Mengubah Kegagalan Kepada Kejayaan

Hai.

1. Picture In Your Mind

Satu orang forward email, dia cerita begini, begini, begini, dan begini. Yup, life dia teruk.

Admin reply, “Apa yang ada dalam kepala u?”

  • Kisah-kisah kegagalan?
  • Story kegagalan?
  • Picture kegagalan?
  • Perspektif kegagalan?

Dalam kepala u ada elektrik (synapse connection), semakin u layan semua story tu, semakin kuat elektrik itu beroperasi.

Bila dah semakin kuat, u tidak lagi mampu untuk mengawal ‘story kegagalan’ yang ada (bermain) dalam kepala u.

  • Apa yang kita fikir = doa = tarikan
  • Semakin kerap u fikir = semakin kerap u doa = tarikan semakin kuat

Apa yang berlaku life u akan tetap jadi teruk, dan semakin teruk, kehidupan yang teruk itu TIDAK akan berhenti, bertukar, secara tiba- tiba, bahkan dia akan menjadi semakin teruk dan semakin teruk.

Jalan keluar,

Untuk ubah life u, u perlu ubah secara keseluruhan. Dalam sentences yang lebih bernas ‘Create A New Story’.

Mind + Feeling + Action = Reality

Macam mana untuk keluar?
1. U kena berhenti apa yang u fikirkan.
2. U kena apply #1. secara berterusan.

Q: “Ok, sudah bertahun-tahun saya berfikir begini, sekarang Tuan suruh saya berhenti berfikir begini, apa yang saya perlu fikirkan?”

A: “Apa yang u perlu lakukan ialah, u perlu install cerita baru dalam minda u”.

Melalui:-
– Buku (Dare to Fail), seminar, blog, forum, short story pembacaan, youtube, majalah, kisah-kisah kejayaan, cd program and whatever…

Apa yang akan berlaku?

Bila info baru masuk kedalam kepala u, elektrik negatif akan berkurangan sedikit demi sedikit, bila berterusan masukkan info kedalam kepala, semakin lama elektrik negatif akan berubah menjadi elektrik positif.

Apa yang u perlu tahu, elektrik negatif tidak akan padam 100%, jika u leka, jika u tidak melakukan maintenance terhadap minda u, lama kelamaan elektrik positif akan lemah semula.

Oleh itu u perlu ‘install’ info positif secara berkala kedalam minda supaya story, picture, perspective minda u menjadi kekal positif.

Kerja macam ini perlukan disiplin, jangan tunggu sudah stress, sudah semak, sudah tidak ada harapan baru nak recharge (install info positif) minda.

Ada kisah dahulunya life ok, tetapi akibat tidak melakukan maintenance seperti seminar, beli buku, bercuti, celebrate, kini life dia menjadi semakin teruk dari sebelumnya.

Ini adalah asas yang u perlu faham sebelum mengubah kegagalan dalam hidup kepada kemewahan, kebahagiaan, kesihatan, ketenangan dan keberkatan.

.
.
.

2. Mengubah Kegagalan Kepada Kejayaan

Ada satu orang yang suka melakukan kerja-kerja khidmat kemasyarakatan, orang ini kita namakan Dave.

Dave suka melakukan kerja ini kerana dia dapat bertemu dan menolong dengan ramai orang yang melarat dan miskin dari pelbagai umur, agama, pendidikan dan latar belakang.

Kampung Miskin

Terdapat ramai orang muda, ada juga yang tua-tua. Beberapa orang mempunyai pendidikan dan ada juga yang tidak mempunyai pendidikan formal. Ada yang sudah berkahwin, ada juga yang belum berkahwin.

Namun, mereka semua mempunyai satu persamaan iaitu Mereka Telah Dikalahkan dan Tidak Berdaya. Mereka ini semua menghadapi keadaan yang mengalahkan mereka.

Tiap-tiap dari mereka ingin sekali memberitahu kepada Dave tentang sebab-sebab kekalahan. Keadaan kegagalan itu pula terdapat pelbagai jenis dan corak.

  • “Isteri saya meninggalkan saya”.
  • “Saya kehilangan segala-galanya”.
  • “Tidak ada tempat lagi untuk dituju”.
  • “Nasib tidak pernah menyebelahi saya dalam hidup”.
  • “Ini semua kesilapan saya dan patut menerima akibatnya”.
  • “Tuhan telah tentukan saya akan gagal selama-lamanya dalam hidup”.

Kampung Mediocre (Sederhana yang melarat)

Sama juga seperti kampung miskin, tetapi terdapat sedikit perbezaan, bukan sedikit tetapi perbezaan yang jelas dalam hidup mereka.

Namun, seorang penduduk kampung bernama Mr. Mediocre juga sangat ingin menjelaskan kepada Dave mengapa mereka tidak maju dan alasan- alasan yang lebih kurang sama.

Di dalam hatinya, Mr. Mediocre merasa dikalahkan. Dia ada luka-luka lama yang belum sembuh akibat pukulan ujian dan cabaran kehidupan yang mengakibatkan kekalahan hidup mereka semua.

Kini dia bekerja keras bukan untuk menjadi kaya, tetapi semata-mata untuk survive daripada kehidupan miskin.

Dia sangat berhati-hati dalam sebarang tindakan, tidak mahu berubah atau mengambil cabaran menjadi kaya lagi.

Hanya berpuas hati dengan diri sendiri. Dia merasa dipukul (oleh ujian dan cabaran), tetapi berusaha keras memikul hukuman berupa ketidakmajuan dengan keterangan bahawa “nasib” telah menguasai dia.

Dia bekerja keras untuk survive, tanpa menikmati kehidupan yang penuh dengan kemenangan, kekayaan, dan dia tidak puas hati dengan diri sendiri.

Dia juga telah menyerah kalah tetapi dengan cara yang cukup terhormat dan diterima oleh masyarakat setempat.

Kampung Kekayaan dan Kejayaan

Kini Dave pergi pula mengunjungi dunia kejayaan yang tidak banyak jumlah penghuninya.

Di sini juga Dave dapat berjumpa dengan orang yang mempunyai pelbagai latar belakang kehidupan.

Ada yang berasal dari keluarga miskin, keluarga kaya, keluarga yang bahagia, keluarga tidak bahagia, pekebun, pesawah, dan sebagainya.

Orang-orang yang menjadi penghuni kampung ini juga telah mengalami suasana, ujian, cabaran, susah dan kejam.

Ada persamaan diantara Mr. Miskin, Mr. Mediocre, Mr. Kejayaan dalam pelbagai hal kehidupan, pendidikan, keturunan, intelectual dan sebagainya.

Tetapi perbezaan mereka bertiga ialah SIKAP / ATTITUDE dalam menerima ujian dan cabaran dalam hidup.

The problem is not the problem, the problem is your attitude about the problem.

– Captain Jack Sparrow

Tiga perbezaan mereka,

  • Mr. Melarat – Bila kena pukulan dan jatuh, maka dia tidak boleh bangun lagi, dia tetap di tempat itu dan tidak bergerak.
  • Mr. Mediocre – Bila kena pukulan dan jatuh, dia bangkit kembali di atas lututnya, merangkak lalu menghindari diri.
  • Mr. Kekayaan – Bila kena pukulan dan jatuh reaksinya lain, dia cepat bangkit kembali, menarik pelajaran MELUPAKAN pukulan-pukulan itu dan terus maju.

.
.
.

Seorang kawan Dave “Penasihat Pengurusan” menceritakan tentang keadaan sebuah pejabat.

Apabila anda masuk ke ruang pejabat dan melihat keadaan yang kemas, sistematik, cantik dan sangat mengesankan.

Meja, kerusi, wallpaper, permaidaninya sangat bagus dan pekerjanya sangat tekun. Ini menandakan bahawa bisnes makmur dan sejahtera.

Orang yang sinis (negatif) berkata, “Apakah dia seorang yang ‘clean’ untuk berjaya seperti ini”.

*Clean bermaksud IQ, kecerdasan, luck, keturunan kaya, bla, bla, bla..

Tetapi orang yang sinis itu salah. Tidak diperlukan ‘clean’ untuk berjaya seperti itu. Tidak juga diperlukan kecemerlangan yang luar biasa. Juga bukan perlu keturunan kaya-raya, yang beruntung, yang bernasib baik dan sebagainya.

Apa yang diperlukan ialah TEKUN dan PERSISTENT (tidak mengaku kalah). Disebalik perusahaan yang maju jaya ini berdiri seorang manusia yang berjuang dan melakukan pertempuran-pertempuran dalam perjalanan mendaki.

Dia kehilangan wang simpanan 10 tahun dalam 6 bulan pertama, berumah di pejabat, tiada wang untuk sewa rumah, kereta ditarik, dan menolak pekerjaan yang “bagus” kerana ingin mewujudkan gagasan serta mengembangkan impian.

Selama tujuh tahun Mr. Kekayaan ini hidup dalam sukar sebelum bisnesnya berhasil. Tidak pernah Dave mendengar satu pun kata keluhan yang keluar dari mulut dia.

Dia menerangkan, “Dave, saya belajar ini adalah perusahan yang bersaing dan kerana banyak saingan, maka sukar untuk maju. Tetapi sekarang saya berjaya mengambil pengajaran”.

Dan dia benar-benar belajar.

Pada suatu hari Dave berkata bahawa pengalaman dan kejayaan memerlukan banyak pengorbanan diri.

“Tidak, ia tidak mengambil apa-apa dari saya, sebaliknya, malah memberi banyak kepada saya”.

  • Amat berbeza pemikiran Mr. Kekayaan right?
  • Jika pemikiran Mr. Miskin, saya telah kehilangan masa, tanggungjawab, itu, ini, bla, bla, bla…

Jika anda selidiki kehidupan orang-orang yang berjaya, anda akan menemukan mereka itu maju setelah menghadapi pukulan, ujian, dan cabaran yang berat.

Mereka juga menghadapi perlawanan, pertempuran, fear, ketidak mengertian, kemunduran dan nasib buruk sebelum ini.

Bacalah kisah, biografi Mr. kejayaan, maka ternyata bahawa dia telah mengatasi halangan-halangan yang sungguh berat dan besar.

Anda tidak mungkin mendapat kejayaan yang besar tanpa menghadapi cabaran, kesukaran, dan kemunduran.

Tetapi adalah mungkin menggunakan segala cabaran, ujian itu untuk membawa diri maju kehadapan dan naik ke atas.

.
.
.

Doktor-doktor telah menggunakan kes penyakit dan lain-lain hal yang menganggu kesihatan untuk membuka jalan bagi kesihatan manusia.

Seringkali berlaku apabila ada pesakit yang mati tanpa diketahui sebabnya, mereka akan melakukan pembedahan untuk mengetahui apakah sebabnya.

Dengan demikian mereka mengetahui lebih banyak tentang fungsi tubuh manusia sehingga kehidupan orang lain dapat diselamatkan.

Kawan Dave, seorang ketua bahagian jualan menggunakan mesyuarat yang diadakan sebulan sekali untuk membantu jurujual-jurujual menemukan apa sebab mereka mendapat jualan besar-besaran.

Dan segala laporan itu direkod dengan kemas dan diselidiki secara teliti. Dengan demikian jurujual dapat mengelak daripada kegagalan dan tidak berhasil pada masa hadapan.

Jurulatih bolasepak yang mengalami beberapa kekalahan melihat kembali secara teliti sampai ke hal-hal yang kecil sekalipun untuk mengetahui kesalahan yang dilakukan oleh pemain.

Ada jurulatih yang melihat semula ulang tayang perlawanan sehingga beratus-ratus kali untuk mencari punca kekalahan dalam perlawanan yang “si*l” itu.

Tujuannya supaya pemain dapat bermain dengan lebih baik pada masa hadapan.

Pengurus jualan, doktor, jurulatih bolasepak dan semua bidang professional mengikuti asas kejayaan.

Iaitu BELAJAR SESUATU DARI KESALAHAN DAN KEGAGALAN.

.
.
.

Kisah professor dan pelajar

Pada suatu ketika seorang pelajar mendapat markah yang rendah. Professor itu tahu ‘reaksi’ pelajar terhadap kegagalan sesuatu matapelajaran mencerminkan kejayaan atau tidaknya seseorang pada masa hadapan.

Pada suatu ketika seorang professor terpaksa memberi angka rendah kepada pelajar pada tahun akhir. Ini merupakan pukulan terhadap pelajar tersebut.

Dia telah melakukan persiapan yang banyak dan usaha yang lama untuk lulus pada penggal akhir. Dan kerana peristiwa kegagalan tersebut dia sangat kecewa.

Baginya hanya ada dua pilihan.

  • Mengulangi kuliah dan mendapat kelulusan.
  • Meninggalkan universiti tanpa kelulusan.

Professor itu berfikir pelajar itu akan kecewa dan mungkin marah ketika diberitahu perihal keputusannya.

Dan benar pelajar itu begitu kecewa.

“Tapi”, katanya, “hasil-hasil masa lalu sekurang-kurangnya memadai. Apakah itu tidak boleh dipertimbangkan?”

Professor itu menyatakan bahawa beliau tidak boleh melakukan demikian, kerana yang kita nilai adalah apa yang dihasilkan dalam tiap-tiap kuliah.

Dia menambah terdapat peraturan yang ketat untuk tidak mengubah keputusan dan angka-angka. Ini hanya berlaku jika kesalahan yang besar pada pihak professor.

Mahasiswa tersebut menyedari segala kegagalan ini menghalang daripada menamatkan pengajian.

“Professor”, katanya, “saya boleh menyebut ramai orang yang kaya dan berjaya di bandar ini tanpa mengikuti pelajaran ini, bahkan tidak mengetahui apa subjek yang dipelajari”.

“Apakah yang begitu penting pada pelajaran subjek ini? Apakah yang menyebabkan saya tidak lulus, kerana satu mata pelajaran sahaja?”

Katanya, “masyarakat tidak melihat persoalan dari luar seperti professor”.

Setelah pelajar itu membebel dengan penuh emosi, professor diam selama 45 saat.

Kemudian professor itu berkata, “banyak yang anda katakan itu benar”.

“Banyak orang yang berjaya, kaya, maju tidak mengetahui sedikit pun perihal subjek ini. Dan anda juga boleh berjaya tanpa mempelajari tentang subjek kuliah ini”.

“Dalam rangka kehidupan yang luas, subjek ini tidak menentukan kejayaan atau kegagalan”.

“Tetapi, sikap anda menerima kegagalan ini menentukan”.

“Apa maksud professor?”

“Ini”, “masyarakat luar menilai anda dengan cara kita. Di luar yang dinilai ialah ‘HASIL’ pekerjaan”.

“Mereka tidak akan memberi nilai yang tinggi kepada hasil pekerjaan kelas dua”.

Professor diam seketika supaya pelajar itu dapat memahami.

Setelah itu, professor menyambung, “boleh saya beri cadangan?”

“Anda sangat kecewa pada kali ini, saya boleh memahami perasaan anda. Dan sudah pasti anda tidak suka dengan saya kerana menggagalkan anda.”

“Tetapi belajarlah dari sudut positif pengalaman ini. Di dalamnya ada pengajaran yang sangat penting dan sangat besar.”

“Jika anda tidak belajar, anda tidak akan berjaya dalam mencapai impian kehidupan.”

“Belajarlah sekarang, dan lima tahun akan datang anda akan menggangapnya sebagai pelajaran yang paling berharga dalam hidup.”

Beberapa hari kemudian pelajar itu, membuat pendaftaran yang baru dan lulus dengan cemerlang setahun kemudian. Dia berterima kasih kerana ‘cadangan’ yang diberikan tempoh hari.

“Saya belajar sesuatu dari kegagalan ketika itu professor, nampaknya aneh, tapi saya maklum saya senang saya tidak lulus pada kali itu.”

* Kita boleh mengubah kegagalan menjadi kemenangan. Hayati pelajaran kegagalan itu, terapkan dan wujudkan dalam kehidupan sehari-hari. Lalu ingatlah dan senyumlah (jika anda masih belum berjaya dalam hidup lagi).

.
.
.

Pada tahun 1963 seorang pelakon filem Lionel Barymore (Barymore) mengalami kemalangan. Kakinya patah dan tulang kakinya tidak akan sembuh (cacat kekal).

Semua orang menyangka karier Barymore sudah berakhir. Tapi ternyata tidak. Dia menggunakan kerusi roda untuk mendapatkan kejayaan yang lebih besar dan banyak.

Selama 18 tahun beliau memainkan berpuluh-puluh watak filem dengan jayanya.

.
.
.

Pada 15 March 1945, W. Colvin Williams dari Perancis berjalan di belakang tangki minyak.Tiba-tiba tangki minyak itu meletup dan membutakan mata Mr. Williams untuk selama-lamanya.

Ini tidak menghentikan usaha beliau untuk menjadi pendeta dan penasihat yang berpengaruh.

Ketika beliau diraikan oleh sebuah universiti secara gemilang, Mr Williams berkata “Kebutaan saya merupakan keuntungan dalam pekerjaan saya. Saya tidak mungkin memberikan penilaian berdasarkan penglihatan saya. Dengan demikian saya lebih bersikap objektif.”

Bukankah ini contoh kegagalan dan kekalahan yang pedih dan kejam boleh di “olah” menjadi kemenangan?

Kekalahan hanyalah difikiran sahaja.

.
.
.

Seorang kawan Dave merupakan pelabur pasaran saham, dengan bijak menangani pelaburan yang menguntungkan berdasarkan kesalahan- kesalahan di masa lampau.

Pada suatu hari dia berkata kepada Dave, “Ketika saya mula menanam modal 15 tahun dahulu, saya mengalami kerugian yang teruk beberapa kali. Seperti lelabur-pelabur lain saya ingin cepat kaya. Tetapi saya bangkrup. Itu tidak membuatkan saya sedih, saya mengetahui kekuatan ekonomi kita, dan bahawa jangka panjang, saham-saham yang dipilih dengan tepat merupakan pelaburan yang paling baik di dunia.”

“Ketika kegagalan itu, saya menganggap kesalahan itu sebagai wang pelaburan sekolah untuk diri saya dalam bidang pelaburan saham”. Katanya sambil ketawa.

Dave juga dengar beberapa orang kawan yang sekali dua gagal dalam melakukan pelaburan menjadi serik serta bersikap “anti saham”.

Mereka (orang yang kecewa itu) turut membuat kesimpulan bahawa membeli saham merupakan perjudian.

.
.
.

Sekarang ambillah keuntungan dari tiap-tiap kesalahan.

Lain kali jika ada kesalahan di tempat kerja atau rumah, maka tenangkan hati dan carilah apa yang menyebabkan kesalahan itu.

Ini adalah cara untuk menegah kesalahan yang sama dilakukan pada kedua kalinya.

Kita manusia adalah makhluk yang aneh. Kita cepat bangga diri apabila menang dan berusaha supaya satu dunia mengetahui kejayaan itu.

Adalah wajar, kalau kita menginginkan orang lain berkata: “Itulah orang yang berhasil melakukan itu dan ini”.

Tetapi manusia juga selalu menyalahkan orang lain apabila gagal.

  • Jurujual sering menyalahkan pelanggan jika barangan tidak laku.
  • Pengurus menyalahkan pekerja jika bisnes gagal.
  • Isteri menyalahkan suami, dan suami menyalahkan isteri jika berlaku pertengkaran dalam rumah tangga.

Adalah benar dalam dunia yang sulit ini orang lain menyebabkan kita gagal, akan tetapi benar pula bahawa lebih sering kita merugikan diri kita sendiri.

Kita rugi kerana kita melakukan kesalahan-kesalahan.

Usahakanlah supaya mencapai kejayaan. Caranya begini. Ingat anda perlu melaksanakan pekerjaan sesempurna mungkin.

Bersikaplah objektif. Periksalah (muhasabah) diri secara objektif. Lihatlah barangkali ada kekurangan atau kesalahan yang anda lakukan yang anda tidak pernah mengetahuinya.

Jika ada, buatlah sesuatu dan perbaikilah ia. Banyak orang sudah terlalu biasa dengan keadaan diri sehingga tidak nampak kesalahan diri.

.
.
.

Bintang Metropolitan, Rise Stevens berkata dalam Reader’s Digest (July 1955) bahawa: “dalam saat kegagalan saya mendapat nasihat yang paling bagus”.

Pada permulaan kariernya, Miss Stevens gagal dalam “Auditions of the Air”. Setelah itu beliau sangat kecewa dan sakit hati.

Miss Stevans berkata, “Saya ingin mendengarkan bahawa suara saya lebih bagus dari mereka semua. Keputusan itu sangat tidak adil, barangkali saya tidak cukup latihan.”

Guru Miss Stevans berkata, “Sayang, tabahkanlah untuk melihat kesalahan-kesalahan diri.”

“Jika saya tetap mengeluh dan sakit hati, kata-kata ini tidak akan didengar” kata Miss Stevans. “pada malam itu, kata-kata itu membangunkan saya. Saya tidak boleh tidur, sebelum saya melihat kesalahan-kesalahan saya.”

Sambil berbaring dalam gelap, saya bertanya kepada diri sendiri: “Mengapa saya gagal?” “Bagaimana saya boleh menang?”

Kemudian saya mengakui, bahawa susunan bentuk suara (Tone) dan nada suara (Pitching) tidak seperti yang seharusnya, saya harus memperbaikinya, harus mempelajari lebih banyak peranan-peranan.”

Miss Stevans berkata bagaimana dengan melihat kesalahan diri dia begitu berjaya di pentas dan bahawa dalam menemukan kesalahan- kesalahan diri saya mendapat lebih banyak kawan, mengembangkan keperibadian yang lebih menyenangkan.

.
.
.

Kritik kepada diri sendiri adalah konstruktif (membina). Boleh membangun kekuatan peribadi dan efisiensi yang diperlukan untuk mencapai kejayaan.

Menyalahkan orang lain adalah destruktif (meruntuhkan). Kita tidak akan mendapatkan apa-apa dengan “membuktikan” orang lain yang salah.

Jadilah orang yang suka mengkritik diri sendiri jika gagal. Jangan lari kalau anda mengalami kegagalan. Bersikaplah seperti professional-professional yang cekap.

Mereka mencari punca kesalahan, kegagalan dan membetulkannya. Itulah yang membuatkan mereka berjaya, berada dihadapan dan menang.

Janganlah mencari kesalah diri supaya anda boleh berkata: “Ini merupakan bukti bahawa saya orang yang gagal.”

Sebaliknya anda mesti mencari kesalahan dan berkata: “Inilah usaha lain yang akan membuatkan saya menjadi pemenang yang lebih besar.”

.
.
.

Elbert Hubbard yang besar itu berkata, “Orang yang gagal bukanlah orang yang membuat kesalahan yang besar, akan tetapi yang tidak belajar daripada kesalahan.”

Sering kita menyalahkan “nasib” sebagai kegagalan dan kemunduran diri. “Ini memang si*l”, dan berhenti di situ sahaja.

Tetapi renungkanlah dan fikirkanlah, setiap kesi*lan ada sebabnya.

Apa akan terjadi sekiranya,

Doktor berkata kepada keluarga pesakit: “Saya sangat-sangat menyesal, saya tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi. Memang keadaan ini berlaku”. Maka anda akan pergi ke doktor yang lain jika ada ahli keluarga yang sakit.

Cara menyalahkan kesi*lan atau nasib tidak akan menguntungkan apa-apa kepada diri. Kita tidak akan berubah menjadi berjaya jika mengulangi dan melakukan kesalahan yang sama.

Apa akan terjadi sekiranya,

Jurulatih bolasepak yang kalah memberi komen: “Ya, sekarang kita memang sedang bernasib buruk.”

Ini tidak akan membantu memperbaiki nasib pasukan sama sekali. Dan mungkin pasukan itu akan melakukan kesalahan yang sama.

.
.
.

Orville Hubbard, Gabenor Dearborn, Michigan, selama 17 tahun berturut-turut merupakan seorang pentadbir yang cekap, bersemangat dan dihormati.

Selama 10 tahun yang lepas Mr. Hubbard boleh sahaja meninggalkan gelanggang politik dan dengan memikirkan “Nasib Si*l” yang berlaku kepada dirinya kerana kekalahan bertanding.

Sebelum menjadi pemenang 17 tahun berturut-turut, Orville Hubbard “bernasib buruk”, “kalah” tiga kali dia berusaha bertanding menjadi senator. Dia juga pernah dikalahkan dalam usaha menjadi anggota kongres.

Tapi Orville Hubbard mempelajari segala kegagalan-kegagalan ini. Dia menganggapnya sebahagian daripada pendidikan politik. Dan sekarang dia merupakan politikus yang paling bagus dan cerdas dalam arena politik setempat.

.
.
.

Sebaiknya daripada mengecam atau menyalahkan nasib, selidiklah kegagalan-kegagalan anda. Jika anda gagal, kalah, belajarlah daripada kegagalan itu.

Banyak orang dalam hidup ini selalu menyalahkan “nasib”, “kesi*lan” sebagai sebab kegagalan-kegagalan mereka.

Mereka umpama kanak-kanak yang belum dewasa dan mencari simpati. Tanpa menyedarinya, mereka gagal melihat kesempatan-kesempatan untuk menjadi lebih besar, lebih kuat, lebih percaya kepada diri.

Jangan lagi menyalahkan nasib, menyalahkan nasib tidak ada gunaya sama sekali.

.
.
.

Seorang kawan Dave, konsultan sastera, penulis, pengkritik baru-baru ini berkongsi apa yang menyebabkan seseorang boleh menjadi penulis yang berjaya.

“Kebanyakan calon-calon penulis”, dia menyatakan, “sungguh-sungguh tidak serius dalam usahanya untuk menjadi penulis”.

“Mereka mencuba sebentar, akan tetapi mundur setelah mengetahui bahawa ada bahagian pekerjaan memerlukan ketekunan”.

“Saya tidak faham mengenai orang ini, mereka mencari jalan pintas, sedangkan jalan itu tidak ada”. Katanya lagi, “saya tidak menyatakan ketekunan sahaja cukup”. Memang tidak.

“Saya baru-baru ini bekerja dengan seorang penulis 62 fiksyen, tetapi tidak ada satupun yang laku dan terjual”.

Jelas bahawa dia sangat tekun sekali untuk menjadi seorang penulis, tetapi kesulitan orang ini adalah dia menggunakan pendekatan dasar yang sama dalam semua tulisan-tulisannya.

Dia tidak pernah mengadakan eksperimen dengan bahan-bahannya. Dia bahkan tidak pernah mengubah gaya, plot, watak-wataknya.

Yang saya usahakan ialah supaya dia mencuba pendekatan-pendekatan dan teknik-teknik yang baru.

Dia ada kecekapan dan kemampuan, jika dia mengadakan eksperimen, saya yakin dia boleh menjual naskah-naskahnya.

Tapi sebelum dia melakukan itu, beliau perlu menghadapi “nasib” naskah-naskahnya ditolak berulang-ulang kali.

.
.
.

Dave berkata, nasihat konsultan itu bagus dan tepat, kita perlu tekun dan pantang berundur.

Tetapi ketekunan hanyalah salah satu unsur-unsur untuk mencapai kecemerlangan.

Kita seharusnya mencuba, mencuba, dan seterusnya mencuba namun tetap gagal, sebelum kita mengabungkan ketekunan kita dengan eksperimen.

.
.
.

Edison salah seorang ilmuan yang terulung dan paling tekun. Dia melakukan beribu-ribu eksperimen sebelum berjaya dengan lampu elektrik.

Tapi ingat, Edison melakukan “eksperimen”. Dia tekun dan nekad untuk terus mencapai tujuannya membuat lampu elektrik.

Ketekunan ini mendatangkan hasil apabila digabungkan dengan eksperimen, dan kesungguhan.

KETEKUNAN TIDAK MENJAMIN KEJAYAAN, KETEKUNAN DIGABUNGKAN DENGAN EKSPERIMEN MENJAMIN KEJAYAAN.

.
.
.

Baru-baru ini Dave membaca suatu karangan tentang pencarian minyak dasar bumi.

Dikatakan bahawa perusahaan minyak mempelajari bentuk dan susunan batu-batu dengan teliti sebelum menggali.

Namum setelah mereka melakukan begitu banyak analisa-analisa ilmiah itu, tujuh daripada lapan lubang yang digali gagal, kering dan tidak mengandungi minyak.

Perusahaan minyak tekun dalam mencari minyak, tidak hanya menggali satu lubang sedalam-dalamnya sahaja, tetapi dengan mengadakan eksperimen-eksperimen dengan telaga baru, kalau dinilai bahawa telaga pertama tidak mengandungi minyak.

.
.
.

Banyak orang melaksanakan usaha dengan begitu tekun untuk terus maju dalam kehidupan, namun mereka masih gagal kerana tidak melakukan eksperimen dengan pendekatan-pendekatan yang baru.

Tetaplah dengan tujuan anda, jangan bergerak sedikitpun. Tetapi dalam masa yang sama jangan menghantukkan kepala anda ke tembok.

Jika tidak berhasil, cubalah lakukan dengan pendekatan-pendekatan yang baru hasil dari eksperimen yang dijalankan.

Orang yang tekun, berhasil, dan tidak gentar sedikitpun, memiliki sifat-sifat orang yang berjaya.

.
.
.

Ini adalah kaedah untuk melakukan eksperimen dan jika digabungkan dengan ketekunan akan mendatangkan result yang positif.

1. Katakan kepada diri sendiri bahawa “Jalan Itu Ada”.

Semua fikiran bersifat magnetis. Jika anda berkata kepada diri “saya kalah dan tidak ada jalan untuk mengatasi kegagalan ini”, maka fikiran negatif akan ditarik oleh sikap dan fikiran-fikiran negatif itu, dan setiap fikiran negatif itu akan membantu anda untuk gagal, dan yakinlah bahawa anda telah dikalahkan.

Tapi sebaliknya jika anda berkeyakinan “jalan itu ada”, maka fikiran positif akan meresap masuk kedalam jiwa anda memecahkan masalah itu.

Yang penting anda percaya “Jalan itu ada”.

.
.
.

Konsultan perkahwinan menyatakan dia tidak boleh menyelamatkan sesuatu perkahwinan jika satu pihak atau kedua-duanya yakin bahawa “jalan itu ada” untuk memulihkan kebahagiaan.

Ahli-ahli psikologi dan pekerja-pekerja sosial menyatakan seorang peminum alkohol akan tetap menjadi peminum sebelum dia yakin bahawa “jalan itu ada” untuk melawan ketagihan alkohol itu.

.
.
.

Tahun ini sahaja beribu-ribu perniagaan dibentuk dan dibangunkan. Lima tahun akan datang hanya sebahagian kecil sahaja yang akan tetap beroperasi.

Banyak diantara yang gagal itu akan berkata: “Persaingan terlalu berat. Tidak ada pilihan bagi kita kecuali mengundurkan diri”.

Masalah sebenarnya adalah apabila seseorang diserang dengan kesukaran-kesukaran, maka yang mereka fikirkan hanyalah “kekalahan” sehingga mereka benar-benar dikalahkan.

* Mereka tidak sepatutnya memikirkan kekalahan.

* Mereka sepatutnya memikirkan masih ada ruang dan peluang untuk
terus maju jaya.

Jika anda yakin bahawa ada jalan, maka secara optimistis anda akan berubah fikiran-fikiran negatif menjadi positif.

Suatu masalah, kesulitan, kebuntuan tidak akan terpecah jika anda memikirkan “tidak ada” jalan keluar.

Usaha penyelesaian-penyelesaian itu boleh dilakukan jika anda berfikiran “jalan itu ada” dan boleh dilakukan.

Jangan sesekali fikir dan berkata “itu tidak mungkin”. Sebaliknya fikirlah “jalan itu ada”.

Terus dengan pemikiran ini, anda akan berjaya.

.
.
.

2. Bangkitlah Dengan Semangat Yang Baru Dan Segar

Kita sudah terlalu lama bergelumang dengan kerja, kehidupan, masalah dan segala urusan yang tidak pernah habis.

Perkara ini telah lama berlalu sehingga kita tidak lagi dapat menemukan pecahan-pecahan baru dengan pendekatan-pendekatan baru.

Seorang arkitek ditugaskan utuk membuat reka bentuk bangunan baru berlainan dengan bagunan-bangunan sedia ada.

Dave bertemu dengan kawannya itu dan bertanya bagaimana dengan proses reka bentuk bangunan barunya itu.

“Tidak begitu baik”, jawabnya, “saya kira kerana tidak terlalu banyak waktu yang saya luangkan untuk berkebun di musim panas ini”.

“Jika saya ada masalah dengan reka bentuk yang baru, saya akan pergi jauh dari suasana pejabat dan rumah agar gagasan-gagasan (idea) baru muncul”.

“Anda akan hairan”, beliau beritahu kepada Dave. “Untuk mengetahui berapa banyak gagasan-gagasan (idea) kejuruteraan baru muncul, ianya berlaku apabila saya sedang duduk di sebelah pohon, sambil memegang paip air pancut”.

.
.
.

Presiden Eisenhonwer pernah ditanya dalam suatu persidangan akhbar, mengapa dia mengambil begitu banyak cuti tahunan.

Jawapan yang diberikan merupakan satu nasihat yang baik untuk mereka yang ingin meningkatkan kecekapan.

“Saya tidak percaya bahawa ada orang, apakah dia memimpin General Motor atau Amerika boleh melaksanakan tugas-tugas sebaik-baiknya dengan semata-mata duduk di pejabat, memandang timbunan kertas-kertas”.

“Sesungguhnya, seorang presiden haruslah membebaskan fikirannya dari hal-hal yang kecil dan berfikir sendiri mengenai dasar-dasar asasi faktor-faktor penting … supaya dia boleh membuat suatu penilaian yang jelas dan cerah”.

.
.
.

Seorang bekas teman seperniagaan secara teratur mengambil cuti keluar negara selama 72 jam dengan isterinya setiap bulan.

Dia mendapati bahawa cuti demikian ini membuat dia segar dan meningkatkan efisiensi mental dan membuatnya lebik naik prestij di hadapan pelanggan-pelanggan.

.
.
.

Jika anda mengalami sedikit masalah, jangan hapuskan seluruh projek anda. Sebaliknya, jauhilah projek itu dan jadilah segar kembali.

Misalnya dengan bernyayi, berjalan, bersiar–siar, tidur sebentar. Jika anda lakukan ini, maka penyelesaiannya datang lebih cepat dari yang anda duga.

Fikirkan dan temukan aspek-aspek yang baik dan positif dalam keadaan situasi sukar dan besar.

.
.
.

Seorang laki-laki menunjukkan kepada Dave bagaimana dia memusatkan fikiran kepada aspek-aspek positif ketika dia kehilangan pekerjaannya.

Dia menyatakan sebagai berikut: “Saya bekerja dalam suatu perusahaan besar. Suatu hari saya diberitahu bahawa saya di pecat. Ada krisis ekonomi, dan perusahaan memecat pekerja yang kurang berguna”.

“Pekerjaan yang saya lakukan selama ini tidak mendatangkan hasil yang begitu banyak, namun saya banyak belajar dari situ.”

“Saya terkejut selama beberapa jam, tapi kemudian saya melihatnya sebagai suatu ‘blessing in disguise'”.

“Saya sesungguhnya tidak menyukai pekerjaan tersebut. Kalau saya tetap disitu saya tidak boleh menemukan kemajuan-kemajuan yang mengesankan”.

“Kini saya mendapat kesempatan untuk memulakan sesuatu yang benar- benar saya sukai. Dan tidak lama kemudian saya menemui pekerjaan yang jauh lebih baik, yang sesuai dengan kecekapan dan pendapatan lebih tinggi”.

“Dipecat dari perusahaan yang pertama merupakan kejadian yang paling baik”.

.
.
.

Ingat, bahawa anda melihat dalam tiap-tiap keadaan, apa yang anda harapkan. Lihatlah aspek baiknya, dan janganlah anda kalah.

Setiap hal dan peristiwa bekerjasama untuk kebaikan anda, asal anda mempunyai pandangan atau penglihatan yang cerah (positif).

– The Magic Of Thinking Big
– Dr. D.J. Schwartz
– 1996

* Dengan sedikit pertambahan ayat…

.
.
.

Jalan keluar,

Untuk ubah life u, u perlu ubah secara keseluruhan. Dalam sentences yang lebih bernas ‘Create A New Story’.

Sekarang kita telah membaca, menghayati dan belajar sesuatu perihal mengubah kegagalan kepada kejayaan.

Semoga anda belajar sesuatu.

3. Ebook Spiritual Marketing (ESM)

Promosi kilat telah habis. Harga selepas ini ialah RM70 sehingga beberapa ketika sebelum meningkat pada masa akan datang (jangka masa terhad).

Ebook (ESM) ini admin hasilkan untuk memberi tools (alat) kepada usahawan yang masih lagi gagal, tersangkut dan ingin berkembang pesat dalam perniagaan.

Secara khusus ESM ditujukan kepada usahawan yang masih berada pada fasa tersangkut / stuck bertahun-tahun dalam perniagaan.

Dimana terdapat kesukaran, missing, weakness yang menyebabkan perniagaan itu tidak boleh naik dan berhasil dengan lebih lumayan.

.
.
.

Beberapa perkara yang terkandung.

Bab 1: Ubah Cara Berfikir Atau Anda Akan Kekal Hidup Miskin

Menjelaskan punca utama mengapa seseorang yang berjaya dan tidak mempunyai begitu jauh perbezaan dari segi corak pemikiran.

Dengan pemikiran yang tepat, segala perspektif dan tindakan akan berubah dan memberi kesan besar dalam perniagaan.

Anda perlu ada ‘alat’ ini untuk hidup kaya dan bahagia.

Bab 2: Perlunya Semangat Yang Tinggi Untuk Berjaya

Antara kelemahan usahawan yang masih ‘tersangkut’ pada satu tahap ini ialah tidak mempunyai desire / semangat yang besar, yang bernyala-nyala untuk berjaya.

Tanpa semangat yang tinggi, seseorang itu tidak akan boleh pergi lebih jauh dalam bidang perniagaan.

Semangat yang tinggi dan kekal tinggi merupakan kunci perubahan besar dalam keseluruhan tindakan sekaligus membawa kepada perubahan hasil.

Cara untuk unlock your “desire high” (bersemangat tinggi) dikongsikan pada bahagian ini.

Bab 3: Bagaimana Membina Keyakinan Diri?

Tahukah anda kekurangan usahawan bukanlah dari segi teknikal, product knowledge, dan ilmu berkaitan perniagaan semata-mata.

Antara faktor mengapa ramai usahawan masih tersangkut pada tangga yang sama ialah tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk berjaya.

Keyakinan diri adalah hasil daripada pemikiran, suara dalaman dan tindakan yang pernah dilakukan pada masa-masa lepas.

Jika anda tidak pernah ‘asah keyakinan diri’ sebelum ini, apa yang akan berlaku ialah tahap keyakinan tidak akan meningkat selama- lamanya bahkan berada pada tahap yang rendah sahaja.

Salah satu cara yang dikongsikan untuk membina keyakinan diri ialah “Don’t Dream, But Be It”.

Subtopik ini khusus menceritakan perihal Jangan Hanya Berimpian untuk menjadi orang yang kaya dan berjaya, tetapi Jadilah Orang Itu Sekarang Juga.

Tahukah anda 10% manusia memegang 90% kekayaan di seluruh dunia, dan 10% kekayaan dikongsi oleh 90% manusia.

Kami juga pasti anda melihat begitu sedikit orang yang berjaya, dan ramai orang masih bergelut dengan kewangan dan berusaha malam dan siang untuk hidup.

Dalam kajian yang dilakukan, menjadi kaya adalah berkaitan “state of mind” atau kondisi pemikiran. Ramai manusia terlepas pandang berkaitan perkara yang tidak nampak (dunia dalaman), dan berterusan fokus kepada teknikal perniagaan (dunia luaran) semata-mata.

…. apabila kebanyakan manusia telah berjaya tetapi jatuh, kemudian berjaya balik kemudian jatuh, dan perkara ini berulang-ulang. Sampai satu tahap baru mereka sedar (faktor pengalaman) dari segala keadaan ini (dunia dalaman) amat penting seperti pemikiran positif, perasaan positif, dan sikap yang positif. Setelah mereka memberi tumpuan kepada dunia dalaman, barulah hidup mereka konsisten, tidak terburu- buru, dan sentiasa berfikir panjang.

Pesanan kami adalah anda MESTI jadi orang yang berjaya SEKARANG juga, iaitu ber-personality seperti orang yang berjaya berkaitan pemikiran (mind), keinginan (heart), sikap (tingkah laku) seperti orang yang berjaya.

Ini adalah salah satu cara spesifik bagaimana untuk membina keyakinan diri. Terdapat 12 lagi cara yang akan dibincangkan.

Bab 4. Bagaimana Mereka Menghasilkan Wang Yang Banyak Setiap Bulan?

  1. XXX
  2. How To Use ‘E’ On Selling

Untuk berjaya dalam perniagaan anda mesti mahir mengawal ‘E’ iaitu Emosi manusia.

  • Apa yang membuatkan manusia kenal kepada penjual?
  • Apa yang membuatkan manusia suka kepada penjual?
  • Apa yang membuatkan manusia percaya kepada penjual?

Pelanggan / prospek hanya akan mengambil keputusan untuk “bank in” kepada anda setelah mereka percaya produk itu dapat memberi sesuatu kepada diri mereka.

Terdapat ramai penjual, banyak produk yang sama berada dipasaran dalam masa yang sama.

  • Bagaimana untuk berhasil?
  • Bagaimana untuk bersaing?
  • Bagaimana untuk menghasilkan wang?

Huraian lanjut terdapat dalam bab ini.

Bab 5: Perubahan Nilai…………………………

Ini adalah suatu topik yang sangat menarik. Bagaimana untuk memastikan diri tidak lagi lemah semangat, putus asa, dan sentiasa berkeadaan positif sepanjang masa.

Perkara yang positif hanya berlaku kepada orang yang positif. Pada ketika anda membuat keputusan untuk berada dalam kondisi positif dan berterusan positif bermula dari situlah kehidupan dan perniagaan akan berubah.

Huraian topik ini ialah bagaimana untuk menjadikan diri “kekal” positif.

Bab 6: Satu Pemerhatian

  • Mengapa Manusia Belum Jadi Kaya?

Orang kaya tahu apa yang orang tidak kaya tidak tahu.

Orang kaya tahu macam mana untuk menjadi kaya, dan kekal melakukan perkara-perkara yang membuatkan mereka menjadi kaya dan berjaya.

Banyak perkara yang mereka lakukan, topik ini menjelaskan lebih lanjut apa yang mereka lakukan.

Bab 11: Money Magnet

Untuk Menghasilkan wang yang banyak antara perkara yang perlu kita lakukan ialah menjadikan gelombang diri selari dengan gelombang wang.

Segala aktiviti yang dikongsikan akan touch bahagian minda yang paling dalam yang mengubah kondisi minda menjadi magnet.

Selagi anda tidak programkan diri anda menjadi money magnet, diri anda tidak akan menjadi money magnet sama sekali.

  • Ada orang buat kerja banyak hasil sedikit
  • Ada orang buat kerja sedikit tetapi hasilnya banyak
  • Ada orang berfikiran “buat duit adalah susah”
  • Ada orang berfikiran “buat duit sangat senang”

Berminat menjadikan diri anda money magnet?

Bab 12: 13 Investment

Memberi anda idea, strategi dan perspektif baru berkaitan aset dan dunia pelaburan (investment).

Adakah anda hanya memikirkan perihal property semata-mata?

Terdapat beberapa jenis lagi investment yang begitu menarik, mudah dan membawa keuntungan untuk jangka masa panjang.

Bahagian ini adalah untuk anda yang masih tercari-cari apakah jenis pelaburan yang sesuai dilakukan.

.
.
.

Seterusnya,

Sepanjang melakukan research, perkongsian, survey perihal alam perniagaan berikut antara beberapa FAQ yang sering ditanya.

Soalan 1
Masalah: Cara Nak Dapatkan Kepercayaan Pelanggan

Soalan 2
Masalah: Barang Apa Nak Jual

Soalan 3
Masalah: Bagaimana Ingin Membina Kepercayaan Pembeli / Prospek

Soalan 4
Masalah: Persaingan & Produk Tidak Bertahan Lama

Intro ESM: Klik ‘SEKARANG’ untuk mengetahui strategi yang dikongsikan..

.
.
.

Ini adalah panduan yang mesti dimiliki setiap usahawan yang sering gagal, tersangkut, masih merangkak dan ingin berkembang pesat.

Sekarang Adalah Masa Yang Tepat Untuk Anda Mendapatkan Ebook Spiritual Marketing Dan Bersedia Mengalami Perubahan Demi Perubahan Yang Luar Biasa Dalam Perniagaan Yang ‘Mungkin’ Selama Ini Seperti Hidup Segan Mati Tidak Mahu.

Selepas Ini Anda Mempunyai Dua Pilihan:-

Pilihan #1: Anda kekal dengan kehidupan (bisnes) yang kusut, masih merangkak serta berterusan menghadapi krisis demi krisis yang masih lagi tidak nampak di mana jalan keluarnya. Dalam masa yang sama hanya mampu melihat ‘orang lain’ berterusan membina empayar perniagaan yang meningkat menjadi semakin besar dan semakin besar dari tahun ke tahun.

Pilihan #2: Anda menikmati kehidupan yang baru, lebih berjaya, lebih berhasil, lebih beruntung selepas ini. Kerana anda tahu asas kejayaan ialah KETEKUNAN dan berterusan melakukan EKSPERIMEN terhadap database (pelanggan) sedia ada selain mempunyai ‘alat’ yang membantu kejayaan sesuatu perniagaan.

Dapatkan ESM sementara harga masih lagi pada paras RM70 sahaja, sebelum ia berubah menjadi RM90 pada bila-bila masa.

“Be Awesome & Talk To Us”…
* Emailkan kepada : Abamrain/@/gmail.com
* Tajuk: Saya Sangat Berminat Dengan ESM

Terima kasih kerana membaca sehingga akhir.

Salam kekayaan dan kejayaan.

Inche Hujan | Supersonic
– Author
– Investor
– Businessman

1948105_789673811127255_1878792831720340848_n

1795480_10152574950076428_4424337707455753824_n

===========================================================
===========================================================

4. Projek Win-Win (PWW)
– Tujuan: Case Sturdy
– Jangka Masa: 1/3/2015 – 31/3/2015

Terbuka Kepada: Pemilik ESM – Full Version
– Yang berminat promote ‘to share’ Ebook Spiritual Marketing.
– Kepada database pelanggan anda yang sedia ada.
– Dengan harga RM’90’ (Profit Anda 60%).
– Yang jujur dan amanah.

Bekalan Yang Disediakan (FREE Report)
– Kenapa Pelanggan Membeli
– Teknik Asas Copywriting
– Powerful Affirmation
– Sales Writing System
– Selling System
– Mind Booster
– Influence

Jika Berminat Atau Mempunyai Sebarang Pertanyaan:-
* Email: E****S********M********/@/gmail.com
* Tajuk: FAQ / Saya Berminat Dengan Projek Win-Win

*Gunakan email yang sama semasa u beli ESM – Full Version dahulu ya…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s