Hasad Dengki Dalam Perniagaan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Semoda anda berada dalam keadaan sihat sejahtera dari segi:-

MIND + BODY + SPIRIT

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca dan berkunjung ke sini …

Pada satu hari kami membaca satu ulasan dekat forum berkaitan dengki seperti di bawah … 

“”
masalah utama dalam biz atau making money ni 1 je

PENDENGKI.
“”

Kemudian kami kongsikan pendapat kepada beliau.

Rasanya semua dari kita pernah dengar the law of attraction, dalam bahasa yang lain hukum tarikan …

Semua benda yang berlaku ada hikmah. What if i told you, semua benda negatif yang berlaku sebahagian besarnya adalah SALAH KITA sendiri …

Apa yang kita cakap, fikir, buat, rasa, lihat, planning, semuanya adalah doa …

Ada satu kawan pada satu hari tiba-tiba dia terfikir, “Apa perasaan orang yang kena ragut ya” …

Dia fikir benda ni lama, bermingu-minggu juga. U know what, pada satu hari dia betul-betul kena ragut …

Apa yang kita fikir = doa / tarikan …

Adakah anda percaya?

Kita ambil satu lagi contoh, What you focus on expand …

Ada satu orang bertahun-tahun dia kena uji, ayah sakit, bisnes tak menjadi, ada sahaja masalah yang datang …

Dia email kami dengan panjang lebar, antara ayat dia ialah “Tiap-tiap malam saya menangis memikirkan perkara ini” ….

Then kami cakap, “Inilah masalah dia, u fikir ‘masalah’ setiap malam” …

Apa yang u fikir itu doa … Negatif atau Positif semuanya doa …

Walau kita tak tahu, tak sedar, sengaja, tak sengaja, telepas pandang, kadang-kadang ada benda-benda yang kita buat adalah ‘asbab’ tarikan perkara yang negatif berlaku …

Contohnya kena santau, orang dengki, orang cakap belakang …

Kita selalu fikir, kita selalu fikir takut perkara ini berlaku, berulang- ulang dan berbulan-bulan lamanya …

Tahukah anda, ini juga dikira doa. U percaya?

Percaya atau tidak, apa sahaja yang kita fikir, cakap, buat, rasa, dengar, lihat, sembang-sembang, baca dekat forum, facebook, bila kita baca benda- benda yang negatif, benda itulah yang akan berkembang …

Kata orang putih,

  • Energy Flows Where Attention Goes ….

Dalam blog n ebook, kita dah cerita perkara ini,

  • Gelombang diri positif
  • Gelombang diri negatif

Q: Kenapa jadi, macam mana nak tukar …
A: Kena buat berterusan programming yang positif seperti…

  • Hanya baca benda2 yang positif
  • Hanya lihat benda2 yang positif
  • Hanya tulis / cakap benda2 yang positif
  • Tampal poster2 yang positif
  • ….dan banyak lagi benda2 yang positif …

Patang fikir, “kalau aku buka kedai nanti kena santau, nanti orang dengki”, jangan sesekali fikir macam tu…

Cuba tukar cara berfikir ..

  • saya buka kedai dapat merapatkan hubungan silaturrahim (panjang umur, murah rezeki)
  • saya buka kedai, ramai orang dapat manafaat/ kemudahan
  • saya buka kedai nak berkongsi masakan yang sedap
  • saya buka kedai untuk mencari rezeki yang halal
  • saya buka kedai nak mudahkan orang lain
  • saya buka kedai ramai orang suka
  • saya buka kedai untuk ibadah

Boleh nampak perbezaan cara berfikir?

Jadinya kita kena pandai counter melalui amalan,

Kena banyak sedekah,

  • Sembuh Penyakit
  • Panjang umur
  • Murah rezeki
  • Tolak bala

Kena banyak zikir,

  • Selawat 300x / day ..
  • 1x selawat kita dapat 10 rahmat …
  • Hari-hari dapat rahmat, bala dijauhkan, kebaikan yang datang …

Kena Solat dan baca Al-Quran

  • Solat 5 waktu, tahajud, dhuha, taubat, hajat …
  • Kekal wudu’, baca Al-waqiah, buka cd quran dekat kedai …

Asbab amalan-amalan ini setan akan lari, setan dalam diri manusia pun tidak berani nak dekat …

Lagi banyak kita buat, istiqamah, rahmat lagi banyak, kekal buat, makanya kekal rahmat … bila kekal, kebaikan datang, datang, datang …

Antara cara the best ialah bagi sedekah secara istiqamah, bila istiqamah kesan dia adalah sangat powerful …

Antara cadangan,

  • RM1 / Day
  • RM10 / Jumaat
  • Beri parent lebih banyak
  • 5% dari gaji / income bulanan
  • Beri banyak, dan beri lebih banyak wang
  • Sekali sekala beri RM100 (dalam 1 bulan 2-3x)

Dengan sedikit + berterusan (istiqamah) insyaallah, bala dijauhkan, dan rezeki berterusan datang, berkat hidup …

Just idea. Have Fun

Advertisements

2 thoughts on “Hasad Dengki Dalam Perniagaan

  1. Alhamdulilah…cadangan yang bagus.sbb saya pun tergolong dalam kelompok yang mudah memikir perkara-perkara negatif…terima kasih sangat

    Sist

    Like

    • sama-sama ..

      bila kita nak ubah orang lain, tiada apa benda yang akan berubah pada diri kita ..
      bila kita ubah diri kita walaupun sekecil-kecil perkara, semua benda akan berubah menjadi baik ..
      jika ada 1 point keberkatan, ini boleh boleh jadi sebab seluruh hidup kita berubah ..

      tahniah ya, kerana menyedari dan ingin berubah …

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s