Kompilasi 3 Kuasa – The Power of Doa, Sedekah, Yakin

light-rays-background_23-2147504702

 

Oleh: Muhammad Fatthullah Al Fatah

Seperti yang saya janjikan, saya akan share kan kesah penuh magik saya yang mana saya pasti sahabat fb semua pasti tertanya-tanya kan apekah kesah realiti yang saya katakan tidak logik dek akal namun penuh magik di posting pertama saya pagi tadi? Betol ke betol?

Baiklah, al kesah nya macam ni. Last week yakni dalam hari Khamis, waktu tu dah masuk hari keempat saya letakkan kek di ketiga-tiga outlet saya di Shah Alam ini. Sebab ikot jadual dan route delivery, ketiga-tiga outlet ni saya memang hantar serentak.

Bermula dengan restok kek Anis Choc Moist Cake pada awal minggu lepas di Restoran Mr. Sambal di Seksyen 15, Shah Alam (restok sebanyak 12 bekas) kemudiannya saya ke Restoran Chinese Muslim Adam Lai juga di Seksyen 15 (restok sebanyak 13 bekas) dan last pit stop di Shell Batu Tiga Exit Federal Highway (restok sebanyak 10 bekas).

Hari Khamis tu saya update dengan kesemua outlet-outlet ini. Kebiasaannya jika hari keempat saya update, jumlah kek di setiap outlet ini pasti separuh daripadanya dah habis terjual. Masya-Allah waktu tu agak terkejot apabila melihat di Restoran Mr. Sambal masih lagi berbaki 11 bekas ( baru terjual 1 bekas sahaja).

Manakala Restoran Adam Lai masih lagi berbaki 9 bekas ( baru terjual 4 bekas sahaja) dan Shell Batu 3 masih lagi berbaki 5 bekas.

Namun itu semua takkan membuatkan saya mengambil biola dan menggeseknya di bawah pohon ketapang di pulau terpencil hahahaha
Nak tahu apa yang saya buat? Saya back to basic (bermaksud kembali kepada Yang Maha Kuasa yakni Allah Taala).

Balik rumah selepas update dengan ketiga-tiga outlet tu, saya terus ke tikar solat, saya solat dua rakaat dan pada sujud terakhir sebelum beri salam itu saya mengadu pada Allah Taala mengenai kesah saya ini (mengadu di dalam hati, bukan pada ucapan ya). Selepas beri salam dan zikrullah, angkat tangan berdoa sekali lagi pada Allah dan memohon mengadu directly pada Dia.

Dulu sewaktu saya belum cuci kolam jiwa, nak mengalir air mata tu punya lah susah. Bajet diri ini dah cukup alim, dah cukup hebat. Namun selepas cuci kolam dalam sesi program IMKK Dr Azizan Osman, saya lebih faham erti kehidupan dan setiap kali mengadu pada Allah,membuatkan kita lebih mudah mengalirkan air mata.

Maka, pasti ade yang tertanya-tanya kan ape je yang kite nak sebut waktu berdoa tu?? Ini cara yang saya lakukan:

1) Waktu sebelum doa lagi, hati kite dah connected 100% pada Allah, kite akan rasa suatu ketenangan yang setenang-tenangya dan bulu roma kita mula meremang-remang.

2) Sewaktu berdoa,saya fokuskan pada apa yang saya doa. Permulaannya Puji-pujian pada Allah Tuhan Semesta Alam dan kemudian selawat kepada Baginda Rasulullah S.A.W.

3) Sampai kepada content doa, saya mengadu pada Allah dengan sebenar-benar mengadu. “Ya Allah Ya Rahman Ya Rahiim, hambaMu ini mempunyai suatu situasi yang mana daku tidak dapat selesaikan dengan keterbatasan kuasaku sebagai hambaMu yang lemah ini. Ya Allah dengan RahmatMu, Kau gerakkanlah hati hamba- hambaMu yang berkunjung ke ketiga-tiga outlet tempat ku letakkan kek Anis Choc Moist Cake ini (Restoran Mr. Sambal, Restoran Adam Lai dan Shell Batu Tiga Federal Highway).

Agar mereka terpandang dengan kehadiran kek Anis di sana,seterusnya digerakkan hati mereka untuk mencuba dan benar-benar membeli kek Anis ini. Ya Allah, sesungguhnya Kau lah Pemilik Mutlak Hati kesemua hamba-hambaMu yang kau ciptakan. Aku mengadu dan berserah diri padaMu Ya Allah. Sesungguhnya aku ini tiada daya upaya untuk menggerakkan hati mereka semua. Hanya Kau Yang Maha Berkuasa di Alam Semesta ini Ya Allah”.

Dan sahabat semua tahu tak apa yang terjadi pada saya waktu itu??? Meremangnye bulu roma makin kuat dan saya yakin connection saya dengan Allah juga amat kuat dan dalam saya berdoa itu, air mata berjuraian sehingga membasahi pipi lantas jatuh ke baju. Sahabat semua takkan merasa saat sebegini sehinggalah sahabat semua berdepan dengan situasi seperti saya ini.

Dan sesudah selesai mengakhiri doa ini, saya yakin dengan sebenar-benar yakin yang Allah Taala pasti membantu saya dengan apa jua cara sekali pon. Hati saya tetap tenang dan yakin padaNya dan di sini saya aplikasikan Dua jenis Power yang mentor bisnes saya ajarkan iaitu The Power of DOA dan The Power of YAKIN!!!

Dan satu lagi tips yang mentor bisnes saya, Dr Azizan Osman ajarkan ialah jika ditimpa sebarang situasi di dalam bisnes ini, maka cepat-cepatlah bersedekah. Sebab, dengan bersedekahlah maka kita akan menjadi kaya. Dan dengan bersedekah juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah. Itulah janji Allah pada hambaNya. Cuba lihat Hadis di bawah:

Rasulullah SAW bersabda, “Harta tidak akan berkurang dengan bersedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Maka, setiap surau atau masjid yang saya pergi saya sedekahkan wang saya, dan yang pasti, bukanlah wang yang berwarna biru tu. Sebabnye mentor seringkali pesan, kita ni nak mengharapkan pertolongan Allah Taala agar diperluaskan rezeki kita, tapi kita sendiri lokek nak sedekahkan harta yang kita ada pada jalanNya.

Dan semalam, tiba saat untuk saya restok semula di ketiga-tiga outlet ini. MasyaAllah, nak menangis kesyukuran jugak rasenye time restok di ketiga-tiga outlet ini. Janji Allah itu pasti wahai sahabat sekalian.

Bermula dengan restok kek di Restoran Mr. Sambal, saya masuk ke sana dan melihat ke kotak awesome dan kemudian bertanya kepada owner restoran, katanya ade baki 3 kek je lagi dekk. Ya Allah Syukur sangat-sangat kerana ade 3 je kek yang return. Baki semua telah habis orang beli dekk.

Selesai restok, saya ke outlet kedua iaitu di Restoran Adam Lai, pon situasi yang sama berlaku, iaitu ade baki 3 kek je yang return. Ya Allah, Magik dah ni. Bukan lagi logik ni. Selesai restok di Restoran Chinese Muslim tersebut, saya terus ke Shell Batu Tiga Federal Highway.

Sampai di sana, memandangkan dah azan Maghrib, maka saya tunaikan dulu solat Maghrib berjemaah di surau Shell itu dan sesudah selesai, barulah start restok.

Saya tanya supervisor tersebut, Zuhairil namanya (juga student DAO IMKK batch Disember 2013), die kata baki return ade 3 bekas kek je. Ya Allah, bile dengar je Zuhairil cakap tu, rasa macam nak Sujud Syukur pada Allah time-time tu jugak di lantai kedai Shell tu.

Sahabat semua bayangkan, hari Khamis minggu sebelumnya tu saya update dengan kesemua outlet ini, total baki belum terjual ialah 25 bekas semuanya dan mereka sendiri kata customer agak kurang kerana mungkin bercuti di luar kawasan Shah Alam(balik kampung).

Alhamdulillah dengan kuasa Allah Taala yang menggerakkan hati hamba-hambaNya untuk membeli kek ini, baki yang return hanyalah 9 bekas sahaja. Syukur padaMu Ya Allah. Nikmat mana lagi yang harus ku dustakan. Maka menjadilah daku di kalangan hambaMu yang bersyukur padaMu. Alhamdulillah.

So, nampak ke nampak magik yang berlaku pada saya semalam ??? Maka, waktu solat Isyak berjemaah semalam, di kala sujud terakhir itu saya mengucapkan dalam hati, “Syukur sangat- sangat padaMu Ya Allah, Tuhan Yang Maha Berkuasa”. Inilah yang mentor saya katakan, sebenar-benar hidup orang yang berbisnes ini ialah dirinya akan bertambah- tambah kebergantungannya pada Allah Taala.

Dan akhir kata, percayalah sahabat sekalian pada The Power Of DOA, The Power Of YAKIN dan The Power Of SEDEKAH. Itu lah The Great Combination Of Three Powers. Serahkan diri kita bulat-bulat pada Allah Taala kerana Dia Maha Berkuasa Lagi Maha Mengetahui Segala- Galanya.

Jom same-same kita solat Dhuha pagi ini.
Salam Usahawan,
Muhammad Fatthullah Al Fatah

Advertisements

2 thoughts on “Kompilasi 3 Kuasa – The Power of Doa, Sedekah, Yakin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s