Banyak company MLM hilang begitu sahaja. Tetapi bila u ‘pakar bisness’:

o   You tahu perlu master sesuatu produk

o   You tahu teknik leverage, database, agent, magnet (marketing)

o   You tahu manage duit (terutama pay your self first, saving 10%) (management)

Semua jenis bisness system sama, yang berubah adalah subject (product). Bisnes ebook kami buat system yang sama. Bisnes fizikal juga sama. Bisnes emas juga sama.

For me, you bukan buat business Shaklee, tetapi you sedang buat business. Dalam business you kena pakar produk, marketing, management. You kena faham benda ini betul-betul.

Yang blog tu pula, share tip-tip bisnes, fikir long term sikit. Fikir untuk 3-5-7-10 tahun akan datang. Bagi info-info yang bagus. Jangan jual direct dekat blog, tetapi buat secara indirect / soft selling. Blog, adalah aset yang sangat berharga, jangan nak cepat kaya sahaja. Think for long term ok.

Ramai orang gagal, sebab malas, dan bisnes sangat susah. Kalau senang semua orang dah jadi kaya, tetapi mereka yang cekal, dialah yang akan jadi kaya raya.

Buat business >> kumpul modal >> buat investment >> financial freedom

Apabila you dah lepas level investment baru you akan dapat freedom. Selagi belum lepas, you kena lepaskan business dahulu la.

– 8 hampir tidak terurus masa saya…

– 9 Sehingga ibu bapa suruh berhenti meniaga..

Jom berfikir secara terbalik, you ada anak, you keluar duit untuk belajar. Tiba-tiba anak tu kata nak buat business. Then you lihat sejak anak you buat business, life dia jadi semakin teruk.

Soalan kami, apa yang you akan kata dekat anak you?

“Terus la buat bisnes, mama suka life you berterabur.”

Camtu?

Budak muda standard, mereka hanya fikirkan ikut sesedap mereka sahaja. Location pemikiran, inilah yang kurang tepat. Bayangkan pula begini, you ada anak. You invest dia pergi belajar, keputusan dia cemerlang, life dia tersusun kemas.

Then anak tu kata,

“Mama, nak buat business.”

Apa you akan kata?

“No, belajar dahulu.”

Inilah kesilapan ramai student.. Mereka tidak ada result (hasil bisness + pelajaran cemerlang). Then mereka cerita nak buat itu, nak buat ini. Memang la parent tak bagi.

Dari kecil mereka keluar duit you sekolah rendah, menengah, more high level. Tiba-tiba you tak belajar pulak, ‘investment’ mereka tu how? You tak keluar duit, so you tak rasa, then tak fikir benda tu.

Nasihat kami:

  • Pastikan you cemerlang dalam pelajaran…
  • Phase by phase develop database…

Kawan you berjaya antara asbabnya adalah database + networking. Kawan you, hanya berfikir buat duit dengan bisness. Kami upgrade sikit mindset you.

Blog, facebook, cara present, database adalah penentu MODAL untuk investment. Apabila you gagal kumpul modal, you tak boleh buat investment. Apabila you tak buat investment, you tak boleh jadi kaya raya. Matlamat asal you untuk jadi kaya right? So follow formula orang yang dah jadi kaya.

  1. Niat bisnes untuk bantu selesaikan masalah manusia
  2. Tambah nilai / upsale
  3. Kumpul database, networking, agent
  4. Bila duit dah start masuk saving 10% > KUMPUL MODAL
  5. Bila dah ada modal, belajar dengan orang yang dah berjaya dalam investment pula

Selepas you berada pada tahap investment, baru you akan capai financial freedom. Minda jangan block bisnes untuk jadi kaya. Dengan bisnes you kena kerja sampai mati.

Bisnes adalah untuk kumpul modal. Investment akan jadikan wang kerja untuk you. Baca semua buku Robert. T. Kiyosaki. Semoga anda belajar sesuatu …. have fun.

25 thoughts on “FAQ SMR #5 – 17 Cara Pasarkan Bisnes Shaklee

    • Pergi bercuti – 3 hari 2 malam di suatu tempat

      Minum Mocha Ice Blended di Coffee Bean & Tea Leaf

      Pergi tengok wayang

      Pergi tempat yang mahu dilawati

      Apa sahaja yang you rasa akan puaskan hati you dan rasa awesome apabila dah raikan – rasa mood lebih baik dan refresh semangat sambung kerja

      Like

  1. Tercari cari ilmu…Alhamdullilah berjumpa blog ini….terima kasih…semoga Allah limpahkan rezeki yg lebih lagi pada Cik/ Pn.. Amiin..

    Like

  2. Saya baru mendaftar menjadi ahli pengedar shaklee. Mohon tunjuk ajar cara berniaga produk shaklee sebagai ‘side income’ .010 29 38 183

    Like

    • Untuk berjaya buat side income.

      1. Always remember, bisnes bukan senang.

      Pahit manis perlu ditempuhi dahulu, selepas fasa kegelapan ini, barulah fasa banyak duit akan datang.

      2. Ilmu dalam kepala

      Untuk berjaya perlu ada ilmu yang mantap dalam kepala. Jangan lokek duit untuk beli buku, ebook, join seminar. Ramai yang kecewa bertahun-tahun, duit banyak habis, hidup merana sebab TIDAK ada ilmu dalam kepala.

      Ilmu apa yang penting?

      1. Ilmu produk
      2. Ilmu pemasaran (facebook + instagram)
      3. Ilmu pengurusan masa dan kewangan

      3. Kunci kekayaan = Senarai pelanggan / database

      * Kumpul pelanggan melalui no tel / email.
      * Cari dan belajar macam mana nak kumpul senarai pelanggan.

      Buat target

      – 300 senarai pelanggan.
      – 500 senarai pelanggan.
      – 1,000 senarai pelanggan.
      – 2,000 senarai pelanggan.
      – 3,000 senarai pelanggan.

      5 tahun akan datang, anda akan masih gagal, kerana TIDAK mempunyai senarai pelanggan.

      5 tahun akan datang, anda akan buat banyak duit, asbab mempunyai senarai pelanggan (memberi tumpuan yang serious).

      Nak buat duit? Kuncinya dekat berapa “jumlah database” yang u ada.

      Lebih besar database = lebih besar jumlah duit yang akan u dapat.

      4. Pelanggan, pelanggan, pelanggan

      Dah join bisnes right?

      So sekarang u perlu tukar kepala ..

      – “Bukan : untuk cari duit banyak-banyak”…
      – “Bukan : aku nak jual banyak-banyak”…

      Bila kepala u tersalah berfikir daripada awal, maka SEMUA tindakan susulan dari A-Z akan menjadi merapu, u akan menjurus kepada kegagalan.

      Tukar kepala u kepada ..

      – Aku mahu beri manfaat kepada pelanggan.
      – Aku mahu selesaikan masalah pelanggan.

      – Siapa yang ada masalah berkaitan ….. (contoh muka jerawat)

      – Apa yang dia fikir hari-hari
      – Apa yang dia telah cuba tetapi masih gagal

      – Apa yang u “boleh bantu” untuk selesaikan masalah dia

      So, ada banyak orang ada masalah muka berjerawat ….

      Kumpul mereka daripada facebook, instagram, forum ke dalam

      – No tel
      – Alamat email

      Lebih banyak senarai pelanggan yang u kumpul, lebih banyak info yang u boleh kongsikan, maka lebih banyak manusia akan membeli daripada u …

      5. Pengurusan masa

      Baru join bisnes right? U perlukan masa …

      – Beberapa bulan untuk belajar ilmu
      – Beberapa bulan untuk aplikasi ilmu dan gagal

      – Beberapa bulan untuk belajar semula secara lebih teliti
      – Beberapa bulan untuk belajar memahami produk, marketing, pengurusan

      Kemudian barulah u akan belajar

      – Macam mana nak kumpul senarai pelanggan
      – Macam mana nak buat engagement (mereka rasa selesa)
      – Macam mana nak buat soft selling (menjual tanpa menjual)

      Kemudian barulah u akan belajar dan memahami

      – Lebih banyak senarai pelanggan = lebih stable
      – Lebih banyak senarai pelanggan = lebih banyak profit
      – Lebih banyak senarai pelanggan = income yang konsisten

      Benda ini akan makan berbulan-bulan, atau bertahun-tahun …

      6. Pesanan terakhir

      Ingat!

      – Semua mentor bisnes yang berjaya mempunyai pelanggan yang ramai.
      – Semua syarikat yang berjaya mempunyai pelanggan yang ramai.
      – Semua usahawan yang berjaya mempunyai pelanggan yang ramai.

      Itu sahaja persamaan penting dalam urusan “buat duit” …

      7. 1 soalan

      Jika 15 tahun dahulu, apa perkara yang paling ingin i tahu tentang bisnes, dengan perkara itu, boleh buat banyak duit + stable …

      Soalan itu ialah …

      – “MAcam mana nak kumpul senarai pelanggan sebanyak-banyaknya”…

      Have Fun

      Like

      • Nota Tambahan : …

        1. Kawan i nak belajar bisnes …

        Perkara pertama yang i suruh buat ialah kumpul database pelanggan …

        2. Sepupu i nak belajar bisnes …

        Perkara pertama yang i suruh buat ialah kumpul database pelanggan …

        3. Ada orang minta nasihat bisnes

        Cari ilmu dahulu kemudian …
        Perkara pertama yang i suruh buat ialah kumpul database pelanggan …

        Like

Leave a comment