Cara Mencari Idea Perniagaan

As Salam.. Halo2 hai… 🙂

Terima kasih kerana masih lagi sudi berkunjung dan membaca entri dalam blog ini …

Faq kali ini adalah perihal bagaimana nak cari idea perniagaan …

Al kisah bermula, satu orang bertanya kepada TEAM kami, seperti biasa apabila melihat sahaja soalan, fikiran kami secara automatik mengeluarkan idea seperti berikut … 

  1. Solat hajat
  2. Buat Research

#1. Buat Research

  • Ambil pen + kertas
  • Tulis 70 idea yang kita minat
  • Ambil masa sekitar 1-2 minggu untuk menulis

Beri masa dan ruang kepada minda untuk mengeluarkan idea, memilih idea yang kita minat. Tulis dengan tenang dan gembira.

Apa yang penting sebelum menulis bersihkan diri, ambil wudu’ dengan tenang, solat sunat taubat, dan hajat dengan tenang, kemudian zikir selepas solat dengan tenang, kemudian doa dengan tenang.

Siap sahaja amalan ini, ketika masih lagi ada aura solat dan ketenangan itu, ambil pen dan kertas, mulakan dengan bismillah, dan tulis dengan tenang.

  • Day 1 – Kita akan dapat sekitar 1-15 idea
  • Day 2 – Amalan > Tulis > Tambah lagi idea
  • Day 3 – Amalan > Tulis > Tambah lagi idea
  • Day 4, 5, 6…

Ikut keselesaan… sehingga habis 70 idea …

Q: Kenapa perlu sehingga 70 idea?
A: Power lebih kuat lor …

Bila kita tulis, minda akan nampak dengan jelas, bila tak tulis, idea hanyalah khayalan semata-mata.

#2. Celebrate

Celebrate atau meraikan kejayaan adalah supaya mind + body + spirit kita dibiasa-biasakan dengan aura kejayaan.

Semakin banyak kita celebrate, semakin kuat aura dan magnet kejayaan yang ada pada diri kita.

Like attract like
Kejayaan attract kejayaan

  • Siap 20 idea > Go celebrate
  • Siap 40 idea > Go celebrate
  • Siap 50 idea > Go celebrate
  • Siap 70 idea > Go celebrate

Barulah kita akan rasa lebih bersemangat untuk melakukan kerja-kerja yang lain.

Hargai diri u, ucap tahniah banyak kali kepada diri u.

Lagi banyak kita lakukan, barulah kita rasa best, lebih ceria, lebih happiness, lebih seronok untuk berusaha keras dan work smart.

Ramai orang kecewa dalam diam setelah penat lelah buat kerja, tak pernah dapat pujian. Selagi u mengharap kepada orang lain, selagi itulah u akan kecewa.

Kerana dalam dunia ini tiada siapa pun nak puji diri kita, manusia hanya sibuk dengan diri sendiri, dan kerja sendiri yang tidak pernah habis.

Oleh sebab itu, u sendiri kena puji diri sendiri dengan niat yang positif, dengan fikiran yang positif.

Setiap kata-kata adalah doa. Lebih banyak minda kita menerima perkataan yang positif, maka lebih besar gelombang positif yang akan dipancarkan.

Like attract like
Positif akan menarik positif

Selama ini dekat facebook, internet, blog, tv, paper, majalah, kawan-kawan, relatives kita jarang berkomunikasi dalam bahasa yang positif.

Kita pula dah terlalu lama tenggelam dalam bahasa negatif, sehinggakan aura negatif telah melekat pada diri kita. No wonder life kita negatif memanjang. Dalam bahasa yang biasa ‘malang bertimpa-timpa’ selalu berlaku.

U nak jadi orang yang berjaya, u kena faham perihal aura positif dan aura negatif, seterusnya pastikan diri u banyak berada dalam situasi positif.

Cara yang u lakukan ialah,

  • Celebrate / Meraikan Kejayaan
  • Puji = Doa = Hargai Diri
  • Teruskan amalan solat hajat, taubat, dhuha, tahajud

#3. Tapis 70 Idea

Kata bijaksana,

  • Orang yang berjaya, dia mulakan dan buat sampai habis.
  • Orang yang gagal, pandai mulakan tapi GIVE UP separuh jalan.

Sebab itu jika u lihat orang itu masih tidak berjaya, bisnes tidak berkembang, dia tak make money, buat stop, buat stop, buat stop, bila nak jadi kaya der?

Sebelum ini kita lihat ramai orang mulakan sesuatu, selepas 1-3 bulan dia tukar, lepas tu buat lagi 4-6 bulan dia tukar, lepas tu buat lagi 6-12 bulan dia tukar. No wonder sampai sekarang dia tak berjaya.

Selepas u dah siap menulis, u kena tapis daripada 70 > 60 > 50 > 40 > 30 > 20 > 10 > 5 > 1 …

Sebelum tapis sama juga, bersihkan diri, ambil wudu’ dengan tenang, solat sunat taubat, dan hajat dengan tenang, kemudian zikir selepas solat dengan tenang, kemudian doa dengan tenang.

Ketika u masih lagi tenang, masa itu mind + body + spirit juga sedang bertenang, adalah masa terbaik untuk tapis idea.

Ambil masa beberapa hari untuk fikir secara mendalam perihal bisnes yang akan u lakukan nanti.

Lihat laut, pokok (benda hijau), langit, bintang, tasik, kolam, dan keindahan alam, nikmati suasana sekeliling dapatkan ketenangan dan udara yang fresh.

Kita perlu memilih perniagaan yang betul, kerana selepas ini kita akan merasai sepak terajang, susah payah, naik turun, dan segala perencah dalam dunia perniagaan selama 3-5-7 tahun atau lebih.

Siapa kata bisnes ni senang? Kalau senang nescaya ramai orang akan menjadi kaya raya dan hidup senang lenang.

Apa yang kita lihat ialah dah bertahun-tahun orang itu buat bisnes, hidup semakin susah, semakin merempat, semakin teruk.

Menurut kajian 90% manusia akan gagal dalam masa 3 tahun pertama. Mana tidaknya buat ikut sesuka hati, main terjah, main agak-agak, tidak ber-DATA dan terlebih confident.

Jadinya pilih elok-elok ya.

#4. Minat = Kunci Kejayaan

401588009_6341805757_699ee918f2_z_xlarge

Minat merupakan kunci kejayaan, dan sebahagian dari kunci kekayaan. Kunci kekayaan ialah mentor, elmu, sistem, tindakan dan impian (M.E.S.T.I).

Bila u kenal pasti apa yang u minat, maka kejayaan akan berjalan seiring, kejayaan akan menemani u siang dan malam bertahun-tahun lamanya.

Jangan buat bisnes ikut nafsu, ikut orang lain. U kena buat bisnes yang u suka, yang u minat, dan u sangat selesa.

Bagaimana untuk kenal pasti minat?

  • Tanyakan kepada diri sendiri, apa perkara yang kita suka dan sanggup lakukan setiap hari, malam dan siang, dan sanggup kekal dengan minat itu untuk 3-5-7 tahun ketika susah dan senang?
  • Tanyakan kepada diri sendiri, apa perkara yang kita sanggup bersusah payah lakukan sehingga pukul 3-4 pagi berbulan-bulan lamanya?
  • Tanyakan kepada diri sendiri, apa perkara yang kita boleh cerita kepada kawan-kawan berjam-jam lamanya, dan u sanggup bercerita sehingga pukul 3-4 pagi?

Lihat kepada 70 senarai idea … Ada atau ada?

Contoh,

Satu orang minat kucing, dia boleh bercerita berjam-jam lamanya perihal kucing, sehingga pukul 3-4 pagi pun dia tak kisah.

  • Satu orang minat komputer, dia boleh bercerita berjam-jam lamanya perihal komputer.
  • Satu orang minat memancing, dia boleh bercerita berjam-jam lamanya perihal memancing.
  • Satu orang minat menjahit, dia boleh bercerita berjam-jam lamanya perihal menjahit.
  • Satu orang minat kereta, dia boleh bercerita berjam-jam lamanya perihal kereta.
  • Satu orang minat motivasi, dia boleh bercerita berjam-jam lamanya perihal motivasi.
  • Satu orang minat design, dia boleh bercerita berjam-jam lamanya perihal design.
  • Satu orang minat makanan, dia boleh bercerita berjam-jam lamanya perihal makanan.

Lihat balik, dalam 70 senarai tu, apa perkara yang u boleh cerita berjam- jam lamanya?

Ada atau ada?

Jika ada tahniah. Dah dapat celebrate ok.

#5. Modal

Modal.. Modal.. Modal..

Kita lihat ramai orang sangkut disebabkan modal. Tiada modal tak boleh jalan bisnes.

Jangan terkejut ada yang tersangkut bertahun-tahun lamanya, dia dah fikir idea tu 10-15 tahun yang lepas lagi.

Dia kata ini bisnes bagus, takda modal tak boleh jalan, dan dia berusaha untuk cari modal pula.

Dia fikir kalau ada modal mesti boleh jalan, boleh berjaya. Ini adalah imaginasi palsu semata-mata. Dia terperangkap, dan dia terperangkap bertahun-tahun lamanya.

Ini paling best dan menarik.

Ada pula yang fikir kena buat loan RM30k-RM200k untuk memulakan perniagaan, dia sibuk buat itu, buat ini, renovate kedai, bla, bla, bla. Sampai masa lingkup, bagus, selamat hari raya.

Ada orang kata pula, “bro, kau tau apa, ini idea aku, aku dah kaji banyak benda, aku dah nampak potensi”…

Kami pula kata,

  • 1. U boleh tunggu modal
  • 2. U boleh ubah sedikit cara berfikir, dan buat duit dengan cepat sekarang. Its Now or Never.

U kena faham apa maksud bisnes, apa itu usahawan.

  • Usahawan yang hebat dia tak perlu beri alasan, modal xda tak jalan, itu xda tak jalan, ini xda x jalan. Tak kreatif langsung.
  • Usahawan yang hebat, modal kecil / sedikit, dia dah boleh buat duit. kalau boleh tanpa modal dia boleh buat duit.
  • Usahawa yang hebat dia ada duit, ada modal, dia mulakan bisnes dengan duit orang lain (Other people money).
  • Usahawan yang hebat, dia mulakan dari kecil, naik setapak demi setapak, dan seterusnya berkembang pesat.
  • Usahawan yang hebat dia realistik dan berpijak di bumi yang nyata, dia start buat RM100 > RM500 > RM1k > RM3k > RM5k >>>> RM100k …

Nak buat loan?

Lepaskan RM10k dahulu, then buat lagi sekitar RM50k-RM100k.

Lepastu silakan buat loan secara maksimum dan u lihat, bisnes u akan berkembang dengan pesat.

Jika RM100 pun susah nak dapat, bagaimana nak buat RM10k? Itu yang jadi buat bisnes modal besar 90% lingkup.

Reason dia apa? Sebab u tak faham MARKETING dan lebih detail Psychology of Selling (Soft Selling).

Jika ilmu soft selling u lemah, u akan susah dan terlalu susah nak buat duit.

Tetapi jika u pandai, modal sekecil RM100 pun u dah boleh buat duit. Kemudian kembangkan menjadi lebih besar phase by phase.

Cadangan kami,

  • Fikirkan bagaimana saya boleh mulakan bisnes ini tanpa modal.
  • Fikirkan bagaimana saya boleh mulakan bisnes ini dengan RM300.
  • Fikirkan bagaimana saya boleh mulakan bisnes ini dengan RM3k.

Ikut keselesaan ya. Lagi kecil modal adalah lebih bagus.

Didik nafsu, mulakan dari kecil, naik tingkat demi tingkat sehingga u mampu buat sekitar RM10k – RM50k – RM100k. Selepas itu, silakan buat loan. 🙂

#6. Marketing

  • Ada teknik kenal pasti pasaran dahulu, kemudian baru cari produk.
  • Ada teknik cari minat dahulu, kemudian research > produk.

Mana-mana pun ok. Ikut keselesaan. Selera orang tidak sama. Hormatilah keindahan bumi Malaysia ini ya.

10468067_10152562690363114_4629648698901442003_n

Ok, bila u gagal dalam marketing = bisnes akan gagal = melingkup

Secara ringkas, kami buat ebook, kaji, baca buku, seminar dan sebagainya.

Apa yang boleh dikongsikan 5 perkara penting.

  • 1. Produk > QUALITY > Presentation
  • 2. Non Stop
  • 3. Database
  • 4. Funnel Selling
  • 5. Closing > Rehash

1. Produk > QUALITY > Presentation

Ramai orang lingkup right? Cuba u dengar bisnes dia, perhatikan cara dia bercerita.

Macam nak muntah, tak best lansung, mengantuk, menyampah, macam syok sendiri pun ada juga. Then u tanya dia, berapa banyak wang dia buat monthly?

U jumpa orang yang berjaya, cari dekat facebook, forum, blog, dan sebagainya, then dengar cara dia bercerita.

Belajar dari dia, u akan perhatikan presentation dia bersahaja, menarik, ada isi, dan betul-betul bermanafaat, u akan dapat ilmu baru.

U nak berjaya? QUALITY adalah No.1.

Kemudian pastikan presentation u betul-betul power, dekat forum, facebook, blog, email dan sebagainya.

  • Barang u bagus > presentation u lemah > lingkup …
  • Barang u hampeh > presentation u power > u buat duit (tapi sekejap je la) …
  • Barang u bagus > presentation u power > long term u akan buat banyak duit, dan sangat banyak duit …

Minat > Fikirkan produk / service > marketing > closing (soft selling) > money …

Bisnes tanpa modal atau modal paling minima ialah u jadi agent / affiliate orang lain dahulu …

Kumpul modal, kemudian baru keluarkan produk sendiri. Apa yang penting, u kena belajar cara presentation yang bagus dan power.

2. Non Stop

  • Berapa lama u target nak cuci tangan?
  • Berapa target wang sebelum u cuci tangan?

What tidak ada target?

No wonder u lihat pakcik tu, dah berpuluh-puluh tahun buat bisnes tak berhenti, ada yang sampai mati (baca: meninggal) pun tak settle lagi.

Ada pula yang berpusing, pusing, pusing bertahun-tahun, 30-50-70 tahun, sampai dia sendiri pun tak tahu bila nak stop.

Sedar-sedar dah tua, amalan tak sempat nak buat, rugi, rugi, rugi.

Rahsia kekayaan wang. U nak berjaya? Kami kongsikan tips.

  • Fokus kepada ilmu, ilmu yang macam mana? Ilmu macam mana nak jadi kaya, macam mana nak kekalkan kekayaan, macam mana nak kembangkan kekayaan. Robert T. Kiyosaki banyak cerita perihal benda ni. Rich Dad Poor Dad.
  • Bila u dah tahu, fokus kepada DATABASE pula. Seth Godin banyak cerita perihal benda ini. Beliau sebut perihal TRIBE dalam buku Permission Marketing.
  • Bila u dah tahu, fokus kepada ilmu soft selling pula. Brian Tracy banyak cerita perihal benda ini dalam bukunya Psikologi Menjual.
  • Sebagai extra Sebenarnya priority, belajar sedikit perihal dunia dalaman, main dalaman sikit. Azizan Osman banyak kongsikan dalam buku perihal Magnet Kekayaan & Kejayaan.

Dalam bisnes ramai orang merangkak, susah sangat nak buat duit, sebab apa? Sebab ilmu ada tetapi tumpul.

Bila u ada ilmu, selepas itu uji la sikit, buat uji kaji, u akan lihat sebenarnya begitu mudah dunia perniagaan.

Begitu mudah buat duit, malah u akan jatuh cinta pula dengan bisnes. Ye la dah power kan, sama macam main game, dah power kan senang menang.

So, buat marketing kena berterusan (non stop / consistent) ya, then ingat buat marketing untuk kumpul database. Bukan untuk menjual. Lepas kumpul database, layan mereka sikit, then barulah buat soft selling berkali-kali.

3. Database > Ini sudah.
4. Funnel Selling > Ini berkaitan produk 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, etc
5. Closing > Rehash > Ini berkaitan soft selling + up sale

U dah tahu sistem, U dah ada sistem yang terbukti buat duit, U dah buat duit RM10k – RM50k – RM100k.

Selepas itu silakan use other people money sebanyak-banyaknya. Barulah u boleh buat bisnes dengan senyuman yang manis dude.

Then jangan berhenti, mulakan loan dari kecil, RM50k, RM100k > RM300k > RM500k > RM1 Mil > RM3 Mil > dan non stop … keh2..

Syarat ketat ingat ya…

  • 1. U dah terbukti buat duit sekitar RM10k – RM50k – RM100k
  • 2. U ada DATABASE / TRIBE yang aktif kira-kira 3k-70k orang (ikut cita rasa)

Barulah best buat bisnes …

#7. Niat

  • Minat dah tahu
  • Sistem dah tahu

Niat bisnes macam mana pula?

Niat / Reason / Why / Intention ni benda simple, tetapi ramai orang tidak ambil berat, akibatnya mereka merapu bertahun-tahun lamanya.

  • 1. Redha – Tuhan kena ingat lor
  • 2. Problem Solving
  • 3. Tambah nilai
  • 4. For fun
  • 5. Isi masa lapang
  • 6. Kumpul Modal
  • 7. 8. 9. 10 … Fikir apa yang berkenan …

Niat bisnes dan niat kenapa nak jadi kaya adalah berbeza. Dari satu sudut sama, dari satu sudut yang lain berbeza. Pada kami, adalah baik, u bezakan.

Problem Solving = Selesaikan Masalah Manusia

Bila dah minat mesti macam-macam benda u tahu right?

Ada orang lain tak tahu, tapi u tahu. Bila u boleh settle-kan benda tu, barulah dia jadi bisnes. Bila u nampak masalah orang, disitulah “bisnes” wujud….

U dah minat mesti u tahu lebih banyak dari orang lain right? Then mesti u tahu ini barang boleh menjadikan manusia lebih gembira, kepuasan, whatever, dekat sinilah berlakunya “up sale” / tambah nilai.

Dekat sini juga berlaku, u dapat lebih wang, dapat kumpul lebih modal, dapat buat investment, financial freedom, lebih cepat cuci tangan.

Lepas cuci tangan bukan bermakna u tak buat bisnes langsung, tetapi u buat atas ticket for fun, isi masa lapang, suka-suka, etc.

Sebab u minat right? Dekat sini lah berlakunya I get rich doing what i love. I work because i choose too, not because i have to.

Dua ayat bahasa English tu juga boleh jadi antara “reason” yang kuat, untuk mulakan aktiviti bisnes.

Boleh boleh? Ok good.

#8. Database / TRIBE

Peniaga baru,

  • Gelojoh, ada idea, ada barang, terus nak jual – Ini salah.

Peniaga lama

  • Cool
  • Dia kumpul TRIBE dengan tenang (buat orang kenal)
  • Dia beri info VALUE dengan tenang (buat orang suka)
  • Dia jujur, amanah (buat orang percaya)

Lepas itu barulah dia kongsikan (offer) kepada orang lain perihal produk / service yang boleh membantu selesaikan masalah orang.

Dia juga TOLONG ORANG keluar dari masalah mereka. Manusia ni sebenarnya tak kisah sangat perihal duit asalkan terbukti problem settle dan dia gembira.

Lebih bagus u boleh up grade happiness dengan tambah nilai yang u boleh berikan kepada mereka.

  • Katakan u minat kereta, u beli itu, u beli ini, u buat itu, u buat ini, u tak kisah right dengan wang?
  • Katakan u minat buku, u beli banyak buku, mahal pun u sanggup beli, u tak kisah right keluar lebih sikit wang?
  • Katakan u minat —— (hobby), dah u minat, u tak kisah right keluar lebih sikit wang?

Database u macam tu juga, orang tak kisah keluar wang asalkan dapat kepuasan atau happiness …

Mistake banyakkkkkk usahawan ialah mereka tidak kenal pasti segmen pelangan yang terdiri daripada 3 golongan …

  • 1. Kaya-Raya – Duit memang berlambak-lambak
  • 2. Ada duit – Willing to invest
  • 3. Bajet – Terlalu fikirkan bajet

Peniaga baru susah sangat nak buat duit sebab dia pukul rata semua benda tanpa mereka sedar mereka lebih mensasarkan kepada golongan bajet. Orang tu, bajet terhad der, acaner dia nak bayar u?

Peniaga lama sangat bijak, dia kumpul TRIBE 1,000 – 3,000 orang, kemudian semasa dia offer dia tumpukan kepada golongan ada duit …

Dia buat ayat pun memang dia tujukan kepada golongan yang ada duit, dia tahu orang itu ada duit, orang itu willing to invest berapa sahaja.

Lebih bijak dia tahu kemampuan TRIBE golongan nombor dua tu, memang dia target golongan itu … Tu sebab dia boleh jual dengan harga yang resonable.

Lebih bijak dia utamakan kualiti, setiap kali dia keluarkan produk, mesti ada kualiti. Secara long term dia buat duit yang sangat banyak.

Peniaga lama bijak, dia susah payah sekali sahaja (kumpul database), kemudian dia akan buat soft selling berkali-kali-kali-kali-kali-kali …

Peniaga lama juga bijak, tu sebab dia belajar Psikologi Menjual, dia kaji buku tu dalam-dalam, dia baca banyak kali, sehingga 300x …

Last sekali dia jadi power, dia tak berhenti dekat situ, dia selalu fikirkan apa lagi yang perlu dipelajari, seminar-seminar yang ada semua dia join, buku-buku yang bagus, ebook-ebook yang bagus, dia willing to invest beribu-ribu ringgit untuk belajar secara berterusan.

Peniaga lama sangat bijak, walaupun dia beli banyak buku, bukan semua dia baca 300x, hanya beberapa yang betul-betul berkesan sahaja. Lain-lain hanya sebagai additional info ..

Peniaga baru? Bajet bagus …

Peniaga lama lihat sikap mereka, dan hanya memberikan senyuman sahaja …

#9. Menjadi Pakar

Bila sebut perihal bisnes, banyak benda yang kita kena belajar, banyak masa, wang, tenaga kita perlu berikan. Kemungkinan sehingga 3-5-7 tahun.

Bisnes indah khabar dari rupa, ada orang fikir buat bisnes ni senang, imaginasi kata semua ini mudah, ringan, dan sangat mudah nak jadi kaya.

Kata bijaksana,

  • Sebelum u start > u akan kata, senang …
  • Selepas ada ilmu > u akan kata, saya boleh buat …
  • Bila u dah apply > u akan faham ianya bukan mudah …

Ini teori nampak macam senang,

  • Start small > make mistake > learn > grow …

Ini realiti,

  • Start small > make mistake (air mata) > learn (air mata) > grow …

Ego? Kalau ada silakan melangkah ke gelangang bisnes…

Dalam kajian 90% orang buat bisnes lingkup 1-3 tahun pertama…
So, u nak ‘join’ orang yang gagal?

Ada pula kes, dah bertahun-tahun buat bisnes hidup masih merempat..
U minat nak ‘join’ mereka?

Untuk berjaya u kena jadi pakar, ya, tahap pakar perihal ..

  • 1. PAKAR PRODUK / SERVICE
  • 2. PAKAR MARKETING
  • 3. PAKAR MANAGEMENT

Kalau ilmu sekangkang kera, main agak-agak, agak-agak boleh berjaya ke?

Apakah maksud pakar?

Pakar bermaksud u boleh cerita perihal produk, marketing, management berjam-jam lamanya.

Kalau kita tak faham teori, bagaimana nak melangkah dalam dunia bisnes?

Sebab apa yang kita tahu adalah samar-samar. Itu yang jadi kes, bertahun-tahun hidup masih merempat.

Bagaimana nak jadi pakar?

Buku, ebook, seminar, blog, forum, tanya orang yang dah berjaya, buat uji- kaji bertahun-tahun dan berterusan untuk jadi pakar.

Masa bertahun-tahun, wang beribu-ribu, tenaga malam dan siang, fikiran setiap masa dan keadaan.

Ada orang ingat buat bisnes ni relax jer. Salah der, itu tahap otai, kalau baru setahun jagung, pressure dia adalah kuat dan berterusan.

2-3 ketul buku marketing dengan pelaburan harga tak sampai RM200 boleh berjaya ke? Pergi 1-3 kali seminar, agak-agak boleh terus touch RM100k ke?

Agak-agak boleh berjaya ke? Fikir secara mendalam ok.

Orang putih kata,

  • “Careful what you wish for”…

Tetapi setelah u jadi power barulah ini terjadi,

  • “Janganlah cemburukan senyuman saya kerana saya telah puas menangis sebelum saya dapat merasainya” …

The best part, selepas itu u boleh travel around the world for every 6 / 4 / 2 / 1 month …

Banyak tempat yang u boleh pergi, banyak benda u boleh lihat…

#10. Kumpul Modal

Haaaa….

Sebelum u boleh dapat rasa ‘travel’ ada benda lagi yang u kena buat …

Perkara itu ialah KUMPUL MODAL …

Gravity Pressure akan berkurang bila salah satu reason kita buat bisnes ialah untuk KUMPUL MODAL …

Kumpul modal untuk apa? Untuk jadi manusia kaya dunia + kaya akhirat …

Secara ringkas,

  • Bisnes > Kumpul Modal > Investment > Financial freedom

Kita pergi ke masa hadapan sekejap ya …

  • Pejam mata, tarik nafas, bilang 10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1 …

Bayangkan begini …

  • 1. U telah ada 70,000 TRIBE
  • 2. U telah ada 300 active agent
  • 3. Income bersih bulanan RM70k + Aset RM7 Mil
  • 4. U power dalam bisnes, investment, banyak duit, bla, bla, bla…

At that time apa yang u nak buat?

Kata bijaksana,

  • “Kalau u tidak ada destinasi u tidak akan sampai kesitu”…

Bukan itu sahaja, u akan sesat berpuluh-puluh tahun dalam kehidupan macam pakcik tu…

Semua benda u dah dapat, tetapi ada benda yang missing?

– U cari …
– U cari …
– U cari …
– U cari …
– U cari …
– U cari …

Yang dah jumpa tahniah …

Yang belum cuba fikirkan apa beza kita dengan non muslim yang kaya raya?

– Mereka buat duit juga
– Mereka baik juga

– Dan kita belum tentu …

  • Ada orang umur 65 tahun masuk islam …
  • Ada orang umur 70 tahun masuk islam ..
  • Ada orang umur 80 tahun ++ masuk islam …

Moral,

  • Selagi kita hidup kita tak boleh judge sesiapa, mana tahu ending mereka lebih baik …
  • Dan ada juga sejarah kita baca, lahir baik mati kufur …

#11. Amalan

The point is, setiap amalan yang kita lakukan ada kejayaan dunia dan akhirat…

Ramai orang fikir amalan agama untuk akhirat semata-mata …

Sebenarnya setiap amalan ada kejayaan, kebaikan, manafaat, dunia dan akhirat …

  • Siapa suka dia mempunyai fikiran yang tajam?
  • Siapa suka dia mempunyai mata hati yang celik & terang?
  • Siapa suka rezeki dia masuk ringan dan senang

Dekat sinilah pentingnya solat sunat tahajud dan dhuha

Setelah jauh berjalan, macam-macam research yang dilakukan, end of the day kami mula faham amalan yang sedikit + ISTIQAMAH membawa kesan yang besar dalam business, life, dan spiritualiy …

Sedekah & Selawat membawa impak yang sangat besar dalam hidup …

  • Nak kaya dunia akhirat?
  • Nak kekalkan kekayaan dunia akhirat?
  • Nak kembangkan berterusan kekayaan dunia akhirat?

Sedekah & Selawat istiqamah adalah sangat penting …

10494823_10152518173730040_3280215373428654043_n

Semoga anda kita belajar sesuatu.

Just idea. Have Fun.

Advertisements

2 thoughts on “Cara Mencari Idea Perniagaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s