Fokus = Wang

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Sharing pada kali ini adalah berkaitan FOKUS.

1. Sistem Menjemput Rezeki 

Benda yang sudah biasa kita dengar,

Saya sudah sedekah, tetapi kenapa rezeki saya masih tidak meningkat?

Antara reason, manusia fokus kepada benda yang salah.

  • Sembuh penyakit
  • Panjang umur
  • Murah rezeki
  • Tolak Bala

.

Kebanyakan manusia hanya fokus kepada ‘rezeki’ semata-mata. Niatnya lebih kurang “saya beri sedekah supaya nanti akan dapat rezeki lebih banyak”.

Guys, sudah banyak kali kita dengar “Buat amal untuk dapat redha”. Tetapi mengapa ramai orang buat amal untuk dapat rezeki?  Mengapa hanya fokus kepada rezeki semata-mata? Bukankah ada banyak lagi kelebihan sedekah?

Kata bijaksana,

– “Bila kita dapat redha, kita akan dapat semua benda”…

Manusia ni standard, minda hanya fokus kepada rezeki sahaja. Its ok, u just fokus kepada amalan yang istiqamah, bila masa berlalu lama ke lamaan u akan faham hidayah dapat buat amalan baik itu sendiri merupakan rezeki. Kalau tidak ada rezeki, nak sebut 1 kali istighfar pun amat berat.

Selepas ini fokus kepada ISTIQAMAH ya, dan niat utama pastikan untuk dapat redha. Bila sampai masa pintu rezeki kamu pasti dan pasti akan dibuka juga. It’s just a matter of time.

Rezeki u akan datang tepat pada masa yang ditentukan, jangan putus asa dengan rahmat. Buat amalan kena ikut tertib, jangan main ikut nafsu jer…

Amal yang terbaik,

– Sedikit + Berterusan….

Bila u fokus kepada benda yang betul iaitu ‘ISTIQAMAH’, buat dengan tertib, sangka baik, dan tersusun rapi, sampai masa rezeki u akan datang juga.

Janji (fadhilat sedekah) itu pasti. Tidak pernah kita dengar orang yang beri sedekah secara istiqamah menjadi miskin dan papakedana.

Yang kita pernah dengar, “Saya dah buat amalan sedekah tapi tak jadi apa-apa”. Bila kita check balik dia baru beri sedekah 1-2-3 kali sahaja.  Dalam masa yang sama dia mengharap sesuatu yang luar biasa berlaku.

Kita kena faham, kita orang biasa, amalan juga biasa-biasa, baru bertatih belajar buat amalan, macam mana seorang manusia baru masuk sekolah rendah sudah boleh menjadi pakar matematik  dalam masa yang singkat?

Semua benda perlu masa, semua perkara yang berlaku adalah bersesuaian dengan kadar keyakinan, bila keyakinan kita tinggi, hasilnya juga tinggi. Jika yakin biasa-biasa, hasil yang berlaku juga biasa-biasa.

Fokus kepada ISTIQAMAH ya. Bila sudah lama buat amalan sedekah, berbulan-bulan, bertahun-tahun, time kena uji pun kita istiqamah beri sedekah, time senang pun kita tetap beri sedekah. Then u akan faham apa maksud ‘rezeki’ tu. 🙂

Just idea, rujuk kepada yang lebih pakar ya.

2. Ebook 70 Lessons 

Benda ini pun sama, manusia sudah hidup merapu 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun atau lebih, keladak sudah terlalu tebal, karat juga sudah terlalu tebal.

Bila buat programming tak sampai 1-3 bulan sudah mengharap sesuatu yang luar biasa berlaku. Kalaulah ada info, buku, seminar, ebook, yang power macam tu, nescaya ramai manusia akan jadi power.

Untuk tukar gelombang diri menjadi positif juga perlukan masa. Ramai orang kecewa bila fokus kepada benda yang salah. Mereka mengharapkan 1-2 bulan kehidupan akan berubah secara total.

Tindakan membawa kepada hasil.

– Bila tindakan merapu = Hasil Merapu

– Bila tindakan tepat = Hasil Tepat

Fokus kepada TINDAKAN ok. Bila ada tindakan pasti ada hasil. Hasil pula ada ‘Hasil Positif (Berjaya)’, ‘Hasil Negatif (Gagal)’. Bila berjaya terus lakukan tindakan yang tepat. Jika gagal check balik tindakan yang telah dilakukan, repair mana yang patut, analisis, dapatkan lagi sumber yang lebih banyak.

Untuk berjaya dalam kewangan cukupkah hanya sekadar membaca sebuah buku sahaja? Cukupkah sekadar memiliki sebuah ebook semata-mana? Cukupkah menghadiri satu seminar semata-mata?

Orang yang berjaya, mereka banyak pergi seminar, bila balik mereka analisis ilmu yang mereka dapat, kemudian buat planning apa yang patut. Kemudian lihat kepada hasil. Berjaya atau gagal.

Bila berjaya congratulation. Bila gagal mereka akan buat analisis kembali, research, dan lakukan lagi sekali, begitulah berulang-ulang kali sehingga berjaya.

Orang yang berjaya begitu faham perihal masa, mereka tahu untuk berjaya segalanya perlukan usaha dan masa pada kadar yang munasabah. Bila mereka faham, mereka boleh sabar dengan hasil.

  • Untuk dapatkan sesuatu yang besar perlukan masa yang lama.
  • Untuk dapatkan sesuatu yang kecil perlukan masa yang sedikit.

Orang yang tidak faham, mereka tidak realistik, beli buku, beli ebook, pergi seminar, balik cuba buat 2-3 bulan tidak menjadi mereka terus judge, terus putus ada.

Bukankah terdapat perbezaan pemikiran?

3. Ebook Spiritual Marketing

Fokus = WANG 

Ini perkara yang best, admin terima dua pertanyaan yang lebih kurang sama berkaitan fokus.

2

Bila admin baca macam nak tergelak pun ada, sebab masalah kita usahawan ni lebih kurang sama sahaja. Masa mula belajar buat bisnes kita suka buat banyak kerja, masa tu kita fikir lagi banyak kerja mesti lebih banyak dapat wang / hasil, bajet boleh jadi kaya-raya. Tetapi yang berlaku ialah sebaliknya.

Setelah masa berlalu kita belajar, kita mula belajar dari kesilapan, we realize the importance of light (focus). What you focus on expands. Perlunya tekun, usaha, dan melakukan tindakan yang tepat.

Focus = Expands 

Fikir balik benda ni.

So far, 2x je saya fokus betul2, buat 1 je dalam satu jangka masa. Hasilnya memang lumayan.
Pernah hit RM 1k/day.

.

Bila Fokus = Wang Berkembang 

Bila tak fokus apa jadi? Kerja merapu, hasil berkurang, we are not happy right? Bila usahawan fokus kepada database, database akan EXPANDS, wang juga berkembang.

Bila buat banyak kerja, yang itu tak siap, yang ini tak siap, sampai kesudah apa pun tak siap. Speed = Result. Fast action = Fast Result. Bila fokus, cepat siap, cepat dapat wang. 🙂

Bila tak fokus apa jadi?

  • Wang tak berkembang
  • We are not happy
  • Kerja tak siap

.

Admin tahu benda ini, tu sebab admin fokus buat 1 kerja sampai siap, lambat (delay) sikit takpa, yang penting siap. Bila siap dapat wang dapat pergi travel lol.. :p

Untuk memastikan diri kita berjaya, kita kena ubah sikap (attitude), kena jadi professional terhadap diri kita sendiri. Beri commitment, buat schedule yang tersusun kemas dan sistematik.

Admin diajar begini,

  1. Pilih 1 niche (Produk / Service) sahaja.
  2. Dengan niche tu collect database 100 > 300 > 500 > 1k > 2k > 3k > etc…
  3. Kemudian rehash niche yang berkaitan kepada database berkali-kali-kali-kali.

.

Again, its all about FOCUS.

Bila u sudah ada database, kerja u sudah menjadi senang. Buat soft selling berkali-kali-kali-kali…

.

Jom kita berimaginasi sebentar,

  • Personaliti 1: Bayangkan kawan kita FOKUS daripada dahulu lagi?
  • Personaliti 2: Bayangkan sampai sekarang kawan kita buat kerja bersepah?

.

Persoalan,

  • Pada pendapat anda, personaliti yang manakah akan menjadi kaya raya?
  • Pada pendapat anda, apa akan terjadi sekiranya personaliti 2 berterusan dengan sikapnya?

.

Persoalan lain,

  • Jika ‘U’ diberi pilihan, u akan jadi personaliti yang mana?

.

Jadinya, dalam hidup kena relax, perlu sentiasa bertenang, jangan terbawa-bawa dengan imaginasi palsu, bila buat banyak kerja akan dapat banyak hasil.

Buat satu per satu okies. Bila u telah start FOKUS, u sendiri akan terkejut betapa cepat bisnes u berkembang pesat. Selepas itu sudah dapat ‘tune’, sudah tahu sistem yang berkesan, sudah stabil, barulah buat bisnes ke 2, 3, 4, 5, sampai 10 just for fun. Dengan syarat kena FOKUS… 🙂

Admin juga buat banyak jenis bisnes, sometime dapat sana sini tertinggal, dapat sini sana pula tak settle. End of the day admin fikir balik sampai bila mahu jadi begini?

Start daripada itu, admin susun kerja secara sistematik, susun aset secara sistematik, release kerja-kerja yang banyak, bersepah, serabut dan tidak perlu.  Fokus kepada aset-aset yang penting sahaja. Cer teka apa terjadi selepas itu?

Yup, FOKUS = WANG

Bila fikir-fikir balik, kalau zaman muda dahulu, start bisnes dah pandai FOKUS. Sure database / TRIBE dah membiak menjadi banyak. Ini tidak, nak buat itu, nak buat ini hasil tak best lansung.

Then sekarang kawan kita tu, also myself, tak buat banyak kerja dah, just FOKUS kepada priority sahaja, for fun baru buat benda-benda lain. Hope u pun sama ok.

Bila dah tua-tua ni (tak la tua sangat lol), kita lebih fokus kepada aset.

  • Blog = Asset
  • Ebook = Asset
  • Database = Asset
  • Networking = Asset
  • Facebook Group = Asset

Next..

1

Ada satu orang jumpa mentor admin. Dia bawa banyak jenis produk. Ada niche yang sama, ada juga niche yang berlainan. Dia juga ajukan soalan yang lebih kurang sama. Tak boleh fokus, tak konsisten.

Mentor admin kata, U just FOKUS kepada 1 produk sahaja buat permulaan. Dengan product tu collect database, offer kepada agent. Lain-lain produk hanya sebagai rehash/ upsale sahaja.

Orang itu dengar cakap > Dia apply > Dia jadi kaya raya

  • FOKUS = WANG

Ini orang sangat bagus dia ada banyak minat, ini bermakna dia boleh ada banyak jenis bisnes, dan boleh buat banyak wang. Juga boleh kumpul banyak aset (group).

Admin kongsikan / cadangkan / beri idea benda yang sama.

  1. U pilih 1 sahaja buat permulaan
  2. Collect database
  3. Belajar soft selling > Buat  soft selling berkali-kali-kali
  4. Bila u sudah dapat tune (buat duit), barulah beralih kepada minat yang lain pula.

.

Gambarkan begini,

  • Bisnes / Minat 1 > Focus Collect Database 3,000 orang dan buat target sehingga 70k….

.

Selepas itu,

  • Minat 2 > Collect database sekadar yang perlu sahaja > Just rehash (buat soft selling) kepada database sedia ada…
  • Minat 3 > Collect database sekadar yang perlu sahaja > Just rehash (buat soft selling) kepada database sedia ada.
  • Minat 4 > Collect database sekadar yang perlu sahaja > Just rehash (buat soft selling) kepada database sedia ada.

.

Maybe ada yang tidak bersetuju, its ok, ikut pendapat masing-masing…

Base on my experience …

  • Nice 1 – Ujikaji
  • Nice 2 – Ujikaji
  • Nice 3 – Ujikaji
  • Nice 4 – Ujikaji
  • Nice 5 – Ujikaji
  • Nice 6 – Ujikaji
  • Nice 7 – Ujikaji
  • Nice 8 – Ujikaji
  • Nice 9 – Ujikaji

.

Selepas beberapa bulan hanya 2-3 niche sahaja boleh pergi jauh….

Apa yang admin lakukan ialah, buat lagi ujikaji tiga niche yang boleh pergi jauh tadi…

  • Niche A
  • Niche B
  • Niche C

.

Analisis selepas beberapa bulan katakan ‘Niche A’ boleh pergi jauh, so kita lupakan lain-lain niche dan fokus collect database untuk  ‘Niche A’  sahaja. Niche inilah kita buat target up  to 70k database. Next buat research lagi 9 Niches yang lain > Dapat lagi 1 niche yang bagus… Begitulah seterusnya…

Perkara yang seringkali berlaku, niche yang kita jangkakan boleh pergi jauh tidak jadi. Tetapi niche yang kita tidak expect itu pula yang boleh pergi jauh.

Sama macam minat. Ya betul, U ada minat A, B, C, D, E dan seterusnya. Tetapi kita tidak tahu ‘rezeki besar’ ada pada minat yang mana. Yang itu atau yang ini.

  • Buat permulaan, buat Minat A dahulu > Lihat kepada result, If ok, teruskan.
  • Jika slow semacam sahaja, buat Minat B pula > Lihat kepada result, if ok, teruskan.

.

Rezeki besar kita tidak tahu ada pada minat yang mana. Bila sudah buat u sendiri akan tahu yang mana boleh pergi jauh dan minat yang mana ‘just nice’ sahaja.

Kes admin juga lebih kurang sama,

  • SMR / 70L / ESM / EMM / ESK

.

Admin sendiri pun tidak tahu yang mana satu boleh bawa ‘rezeki besar’? Sebab itu admin buat up to 5 ebooks. Then masa berlalu kita lihat yang mana ‘lebih ringan’ rezeki masuk. Ebook itulah yang kita FOKUS kaw-kaw.

Boleh, boleh? Ok good.

4. Review / Testimoni ESM

Admin terima satu review / testimoni yang sangat best, terutama kepada para pengkaji sains kekayaan.

PERTAMA: Tengah Letih: Ketika saya letih dan baca ESM badan saya mula kembali tenang dan segar. Ibarat saya baru lepas mandi. Padahal saya sedang membaca ebook.

KEDUA: Posture Badan: Saya dulu tak tahu kenapa badan saya lemah, malas dan tiada semangat. Rupa-rupanya posture badan saya tidak kena. Saya memancarkan aura yang negatif. Apabila saya ubah posture badan secara tiba-tiba badan menjadi bertenaga, semangat mula kembali dan rasa gembira.

KETIGA: Doa Kepada Ibu-Bapa Panjang-Panjang: Dalam eBook 70 Lesson ada menyebut perihal perkara ini, tetapi saya buat tak endah. Lain pula kali ini. Saya aplikasikan apa yang tertulis dalam ESM. Dan ini apa yang berlaku selepas itu, kakak saya tiba-tiba belanja makan ayam drumstick.

TERAKHIR: Gambaran Keseluruhan: Saya ada belajar sendiri tentang kekayaan dan kekajayaan. Boleh dikatakan sudah berpuluh buku saya baca.Tetapi, saya tak nampak jalan macam mana nak capai tahap kekayaan dan kejayaan. Kebanyakan buku yang saya baca hanyalah mencerita sebahagian kecil. Tetapi, eBook Spiritual Marketing menceritakan keseluruhannya. Saya dapat gambaran dari 120 ribu kaki.

Sekarang sudah jelas, terang lagi bersuluh bagaimana seseorang yang biasa itu mencapai tahap financial freedom. Tinggal nak apply sahaja. Inilah missing chapter yang saya cari selama ini.

.
.

Pertamanya terima kasih ya. Keduanya thanks sekali lagi ya, kerana bahagian ‘KEDUA’ memberi idea kepada admin untuk tajuk ebook No. 5 nanti. 🙂

U know what, manusia suka menjadi kaya & berjaya, tetapi dalam masa yang sama mereka melakukan (tanpa sedar) perkara-perkara yang membawa kebelakang kembali.

Contohnya, kita pernah bincangkan perihal ‘Pantang – berfikir kemungkinan-kemungkinan yang negatif’, tetapi dalam masa yang sama kita masih lagi melakukan perkara itu.

Untuk berjaya & kaya, kita perlu berubah secara HOLISTIK (keseluruhan) seperti rasa, fikir, cakap, buat. Ya, memang susah, cause dah bertahun-tahun hidup merapu (langgar dinding) sebelum ini.

No choice, hanya mereka yang berjiwa cekal sahaja mampu memecahkan mind limitations. Jika anda masih lagi tidak fokus, tidak ubah sikap yang lama, tiada to do list, tidak istiqamah selagi itulah anda akan kekal dengan hidup biasa-biasa, wang biasa-biasa, sampai bila-bila.

Ambil kesempatan buat azam baru, banyakkan menulis perkara yang positif, melihat yang positif, collect lebih banyak kejayaan-kejayaan yang kecil dan berterusan saving 10%.

Bila u FOKUS = WANG Berkembang

Have Fun

Advertisements

One thought on “Fokus = Wang

  1. Dari ABS: Fokus pada apa?

    Kita selalu disuruh supaya fokus, fokus, fokus.

    Lazimnya ‘fokus’ disama-ertikan dengan ‘satu’.

    Keyakinan bahawa ‘fokus’ bermakna ‘satu’ menyebabkan banyak peniaga takut-takut hendak melebarkan bisnesnya.

    Mereka ditakut-takuti dengan rasional, kalau tidak fokus, nanti akibatnya ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’.
    .
    + Fokus menjual satu produk ataupun menjual pelbagai produk?
    Juallah pelbagai produk kepada pelanggan yang sama. Fokus adalah pada pelanggan yang sama.
    .
    + Fokus menawarkan satu jenis servis ataupun menawarkan banyak jenis servis ?
    Juallah pelbagai servis kepada pelanggan yang sama. Fokus adalah pada pelanggan yang sama.
    .
    .
    .
    Kredit – Ainon Mohd.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s