FAQ SMR #6 – Dilema Seorang Suami

faqhaz

Assalamualaikum. Hai, terima kasih kerana masih membaca entri kami. Really appreciate on it. Berikut merupakan idea yang mungkin membantu.

1. “Kena sihir”

Pertamanya tahniah ya, benda ini dengar cerita hampir settle. Kisahnya bila Insyirah beritahu you perkara ini, kami cadangkan anda memberi sedekah banyak sedikit. Jika sebelum ini hanya sekitar RM1 – RM5, anda telah berani memberi sedekah RM10 / RM30 / RM50.

Mengapa kami advice sedekah sebagai usaha? Kerana dalam pembacaan terdapat begitu banyak kelebihan sedekah, panjang umur, murah rezeki, tolak bala, sembuh peyakit, dan sebagainya. Cadangan kami selepas ini lebihkan sedekah dan berterusan seperti:

  • RM1 / Day
  • RM10 / Jumaat
  • 5% dari gaji / income bulanan
  • Beri parent lebih banyak
  • Sekali sekala beri RM100 (dalam 1 bulan 2-3x)

Dan you akan dapati, life you akan jadi sangat-sangat-sangat amazing. Mengapa ada orang sedekah tapi tak menjadi? Maybe tak istiqamah, maybe jarang beri, memberi sedikit sangat, maybe niat n bla, bla, bla. Kunci kepada menjadi adalah sedekah secara istiqamah usahakan RM1/day + RM10 / jumaat. Lain-lain ikut kemampuan.

Kami sendiri amalkan perkara ini terutama sekali sekala ‘beri banyak sikit’, dan you know what, our life menjadi sangat-sangat amazing.

Jiwa tenang, sale sentiasa meningkat, bisnes begitu lancar, idea datang mencurah-curah, dan macam-macam lagi keberkatan yang datang. Insya-Allah kami akan berterusan istiqamah, dan diharap anda juga begitu.

Banyak manusia nak tukar hidup malang bertimpa-timpa kepada blessing bertimpa-timpa, antara nasihat kami ialah MULAKAN HARI INI beri sedekah RM1 / day.

1-2-3 minggu memang you tidak rasa apa-apa perubahan, tetapi setelah masa berlalu, you sendiri akan faham, begitu banyak perubahan telah berlaku. Janji Allah itu pasti, jadinya beri sedekah berterusan ok.

2. “Tiap-tiap malam saya menangis memikir perkara ini” ….

Bila kami baca apa yang you tulis, kami detect perkataan di atas, you nak tau kenapa life you tak berubah? Sebab you memikirkan perkara ini setiap malam. Dalam kata yang lain, you sedang minta ujian itu berterusan datang lagi dan lagi, maybe you dah lakukan berbulan-bulan lamanya.

Dah you doa macam tu, life you jadi macam tula. Why? Sebab segala apa yang kita buat, fikir, baca, dengar, lihat, tulis, impian, planning, cakap, rasa semuanya doa.

Apabila you lakukan perkara yang negative, sebenarnya you sedang minta perkara-perkara yang negative berterusan berlaku. You tahu, you tak tahu, you faham, you tak faham, you terima, you tak terima, you yakin, you tak yakin, you percaya atau you tidak percaya.  Apa sahaja yang you fikirkan, dan lakukan semua itu merupakan doa.

3. Tulis semua ujian atas kertas

Seterusnya cadangam kami,

  • Ambil sehelai kertas A4
  • Tulis segala ‘ujian’ hidup you pada 1 muka sahaja
  • Pergi kedai buat 6 salinan ….
  • Setiap hujung bulan bakar sehelai demi sehelai …
  • Say this words “dear mr. negative thinking, thank you very much, I don’t need you anymore”

Selepas you sudah tulis atas kertas segala ujian hidup, selepas ini jangan lagi fikirkan perkara itu lagi. If you want to change, you kena ubah terutama fikiran, impian hidup, apa yang you perlu fikir setiap malam, setiap pagi, setiap hari, dan seterusnya.

Yup, benda ini bukan senang, ujian itu you dah layan terlalu lama, nak ubah serta merta adalah sangat sukar, so pelan-pelan kayuh ok. Apa yang penting you USAHA + DOA di samping melakukan perkara yang berbeza seperti point seterusnya.

4. Tulis segala nikmat

Seterusnya cadangan kami:

  • Ambil sehelai kertas A4
  • Tulis segala ‘nikmat’ yang you ada dari segi spiritual, financial, relationship (1 muka sahaja)
  • Selepas itu buat 3 salinan, letak dalam wallet dan bawah bantal dan tampal dekat cermin

Nikmat spiritual

  • You solat 5 waktu, hati you tenang, jiwa you tenang, ini nikmat
  • Sedekah, dan you dah pernah nampak kesan sedekah, ini nikmat
  • Dan you berterusan sedekah, hidayah melakukan amalan adalah sangat besar
  • Fikirkan ada satu lagi kehidupan manusia, duit banyak, life kaya, tetapi jiwa tidak tenang, kosong, berpuluh-puluh tahun lamanya. Ini adalah perkara reality.
  • Patut syukur cause kita tak kena ujian dijauhkan dari agama ketika susah. Dan banyak lagi nikmat you boleh tulis, 20-30 point adalah sangat bagus.

Nikmat financial / ekonomi

  • Susah macam mana pun, you masih ada wang walaupun sedikit.
  • You masih ada kerja, ada wife yang membantu, sibling dan sebagainya.
  • You juga dah buat bisnes tapi gagal, gagal tak penting tetapi pengalaman sebenar dan apa yang you belajar dari semua itu yang sangat penting.
  • Ingat ya, lebih 90% semua orang berjaya bermula dengan kegagalan.
  • Fikirkan ada orang kerja kutip sampah, kutip tin kosong, gelandangan, ada orang cacat minta sedekah dekat pasar malam. Dan life you tak macam tu right?
  • Selama ini kita hanya fikirkan kesusahan diri sendiri, tapi jarang kita lihat ada orang lain menderita 10x ganda dari kita.
  • You ada rumah, orang lain hidup dalam pondok buruk, dalam kotak, bila hujan bumbung bocor, nelayan yang bergaji terlalu sedikit, dan sebagainya.
  • Jadinya, tulis semua nikmat positif dari segi material, financial dan sebagainya.

Nikmat relationship

  • Susah macam mana pun you masih ada parent right? Itu sumber keberkatan.
  • Ada orang lahir-lahir dah jadi yatim piatu.
  • You pula masih ada sibling, wife, anak, ini semua nikmat yang besar, cumanya you jarang merenung nikmat-nikmat ini.
  • Apabila you tulis, bila you renung dalam-dalam, you akan jadi orang yang bersyukur.
  • Jadinya, kamu syukur > kami tambah nikmat.
  • Lagi banyak kamu syukur, lagi banyak nikmat yang kami tambah.
  • Berterusan syukur, berterusan nikmat yang kamu akan dapat.

Apa yang kita boleh belajar? Yup, secara tidak langsung kita telah tukar apa yang kita fikir, kita telah mula fikirkan kebaikan, nikmat, melihat nikmat dan sebagainya.

  • Last time you selalu fikir negative > no wonder negative tidak pernah hilang
  • This time you mula fikirkan positif > makanya life you akan berubah phase by phase

Don’t aspect amazing life akan berlaku 1-3 bulan, ia masih memerlukan masa. Apa yang penting you dah buat total perubahan dari segi pemikiran. Pengalaman kami, bila fikir nikmat, fikir positif berterusan, semakin lama, semakin banyak benda positif yang berlaku, dia datang, datang, dan berterusan datang.

Syarat ketat ia menjadi ialah istiqamah.

5. Tulis kehidupan yang diimpikan

Seterusnya cadangan kami..

  • Ambil sehelai kertas A4
  • Tulis 101 impian kehidupan
  • Print, tampal, letak bawah bantal

Remember apa yang kita tulis = doa.

Jadinya beranikan diri you berimpian, menulis 101 impian kehidupan. Just tulis apa impian kehidupan kamu, bisnes menjadi, jiwa tenang, redha, kedamaian fikiran, keluarga yang ultimate bahagia dan sebagainya.

Juga rumah, kereta, networking, travel, umrah, beri sedekah RM100k setahun dan sebagainya. Tulis apa sahaja perkara yang kamu impikan. You tak perlu nak fikir macam mana benda itu datang, macam mana nak capai impian itu semua, masa sekarang tugas you ialah tulis 101 impian sahaja.

The best part pengalaman kami, setelah siap, ada beberapa impian itu mudah capai, ada yang cepat datang, ada yang looks like dia jadi sendiri. This is amazing. You just tulis ok, selepas beberapa bulan berlalu you akan faham perihal perkara menakjubkan ini.

6. Apa yang kita dapat belajar?

Pada tahap ini apa yang kita dapat belajar?

Ketika you membaca, you rasa fresh? You rasa ada tenaga? You rasa ada harapan? You rasa lebih positif? You rasa terang? (dan perkara ini akan lebih terang setelah you selesai lakukan task di atas)

Kenapa ya? Ini adalah kerana sebelum ini kamu selalu fikirkan, imaginasi, perkara-perkara yang negative. Apa yang terjadi ialah minda kamu rasa sesak, rasa tertekan, rasa sempit.

Dan sekarang kamu disumbat pula dengan perkara yang positif, ada rasa perbezaan? This is the best part jika you tahu kekuatan fikiran, tahu mengatur cara berfikir, tahu system, tahu teknik…

The best part bila you kekal positif, dan lakukan perkara yang positif lebih banyak, makanya life you akan jadi positif dan malah positif lebih banyak datang.

Dalam buku 70 Lesson kami kongsikan 13 lagi teknik-teknik programming, supaya minda kita hanya tertumpu kepada perkara positif sahaja.

101 impian, 70 syukur, 70 poster, rajin tambah ilmu, rajin beli buku, kongsikan idea positif dekat facebook / blog, tukar suara dalaman, buat keputusan untuk jadi manusia yang positif, money magnet, positive mantle attitude dan sebagainya.

Lagi banyak perkara positif you lakukan, lagi banyak you program diri you menjadi positif, maka positif itu akan meresap masuk jauh ke dalam urat saraf jasad you. Dan darah yang mengalir juga juga menjadi positif, last sekali apa yang berlaku? Ya, total life you jadi positif.. Cause you hanya focus kepada perkara yang positif.

7. “Musibah dari dahulu lagi”

Mengapa musibah ini berlaku?

Ini kerana sejak dari dahulu you telah programkan diri you tanpa you sedar, akibatnya gelombang diri you menjadi negative. Makanya negative menarik negative. Selagi you tak ubah, you tak buat programming, musibah akan ‘berterusan’ juga pada masa hadapan.

Antara new programming yang you lakukan ialah memberi sedekah. Dibantu dengan lain-lain jenis programming 101 impian, 70 syukur, you print 70 poster yang positif dan sebagainya.

Slowly apa yang berlaku ialah, gelombang diri you akan bertukar sedikit demi sedikit kepada positif, dan you berterusan dengan positif. Makanya positif pula akan menerjah hidup kamu.

Boleh faham? Ok good.

8. “Luahkan apa yang saya rasa”

Pada ketika ini pastikan you jadikan luahan ini adalah yang terakhir. Bila manusia meluahkan ia beserta emosi yang pure, dan kesungguhan. Bila you luahkan, ini bermakna you sedang melakukan doa. Nak luahkan boleh tetapi dengan nada yang positif. Ini kepada manusia.

Kepada Tuhan pula, you patut luahkan segala-galanya, lepaskan semuanya, lepaskan segala yang terbuku. Dalam keadaan menangis-nangis emosi menguasai diri … sebut perkataan ini.

“Ya Tuhanku, ini semua masalah, ujian yang Engkau berikan, aku tidak ada jalan keluar, aku tidak tahu apa nak buat, hanya kepada Engkau aku minta pertolongan, berilah aku jalan keluar, berilah aku jalan keluar yang baik, hanya Engkau yang mampu lakukan.”…. (adjust ayat ikut kesesuaian ya)…

Jadinya, selepas you luahkan… apa yang you minta? Ya, you minta ‘jalan keluar’. Ketahuilah bagi setiap ujian, masalah, cabaran, jalan keluar begitu mudah bagi Tuhan.

Bila Tuhan beri jalan keluar, life you akan jadi amazing… Satu benda yang kita kena faham setiap perkara yang berlaku ada hikmah.

Mungkin juga kita tenggelam dalam nikmat, kita lupa diri, dan mati dalam kekufuran. Oleh itu Dia bagi ujian, supaya kita SEDAR dan selalu BERINGAT pada masa hadapan.

The best part, jika you serahkan kepada Tuhan, Dia BOLEH selesaikan masalah you sekelip mata sahaja… Tetapi jika you serahkan kepada ‘makhluk’ you akan tertipu dengan illusi selama-lamanya.

Dalam penulisan, dalam sharing, dalam buat ebook, kami juga banyak kali sangkut dari segi idea, kadang-kadang tiada penyelesaian, apa yang kami buat? Ya, kami minta kepada DIA… Bila Dia bagi idea, idea itu sangat, sangat, sangat amazing.

Next time, bila you sangkut dalam bisnes, life, financial or apa sahaja, you minta dekat DIA jalan keluar… lagi banyak you minta, lagi DIA suka.

Kesilapan ramai orang ialah, mereka terlalu ‘jarang’ minta bila dah sangkut, dah teruk sangat, dah tiada jalan keluar baru nak minta. Jadinya apa yang biasa berlaku ialah, mereka dapat lambat.

Mereka yang tahu pula, setiap hari, 5x, ditambah pula sebelum tidur, sebelum laksanakan sesuatu urusan, sebelum buat tu, sebelum buat ini, manusia ini selalu minta, dimudahkan, diselesaikan, disenangkan, diberi idea yang best, dia selalu dan banyak kali minta. Kerana dia faham bila minta banyak kali ‘signal’ menjadi semakin kuat.

Bila signal telah kuat, apa yang kita minta senang dan cepat dapat. Pernah dengar solat sunat hajat? Bila last sekali you buat? Berapa kerap you buat? Terlalu jarang right?

Urusan business, life ni sebenarnya senang jika you tahu system, you dalam proses jadi kaya, you baru nak belajar buat bisnes, you ada sangkut this n that dalam kehidupan, kenapa tak solat hajat setiap hari der?

Buatlah solat hajat selalu, banyak kali, dan buat lebih banyak. Barulah signal you jadi kuat, dan ada time you stuck, you solat hajat, senang, cepat, dapat jalan keluar atau penyelesaian.

Ini tidak, solat sunat hajat 10 tahun 1 kali, ada masalah baru terhegeh-hegeh nak minta, lepas itu mereka cakap ‘’mengapa Tuhan tidak dengar doa aku?”

Walhal salah sendiri… boleh faham? Ok good…

9. Perihal bisnes

Banyak manusia gagal, bertahun-tahun gagal, dan mereka tercari-cari where is the mistake?

Kajian kami mistake mereka ialah “TIDAK ADA ILMU”.

Ya, maybe ada ilmu, tetapi ketahuilah ilmu itu terlalu sedikit, ilmu itu tidak sistematik, ilmu mereka bersepah sana sini…

  • 7 flows nak jadi kaya pun tak tahu – by George S. Clason
  • 4 flows nak jadi kaya pun tak tahu – by Robert T. Kiyosaki
  • Cara kumpul database – by Seth Godin
  • Psychology of selling – by Brian Tracy
  • Magnet kekayaan & kejayaan – by Azizan Osman
  • Rahsia menarik pelanggan – by Azizan Osman

Semua benda tak tahu, buku malas baca, pemalas, berlagak banyak ilmu (kalau ada RM7 juta dalam akaun lain la cerita), bajet diri dah bagus.

Tak sedar diri jahil, tak sedar diri mangkuk hayun, kayuh buat bisnes membuta tuli, sistematik ke laut, documentation kelaut, professional level kelaut, marketing bersepah, tiada schedule, tiada jadual, tiada skala, tiada target.

  • Boleh faham kenapa orang buat bisnes gagal?
  • Boleh faham kenapa pakcik tua tu dah 30 tahun buat bisnes hidup semakin miskin?

Cuba pula tanya…

  • “Pakcik, pakcik buat bisnes ni ada “database” atau tidak?”…
  • “Pakcik, pakcik ada susun kertas, resit, bank statement kemas & sistematik atau tidak?”

Cukuplah dua soalan itu, database dan sistematik, apa pun bisnes yang you buat, bila tiada disiplin, orang lain boleh jual kereta, you tak boleh. Orang lain boleh jual ebook you tak boleh, orang lain boleh insurans you tak boleh.

Apa pun yang mereka jual semua tak laku, orang lain boleh pula jadi… where is the mistake? Mistake dia adalah ilmu…

  1. Ilmu produk / service (cara present kena power, jangan semasa you cakap orang mengantuk pulak)
  2. Ilmu marketing (ini kena faham proses marketing dan proses menjual (closing))
  3. Ilmu management (kekemasan, kewangan, sistematik, target, etc)

Kata bijaksana,

“Gaya professional, gaya macam orang yang berjaya pun tak nampak, bersepah, berterabur, macam mana nak berjaya?”

Berbanding perkataan ini,

  • “Bro, aku tengok kau ni boleh pergi jauh la” …. (walhal dia belum make money, tapi kita dah boleh predict daripada gaya dia buat kerja memang boleh berjaya)

Jadinya, you jenis orang yang macam mana? Fikir sendiri ya..

Kisahnya begini…

Fasa 1:

  • Q: Nak buat bisnes tapi tak kena dengan jiwa, dan 10 tahun dok pikiaq…
  • A: You ambil kertas tulis 70 ideas bisnes, lepas tu doa la der minta petunjuk..

Fasa 2 :

  • Q: Dah ada produk, tapi tak boleh start, tak reti macam mana nak market-kan.
  • A: Dah 10 tahun duk fikir modal, modal, modal, gunalah otak tu sikit, jadi kreatif, fikirkan macam mana saya boleh start dengan RM300 or RM3,000 or tanpa modal. Jalan itu sentiasa ada, tapi otak you tu yang tak jalan-jalan
  • A: Beli buku Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan, baca 300x, gali dalam-dalam magnet marketing, sifat ego dan pemalas yang membuatkan life you suck…

Fasa 3:

  • Q: Bro, saya tak tahu nak run syarikat, buka account, manage documentation etc …
  • A: Bagus bagi alasan, kami cadangkan you ambil masa 1000 tahun lagi untuk beri alasan, jangan cerita dekat kami, pergi dekat pokok cerita alasan you dekat pokok tu…
  • A: Baca bukula der, tanya orang, pergi seminar, buat research, dan sebagainya… Duit tak suka dekat you sebab pemalas baca buku, selalu bagi alasan… Kami izinkan you hidup dengan 1001 alasan selama mana yang you suka… kami ucapkan selamat bahagia.

(i) Perihal degil, semangat untuk berjaya

Ini sifat yang bagus sebenarnya, tapi mistake ialah you tak focus kepada ilmu.. kami bagi tips sedikit.. Kalau you nak berjaya dalam bisnes, focus kepada ilmu dahulu… Jangan focus kepada bisnes atau wang.

Pastikan ilmu product + ilmu marketing + ilmu management you tajam, dan betul-betul tajam, lepas ilmu dah tajam you boleh jual apa sahaja ‘easily’….

Dan you tak perlu susah payah nak cari formula berkesan, formula sendiri, habiskan masa bertahun-tahun buat uji kaji fasa permulaan, apa yang you perlu buat ialah IKUT CARA ORANG YANG BERJAYA.

Untuk berjaya you kena tahu macam mana orang berjaya itu berjaya, mereka ada cara yeng tepat, mereka tahu ilmu-ilmu yang tepat, dan mereka ada ‘rahsia’ dalam bahasa lain system yang terbukti.

Sistem yang terbukti, benda ini yang you tak tahu, kami tahu benda ini, tu fasal kami boleh lakukan jualan yang sedikit tetapi consistence.

Yang ‘sedikit’ itu memang nampak sedikit mulanya, selepas berbulan-bulan kami mula faham, yang sedikit itu bila dikumpul-kumpulkan dia jadi banyak pula.

Memang la kena usaha keras, kerja smart sedikit, tapi tak lah teruk sangat, bila income consistence kami dah boleh go forward kepada investment. Boleh faham? Ok good…

(ii) Fikir hajat ketika bla-bla-bla

Ini untuk orang yang dah kahwin (yang belum kahwin tutup mata, jangan baca :p )

Kami ada circle, ada team, ada kawan di mana meraka ini semua pengkaji tegar perihal, sains, system, tenaga, magnet, wave, bisnes, investment dan sebagainya… Satu hari dia bagi nasihat berdasarkan pengalaman dia.

Dia kata orang yang kahwin kena selalu bersama, selalu honeymoon, 1 bulan sekali or 4 bulan sekali sewa hotel yang mahal sikit… You dengan life partner you.

  • Sebelum buat “bla, bla, bla” tulis apa hajat pada kertas….
  • Then you buat “bla, bla, bla” …

Kawan kami kata “selepas bla, bla, bla” tu, you fikirkan hajat yang you tulis tadi… Dia kata lagi, kerap kali pada masa itu idea terbuka luas dan idea yang datang adalah sangat advance dan canggih. Seolah-olah dia ‘boleh nampak’ susunan how to get the wish (hajat) begitu jelas sekali.

Dia explain why, dia kata pada masa itu manusia sebenarnya dalam keadaan alpha, bahasa lain “ketenangan tinggi”, time tengah tenang itulah you duduk sekejap then fikirkan hajat you…

Ok cerita tamat ..

(iii) Dapatkan ketenangan tinggi

Boleh kami tanya, bilakah kali terakhir you berehat, you benar-benar berehat? Time solat? Nop. Time tidur? Nop. Time bercuti? Nop… Time tahajud? Lagilah hampeh…

Sebenarnya antara cara untuk dapat ketenangan tinggi, time kita betul-betul rehat ialah ketika kita bermeditasi.

Selepas solat, duduk bersila betul-betul dan selesa, luruskan tulang belakang, pejam mata, tutup mulut, dan bernafas secara perlahan. (Jangan tidur pula)… Lakukan 3x seminggu, 20 minit sahaja setiap sesi..

Pastikan diri you betul-betul tenang, kosongkan fikiran, rehatkan seluruh minda, jiwa, fizikal, telinga, mata, jantung, bahu, kepala, hidung, mulut, dalam kata lain total rehat.

Kosongkan kepala, jangan fikir apa pun, (nak zikir Allah, Allah, Allah pun boleh), (nak sebut tenang, tenang, tenang pun boleh)…. Tetapi hanya satu perkataan.

Ingat ya, hanya 20 minit sahaja jangan lebih, pastikan total diri you betul-betul rehat….

Kesannya apa? Berdasarkan pengalaman, solat mudah khusyuk, jiwa tenang, seterusnya minda tenang, kita mudah berfikir, idea yang datang juga sangat-sangat power. You should do, its amazing.

(iv) Menjemput Rezeki

Ramai manusia nak jadi kaya, nak hidup senang, mereka berusaha keras, bertahun-tahun lamanya. Ada orang pula buat sikit dapat hasil banyak. Bukan itu sahaja ada yang mendapat blessing bertimpa-timpa.

You boleh baca pengalaman manusia disini > www.sistemmenjemputrezeki.com/testimoni.html

Untuk menjadi kaya, you perlu selarikan.

  • Usaha ibadat – Amalan menjemput rezeki
  • Usaha adat – Man jadda wajada

Mereka yang tertipu

  • Jangan kena tipu dengan setan, buat ibadat banyak, tapi buat kerja / bisnes pemalas…
  • Jangan kena tipu dengan setan, buat bisnes rajin, buat ibadat malas

Mereka yang bijak…

  • Apabila you pandang dengan mata hati, perlunya usaha bersungguh, perlunya ibadat sungguh-sungguh makanya you adalah calon seterusnya untuk berjaya…

Lain-lain hal, kami percaya kamu boleh handle…

Tonton video ini:
The Skill of Self Confidence: http://www.youtube.com/watch?v=w-HYZv6HzAs

Release Meditation Technique: http://www.youtube.com/watch?v=v2mY36Ho1Sk

Semoga sedikit sebanyak membantu, have fun…

Advertisements

4 thoughts on “FAQ SMR #6 – Dilema Seorang Suami

  1. as salam saudari/puan insyirah, semoga sentiasa dalam rahmat al lahu yg berkekalan…
    sesuatu yg sangat luar biasa dalam memberikan pandangan dan nasihat kpd yg memerlukan.. alhamdu, saya juga memdapat sedikit sebanyak dan menimba ilmu kepahaman ini dari apa yang puan
    jelaskan di artikal ini.. saya di terangi luas dalam setiap kupasan permasalahan dan cara menangani nya dalam segala situasi negetif dalam diri sesaorang.. apa yang terluah makanya tersingkap jalan keluar yang membuka minda dan diri untuk dilaksanakan sepantasnya.
    dari kepahaman saya, satelah membacanya.. ternyata puan menulis dengan cukup IKHLAS, JUJUR DAN BERKOMITMEN TINGGI serta dengan JIWA YANG TENANG juga idea yag mencurah datang dari DIA, TUHAN anda. saya bersyukur dan berterima kasih kepada puan yang begitu IKHLAS membantu secara buah fikiran dan ilmu bagi membantu mengubah kehidupan yang lebih baik dan terbaik pada masa akan datang dan dapat saya kongsikan bersama disini..terima kasih sebanyaknya..
    may GOD bless u all the time…
    thank you
    apad

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s