Cara Menjual Produk Sendiri: Bahagian 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Terima kasih kepada yang hantar email dan menyatakan suka baca Blog SMR ini. Really appreciate it.

1. SMR

Dalam hidup kena bersyukur dengan cara yang betul. Ramai orang tidak suka jarang bersyukur kerana tidak mendapat apa-apa kesan daripada amalan ini.

  • Q: Mengapa tidak ada kesan?
  • A: Kerana ‘cara’ bersyukur tidak tepat.

U buat yang ini, u tinggalkan yang sana, u buat yang sana, dekat sini u tertinggal. Jadinya u perlu bersyukur secara serentak all the time.

Bagaimana cara bersyukur dengan tepat?

Dengan lidah

  • Sering ucap Alhamdulillah.

Dengan perbuatan

  • Solat dengan sempurna.
  • Gunakan semua nikmat ke jalan yang betul.
  • Bersungguh-sungguh dalam ibadat (ibadat termasuk mencari rezeki).

Dengan hati

  • Kekalkan niat semua benda “Lillahitaala”…

Short story,

  • Sebelum bercakap, fikir dahulu ini dapat redha ke?
  • Sebelum buat keputusan, fikir ini dapat redha ke?
  • Sebelum melakukan apa-apa fikir, fikir, fikir dapat redha ke?
  • Semua benda yang u buat, fikir, cakap, keputusan, sangkaan, impian dan segala-galanya fikir dapat redha ke?

Bila ‘paksi’ semua benda adalah redha adakah manusia itu akan melakukan perkara yang merosakkan diri dan sia-sia? Yang jadi lupa diri tu sebab tak ingat Tuhan …

Apakah perkara yang utama dalam hidup? Perkara yang paling utama dalam hidup ialah kekalkan perkara yang utama sebagai perkara yang utama.

Bila u tukar paksi kepada material semata-mata, maka hala tuju u adalah material. Siang malam fikir material. Bertahun-tahun fikir material. Itu yang jadi berTuhankan material…

Dalam bisnes pun sama, sometime manusia terlajak, tanpa sedar dia terlepas pandang ‘hala tuju’ lebih kepada material…

Ciri-cirinya apa?

  • Bila dapat rezeki banyak suka, jadi lupa diri.
  • Bila dapat rezeki sikit mengeluh, dan tidak redha.

Sampai terlupa,

  • Siapa yang beri rezeki?
  • Siapa yang izinkan u dapat untung banyak?
  • Siapa yang uji u dengan kekurangan rezeki?

Kerja kita adalah USAHA + DOA …

  • Bila dapat rezeki, Alhamdulillah…
  • Bila kena ujian kita sabar, then usaha lagi…

Barulah best.

  • Bila rezeki banyak kita bersyukur > beruntung > kejayaan
  • Bila rezeki sikit kita sabar > beruntung > kejayaan

The best part, dua-dua keadaan manusia itu beruntung….

Boleh, boleh? ok, good.

2. 70 Lessons

Pada suatu hari admin bersama kawan jalan-jalan pergi ke suatu tempat untuk jumpa kawan.

Kawan admin seorang DJ, mulut dia memang ringan, PR dia memang bagus. Bila kita berkawan dengan DJ banyak benda kita boleh belajar terutama bagaimana berborak dengan orang yang baru kita kenal.

Admin memang dah share dengan DJ tu perihal sistem, attraction, positive thinking, sangkaan, tarikan emas, poster, bahasa positif dan bla, bla, bla.

Short story,

Satu orang ‘kaya’ tegur DJ, admin duduk tepi sambil memerhati mereka berborak. After 15 minuts, seorang lagi (biasa-biasa) tegur DJ tu, then mereka berborak juga.

Dalam mereka berborak-borak tu, admin mula fikir mengapa orang ini kaya, mengapa orang ini biasa-biasa sahaja.

Kata bijaksana,

  • “Orang kaya semakin kaya”…
  • “Orang miskin semakin miskin”…

Dalam hidup, kalau kita tidak programkan diri menjadi positif, diri kita akan hanya menarik perkara yang negatif sahaja. Amat rugi, kita hidup tak lama, 60-70 tahun sahaja. Kalau kita tidak programkan diri kita menjadi orang yang berjaya kita akan hidup dalam kesengsaraan.

Apakah sikap orang yang berjaya? Salah satunya ialah berterusan belajar. Semakin banyak kita belajar, semakin banyak kita tahu. Semakin banyak kita belajar cara menjual / soft selling kerja kita akan menjadi semakin senang.

  • Kenapa orang itu senang buat duit?
  • Kenapa orang itu terlalu susah buat duit?

Kata bijaksana,

  • “Its simple, rich people do what broke people only think about”…

Nak senang buat duit?

Beli banyak buku, research dekat youtube, selling, closing, bla, bla, bla…

Dapatkan 70 cara closing (menjual) yang berkesan. Kemudian apply satu persatu sehingga u betul-betul tahu macam mana nak buat jualan yang berkesan. Lagi banyak u tahu, proses menjual akan jadi semakin mudah dan senang.

Yang susah adalah proses belajar dan ujikaji sahaja. Bila dah pandai, dah tahu, dah dapat tune, jual apa pun akan jadi mudah.

Adakah terdapat perbezaan di antara orang kaya dan orang biasa-biasa?

  • Adakah mereka ini terdapat perbezaan?
  • Bagaimana dari segi ilmu?
  • Bagaimana pula dari segi pengurusan kewangan?
  • Bagaimana pula dari segi pengurusan aset?

Untuk berjaya, anda perlu bermula dari kecil, buat kesilapan, belajar, dan berkembang.

Yang kecil itu perlu ada dahulu, selepas itu baru ‘berkembang’ akan berlaku. Bila dah berkembang, people will never stop at all…

Buat duit kan best. Learn, learn, and learn forever ok. Just imagine, u baca banyak buku, u pergi banyak seminar perihal selling, business, closing and bla, bla, bla…

Invest untuk ilmu adalah investment yang paling berharga. 1 kali bayar u boleh gunakan ilmu itu banyak kali bertahun-tahun lamanya.

Admin join seminar AMP (Advance Marketing Power) 1 kali sahaja, dengan ilmu itu admin buat ebook, admin ‘ceramah’ dekat kawan-kawan, jadi consultant, buat JV, dan banyak orang suka bekerjasama.

Why? Kerana mereka suka dapat hasil. Bukan 1 kali, dengan database mereka dapat keuntungan berkali-kali-kali-kali-kali.

Relax, bila kita dah ajar orang, kita kena beri mereka peluang 1-3-5-7-10 tahun untuk apply. Kerja kita ialah DOA + USAHA. Selebihnya dapat sikit, dapat banyak itu semua kerja Tuhan.

Bila u ada ilmu yang banyak, Tuhan akan beri u banyak, kerana u boleh handle. (Dengan syarat usaha + doa).

True or true?

Lihat orang yang berjaya, perhatikan ‘action’ mereka, adakah mereka tahu sikit atau mereka tahu begitu banyak perkara?

Boleh, boleh? ok, good.

3. ESM

Dalam buku The Psychology of Selling (Brian Tracy).

Seorang pengurus jualan menceritakan berkenaan jurujual yang baru diambil bekerja oleh syarikatnya. Orang itu tidak ada pengalaman dalam kata yang lain ‘ZERO’.

Tetapi 6 bulan kemudian orang baru ini menjadi jurual yang paling TOP dalam syarikat itu. Bukan itu sahaja dia berjaya mengatasi jurujual professional yang berpengalaman lebih dari 10 ataupun 15 tahun.

  • Q: Apakah rahsianya?
  • A: Beliau menggunakan teknik gambaran visual setiap hari.

“Setiap pagi apabila saya masuk kedalam kereta, saya ulangi kata-kata ‘Saya yang paling hebat! Saya yang paling hebat! Saya yang paling hebat!’.”

“Kemudian saya kata, ‘Saya jurujual yang terbaik syarikat ini. Saya jurujual yang terbaik dalam industri ini. Saya jurujual yang terbaik’.”

“Sebelum bertemu pelanggan, iaitu ketika berada dalam kereta saya berkata. ”Saya jurujual yang terbaik syarikat ini, Saya jurujual yang terbaik dalam industri ini. Saya jurujual yang terbaik negara ini’.”

Gambaran Mental Yang Jelas

Jurujual itu menjelaskan ketika beliau melafazkan kata-kata itu, beliau membina gambaran mental jelas dan tepat, seolah-olah beliau jurujual yang paling top dalam negara, sedang berinteraksi dengan pelanggan dan prospek. Beliau membayangkan prospek dan pelanggan memberi respons positif dan beliau rasa tenang, yakin dan seronok apabila berdepan dengan pelanggan.

Apabila beliau bertemu prospek atau pelanggan, wajahnya berseri-seri, mesra dan penuh yakin. Beliau berinteraksi dengan prospek dengan baik. Akhirnya pelanggan membuat pesanan. Semakin lama semakin ramai pelanggan yang membuat pesanan kepada beliau.

Cerita telah tamat.

Ini kisah jurujual yang buat bisnes secara actual atau berdepan dengan pelanggan. Adakah terdapat perbezaan jika anda menjalankan bisnes secara online?

Sama sahaja…

  • Untuk actual – Anda perlu story telling / present (bercakap) kepada pelanggan / prospek.
  • Untuk virtual – Anda perlu story telling / present (menulis) kepada pelanggan / prospek.

Long time a go, admin juga pernah join satu syarikat jualan. Masa itu semua orang perlu jumpa pelanggan, dari satu pejabat ke pejabat yang lain. Masa makan tengah hari, orang pejabat keluar makan, kita orang akan ‘menjual’ kepada orang yang sedang makan.

U pernah ada pengalaman right? Masa u makan ada salesman jual barang RM10. Dekat pejabat pula mereka tampal sticker ‘Salesman are not allowed’.

no salesmen

Short story, bila kita pernah buat kerja macam tu, kita tahu begitu banyak perihal tingkah laku manusia. Bila dah banyak jumpa orang, kita dah boleh ‘baca’ body language, cara manusia bertindak balas, mood manusia dan sebagainya.

Bila u dah ada pengalaman macam tu, nak make money adalah sangat mudah dan senang. Kita tahu ini orang ada duit, ini orang boleh bayar, ini orang nampak ‘kaya’ tapi tak kaya.

Ada satu kawan, budak lagi, baru habis SPM. Setiap hari dia buat jualan secara konsisten tidak kurang 15 unit.

Bila habis kerja kita orang duduk minum, borak-borak. Sampai satu ketika budak tu cerita macam mana dia boleh mendapat jualan yang banyak setiap hari.

Katanya, ‘Setiap malam sebelum tidur saya belajar cara present dengan rakan serumah. Kawan dia berlakon jadi prospek / pelanggan dan dia jadi jurujual’. Dia ulang scrip banyak kali, selama 3 jam setiap malam, setiap hari, berminggu-minggu lamanya.

Repetition… Repetition… Repetition…

There is a word…

  • “Practice make perfect”…

U ada product right? U pernah buat latihan 3 jam setiap malam?

Yang u pula sebagai peniaga online, u ada buat latihan presentation + closing? U ada menulis setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, bertahun- tahun lamanya?

U nak berjaya? U kena kerja keras bertahun-tahun lamanya. U kena latih diri menjadi presenter yang terbaik bertahun-tahun lamanya.

Bila u dah pandai, barulah berlaku “Menjual itu mudah”. Bila menjual itu jadi mudah, u mampu membuat jualan yang banyak, dan u boleh buat banyak duit. Yang susah adalah latihan. Berbulan-bulan dan bertahun-tahun. Selepas itu proses jualan akan menjadi sangat mudah.

Revealed!

  • U nak tahu kenapa admin tulis ebook panjang-panjang?
  • U nak tahu kenapa admin tulis blog panjang-panjang?

Reason dia sebab admin sangat berminat melakukan jualan. Sebab apa minat? Sebab menjual itu senang. Kenapa boleh jadi senang? Sebab admin telah melatih diri bertahun-tahun lamanya. Tidak kira ebook apa ka SMR / 70L / ESM.

Product = Subject

Jika u mahir dalam closing, selling, menjual or whatever. Apa sahaja yang u jual adalah sangat mudah dan senang…

Long time a go, admin melatih diri bertahun-tahun lamanya. Bila tak menulis dia jadi tak best pula. Bila menulis dia jadi best, ada feeling and bla, bla, bla. Admin menggunakan teknik yang sama, imagination, repitition, visual, affirmation and bla, bla, bla….

Bila kita dah banyak buat ujikaji, kita akan faham, akan dapat ‘tune’, rupanya begini melakukan jualan, begini mendatangkan minat prospek, begini, begini, begini dan begini…

Bila kita dah pandai, kita beralih kepada investment, bina paip wang, baca buku-buku kewangan, dan sebagainya 3-5-7-10 money work for me 24/7/365…

Knowledge selling yang bertahun-tahun tu nak buat apa? Fikir punya fikir, ok lah, kita buat satu Blog ESM (private), then kita share cara buat jualan yang berkesan….

Kita akan gunakan:-

  • 5 Steps (Pitching System)
  • 8 Steps (Attitude System)

Product = Subject

Subject boleh berubah, maybe services, maybe merchandise (produk fizikal), maybe digital tetapi system tidak berubah.

Bila u dah belajar 5 steps tu, kerja u adalah asah diri u day by day, week by week, month by month, year by year sampai skill closing u akan jadi betul-betul tajam. Bila dia dah jadi tajam. Apa sahaja yang u jual dia akan jadi mudah.

  • Kita play LOA (Law of Average)
  • Kita play LOT (Law of Trends)

Dah lama juga admin tak gunakan 5 steps n 8 steps ni ya.

Bila u dah belajar, u boleh melatih agent u gunakan system yang sama. Buat SOP. Guna scrip. Then u boleh duplicate dengan banyak. Tadaaaaa. Dia jadi VIRAL SYSTEM.

Back to topic…

Mostly, bila admin pitching dengan orang, month by month, admin mula sedar apakah faktor penting yang membuatkan manusia suka beli daripada seseorang jurujual?

Nak tahu apa dia? Faktor penting itu ialah KEYAKINAN diri ….

Dalam banyak kes yang admin jumpa dan pernah lalui, orang tak beli disebabkan barang ‘RM10’ tetapi orang sangat suka membeli daripada jurujual yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Dalam bahasa lain ‘sell yourself’ ….

Macam mana nak meningkatkan keyakinan diri? U kena kuatkan dunia dalaman.

Kejayaan jurujual …

  • 90% – Dunia Dalaman
  • 10% – Dunia Luaran

ESM ni banyak menekankan dunia dalaman. Sebab itu nama dia Spiritual Marketing.

Sambung kisah. Admin dah dapat apa yang admin nak. Admin berhenti jadi jurujual. Admin kerja kilang (kumpul modal). Admin buat part time bisnes .

Year by year berlalu. Bisnes naik turun naik turun. Sampai satu masa dah bosan. Apa pasai bisnes tak menjadi, apa pasai bisnes tak naik, apa pasai bisnes tak berkembang.

Masa itu admin fikir mesti ‘NETWORKING’. So, kita pun cari networking. Sama juga, boleh buat duit, tapi tak kekal. Then cari lagi where is the missing chapter? Cari punya cari, rupa-rupanya mistake ialah tidak fokus kepada database.

Then collect database. Bila dah ada ‘banyak’ database, tak menjadi juga. Gagal lagi chesss!!

Kaji lagi, kaji punya kaji. Then admin jumpa Core Influence (benda yang lebih kurang sama macam core influence). U tahu benda ni memang u boleh buat duit. Sampai tahap orang akan hulur credit card dengan rela hati …

Tapi tak kekal. Sebab tak berkat. Sebab manipulate kelemahan manusia terlalu banyak. Kaji lagi. Barulah admin jumpa ‘goodwill’ + ‘win-win’ + ‘first thing first’  ….

Bila dua-dua pihak untung, bila dua-dua pihak puas hati. Barulah rasa ada keberkatan dalam bisnes…

Dalam Blog ESM nanti kita gelarkan VALUE MARKETING …………….

.
.
.
.
.
.
.
.

Minat nak belajar lebih banyak?

Kami akan berikan “ESM Free Report 50 Pages” ….

  • Hantar ke email: abamrain@gmail.com
  • Tajuk: “Saya Berminat Untuk Ubah Hidup & Kerjaya”

*ESM FREE Report akan dihantar pada: 24/11/2014

.
.
.
.
.
.
.
.

Semoga anda belajar sesuatu. Have Fun.

.
.
.
.
.
.
.
.

Have Fun pun ada cerita juga ni …

Duit suka kepada orang yang Have Fun …

Dalam kata yang lain excitement …

.
.
.
.
.
.
.
.

Habis ESM kita belajar ‘Have Fun’ + ‘Excitement’ + ‘Money Magnet’ …

U yang masih lagi gagal, check balik tahap excitement. Ini bukanlah excited yang tak tentu fasal. Tetapi cara u present dengan penuh semangat dan keyakinan.

Tahukah anda 90% manusia hidup biasa-biasa. Mereka berkongsi 10% kekayaan seluruh dunia. Ini dah tahu right?

Tahukah anda 90% manusia ini, dah terlalu bosan dengan environment, ada juga yang berpura-pura suka dengan suasana sekeliling.

Mereka sangat perlukan ‘excitement’, mereka perlukan support untuk bergerak kehadapan. Jika u boleh jadi orang yang beri support, maka ramai orang akan berminat untuk jadi agent u.

Begitu juga dengan customer, mereka dah jumpa terlalu banyak produk kosmetik, dan terlalu banyak jurujual. Semua lebih kurang sama sahaja.

Tetapi jika u boleh jadi jurujual yang boleh explain dengan cara yang have fun, santai, berfakta, dan menarik mereka akan  sangat suka beli dengan u.

Why? They like your energy.

Dan mereka akan beli berkali-kali dari u, disebabkan suka dengan semangat, keyakinan, excitement, dan knowledge yang mereka dapat.

Siapa dekat sini student IMKK? How do you use declaration?

Rahsia jurujual baru yang boleh ‘tapaw’ jurujual yang lebih lama ialah dia apply repetition / affirmation / PMA or whatever…

Dalam kata lain, perkataan positif yang diulang banyak kali.

  • Words = Energy
  • Writing = Energy

Semakin banyak u sebut, semakin banyak u tulis, tahap energy u akan semakin meningkat. Bukan itu sahaja tahap magnet u juga akan meningkat. Dia tak tarik wang, dia akan tarik manusia yang ada wang.

Buat duit cari u ok… 🙂

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hadam benda ini dahulu, next kita sambung Bahagian 2.

Have Fun

nospoon

6 thoughts on “Cara Menjual Produk Sendiri: Bahagian 1

  1. Saya dah jatuh hati dengan penulisan tuan! 😀

    Untuk orang yang kurang faham maksud redha, ustazah saya terangkan sangat mudah:

    Redha = Allah suka.

    Kalau kita rasa Allah suka apa yang kita buat sekarang, maka kita dapat redha Allah.

    Kalau kita rasa Allah tak suka, maka kita tak dapat redha Allah.

    Harap membantu. 🙂

    Like

    • Thanks for sharing …

      Dekat akhirat soalan tidak ditanya berapa banyak kedai / database / produk yang u ada …
      Soalan dia ialah apa yang u lakukan dengan kedai yang u ada? …

      Dalam kata yang lain ‘nikmat’ yang ada u gunakan macam mana?

      – Untuk baik …. or
      – Untuk perkara-perkara yang mungkar? …

      Sebab itu penting kita bawa 4 sifat dalam bisnes …
      – Benar + Amanah + Sampaikan + Fatanah (flexible) …

      Bila ada amanah = Berkat akan mengalir
      Bila u langgar pantang = Suffer akan mengalir phase by phase (boleh jadi istidraj) …

      – Yang haram itu mudah, tetapi tidak kekal …
      – Yang halal itu susah, tetapi akan kekal forever …

      Pilihan di tangan manusia …

      Have Fun

      Like

    • Ok, wish you success all the time.

      – Doa = 90%
      – Usaha = 10%

      Bila usaha kuat / sungguh-sungguh, 90% telah tercapai.

      Bila doa kuat / sungguh-sungguh, 10% membantu melengkapkan ‘USAHA’…

      Adakah admin tulis terbalik? Nop.

      10% bukan bermaksud kena buat ‘10%’, tetapi kita perlu buat 100% …

      Tanpa 100% = tiada kekayaan

      Dengan 100% = money like waterfall ….

      Semoga anda belajar sesuatu…

      Like

  2. masya Allah..
    subhanallah
    sama mcm guru saya ajar…
    terima kasih sudi share ilmu.

    semoga berganda2 pahala utk cik.

    Like

Leave a comment