Menjual Produk Makanan: Bahagian 2

Assalamua’laikum & Salam Sejahtera

Kita layan 1 FAQ.

faqhafiz

Nama saya Mohd. H***** dan saya ingin bertanya dan mengadukan sesuatu.

1. Mengadu.

Admin ada satu kawan, dia suka bermain dengan bahasa, macam-macam jenis orang dalam dunia ini.

Short story, untuk mengadu u perlu terus kepada Allah SWT. Malam pun boleh, siang pun boleh, tidak terhad kepada tahajud sahaja.

Problem banyak orang ialah, bila berdoa, merintih, mengadu hati lalai, tidak fokus, tidak dengan sepenuh hati.

Bila mengadu ada baiknya keluarkan semua yang terbuku dalam hati (all out), sertakan dengan air mata sekali. Barulah namanya mengadu, jika tidak, minta macam nak tak nak jer, itu yang jadi dah lama minta apa pun tak dapat.

Dalam sains, amat penting kita luahkan apa yang terbuku dalam hati, terutama perkara yang negatif, kalau u simpan lama-lama itu yang jadi muka tak reti nak senyum, hati tak pernah bahagia, muka ketat dan banyak lagi ‘symptom of disease’.

Punca dia, tak reti, tak pernah nak meluahkan segala kerunsingan, kekusutan dalam kepala. Last time antara yang telah dikongsi ialah ambil kertas dan pen, tulis semua apa yang u rasa. Barulah jiwa tu lega sikit, boleh, boleh? Ok, good.

2. Bertanya

Ini bagus, u bagi situasi sikit, ada gambaran jenis bisnes, senang nak explain.

Untuk berjaya kita perlukan ilmu yang tidak ada dalam kepala kita. (Jika kita masih belum berjaya lagi). Kalau sudah teruk sangat, buat bisnes bertahun-tahun tak jadi, hidup lagi susah, ini bermakna ada ‘something wrong’ dengan ilmu yang ada dalam kepala seseorang usahawan tu.

Jika bisnes kita berhasil walau sedikit, ini bermakna ilmu yang kita ada kira boleh pakai (just nice sahaja), tetapi jika langsung tidak berhasil, cadangan admin u kena ambil ilmu yang baru.

Seminar, ebook, buku, coaching adalah antara cara paling bagus untuk mendapatkan ilmu untuk kejayaan, lagi mahal, lagi berbaloi hasil yang kita dapat. Antara ciri-ciri orang yang berjaya ialah, mereka akan invest banyak wang untuk ilmu, beribu-ribu jumlahnya.

Walaubagaimanapun ada juga cara yang FREE.

LOA / Hukum Purata

  1. U tulis scrip, explain sikit apa yang u buat sekarang.
  2. Cari 70 orang yang dah berjaya dekat fb /blog / forum.
  3. Hantar kepada mereka semua, minta nasihat untuk bisnes u.

Bila u hantar dekat 1-5 orang, chances untuk ‘dapat reply’ adalah rendah, tetapi jika u hantar up to 70 orang, peluang untuk u dapat nasihat yang bernas lebih besar. Orang yang berjaya ni, idea dia lain macam dan sangat unik, bila u dapat idea tu simpan kemas-kemas ya.

Sebenarnya manusia yang berjaya ni amat suka bila ada orang bertanya, minta pendapat, minta idea, tetapi kekangan masa, dan banyak faktor lain lagi menyebabkan mereka tidak dapat reply email kita.

Masa admin masih newbie dahulu, admin memang suka PM / email dengan orang yang berjaya, dan knowledge yang mereka kongsi secara private memang sangat luar biasa dan mahal harganya (priceless).

Idea mereka ini memang u tidak akan dapat dari buku, seminar, sharing di blog, fb, forum dan lain-lain tempat.

Bila u hantar dekat 70 orang, ini untuk ‘meninggikan peluang’ supaya u mendapat reply dari orang yang berjaya. Manalah tahu ada beberapa patah perkataan yang u dapat dari mereka, boleh menjadi ‘asbab’ bisnes dan life u berubah selama-lamanya.

Sometime tak perlu banyak ayat, just sedikit teguran atau nasihat daripada mereka dah boleh buat minda kita terbuka begitu luas.

Actually, saya tak bekerja, cuma berbisnes roti canai kecil-kecilan, dan bisnes roti canai ini bukanlah bisnes roti canai macam di warung or restoran Mamak tu, tapi lebih kepada bisnes roti canai segera..

3. Tak Bekerja

Admin ada kawan-kawan, dan melihat ramai jenis orang yang buat bisnes full time, tetapi hidup merangkak. merempat, dan sangat susah, walaupun mereka berpura-pura gembira, kira macam kebahagiaan dalam kesengsaraan (quantum of solace).

Bahagia betul ok lagi, yang berat ialah bertahun-tahun berpura-pura hidup bahagia. In case u boleh baca menerusi anak mata orang, u boleh nampak benda ini.

Hidup mereka bukan senang tetapi sangat teruk sebenarnya, dapat projek sekali dua, dan banyak kali sengkek / papakedana.

Orang jenis macam ni walaupun hidup susah mereka akan terus kayuh day by day, month by month, year by year untuk menjadi kaya.

Apa yang menyebabkan mereka terus kayuh ialah, suatu keyakinan yang paling dalam di mana mereka rasa mereka ‘akan’ berjaya satu hari nanti.

Dari segi sains kejayaan, apa yang kita lihat jika tidak ada kapasiti, selagi itu rezeki tidak akan melekat, datang ada, lalu ada, tetapi tidak ‘attach’.

Orang macam ni memang susah nak berubah, umur sudah 35-55 tahun ke atas, pegangan mereka, prinsip mereka terlalu kuat.

Dengan pengalaman-pengalaman projek besar mereka pada masa lalu, mereka sanggat bangga dengan itu, dan tidak mahu berubah.

Dahulu admin suka borak-borak dengan orang macam ni, tetapi bila dah terlalu keras kepala, tak nak berubah, setelah masa bertahun-tahun berlalu, admin just biarkan sahaja. Doa dari jauh jer la.

Bukan taknak beri tahu, kena fokus kepada 1 jenis bisnes, kena collect database, mula dari bawah, and bla, bla, bla. Dah tak nak berubah juga, lantak kaulah, malas nak layan.

In case life u jenis macam ni, untuk berjaya ialah u kena tukar ‘total picture’ yang ada dalam kepala u (walaupun susah). Perspektif, prinsip, pandangan, pemikiran u tentang dunia bisnes, tentang wang, dan segala-galanya kena berubah.

Pandangan-pandangan lama tu semua kena buang jauh-jauh dan mulakan dengan new perspective. Selagi u tak tukar apa yang ada dalam kepala, selagi itulah u tidak akan mendapat hasil yang berbeza.

Short story, untuk berjaya u perlu tukar corak berfikir, kena berfikir macam mana orang yang berjaya berfikir, perspektif perlu sama, prediction juga perlu sama seperti mereka.

Ini baru cerita fasal minda, belum lagi cerita tentang feeling (tukar dunia dalaman / jiwa), belum lagi cerita tentang perlunya tindakan yang tepat dan betul (bukan just tindakan ikut sesuka hati sahaja).

Dalam ESM first sekali yang admin cerita ialah perihal cara berfikir, kerana dari berfikir yang tepat baru feeling yang tepat dapat dirasai, sesudah itu barulah tindakan yang tepat boleh dilakukan.

  • Saya kaya, kekayaan saya meningkat setiap hari.
  • Saya berjaya, kejayaan saya meningkat setiap hari.
  • Aku kaya, kekayaan aku meningkat setiap hari.
  • Aku orang yang berjaya, kejayaan aku meningkat setiap hari.

Untuk bertukar nampak macam senang, tetapi ianya sangat susah, sudah bertahun-tahun dengan permikiran yang sama, tiba-tiba kena tukar, ini adalah satu pengorbanan yang besar sebenarnya.

Ada juga yang berkata-kata macam ini: “Kalau tukar boleh berjaya ke?”

Bila u tukar, bila u ‘just sebut’ affirmation, untuk cuba-cuba, itulah hasil yang u akan dapat sebenarnya. U sendiri tak yakin dengan benda tu, macam mana nak berjaya?

Again ulangan, u sendiri tidak yakin, u sendiri was-was, u sendiri 50/50. Selagi u ‘kekal’ dengan sikap macam ini selagi itulah u ‘akan kekal’ dengan was-was tu.

So, kena belajar fahamkan dan yakinkan diri “Aku kaya, kekayaan aku meningkat setiap hari“. Hanya orang yang rasa diri dia orang yang kaya, akan menarik kekayaan.

Fila u fikir ‘boleh berjaya ke?’, u hanya akan menarik perasaan 50/50 itu selama-lamanya. Lebih teruk u ‘akan kekal’ dengan 50/50 tu FOREVER. (Ini adalah sesuatu yang menakutkan).

Boleh nampak? Ok good.

Aku kaya,

U ada RM3.50 dalam akaun, adakah u seorang yang kaya atau tidak? Sebenarnya walaupun u ada RM1 ringgit, u sudah dikira kaya, (tetapi kekayaan u RM1 sahajalah – terima dahulu apa yang ada).

Lagi bagus u fikir: “Aku kaya”, daripada u fikir: “Aku masih gagal”, “Aku masih belum berjaya”, “Aku masih dalam proses untuk jadi kaya”.

Selagi u fikir u tidak kaya, selagi itulah u tidak akan jadi kaya selama-lamanya. U kekal dengan fikiran itu (“Aku belum kaya”), selagi itulah u akan kekal dengan hidup ‘Aku belum kaya’.

Fikir sahaja, “Aku kaya, Aku berjaya”. Walaupun kecil, walaupun sedikit, apa yang penting, u fikir diri u seorang yang berjaya dan kaya. Then lama-kelamaan, fikiran itu akan sebati dengan hidup u. Ini fasa pertama.

Boleh, boleh? Ok good.

Think + Feel + Action = Reality

Fikir sahaja sudah cukup untuk fasa satu, ada dua lagi fasa yang u perlu lakukan untuk menjadikan kekayaan itu satu reality.

Feeling pula, untuk jadi kaya u perlu ada ‘rasa’ macam orang kaya, bila u ada rasa barulah tarikan menjadi menjadi kuat, dan benda-benda kekayaan akan datang serta attach dengan diri u.

Dalam ESM, bahagian Money Magnet ada cerita fasal benda ini, macam mana untuk membina ‘feeling rich’. Rasa ‘aku kaya’ adalah sesuatu yang boleh dibina sebenarnya.

Semakin banyak u apply, semakin besar dan kuat ‘rasa’ diri ini sebagai orang yang kaya (also bahagia). Sangat penting kita bina ‘rasa’ itu, kerana dia bahagian yang sangat penting iaitu fasa dua (FEEL).

Contohnya, belajar celebrate (meraikan kejayaan walaupun kecil), tulis semua kejayaan kecil yang u dapat, belajar bercuti, belajar reward diri apabila ada sedikit kejayaan kecil yang u capai.

Sering ucapkan kepada diri “Tahniah Mr. Success (nama u), anda telah berjaya”, tepuk tangan sedikit, dan tulis (rekod) kejayaan itu dalam buku nota khas (nota kejayaan).

Buat target sehingga 700 kejayaan-kejayaan kecil yang u capai, tujuannya supaya minda u ‘penuh dengan memori’ kejayaan dan kekayaan, barulah story yang bermain dalam minda u berkisar tentang kejayaan dan kekayaan.

Ini adalah indirect programming yang u boleh lakukan kepada diri sendiri, bila sampai masa, minda u dah mula sebati dengan story kejayaan dan kekayaan yang banyak, maka perspektif minda akan berkisar tentang kekayaan dan kejayaan juga.

Bila dah lama-lama u fikir macam ni, dia akan beri kesan kepada jiwa u, dari situ akan timbul rasa ‘aku orang yang berjaya’.

Cukup fasa dua, dan fasa tiga pula ialah melakukan tindakan contohnya bisnes dan investment. Buat bisnes dengan cara yang betul, buat investment dengan cara yang betul.

Mulakan dari kecil, belajar dari kesilapan (make mistake), bila dah dapat tune (learning curve), selepas tu, barulah buat secara besar-besaran.

Ada orang buat bisnes terus mulakan dari besar, itu yang jadi melingkup, ada pula nak yang besar sahaja, susah taknak, tiada standard katanya dan sampai bila-bilalah tak berubah. Sampai ketua macam tu.

Buat dari kecil dahulu, tulis 5 ebook, buat blog, test market, test market, test market, buat ujikaji dan terus buat ujikaji. Kemudian collect database, kumpul team, lepas tu barulah growing up.

Ada orang taknak mula dari bawah, taknak hidup susah 1-2-3 tahun, ini semua minda kegagalan, jika u ada minda macam ni, selagi itulah, u tidak akan kemana-mana.

*Admin bukan cerita fasal u, tetapi fasal orang-orang belah nepal.

“Cuma berbisnes roti canai kecil-kecilan, dan bisnes roti canai ini bukanlah bisnes roti canai macam di warung or restoran Mamak tu, tapi lebih kepada bisnes roti canai segera”..

4. Tahniah

Tahniah ya, u sudah ada bisnes, sudah ada produk, walaupun secara kecil-kecilan. Ada orang bertahun-tahun cari idea, lompat bisnes sana sini, kejap buat itu, kejap buat ini, sampai kesudah hidup merempat, merangkak, merapu.

Setelah dapat idea, sudah celebrate or belum? Ada tulis kejayaan u dapat idea or belum? Kalau dah ok, kalau belum, u should celebrate ok.

5. Sikap Orang Yang Berjaya

Orang yang berjaya, dia mulakan dan buat sampai habis.
Orang yang gagal, pandai mulakan dan GIVE UP separuh jalan.

Mengapa mereka give up? Ini kerana mereka tidak faham adanya fasa-fasa kejayaan.

6. Fasa-Fasa Kejayaan

Satu benda yang u perlu faham, kejayaan adalah gabungan semua jenis keadaan situasi.

Mula + Susah + Give up + Putus asa + Down + Rugi + Kena maki hamun + Kesedaran diri + Kecekalan + Mula dari bawah + Jatuh bangun + Database pelanggan dari 1 orang + Kena tipu + U belajar lagi + U besarkan + Besarkan + Besarkan + Bertahun-tahun lamanya = KEJAYAAN + KEKAYAAN dalam bisnes.

Ramai orang hanya melihat kejayaan itu ialah ‘hasil’ semata-mata, sebenarnya segala kesusahan itu adalah sebahagian daripada kejayaan itu sendiri.(Kira falsafah juga ni).

Bila gagal, bila putus asa, bila jatuh, u anggap diri u belum berjaya dan masih gagal, nop, semua situasi susah ini adalah untuk persediaan kenal potensi diri, sedar diri, kuatkan diri, kuatkan minda dan spiritual untuk menjadi orang yang berjaya.

Alkisahnya, saya buat roti canai di rumah Atok kerana mesin penguli di sana sambil dibantu ahli keluarga lain, siap packing hantar ke kedai or mini market di tempat kami, tapi 2,3 minggu nie sales tak ada, maksudnya, letak lah kat mini market ka, kedai runcit ka, ada la 5,6 kedai tapi satu pun tak laku…

7. Idea > Marketing > Wang

Bila dah dapat idea, apa yang perlu kita lakukan?

  1. Kenal pasti pasaran / test market.
  2. Kenal pasti target secara jelas, tepat dan ber-DATA.

7.1: Kenal Pasti Pasaran / Test Market

Fikirkan dua perkara di bawah,

  • Barang u boleh jual atau tidak?
  • Barang u orang nak atau tidak?

Macam mana nak tahu idea u boleh pergi atau tidak? Main agak-agak? Tu fasal ramai orang, bisnes dia lingkup, sebab dia TIDAK PERNAH buat test market.

Ada idea bagus, ada produk bagus, terus buat marketing, target tiada, apa pun tiada, mereka melakukan kesalahan yang besar sebenarnya.

Untuk test market contohnya kasut, lihat sekeliling u, jalan-jalan dekat google, adakah orang pakai kasut, adakah orang beli kasut? Benda yang lebih kurang sama tetapi branding / spec berlainan.

Subject = Kasut

  • Ada orang jual? Ada orang beli? Ada orang pakai?
  • Ada orang beli kasut? Ok bagus, ini peringkat awal kenal pasti pasaran.

Next kita test market secara lebih mendalam,
U ada facebook or wechat or forum or jiran-jiran or kawan-kawan?

Cuba tanya dekat dia orang…

“Saya ada makanan (roti canai) yang lain yang lain, rasa lain, rasa sedap, rasanya seperti roti yang diuli dengan sempurna, dengan peraman dan campuran bahan-bahan yang terbaik roti, minyak, tepung whatever. Kemudian dibakar dengan suhu kuali yang tepat kepanasannya, tepat jangkamasa memasaknya, maka lahirlah roti canai XXX (nama branding) yang begitu sedap, enak, dan pasti anda akan minta sekeping lagi setelah mencubanya”….

Letak gambar yang cun-cun sikit, bila orang lihat gambar pun dah meleleh air liur.

Kemudian tanya,

  • “Adakah anda berminat untuk mencubanya?”

Masa buat ‘ayat test market’ tu, kena masukkan EMOSI sekali, jangan just tulis ‘Ini roti canai, roti canai ni lain dari yang lain, bla, bla,bla‘…

Tiada apa yang menarik pun, orang (bakal pelanggan) akan fikir: “Ini just roti canai“.

Bila ayat (atau percakapan) u tiada emosi, tiada semangat, orang baca pun tak ada semangat, dan tidak ada sesiapa pun ‘berani’ mencubanya. Ayat spoil, emosi spoil, presentation spoil, gambar spoil. Siapa yang nak beli bro?

Tetapi bila, ayat u power, kaw-kaw, sure ada yang nak mencuba.

Sekali lagi kita play LOA (Law of average / hukum purata) …

  • Post dekat 1 -7 forum
  • Post dekat wechat 3-4 kali
  • Tanya kepada 3-5 orang sahaja
  • Post dekat 3-5 facebook group

Macam mana nak dapat result? Tengok nombor pun tiada selera…

  • Cuba buat survey dekat 30-70 forum (Sure ini makan masa)
  • Cuba buat survey dekat 30-70 fb group (Sure ini makan masa)
  • Cuba tanya dekat 30-70 jiran or kawan-kawan u

Lihat nombor ’30-70′ pun sudah rasa best right? Sudah boleh jangka akan ada orang reply right? Barulah u boleh dapat banyak feedback / question (peringkat awal orang berminat).

Ingat ya, semasa tulis ayat tu, semangat perlu ada, keyakinan perlu tinggi, dan kekal tinggi untuk menjawap kembali pertanyaan daripada orang lain.

If, cara u reply email / fb or cara u secara berhadapan dengan manusia (bakal pelanggan) pun macam orang nak mati, siapa yang nak ‘bank in’ dekat u der?

Brian tracy kata,

  • SHOW YOUR PASSION > Selling is a transfer of enthusiasm.

Ini bukan bermaksud kita transfer semangat kita, tetapi kita kena lakukan dengan bersemangat, dan pelanggan / pembaca / kawan u yang mendengar dapat rasa semangat dan keyakinan diri u yang tinggi tu.

Manusia suka berurusan dengan orang yang ada semangat dan keyakinan diri yang tinggi, wang juga ‘suka datang’ kepada orang yang mempunyai keyakinan diri (a part of tenaga) yang tinggi.

Kalau semangat pun macam orang nak mati, no wonder produk u tak boleh dijual dengan banyak sebelum ini. (Fahamkan falsafah ini ya).

Ada cara untuk ‘bina’ semangat atau keyakinan, ada cara untuk ‘kekalkan’ semangat or keyakinan, ada cara untuk ‘sentiasa’ bersemangat dan berkeyakinan tinggi.

Bukan dah tulis ke dalam ESM? Free report 50 pages. Salah satunya berlatih bercakap dihadapan cermin. Ulang dialogue, ulang presentation, belajar cara bercakap dengan yakin. Post yang lepas juga admin ada share perihal ‘practice’ ini.

Jika online pula, belajar tulis, tulis, tulis, dan terus tulis dengan yakin. Make sure ada ‘4 structure’ ayat iklan. Tulis ‘ayat iklan’ pun ada cara, bukan main hentam ikut sesuka hati sahaja.

Tu fasal nak menjual secara online u akan rasa sangat susah, structure, kenal pelanggan sasaran, ayat yang tepat, ayat yang ada emosi positif yang tinggi, fokus kepada manfaat, counter emosi bimbang pelanggan dan sebagainya.

Teknikal, structure, ada banyak orang ajar, just yang kurang diceritakan ialah macam mana nak tulis dengan keyakinan tinggi, bersemangat tinggi, bila orang baca boleh ‘rasa’ ada aura. Barulah keseluruhan ayat iklan u ada tarikan.

Admin sendiri sudah bertahun-tahun menulis, macam-macam kajian dilakukan, itu ini, kenapa orang suka baca tulisan dia, kenapa orang tak follow dia, kenapa orang melekat dengan blog dia, bla, bla, bla. Mula-mula main hentam juga, but slowly kita belajar memperbaiki diri.

Barulah namanya usahawan online yang berjaya, ini tidak, u tak practice bercakap, u tak practice menulis, tiba-tiba buat bisnes nak jadi kaya, nak ada banyak duit.

Dunia ini sangat adil, siapa yang baca banyak buku, join seminar, beli ebook, buat ujikaji bertahun-tahun lamanya dengan USAHA + DOA berterusan insyaallah akan berjaya.

Kalau malas? Sendiri mau ingat. orang buat duit, u main guitar di tepi sawah padi melayan jiwa duka sengsara. Lepas tu sering berfikir “Mengapa Tuhan tak bantu aku?”.

Faham or faham? Ok, good.

7.2: Kenal Pasti Target, Secara Jelas, Tepat & ber-DATA.

Bila u dah dapat feedback, u dah tahu roti canai (produk) u boleh jual, next buat target dahulu sebelum buat marketing…

Berapa target profit bersih u nak buat?

Katakan 1 set u untung RM5

  • 1 set : RM5
  • 10 set : RM50

U tahu bila jual 10 set, u akan dapat RM50 bersih.

Next, berapa banyak yang u nak jual ni?

  • 10 set?
  • 30 set?
  • 50 set?
  • 70 set?
  • 100 set?
  • 300 set?
  • 500 set?
  • 700 set?

Ada target? Ok bagus.

Soalan seterusnya, ada tulis target tu? Ada tampal target tu? Ada lihat hari-hari target tu? Ada monitor target tu? Daily, weekly, monthly macam mana? Kalau tak buat, no wonder bisnes u selama ini tak jalan.

Sudah tidak ada nombor, habis apa yang u kejar selama ini? U nak pusing kanan or kiri? Atas or bawah? Depan or belakang?

Again, benda ini ada tulis dalam ESM, siap ada contoh graf lagi (as sample), minggu ini berapa unit, minggu depan berapa unit, bulan ini berapa unit, bulan depan berapa unit, 3 bulan lepas berapa unit?

Bila u ada graf baru u boleh monitor perkembangan DATA. Kalau tidak ada DATA, U buat kerja macam mana? Merapu? Berpusing-pusing? Tu fasal bisnes u tak jalan.

Ini baru cerita kajian test market (melihat pasaran) dan buat target, belum buat marketing lagi.

Kalau admin tanya u benda ni,

  • 10 set?
  • 30 set?
  • 50 set?
  • 70 set?

Pilih SATU NOMBOR sahaja, buat KEPUTUSAN dahulu. Ikut kemampuan.

Kalau buat bisnes tidak ada target, apa benda yang u kejar selama ini? (Target bermaksud termasuk keseluruhan, data, nota, dan sebagainya).

Tajuk forum / wechat / facebook pun kena ambil kira juga.

Bandingkan beberapa perkataan di bawah.

  • “Roti Canai”
  • “Roti Canai Yang Diadun Dengan Sempurna”
  • “Roti Canai Resepi Turun Temurun”
  • “Roti Canai Rahsia Nenek Moyang”
  • “Roti Canai 7 Warisan Keramat”

Ini just idea, pandai-pandailah u buat ayat nanti untuk post dekat forum or semasa tanya dekat jiran or kawan-kawan.

Bro, aku ada roti canai, benda ni tak sama macam mamak tu, nak cuba tak?”

Ayat macam meleret jer, tiada emosi (tenaga). Orang dengar pun, “Ni macam nak jual jer“….

Last sekali u akan dapat perkataan macam  ini > “Tak minat la bro“…

Sekarang salah pelanggan tak beli or salah u (usahawan)? Or u tak mengaku yang u salah? Pelanggan tu yang salah? Macam tu ker? Kalau tak buat duit lagi, EGO tinggi, selamat jalan romeo. Sendiri mau ingat.

Salah satu teknik marketing ialah awareness (memberi kesedaran).

“Tone Excell dah banyak orang promote dekat admin, semua ayat nak menjual, tiada semangat, lepas tu tunjuk duit itu, tunjuk gambar ini. Admin ni ‘pelanggan’ (siap penulis ESM + ETM lagi), dah macam ‘boleh baca’ apa yang mereka nak buat, intro jer pun dah tahu: “ni mesti nak jual”….

Cuba buat ayat macam ni,

  • “Bro, aku tahu kau dah banyak dengar fasal Tone Excell, tapi cuba kau fikir… bla, bla, bla” (create awareness dahulu). 
  • Compare itu ini, data itu ini, saving itu ini, benefit itu ini, barulah selera nak dengar.
  • “Eh dia ni unik la, explanation dia lain dari yang lain, betul juga kan, banyak juga manfaat yang aku dapat ni”. 

Boleh nampak or boleh?

Ingat ya, always,

  • Fokus kepada manfaat + tambah nilai yang pelanggan  akan dapat.

Ini dah masuk ebook teknik menjual (etm) pula ni lol. The best part bila u baca etm, minda u akan berubah sama sekali, u sudah tidak mahu berfikir lagi perihal menjual semata-mata seperti sebelum ini.

Minda u akan lebih tertumpu kepada PELANGAN, PELANGGAN, PELANGGAN dan PELANGGAN LAGI. Lebih dari itu minda u juga akan lebih memikirkan perihal pelanggan sasaran, lebih spesifik, lebih mendalami, lebih memahami apa yang pelanggan sasaran inginkan.

Total mindset u sebagai usahawan akan berubah sama sekali selepas ini, jauh lebih advance ialah u akan fall in love dengan pelanggan sasaran. Perspektif u mula berbeza, ayat u mula berbeza, semuanya lebih menjurus kepada ‘apa yang pelanggan sasaran’ itu suka nak dengar, suka nak lihat, lebih selesa untuk bersama dengan jurujual.

Antara effect selepas itu ialah, ayat u akan lebih memikirkan untuk buat pelanggan sasaran berfikir, contohnya,

  • Bro, kau pernah rasa tak roti canai yang…. bla, bla, bla, tepung diadun dengan cukup sempurna.. bla, bla, bla… campuran bahan bermutu tinggi… memberikan citarasa …. bla…. bla… bla“…

U kena buat kawan / pembaca / visitor / pelanggan sasaran u berfikir,

  • Wah lain macam kau punya Roti Canai ni? Berapa harga?” …

U kena buat daripada ‘story’ u sahaja orang (pelanggan sasaran) terus tanya harga, barulah sales u akan meningkat berkali-kali selepas ini.

Sehinggakan pelanggan sasaran akan befikir,

  • Macam sedap jer dengar, nak try la“.
  • Then u kata dengan nada yang bersahaja ‘Murah jer bro / harga sangat berpatutan, just RMX‘.
  • U kena buat pelanggan fikir macam ni, “Wah punya sedap RMX jer? ok lah bagi aku satu“.

Pelanggan sasaran ialah manusia, secara psikologi manusia sangat suka mendengar cerita, dan manusia lebih mudah dipengaruhi (influence) dengan cerita.

Kalau ABC tu sedap macam yang kau cerita, ok aku cuba, kalau tak sedap siap kau“. Benda macam ini u biasa alami right? Oleh sebab itu, bila bisnes u berkaitan makanan, ‘cerita’ u mesti gempak habis-habisan.

U gagal buat macam ni, selamat hari raya kepada bisnes u. Tetapi jika cerita u boleh buat seorang manusia ‘rasa nak cuba’ ini bermakna u telah berjaya secara skala kecil. Next just besarkan channel marketing sahaja.

Tetapi AWAS! Make sure makanan u mesti sedap kaw-kaw, sebelum u boleh gunakan teknik ‘cerita power’ macam ini, biasanya cerita-cerita gempak ni cepat tersebar contohnya  ikan bakar, cendol bakar, goreng pisang cheese, ais cream dalam pasu dan lain-lain.

Kesilapan usahawan atau peniaga ialah bila orang dah banyak datang, banyak like, banyak comment TAK KUMPUL DATABASE awal-awal. Tenaga yang naik terlalu cepat akan jatuh dengan cepat. Selepas beberapa bulan orang dah mula bosan (lali) dengan ayat gempak.

Aku dah cuba benda tu dulu, biasa jer pun, ok je la, takdelah sampai 5 bintang“.  U sebagai peniaga dah tahu benda itu akan sejuk sekitar 3-7 bulan, time orang banyak datang, u perlu buat R&D siap-siap.

Lepas 4-6 bulan agak-agak cerita power dah nak hampir sejuk, launching lagi ayat gempak yang lain, produk makanan yang lain, gunakan Sistem SMS Marketing, time duit tengah masuk tu kena belajar, kena research, jangan leka dengan ‘wang masuk’ dan ‘popular’ sahaja.

Dah nama pun orang nepal, bila dah kaya lupa jasa orang lain, lupa kawan, lupa team, lupa segala-galanya. Tak lama lepas tu ‘biasanya’ jatuh kembali. This is fact right? So, beringat sikit yer. Dah jauh sangat ni, kita masuk balik.

Selagi boleh ‘Ayat Gempak’ tu jangan terlalu panjang dan tidak terlalu pendek, just sesedap rasa sahaja.

Pada hujung ayat, maybe u boleh letak harga (ikut keadaan).

  • Ini semua anda boleh rasa dengan harga RM1 – sekeping sahaja – hubungi xxx“.
  • Dapatkan Roti Canai Perisa Coklat dengan harga RM1 sahaja – keterangan lanjut“.

Pelanggan akan fikir,

  • Haaaa, betul ker?“.

Lepas tu pandai-pandai la u tackle pelanggan,

  • Untuk 1 keping RM1, 1 set (bungkus) ada tiga keping RM3 sahaja“.

Again, Ini baru ‘test market’ dan ‘buat target’. Yup benda gempak ini semua just as test market sahaja, belum betul-betul buat bisnes lagi.

  • Q: “Habis bro, bila betul-betul bisnes mula start?“.
  • A: “Bisnes u start dengan database pelanggan, dekat situlah lubuk duit yang banyak“.

Orang kata, ini semua just geli-geli sahaja, Boleh or boleh? Ok, good. Seperkara lagi,

  • “Cara nak cari idea ayat gempak pun satu hal juga tu, maybe lepas solat, masa lepak dekat mamak, masa jogging, masa jalan-jalan, masa window shoping, masa lihat tv, movie, masa dengar lagu, masa borak-borak dengan kawan, masa baca paper, majalah, masa main game, masa layan wechat, cerita cartoon, cerita lawak and bla, bla, bla”.
  • Perhatikan idea power datang apabila u ‘tidak’ berada di hadapan Facebook or WhatsApp or whatever. Kurangkan sikit online tu ya, ubah sikap dan minda sikit. Kalau facebook pun tak boleh handle, jangan mimpi nak jadi usahawan yang berjaya.

Ini cara admin cari dan dapat idea semasa penulisan smr, 70l, esm, etm dan yang terbaru perihal money magnet. Dah dapat idea terus catit or rekod dalam smartphone.

Semakin banyak u catit, semakin banyak idea yang datang. Like attract like, idea attract idea. Benda (idea) kecil u tak boleh hold dan hargai, jangan mimpi u nak dapat idea yang luar biasa mahalnya.

Ingat ya, idea itu rezeki, ada idea dan nampak peluang, dengan teknik marketing yang flexible,  then u boleh jadi kaya-raya. Semua ebook admin datang daripada idea, mula-mula sekali kita nampak peluang, selepas itu buat research, selepas itu ujikaji, lihat result, dah dapat hasil baru keluarkan ebook.

Terlajak pula, kita undur sikit. Lepas tulis (cerita gempak / ayat jualan) tu relax, celebrate, then fikir lagi ayat-ayat yang bagus. Then ada idea yang baru tulis semula yang baru, lepas tu relax lagi, tulis lagi, mengikut pengalaman last sekali biasanya ayat yang paling bagus ialah ayat yang mula-mula u tulis tu.

Make sure, semasa u tulis ayat tu, pastikan diri u berada pada semangat tinggi, tenaga yang tinggi, baru dia boleh jadi ‘transfer of enthusiasm’ tu. Tanpa semangat selamat hari raya, dengan semangat life u akan jadi hari-hari, hari raya.

Btw, admin belum lagi mulakan promote ebook-ebook keluaran terbaru ni, just pernah buat case sturdy awal-awal semasa kewujudan Blog SMR ini dahulu. Masa tu sale SMR masuk sangat laju dan banyak. Lain-lain ebook belum buat lagi, just sekarang ni ‘geli-geli’ sahaja.

Boleh or boleh?

Next, u kena faham secara mendalam,

  • Selling is a transfer of enthusiasm“.

U kena faham,

  • Wang suka kepada orang yang mempunyai tenaga + semangat yang tinggi dan boleh kekal lama (peak performance) dalam keadaan itu.
  • Kalau mula-mula jer semangat, lepas 2-3 bulan dah jatuh, ini dipanggil angan-angan ………… (fikir sendiri).
  • Semangat sendiri pun tak boleh handle, lagi mau sembang nak jadi kaya.

Macam mana nak dapat tenaga yang tinggi?

  • Meditasi, jogging, baca yaasin 3x terus menerus, baca 1 juz Al-quran, baca buku yang idea dia power, baca blog or forum yang energy penulis tu tinggi etc.
  • Bab amalan, jangan paksa diri sangat, ikut kemampuan diri.

Benda ini kena latih, kena buat, kena bina dengan cara yang betul. Jika salah apply, minda u akan jadi terlalu letih selepas itu. U naikkan tenaga secara mengejut, maka dia jatuh pun secara mengejut juga la. Ikut hati mati, ikut rasa binasa.

Kumpul tenaga beberapa minggu, lepas tu tulis (ayat gempak) kaw-kaw, lepas tu u kena bercuti, buat total off dan sebagainya. Bila u tak bercuti, celebrate, total off selepas menulis kaw-kaw, tenaga u akan jatuh mengejut dan nak recover makan masa yang lama.

Siapa yang dah beli 70L or ESM? Macam mana ‘rasa’ tenaga semasa or selepas u baca? Apa yang u rasa? Cuba baca balik apa yang danial tulis dalam review 70L or ESM. Macam mana dia boleh rasa perubahan macam tu?

Benda ni (menulis dengan tenaga yang tinggi) admin bukan buat dekat ebook smr, 70l, esm, sahaja, tetapi juga dekat forum, dan dahulu selalu buat dekat facebook.

Mana admin dapat trick / teknik ini semua?

  • Cuba lihat cara Steve Job present.
  • Cuba lihat cara Anthony Robbins present.

Energy mereka sangat tinggi semasa buat presentation. Termasuk juga Frank Kern, walaupun dia cool tetapi semasa dia present energy dia sanggat tinggi. Dalam ESM admin abadikan perkara ini pada Bab 13: Mengapa Masih Gagal?, di bawah tajuk: Tidak Mahir Perihal Produk & Lemah Dalam Presentation.

Tapi admin takda lah cerita ‘how to apply’ secara detail macam ni, setiap subject yang ditulis ada cerita yang tersendiri, ada kisah yang tersendiri dan setiap tajuk ada settle-kan masalah yang tersendiri. Yang sudah beli, baca berkali-kali, then u akan faham apa itu esm.

90% usahawan gagal kerana tidak membina minda atau dunia dalaman, bila cara berfikir dan sikap tak betul, u dapat ebook sebagus manapun, diri u tidak akan berubah sama sekali. Akhirnya segala ebook itu akan bersawang dan sekadar menjadi koleksi peribadi sahaja.

Walhal, setiap ‘ebook teknikal’ yang usahawan lain jual itu sangat bermutu tinggi nilainya. Yang tidak berubah ialah diri u sahaja. U kena ubah minda, u kena ubah perspektif, u kena ubah picture in your mind, u kena ubah gambaran keseluruhan.

Bila u dah nampak ‘total picture / end result’ barulah semangat itu boleh dikekalkan dalam jangka masa yang lama. Sebab setiap tindakan u mempunyai ‘reason’ yang tersendiri, mempunyai alasan yang tersendiri, mempunyai tujuan yang tersendiri.

Ada orang nepal fikir, saya beli ‘1 ebook’ untuk jadi kaya raya, bila beli ebook ini, bisnes menjadi semua masalah saya akan selesai. Cara berfikir pun tak betul, ada hati nak jadi kaya raya (pesanan kepada orang nepal).

Antara cadangan niat u beli ebook / join seminar ialah,

  • “Dengan ilmu itu, boleh membantu memudahkan mencapai cita-cita hidup kaya dan bahagia”.

Tiada ebook, tiada seminar, tiada buku yang boleh selesaikan semua masalah u, semua kekurangan u, apa yang ebook boleh buat ialah membantu selesaikan satu masalah dengan itu masa untuk mencapai impian boleh dipercepatkan.

Begitu juga dengan esm, ebook itu tidak akan selesaikan semua masalah pelanggan sasaran. ESM hanya counter benda-benda yang penting, yang banyak usahawan hadapi, soalan yang paling kerap ditanya semasa admin lakukan research awal tahun 2014.

Kita tahu, bila orang tanya itu tandanya mereka memerlukan teknik, sistem, strategi, kaedah macam mana nak settle-kan this type of problem, masalah ialah peluang, masalah ialah bisnes. Orang bisnes dia tukar masalah kepada WANG.

Again, ingat ya,

  • SHOW YOUR PASSION: Selling is a transfer of enthusiasm. Business owners need to show their enthusiasm for their product or service, as well as for their customers. Besides showing passion, business owners need to be optimistic. In business, there are all kinds of problems. You have to look for the good in every situation and look for the lesson in everything that goes wrong.

Ok done. Next part.

8. Hukum Bisnes

Ini hukum bisnes ya, apa yang admin belajar, kalau kita ada produk yang bernilai, ada makanan yang sedap tetapi kita tak kongsikan kepada orang lain, kita adalah seorang PENDOSA BESAR. U berdosa BESAR tau, u ada barang yang sedap tapi tak kongsikan kepada orang lain, ish, ish, ishhhh….

Tu fasal u tak hidup gembira, kaya dan bahagia, sebab dosa banyak. Cuba lihat usahawan yang ada barang terbaekkk, dia share kepada orang lain, bukankah dia hidup kaya, bahagia dan gembira?

Ingat ya,

  • Jangan share perihal produk (pelanggan taknak tahu benda ni), tetapi share perihal nilai yang ada dalam produk u.
  • Jangan share Roti Canai tetapi share prihal rasa yang sedap, terbaik, dan delicious tu. Jangan share perihal ETM (pelanggan tak berminat dengan tajuk-tajuk), tetapi dia kena share perihal nilai yang ada dalam ETM tu.

Cerita sikit dekat pelanggan tu, bila mereka meliliki etm apa yang terjadi kepada mereka, seperti selepas ini u akan fikir pelanggan, pelanggan, pelanggan, pelanggan dan pelanggan. Sebab u faham pelanggan yang akan beli produk tu, apa yang mereka nak, apa yang mereka nak baca selama ini.

Bila u dah tahu benda ni, tugas u ialah just tulis apa yang pelanggan nak dengar sahaja. Macam mana nak tahu? Macam  mana nak cari ayat yang pelanggan suka nak dengar?

Caranya ialah u kena faham psikologi dan pemikiran pelanggan sasaran. Bila u faham teknik psaikologi atau cara pelanggan sasaran berfikir atau dimensi pemikiran pelanggan, dia akan jadi macam ‘automatik’ u tahu jer macam mana nak tulis ayat jualan. Before that u kena buat sikit kerja (sikit jer), iaitu research.

Lagi benda yang best ialah,

Penemuan Penting

  • Melalui kajian yang dilakukan, anda akan tahu 70%-80% yang membeli _______________________.
  • Dan ‘_______’ itu anda boleh jadikan sebagai ‘senjata jualan’ semasa berurusan dengan pelanggan baru nanti.

Teknik ini begitu mudah, tidak langsung terfikir oleh kebanyakan usahawan. Tenik ini mampu melajukan jualan 2x ganda (ramai orang telah melakukan ujikaji ini) dan mereka semua begitu terkejut dengan ‘hasil’ yang luar biasa ini.

Kunci penting, selepas pelanggan u dah beli apa nak buat? Adakah ending dia macam tu sahaja? Nop, belum lagi. Ada benda yang u perlu lakukan, yang membolehkan jualan u meningkat 2x ganda selain lebih laju pada masa akan datang.

Siapa yang sudah beli ESM – Full Version, beberapa hari lagi admin akan hantar satu email, bila u reply, admin akan bagi hadiah 3-4 sub-topik perihal penemuan penting. Memang terbaik sangat, rasa menyesal pula tak apply teknik ini dari dahulu lagi. Dan sangat berdosa jika tidak share kepada orang lain.

 9. Type Pelanggan

U kena faham terdapat tiga jenis pelanggan,

  • Type A – Pelanggan kaya-raya
  • Type B – Pelanggan willing to invest
  • Type C – Pelanggan bajet

Dekat forum internet / facebook / wechat / smartphone / kawan-kawan / jiran tetangga dan sekeliling kita ada jenis orang (bakal pelanggan) yang kaya-raya & willing to invest right?

Mereka ada wang dan mereka boleh bayar berapa sahaja harga untuk sesuatu ‘makanan’ asalkan berbaloi. Dan orang yang ada duit, memang suka cuba benda-benda yang sedap, dan mereka boleh ‘bank in’ serta-merta untuk dapatkan sesuatu jika menarik.

Tetapi mistake u (usahawan) merapu jer nak jual barang, dan selalu buat benda-benda yang sukar untuk menjual / kongsikan produk mereka. Beli ebook yang canggih, join seminar yang mahal, teknikal sana, teknikal sini, dan macam-macam lagi teknik marketing digunakan untuk mendapatkan jualan.

Sampai mereka  lupa ada jenis pelanggan ‘Type A & Type B’ di sekeliling. Mereka ada duit, mereka pernah ‘in touch’ dengan kita maybe melalui facebook / wechat / jiran (bertegur sama) dan lain-lain sebab.

Dalam psikologi menjual, halangan pertama ialah ‘break the ice’ iaitu kenal. Its mean kalau jumpa orang yang kita belum kenal. nak bercakap atau menerangkan produk mungkin sedikit kekok.

Tetapi jika orang itu telah kenal untuk bercakap atau storytelling kita akan lebih mudah dan selesa. Mistake usahawan antaranya ialah mereka tidak tackle orang-orang di sekeliling mereka dahulu. Terus nak cari pelanggan atau orang yang tidak kenal untuk jual barang.

Dalam fikiran peniaga baru, menjual kepada orang yang tidak di kenali lebih mudah berbanding dengan orang yang telah di kenali. Dan mereka melebihkan marketing kepada orang lain.

Sepatutnya orang sekeliling perlu tahu dahulu ‘bisnes’ yang u buat. Bagi tahu mereka yang u ada roti canai yang sangat sedap rasanya. Ingat ya, beritahu sahaja u ada barang yang sangat sedap. JANGAN GELOJOH dan JANGAN MENJUAL DAHULU.

Bila u ‘just beritahu’ manusia akan rasa lebih selesa, mereka tidak akan menjauhi seseorang jurujual. Punca orang lari adalah sebab jual, jual, jual, jual, jual dan nak jual, benda lain takda fikir.

U perlu faham, manusia tidak suka dengan jurujual, tekanan jurujual, dan seseorang yang menjurus kepada nak jual semata-mata. Bila mereka (facebook / wechat / smartphone / kawan-kawan, etc) rasa macam seseorang nak jual, mereka akan MENOLAK serta merta.

U hanya boleh cerita apabila orang tanya sahaja. Orang dah tanya baru cerita, jika tidak jangan cerita apa-apa maklumat lanjut. Yang hanya boleh dilakukan ialah beritahu sahaja.

10.  Mengapa Orang Sekeliling Tak Layan

Sekarang kita lihat, kenapa bila kita cerita (atau tulis ayat iklan) mengapa orang sekeliling tidak layan?

  • Q: Problem dia apa?
  • A: Problem dia, cara u explain tidak ada semangat, tenaga, dan emosi (merapu jer tulis).

Bila merapu, u tak boleh “switch on” red button mereka. Mereka tak dapat rasa semangat, iklan tu just jadi sepintas lalu sahaja, tiada apa yang menarik, sama juga u lihat iklan-iklan yang begitu banyak dalam wechat / fb group etc.

Baca pun tak best, gambar tiada, tidak ceria, sikit-sikit nak jual, sikit-sikit nak jual, nak follow pun menyampah. Dekat wechat admin ada satu orang yang buka butik pakaian, hari-hari dia post, nampak begitu aktif sekali.

Bila kita lihat aktiviti dia, sekejap seminar, sekejap beli buku, sekejap pergi bercuti, sekejap jumpa customer, sekejap habis stock, sekejap restock, setiap pelanggan yang beli dia ambil gambar, lepas tu sometime dia post rumah impian, lepas tu dia test baju baru dia post dengan ayat-ayat yang lucu, dan macam-macam lagi lah.

Dah dekat setahun lebih admin follow dia, tapi tak pernah beli satu pun barang dia (dah barang wanita macam mana nak beli lol). Sampai satu masa, kita pun terfikir, “eh! bagus juga kan kalau beli sebagai hadiah?”

Moral of the story,

  • Haaaaa nampak, maybe orang sekeliling u tak perlukan produk yang u jual, u boleh beri idea as hadiah.
  • Orang akan follow apabila ada keceriaan, active, gambar-gambar cantik dan sebagainya.

Kalau u jual, jual, jual, jual, siapa yang nak follow? Just sekali sekala selang-selikan dengan promosi, produk baru dan sebagainya.

U kena anggap diri sebagai  pendidik or perunding or penasihat kepada orang sekeliling bukan sebagai jurujual. Sebagai perunding kita perlu menumpukan seluruh perhatian untuk mengenal pasti masalah pelanggan yang paling mendesak yang dapat diselesaikan dengan produk atau perkhidmatan kita.

Selepas itu, kita perlu meyakinkan dan terangkan dengan tenang di mana produk atau perkhidmatan kita mampu menyelesaikan masalah mereka. Bila orang bertanya, explain dengan tenang, cakap dengan tenang atau tulis ayat dengan tenang melalui pm / email.

Posisikan diri kita sebagai kawan bukan sebagai jurujual, sebagai penasihat bukan sebagai jurujual yang hanya ingin menjual semata-mata. Berkeadaanlah sebagai pembantu, bukan sebagai jurujual.

Hakikat dunia jualan. Proses menjual dibuat dengan perkataan (dan tulisan), tetapi proses membeli dilakukan ketika suasana senyap. Malangnya ramai jurujual (orang bisnes) tidak memahami keadaan ini.

Jurujual (orang bisnes) sering bercakap dengan kuat dan laju dan merasa kurang selesa ketika suasana senyap sepi. Mereka menganggap ketika suasana senyap dan sepi semasa perbualan tidak boleh dibiarkan berterusan.

Keadaan sebenar ialah, tidak semestinya suasana yang senyap sepi itu perlu diisi dengan suasana yang sepi yang tidak putus-putus. Apabila kita menasihati atau mencadangkan sesuatu kepada pelanggan, biarlah suasana sepi berlalu seketika, supaya beliau dapat menilai dan memahami apa yang diperkatakan.

Anda perlu bertenang, dan jangan gelojoh. Biarkan proses jualan berlaku tanpa tekanan pada pihak pelanggan, dan jangan tergopoh gapah atau rushing. Suasana tenang inilah yang sesuai bagi pelanggan untuk membuat keputusan membeli.

Seperkara yang lain, jika tune u bagus, pelanggan Type A + Type B boleh borong produk u dengan banyak. Lebih-lebih lagi produk makanan. Untuk majlis, kenduri, event, meeting, dan sebagainya.

Roti canai biasa memang orang tidak akan beli untuk meeting, tetapi Roti Canai 7 Warisan yang sangat sedap dengan kuah gulai kawah, bukan sahaja meeting biasa, meeting bulanan syarikat pun orang sanggup.

Betul or betul?

11. Rehash / Up sale 

Fikirkan perkara di bawah,

  • Kenapa admin tulis sampai 5 ebook?
  • Kenapa admin just promote geli-geli sahaja buat masa sekarang?
  • Kenapa fokus admin just nak siapkan ebook sahaja buat masa sekarang?

Inilah reason dia. Bila kita jumpa customer Type A & B. Then kita akan cakap, “Ok u minat salah satu ebook i, why not, u beli semua produk i, i juga yang tulis ebook tu, setiap ebook ada cerita yang tersendiri, setiap ebook ada rahsia yang tersendiri, tak rugi pun, ada money back guarantee, in case u tak minat just contact i balik“.

  • 11.1 – Sebelum u boleh buat macam ni, make sure produk u ada VALUE. Kalau tidak u sendiri yang rugi secara long term.
  • 11.2 – U kena faham, orang kaya ni ada duit, dia buat satu benda dia just nak benda itu sahaja, benda-benda lain dia tak fikir, apa yang u perlu buat ialah beri dia idea untuk borong semua produk u.

Mereka jenis ada duit, jangan rasa bersalah sangat ‘ambil sedikit’ duit dia orang LOL. Dan orang kaya sangat suka kepada peniaga yang bijak dan mesra pengguna.

Biasanya tanda-tanda dia ialah, senang sangat nak deal, dia pun jenis tak cakap banyak. Type A terutamanya, memang tak cakap banyak, kerja u just beri idea untuk mereka ambil secara banyak or borong.

U sebagai orang yang jual produk fizikal memang perlu apply rehash or beri idea supaya pelanggan yang sudah confirm beli itu ambil borong. Buat inception marketing sikit, kata untuk anak yatim ke, surau ke, pekerja pejabat ke, sedekah hari jumaat ke.

Kalau u tak biasa-biasakan diri untuk ‘rehash’ macam ni, orang kaya beli 1, u pun jual 1 produk, then habis. Start daripada sekarang, u perlu kreatif sikit. Masa admin join satu company dahulu ini namanya rehash (bagi idea dekat pelanggan supaya ambil secara borong). Upsale ni lebih kepada additional kepada sesuatu produk.

Ikut apa yang u belajar, dari satu sudut rehash / upsale lebih kurang sama, dari satu sudut yang lain berbeza. Tugas u, ambil buku ‘nota bisnes’ then catit benda ini ok. Kita orang bisnes, perlu beterusan belajar.

12. Bisnes Dengan Family

Sambil dibantu ahli keluarga lain

Ini yang bagusnya buat bisnes dengan family, mereka juga ada kawan-kawan or wechat or facebook. Share juga kepada mereka teknik-teknik ni ya.

Biasanya ada kawan-kawan minta idea marketing, first sekali yang admin cadangkan buat, keluarkan smartphone u, then ‘pilih potensi buyer’ yang ada duit lebih, yang ok, cari 3 orang then beri info kepada mereka, u ada produk makanan yang sangat sedap.

Lepas dah pilih, jangan gelojoh, relax, solat taubat dulu, solat hajat dulu, or sedekah or whatever. Fikir ayat yang sesuai kemudian baru contact. Cakap dengan tenang, explain dengan tenang dan closing sale dengan tenang. Maksud potensi buyer ialah u betul-betul kenal, tahu yang mereka boleh membayar dengan serta merta.

Sikap manusia ni pelik, mereka inginkan sesuatu yang lebih baik, tetapi dalam masa yang sama takut untuk ambil risiko untuk membeli dan takut kerugian atau tidak berbaloi bila beli sesuatu produk. Lebih-lebih lagi jika produk itu baru.

Oleh itu, u perlu counter dengar menerangkan produk ini adalah sebagai pembaikan dari produk yang dah biasa berada dipasaran, u juga boleh explain produk itu hasil peningkatan dalam bidang teknologi.

Boleh dikatakan ini salah satu cara ‘handling rejection’. Dalam psikologi menjual bila u cerita, manusia ada fikir macam ini, macam ini, macam ini, kalau u boleh counter fikiran mereka dengan alasan yang munasabah makanya chances u untuk mendapat jualan yang besar lebih luas terbuka.

Menjual dengan orang sekeliling adalah satu kerja yang sangat menarik sebenarnya. Tetapi menjual akan menjadi perkara yang paling sukar apabila kita tidak tahu teknik, sistem, kaedah, process, flows, psikologi dan sebagainya.

U perlu banyak membaca, mengkaji, dan memahami dengan lebih mendalam perihal subjek jualan ni. Ramai usahawan gagal bertahun-tahun lamanya antara sebab tidak tahu macam mana nak buat closing (menjual).

Mulai sekarang u sebagai usahawan, mesti ‘invest’ untuk beli buku perihal jualan. Menjual dengan banyak bukan bergantung dengan banyak kerja yang u lakukan, tetapi antara faktor terbesar ialah kemahiran u dalam menjual.

Banyak benda nak cerita sebenarnya, contohnya kalau pelanggan sasaran say ‘NO’. Adakah ia berakhir di situ sahaja? Tidak sama sekali. Sebagai jurujual yang professional dengan gaya yang bersahaja dan friendly mereka akan reply balik dengan perkataan ‘WHY’. Kemudian dengar dengan teliti.

Bila u dah tahu why, kerja u perlulah fikirkan sesuatu untuk counter balik alasan yang mereka berikan. Ini dilakukan hanya selepas u bersetuju dengan alasan mereka. U boleh kata “Ok memang betul apa yang u cakap tu“, bila u setuju pelanggan akan selesa. Tetapi selepas itu u counter la balik dengan perkataan “Cuba u fikir kemungkinan macam ini pula, bla, bla, bla, bla“….

Ini just untuk ‘pelanggan sasaran’ sahaja, bukan untuk ‘pelanggan’. Untuk pelanggan sasaran hujah kualiti dan harga tak boleh pakai sama sekali. Faktor terbesar pelanggan membeli ialah EMOSI. Emosi ini datang daripada manfaat yang jelas produk u boleh selesaikan masalah atau boleh ‘upgrade’ diri mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Secara universal ada 13 points penting yang u boleh gunakan untuk ‘switch on’ bagi melahirkan keinginan untuk membeli dan mereka tidak lagi terlalu memikirkan perihal harga or whatever. 13 points ni u relate-kan dengan u punya explanation or ayat jualan. Then ‘sales’ u akan jadi sangat mazing!

Untuk buat macam ini, u perlukan ‘pemikiran tahap kritikal’. Kalau malas buat kajian, kalau malas bertanya (buat survey), kalau malas buat analisis ‘nota pelanggan’, beli buku, ebook, join seminar banyak manapun tak jadi apa.

13. Matematik Dalam Jualan

Siap packing hantar ke kedai or mini market di tempat kami … ada la 5,6 kedai …

Benda ini melibatkan kos right? Admin lebih suka u fokus kepada ‘agent perseorangan’ dahulu. Sebab kos dia akan jadi lebih rendah.

Macam mana nak cari agent?

Cuba sebut benda ini,

  • Saya perlukan agent / kami memerlukan agent“.

U boleh iklankan dekat tempat PERCUMA seperti facebook or wechat or cerita dekat kawan-kawan.

Bawah tu tulis note ringkas,

  • ‘Kami perlukan agent, hubungi nombor berikut’ …

Then orang lihat, orang akan reply. Sekarang u dealing dengan agent pula. U kena bezakan cara bercerita / story / explanation / menulis dengan pelanggan sasaran dan agent. Corak berfikir mereka adalah berbeza sama sekali.

Dua jenis manusia ni mempunyai pemikiran yang berbeza.

  • Minda pelanggan – U kena explain perihal manfaat / nilai / faedah
  • Minda Agent – U kena explain perihal profit, jualan, keuntungan

Benda ini u kena faham betul-betul. U kena tahu, bila u ada ‘agent kawasan’ orang sekeliling tak boleh ambil direct dengan u. U masih kena buat marketing kaw-kaw, tapi bila orang nak beli, u kena suruh mereka hubungi agent.

Short term memang u rugi, tetapi long term, u akan dapat untung besar. Bila orang boleh ‘beli direct’ dengan u, mean u boleh bunuh agent, akibatnya HILANG KEBERKATAN … Faham-faham sendiri la ye …

Agent pula ada jenis,

  • Super suprime – Ambil cash borong xxxx
  • Dimond – Ambil cash borong xxxx
  • VIP – Ambil cash borong xxxx
  • General – Ambil cash borong xxxx

Ada orang share idea, start semua agent dengan general dahulu, mana yang perform ok barulah offer lain-lain peringkat agent.

.

Untuk dapat agent sama juga, perlukan passion. U bayangkan u buat kosmetik or simcard or jual ebook, dah berlambak-lambak orang dengar, bersepah ada sekeliling u.

Dekat mana Unique Selling Point? Apa yang best sangat fasal produk u ni?

  • – Yang Tak Nampak – passion + strategy
  • – Yang Nampak
    – – Extra nilai like u ada ajar / share agent, teknik menjual or what ever
    – – Monthly meeting or analisis teknik selling
    – – Reward point or gift or whatever

Come on, orang dah jadi agent u, takkan u just biarkan mereka macam itu sahaja? Itu yang tak kena. Agent hidup u hidup, agent mati bisnes u mati. Jadinya u perlu beri share / idea (bukan ajar) macam mana nak meningkatkan jualan 2x ganda.

Kalau u sama jer dengan penjual produk yang lain, bagi dekat agent then biarkan mereka ‘lone ranger’ u mati mereka pun mati. Dalam esm admin share, selain aset database pelanggan, database agent juga merupakan antara aset yang begitu mahal harganya.

Maybe u boleh offer, agent ambil borong 5 kotak dahulu ker, ikut mampu miliklah.

Ingat yer, antara sebab orang akan ‘tertarik’ dengan u ialah bila u ada TENAGA  + SEMANGAT YANG TINGGI. Dari situ u akan kelihatan yakin. Manusia mudah tertarik dengan orang yang berkeyakinan tinggi.

U n family u juga boleh dapatkan agent dari sekeliling, seminggu sekali or sebulan sekali buatlah makan-makan dengan agent u tu. Ini masih lagi intro untuk marketing, belum start betul-betul lagi okey.

.

Katakan u buat macam ni, then dah ada pelanggan, dah ada agent, u sudah mula menjana wang sikit. Seterusnya cadangan admin (again just idea).

Apa yang u perlu buat ialah BANNER MARKETING …

  • Cari designer yang bagus, dapatkan gambar yang bagus.
  • Dekat banner tu letak fbgroup – kata sapa masuk boleh dapat 30% diskaun (T&C untuk pembelian pertama or whatever-lah).
  • Offer sekali ‘kami perlukan agent’.

Follow procedure ya, ikut saluran yang betul, ambil permit daripada PBT tempatan, benda ini leceh sikit, kena sabar ok. Berapa banyak nak letak banner / bunting. Buat permulaan 15-30 sahaja, selepas itu ‘upgrade’ phase by phase kepada 50-70 unit dan berterusan sehingga 300 unit. Ini untuk kita dominasi kawasan setempat, bagus untuk branding, secara tidak lansung u akan mudah nak penetrate dekat kedai-kedai setempat nanti.

Dalam bisnes lebih-lebih lagi yang jenis perlu berhadapan face to face dengan manusia, satu benda yang u perlu tahu ialah, ‘semua benda diambil kira‘. Setiap perkara walaupun kecil sama ada meningkatkan kemungkinan menjual atau pun merosakkan peluang untuk menjual.

Dalam kata yang lain, banner, packaging  perlu 100 peratus cantik. Pemakaian u perlu kemas, cara bercakap perlu steady, body language kena jaga, eye contact, voice tone, language, ayat, semua benda mesti perfect. Tidak ada yang terkecuali. Lazimnya pelanggan akan anggap bila first impression kita cantik, produk atau perkhidmatan kita berkualiti. Mereka lebih cenderung berfikir macam ini.

Oleh itu jika perangai dan akhlak kita elok secara tidak langsung pelanggan akan membuat kesimpulan produk yang kita jual adalah bermutu tinggi serta prestasi cemerlang.

Selain itu jika kita bersikap bersopan santun dan menepati masa, maka produk dan perkhidmatan kita dianggap bagus. Sebaliknya jika tidak menepati masa, tiada persediaan sebelum membuat persembahan, bahkan berserabut dan tidak tersusun, pelanggan anggap apa yang mereka nampak itulah hakikatnya. Dengan itu peluang untuk membuat jualan akan terkubur.

Begitulah seadanya matematik pemikiran manusia.

“Ada la 5,6 kedai”?

Usaha u bagus ni. Tapi bagi admin dah ada modal, baru masuk kedai-kedai ni semua. In future jangan target 5-6 kedai sahaja, patutlah sale tu kurang, u patut kena buat target 50-70-300 kedai setempat.

U dah ada pengalaman deal dengan tokey kedai, u boleh ajar agent macam mana nak penetrate kedai-kedai dekat kawasan mereka. Barulah bisnes u jadi berkembang (expend) dengan dahsyat.

Boleh, boleh? Ok good.

Tapi satu pun tak laku?

Benda ni ada banyak faktor.

Awareness kepada orang setempat, U xda banner right? Bila orang ‘tak nampak,’ produk u tak masuk dalam kepala, bila tak masuk dalam kepala benda ada dekat kedai orang tak rasa nak beli, manusia tidak suka beli dan berurusan dengan  benda yang mereka tidak kenal.

Maybe design tak menarik or letaknye produk u pada rack tidak strategik.

Maybe rasa roti itu sendiri, bila makanan tu ‘terlalu sedap’ (bukan just sedap ya, dia mesti terlalu sedap) orang akan promote, bercerita, rekomen dengan rela hati.

U know what dekat UITM Puncak alam, ada satu gerai jual karipap harga dia RM4.50 / sejibik. Besar juga la. Rasa dia memang sangat sedap.

Bila ada time admin akan round-round dekat area sana semata-mata untuk beli karipap tu jer… Serious lol, memang sedap… U tak rasa memang tak sempurna hidup.

Haaaaaaaaa… Nampak? Kan orang dah promote secara percuma, silap tak ambil gambar sahaja.. Maybe next time kita bagi gambar. Bila dah masuk cerita ini, benda lain yang u kena buat ialah, lakukan Research & Development terhadap Roti Canai u.

Bila bab makanan, pastikan dia betul-betul sedap. Orang akan datang berkali-kali bila ada makanan yang sedap. Bukan itu sahaja, orang akan promote dengan rela hati, ajak member-member rapat makan dekat situ juga.

.

Kalau boleh jadi kreatif sikit, pecahkan ‘mindset lama’ manusia terhadap roti canai.

  • Maybe u boleh buat roti canai perisa coklat.
  • Maybe u boleh buat roti canai perisa vanila.
  • Maybe u boleh buat roti canai or mini pizza.

Benda ini kena rajin buat research dan tanya orang, dengan bersahaja, tanya mereka.

  • Kami mempunyai kepakaran menghasilkan roti canai, jika diberi peluang apakah jenis rasa roti canai yang anda inginkan?

Dalam bisnes kita perlu luangkan masa yang panjang supaya kita benar-benar faham keperluan pelanggan, dan selepas itu bantulah pelanggan memahami bagaimana dan mengapa produk atau perkhidmatan kita dapat memenuhi keperluannya, lebih daripada produk lain.

Ada teori jualan menyebut memberitahu (explain produk) bukanlah proses menjual, tetapi menyoal atau tanya soalan itulah yang dikatakan menjual. Explain manfaat atau apa guna atau faedah kepada pelanggan tidak memerlukan daya kreatif yang tinggi.

Sebaliknya membentuk soalan yang ada kaitan dengan produk (bisnes) kita sangat memerlukan daya kreativiti yang sangat tinggi. Oleh itu kita memerlukan masa yang panjang untuk berfikir dan sangat perlu berfikir secara kritikal.

Bila kita tanya soalan yang betul, manusia akan mengeluarkan pendapat, dan pendapat manusia walaupun kecil perlu diambil kira serta diberi perhatian yang penuh dan khusus. Sebab dari situ u akan tahu ‘apa yang orang nak’.

Sebagai usahawan antara dua kemahiran penting ialah kemahiran menyoal (survey) dan kemahiran mendengar dengan teliti. Jurujual yang gagal mereka explain atau menulis ayat jualan ikut kepala sendiri, tersasar jauh. Akibat tak buat research, tak tanya soalan, tak ambil tahu keinginan pelanggan sasaran.

Then lepas tu selalu complain, kenapa susah nak tulis ayat jualan, kenapa orang tak beli produk saya, kenapa susah sangat nak menjual. Ini semua ialah berkaitan dengan ‘the law of cause and effect’. Bila kita tak buat research, kita tak tahu apa yang orang nak, bila tak tahu tulis ikut sesuka hati, sebab tu tidak ada ‘jualan’ yang berlaku.

Macam mana menjual boleh jadi mudah? Benda ini berlaku dari awal lagi iaitu research, survey, listen. Maklumat perlu cukup, barulah menjual itu boleh manjadi mudah. Or u nak cepat dapat duit? Taknak susah tapi nak cepat jadi kaya, boleh ke macam tu?

.

Last time ada orang tanya dekat forum fasal jam tangan, dulu jualan kencang, sekarang, punya susah nak jual. Admin share idea. Takkan u just “jual jam tangan”. Jadilah kreatif sikit lol.

Sekarang banyak orang kahwin (hadiah kepada orang kawin + hadiah hantaran), birthday, anniversary, staff of the month, staff of the year, best student or whatever. Masyarakat setempat memang tidak ada idea fasal benda-benda ni, u kena run that campaign or awareness.

Roti canai u pun sama juga, buat lah special edition untuk meeting office, birthday, lunch pejabat, or whatever. Tambah la menu-menu lain, contact makcik jual kuih yang sedap dekat kawasan rumah u, minta harga sekalikan dengan banner or brochure or flyer bisnes roti canai or whatever.

.

Pernah dengar perkataan “Jutawan Tasbih?” U search dekat facebook, ini salah satu inovasi yang sangat bagus. Orang lain just ‘jual tasbih’ tapi dia jual ‘nilai / rasa’ sekali dengan tasbih tu.

Kalau tak silap ayat dia, “Kepakaran saya ialah mengentel biji-biji tasbih”….. dah tak ingat plak keh3… Sekarang dia sangat kaya, dia selalu ‘like’ fb admin dulu sekarang dah takde plak. :p

.

Teknik marketing yang sama, just subject sahaja berbeza.

  • Dia – subject – tasbih
  • U pula – subject – roti canai

.

Dulu lepas habis seminar bisnes tu, admin mula faham masalah manusia or usahawan ialah Intergated Marketing Strategies. Dan admin ‘nampak peluang’ dekat situ, makanya admin hasilkan Ebook Spiritual Marketing (ESM).

Again, admin juga realise, bila kita dah ‘jual pancing’ kita juga kena ajar share kepada my customer macam mana nak gunakan pancing (esm).

Atas maksud itu, lahirlah artikel demi artikel berkisar dunia usahawan or bisnes dekat Blog SMR or Blog ESM pada masa hadapan.

Banyak benda yang usahawan ni tidak mahu ambil tahu, terutama dunia dalaman, 90% kejayaan bergantung kepada internal. Ini termasuk ilmu, kemahiran membina semangat, membina keyakinan diri, cara maintain semangat dan enegy yang tinggi, set matlamat, keutamaan, avoid mistakes in organizing by planning wisely, money manager, realistik, persepsi dan banyak benda lagi.

Admin juga menyedari (realise) masalah usahawan bukanlah dari segi teknikal menjual dan juga buat duit, ramai orang yang boleh buat duit, tu sebab u lihat ramai orang bisnes dia naik turun.

Masalah mereka ialah ‘mindset’  atau persepsi terhadap wang dan kejayaan. Mereka lebih cenderung berfikir tentang kegagalan dan kejatuhan dalam bisnes, akibat tidak memahami bagaimana perspektif itu dibentuk.

Corak pemikiran mestilah selari dengan orang  yang berjaya, untuk menjadikan diri kita orang yang berjaya. Selagi corak berfikir ini tidak dibentuk, selagi itulah apa ebook, apa seminar, apa buku, apa mentor yang u ambil pun tiada gunanya.

Sebagai usahawan sangat penting untuk memahami consciousness and unconsciousness. Money magnet affirmation yang admin pernah post dekat artikel yang lepas tiada orang yang apply, sebab tiada untung, tiada kesan, buat pun tak jadi, betul or betul?

Kalau u nak tahu dimensi dunia kekayaan sangat berbeza dangan pemikiran orang biasa, bila duduk dengan orang kaya discussion mereka berbeza, planning mereka berbeza, persepsi mereka juga sangat berbeza.

U kena ada mindset macam tu, selagi u tidak ada mindset macam tu, selagi itulah life u tidak akan berubah. U tidak akan boleh berada pada dimensi mereka selagi dimensi pemikiran u tidak macam mereka. It’s totally different.

Dalam esm juga admin cadangkan banyak benda u kena berubah, dressing, picture, victory thinking, posture, smile, ketenangan tinggi dan sebagainya. The point is u nak berubah jadi kaya, tetapi u taknak ubah diri u jadi macam orang kaya.

Ada yang kata: “dah ada banyak duit, dah kaya tahulah nak berubah“. Baguslah tu, ini pula orang putih kata: “If nothing changes NOTHING changes”. Kalau u kekal macam tu, life u akan kekal macam tu forever. Apa pun u taknak berubah, tiada apa yang akan berubah sampai bila-bila.

U tak perlu bersusah payah nak ubah benda yang besar, start dengan benda yang kecil dahulu. Bila ada benda yang kecil berubah, barulah akan ada perubahan lain yang lebih besar berlaku.

Ok done, sekarang kita belajar marketing.

14. Marketing / Strategies

Dalam ESM ada Formula For Business Success

  • 1. Quality + ‘Apa guna’
  • 2. Consistence
  • 3. Database / Cipta Pasaran / Awareness
  • 4. Funnel Selling
  • 5. Rehash / Upsale

14.1: Quality + ‘Apa guna’

  • Bila dah tulis ETM admin perlu letak ‘Aga Guna’.
  • Kita gabungkan sedikit dengan ETM.

Satu benda yang u kena tahu antara mistake ramai usahawan ialah mereka lebih banyak explain perihal ‘apa produk’ kepada orang lain. (Ini termasuk content, spec, ciri-ciri dan sebagainya).

Sebagai penjual  (usahawan) u kena faham pelanggan tidak mahu tahu ‘apa produk u’ mereka hanya mahu tahu ‘apa guna / manfaat produk u kepada i‘. “Apa gunanya segala perkara yang bagus itu kepada diri saya?“. Ini apa yang orang lain atau pelanggan fikir.

Manfaat bukan sekadar manfaat, dia mesti sesuatu yang boleh selesaikan masalah dan meningkatkan hidup mereka berkali-kali-kali ganda daripada sebelumnya.

Kalau makanan, pelanggan nak rasa ‘roti canai’ yang paling sedap di dunia, mereka nak experience rasa kesedapan roti canai tu. Rasa kesedapan tu, u mesti mulakan terjemahannya daripada “saya menyediakan roti canai….bla, bla, bla, bla“.

U kena pecahkan kepala untuk buat ayat sekitar 20-30 patah perkataan, bila orang baca or dengar sahaja sudah meleleh air liur. Barulah ada selera untuk mengetahui keterangan lanjut.

Bila u gagal explain sehingga orang boleh meleleh air liur, or malas cari ayat, JANGAN MIMPI nak buat wang yang banyak dengan produk roti canai. Tapi bila u mampu buat ayat yang power, tidak mustahil (impossible is nothing) dengan ‘roti canai + Funnel Selling’ sahaja sudah boleh jadi multi jutawan.

Btw, quality mesti kena ada, dari segi rupa, rasa, design, ketahanan dan bla, bla, bla. Kawan admin bapa dia chef, dia kata bila kita Forzen-kan makanan selalu akan jadi kulat. To be safe, u kena frozen-kan makanan tu dahulu, then baru masukkan kedalam kotak untuk frozen-kan sebagai stock. Then dia kata, barulah makanan tu akan tahan lama. Katanye la, maybe u boleh buat R&D.

Dalam ESM admin just tulis pentingnya kualiti, takda kualiti, bisnes u akan mati. Dalam ETM pula, kita pandang lebih jauh dari itu iaitu memahami ‘nilai’ yang pelanggan akan dapat mestilah ‘berbaloi’ dengan wang yang dikeluarkan. Selain dari itu, kehidupan or diri pelanggan mesti meningkat berkali-kali-kali-kali ganda apabila memiliki produk kita.

Maybe roti canai, pengalaman makan roti canai perisa coklat bersama keluarga or doa selamat beramai-ramai. Macam Md, mereka fokus experience remaja, Kc pula mereka fokus experience bersama family. Ini kajian berkaitan di antara product dan manusia.

Lepas tu orang kampung akan bercerita (mouth to mouth marketing): “hari tu aku makan roti canai perisa coklat, sangat sedap, dekat mana nak cari ya“. Lepas tu sorang lagi cakap: “eh! aku ada nampak banner dia hari tu dekat simpang bla, bla, bla, bla“.

Maybe u juga boleh buat campaign set makanan bulanan bersama keluarga, service hantar dekat sekitar rumah u or whatever, (macam pizza). Lepas dah buat duit nanti, kena buat R&D. Kaitkan product dengan budaya setempat.

14.2: Consistence

Dalam ‘Klorok Bisnes’ dia kata lebih kurang, untuk berjaya usahawan perlu buat kerja setiap hari, sedikit yang konsisten lebih bagus dari banyak tapi tak konsisten. Admin baca dalam testomini seminar dia juga, ada orang tulis kalau tak silap, dalam bisnes ada banyak benda kita kena fokus. Tapi bila kita fokus dekat 1 benda, yang lain semua akan jadi sistematik.

Admin pun tak tahu apa benda tu. Maybe u boleh join seminar dia, cari dekat facebook. Satu benda yang u kena tahu admin sangat susah nak rekomen orang, lebih-lebih lagi dalam bisnes . Just bila kita betul-betul ‘nampak’ dia power, student dia ada result yang bagus, baru kita buat ‘recommendation product’.

Ok, sambung balik,

Untuk menjadi usahawan yang berjaya, satu benda yang u perlu ada ialah, konsisten. Contohnya, dalam bahasa internet marketing, u kena buat ‘backlink’ setiap hari. 6 hari kerja, 1 hari cuti. Kerja tu sedikit sahaja, tetapi u kena buat hari-hari. Baru dia akan jadi ‘HABIT’ orang yang berjaya.

Free method (buat permulaan) 1 hari  post dekat 3-5 free classified. Tak perlu sampai 10-30 / day, nanti u akan jadi penat. Selepas cukup 70 hari, u akan ada ‘210 – 350 backlink’, cukup 100 hari u akan ada 300-500 backlink, cukup 300 hari u akan ada 900-1,500 backlink.

Bila traffic dah datang, make sure CONTENT blog u kaw-kaw, tak guna traffic banyak content hampeh, acaner nak jadi kaya der. Bila u buat backlink or banner, kerja u mula-mula ialah ‘tangkap’ pelanggan terlebih dahulu.

  • Benda ni u kena faham.
  • Bisnes tanpa database = Kerja Bodoh! (Just idea)…

14.3: Database / Cipta Pasaran / Awareness

Ada suatu ketika orang tanya,

  • Bro, dekat mana nak cari pelanggan?

Sometime nak je reply,

  • U cari pelanggan sampai mati pun u takkan jumpa“.

Bila produk wujud dahulu, apa yang u perlu buat ialah create awareness / beri kesedaran. Barulah orang akan ‘berminat’ dengan produk. Sebab dia dapat banyak advantage / manfaat / hasil bila beli produk u.

  • Siapa yang dah beli SMR? Ok good?
  • Siapa yang belum beli 70L? Itu tandanya seller tak create awareness secukupnya kepada database (pelanggan) sedia ada.

Btw, produk harga tinggi or harga rendah bukan menjadi persoalan, dalam ETM ada tulis pelanggan sebenarnya tak kisah sangat fasal harga, apa yang mereka fikir ialah,

  • Apa aku dapat bila beli produk kau?
  • Kenapa aku patut bayar kau dengan harga itu?
  • Kenapa pula aku mesti bayar dekat engkau? Orang lain pun ada jual barang yang hampir sama right?”.

So, next admin buatlah awareness, ‘apa dia’ 70L (kena ada juga sedikit), ‘apa guna’ 70L kepada regular customer kita. Kalau nak jual, or cuba-cuba menjual 70L sampai bila-bila pun orang takkan beli 70L. (U perasan right, last time admin banyak cuba menjual 70L?).

Btw, benda ini semua just research. u dah ada experience, next time jangan cuba-cuba nak menjual kepada database u k. Fokus kepada manfaat or nilai, sebab pelanggan nak tahu: “Apa yang aku dapat or Macam mana benda ni (70L) boleh membantu memenuhi keinginan aku?“.

Bisnes roti canai pun sama,

  • “Bila i beli roti canai u, apa yang i dapat? Just sedap then kenyang? Itu sahaja ke?”
  • “Kenapa i mesti bayar dengar harga itu kepada u?”
  • “Kenapa i mesti beli daripada u?”

U boleh jawap soalan dekat atas, then u boleh jadi kaya.

ESM: 3 soalan 1 jawapan.

Q: “Kenapa aku buat bisnes selama ni tak jadi?
A: “Database u mana bro?

Q: “Macam mana nak berjaya dalam bisnes?
A: “Database u mana bro?

Q: “Bro, macam mana nak kembangkan bisnes aku“?
A: “Database u mana bro?

Memahami database merupakan basic. Tindakan satu hal. Soft selling satu hal yang lain. Database tak respond satu hal yang lain.

Tak bertindak? Ini orang banyak hal LOL …

14.4: Funnel Selling

Funnel selling bermaksud produk yang bersiri-siri-siri.

  • Nak buat duit yang banyak tak? U kena ada banyak produk la.
  • Simple math. Lebih banyak produk, lebih banyak wang akan masuk.
  • Peringkat advance, buat product yang orang beli bulan-bulan or membership program.

Dah lama tak PM hajar, nak juga tanya, tahun 2015 ni berapa banyak target produk ebook yang u nak keluarkan? Or masih lagi sibuk dengan facebook? Guys u nak tahu tak, billionaire tak pakai facebook tau. Also beberapa multi millionaire. Yang ada pun, orang lain running-kan.

Bukanlah bermaksud fb ni tak bagus, memang bagus. yang tak bagusnya, fokus lebih terdesak nak maintain likes or comments dari orang lain. Sometime jadi terlalu leka dengan facebook berjam-jam-jam. Masa sangat rugi lol.

U dah patut fokus mulakan collect email + keluarkan lebih banyak ebook untuk tahun 2015. Yang belajar direct dengan admin dalam bisnes ebook, aktif dan tak aktif, target mesti 3-5 ebook. Tujuan buat 5 ebook, bukan untuk buat 5 ebook, bukan juga untuk buat duit. Just sikit-sikit tu ok.

  • Tujuan dia ialah ASET + Kumpul Modal.
  • Tujuan dia ialah TUNE. Selain itu untuk memahami tune macam mana nak menjual ebook.

Bila dah ada modal, dah ada tune, barulah invest untuk jual ebook dekat orang putih tu.

  • RM1 = RM1 – Ini best, tapi penat + kerja gila (kalau just for fun ok).
  • USD 1 = RM3.65 – Ini orang bijak, kacak, hensome, bergaya, cool, macho.

*Teknik yang kita gunakan ialah 99% outsource + 1 % manage paypal.

Btw, untuk roti canai tu pun sama, untuk jadi kaya, u kena keluarkan produk bersiri or banyak produk. Tepung just boleh buat roti canai jer ker? Xde ker mini pizza ke, yang sedap-sedap la. I dont know, its your business. Think about it ok.

14.5: Rehash / Up sale / Closing

Nak cerita sikit fasal closing / teknik menjual.

Kita buat bisnes, sebenarnya salah satu niatnya atau reason ialah nak TOLONG ORANG. Orang-orang yang banyak duit ni, u kena tolong dia untuk merasai makanan yang sedap dan sangat sedap.

Mereka ada office, mereka ada networking. Bila barang u terlalu sedap or unik, mereka akan belikan untuk staff dekat office, borong untuk function itu, function ini, event sana event sini, sedekah anak yatim ke or whatever. Macam mana nak menjual dengan banyak? Macam mana nak buat closing kalau barang kita kurang enak right?

Dan siap, beri 10 orang rasa, 8 out of 10 kata ‘sedap’, ini tanda-tanda u dah boleh buat banyak duit. Kuah dia pula macam mana ya? Just kari dal itu sahaja ker? Ada ke benda-benda lain yang boleh dijadikan kuah? Maybe kuah perisa durian? Maybe kuah gulai kawah ker? Kuah kari kambing ker? Whatever la. Yang penting benda itu sedap, dengar pun dah boleh agak sedap. Baru boleh pergi jauh.

Ok settle, Ini semua just basic marketing.

Now, time for advance marketing campaign. 

Bila ada duit nanti, cari pakar facebook, pakar adwords, pakar seo, pakar artikel, pakar itu pakar ini. Jumpa mereka face to face, belajar face to face. Lepas tu what? Buat kerja? Jangan buat kerja gila lagi gila, dah ada duit outsource kan jer la semua kerja-kerja marketing tu.

Tujuan u buat kerja, just nak tahu macam mana benda alah tu function sahaja, nanti tak lah kena tipu dengan mana-mana service provider.

And konsisten upah orang untuk marketing ok. ‘Upah pakar’ dalam sesuatu bidang marketing merupakan teknik marketing yang paling power di atas planet bumi ini. Mereka yang apply teknik outsource, ialah mereka yang bijak dan kacak sahaja.

.

Kembangkan u punya database (pelanggan + agent), kemaskan akaun, then buat islamic loan. Then u boleh jadi multi jutawan dengan ‘bisnes roti canai’.

Again, gain, and again, just idea.

Email u dihantar beberapa bulan yang lepas right? Email admin balik, then cer cerita apa yang u dapat belajar dari post ini. Then siapkan plan tindakan sekali. Buat planning untuk dapatkan RM10k dahulu. Bagi admin check, kalau u nak belajarlah. Taknak pun xpa. Bukan senang orang nak consult bisnes u. Next bila u hantar, admin akan reply kepada u seorang sahaja. Dia akan jadi lebih spesifik dan fokus.

Dari situ solat saya dah terumbang-ambing, saya dah makin malas solat dan berdoa, kerana menganggap Tuhan tak makbulkan doa saya, saya akui saya terdesak kerana apabila kita berbisnes, kita mesti fikirkan keuntungan, betul tak?

Betullah tu. Bila buat bisnes kena buat duit la. Kalau buat bisnes hidup makin merempat bertahun-tahun baik tak payah buat bisnes. Bila buat bisnes, u mesti buat duit. Kalau tak buat duit or hidup makin miskin dan merangkak, mesti ada benda yang tak betul dengan mindset u tu.

Join Klorok Bisnes. Repair mana yang patut. Admin pun ingat nak join, tapi kena check schedule dahulu.

– Spiritual
– Financial
– Relationship

Cerita dia memang tak patut, urusan financial memberi effect kepada urusan spiritual.

  • Ustaz-ustaz pun dah banyak cakap, walaupun seluruh makhluk taat kepada perintah, kemuliaan DIA tidak meningkat walau sebezar zarah.
  • Ustaz-ustaz pun dah banyak cakap, walaupun seluruh makhluk ingkar kepada perintah, kemuliaan DIA tidak menurun walau sebezar zarah.

Semua amalan yang kita buat ialah untuk diri kita sendiri. Cuba tukar perspektif berkaitan ujian yang menimpa diri kita.

Zaman dahulu anak kesayangan akan banyak kali kena marah dengan ibu-bapa right? Anak tu pula fikir ibu-bapa marah sebab tak sayang. Kan terbalik tu? Kenapa ibu-bapa marah? Tujuan dia ialah supaya anak itu menjadi insan yang berguna.

Sebenarnya bila kita kena ujian, tanda DIA sayang kita. DIA akan tetap bagi ujian demi ujian sehinggalah kita buat benda yang betul. Selagi kita tak buat benda yang betul. Kita akan terus kena ujian demi ujian.

Tuhan tak makbulkan doa?

Itu bukan salah DIA. Itu salah kita. kalau tak silap dalam 70L dah cerita benda ni right? U minta benda besar sangat, tu fasal tak dapat. Kapasiti u kecil, minta benda besar acaner nak dapat der?

Mintalah phase by phase. Minta benda-benda yang ringan dahulu.

Contohnya,
– Minta idea (bisnes apa nak buat).
– Lepas tu minta idea marketing pula.
– Lepas tu minta idea macam mana nak buat soft selling.
– Lepas tu minta idea macam mana nak kembangkan bisnes.
– Lepas tu minta pelanggan jadi ‘lembut hati’ untuk beli produk u.

Minta secara spesifik ya, jangan just minta,
– Aku nak jadi kaya.
– Aku nak berjaya dalam bisnes.

Bila u minta secara general, sebenarnya u bukan nak benda-benda itu semua. Apa yang u nak ialah kebahagiaan + ketenangan jiwa + keberkatan.

Bila u minta secara general, ‘maybe’ dia akan terus bypass ke situ. Apa yang orang biasa fikir, bila bisnes maju, bila banyak duit akan dapat bahagia + tenang + berkat, whatever.

*Ini just admin punya analisis / research.

Solat saya dah terumbang-ambing?

Benda ni nak cerita panjang sangat ni. Short story, u kena faham apa tujuan utama kita solat? Tujuan utama ialah redha. Bila dapat redha, kita dapat rahmat. Bila dapat rahmat hidup akan aman sejahtera di sini dan di sana.

Kekalkan ‘Lillahitaala’ tu. sebab bila niat betul baru lain-lain semua akan menyusul. Berkat rezeki, terlepas azab kubur, buku catitan tangan kanan, lintas sepantas kilat, masuk syurga tanpa hisab.

Berkat rezeki = Hidup dekat di dunia

Berkat ni pula lagi panjang cerita dia, berjela-jela panjang dia.

  • Tanda-tanda u nak dapat kaya harta = Dia akan bagi ilmu dahulu.

Lepas tu ada yang boleh terus apply, ada yang perlu ilmu tu masak dalam kepala dahulu, ada yang dapat ilmu pun tak boleh buat tindakan. Bila dah ada ilmu, tapi ada masalah lain pula, iaitu ‘berat’ nak buat tindakan, kes macam ini u kena solat taubat banyak-banyak.

Maybe ada dosa-dosa yang kita terlepas pandang, yang kita anggap kecil tetapi sebenarnya besar, dan macam-macam hal. Makanya disekat keinginan, diberi banyak halangan untuk buat tindakan. Boleh kata banyak lagi benda tak settle, bukan u seorang, ramai orang yang hadapi benda yang sama sebenarnya.

Ada juga kes, makin banyak solat, makin susah hidup. Inikan dah tampal dalam SMR right? Benda-benda yang lebih kurang sama jer apa yang kita semua hadapi.

Just to say, selawat kena istiqamah, ini satu amalan yang special, 1 selawat dapat 10 rahmat der. Nak masuk syurga bukan dengan amal tetapi dengan rahmat. Selawat juga penghapus dosa. Selawat juga asbab hati bersih, juga asbab rezeki datang.

Baru jiwa jadi ringan, baru boleh nampak peluang. Hati kotor, peluang u akan kena block, tu fasal rezeki dekat sekeliling pun tak nampak. Rezeki ni tak jauh, just sekeliling kita sahaja, just dia tak attach. Acaner nak attach? Luar serabut, dalaman serabut. yang tukang tulis ni pun 3×5 – 5×3 … lol ..

Dah rasa berat sangat nak buat amal, mulakan balik dengan selawat or solat taubat dahulu. Jiwa jadi berat nak buat amal sebab banyak dosa yang melekat, hati dah berkarat bertahun-tahun.

Kalau berat juga nak berselawat or solat taubat, pesan or ajak orang lain untuk buat amalan tu. Special part bila kita berpesan tentang sesuatu, kita akan rasa ‘ringan’ untuk beramal. Orang yang kena pesan or ceramah belum tentu dapat amal, tetapi orang yang pesan dia dapat banyak kelebihan. (Rahsia besar ni).

Tapi bila dah ada produk, dan dah letak kat kedai2, dan tak ada sales or untung, takkan saya tak terdesak? Duit tak rolling….

Ikhtiar > Usaha > Doa > Tawakkal

Lepas sudah USAHA (bukan sekadar usaha, tetapi usaha kaw-kaw), next buatlah amalan kerezekian.

Kan ada banyak amal. Dalam SMR salah satu ialah Daily Imagination.

  • 1. Cuba pejam mata (jangan sekarang dah tu cmner u nak baca lol).
  • 2. Tarik nafas – tahan sekejap – hembus secara perlahan (buat 13x).
  • 3. Bayangkan u duduk dekat tepi pantai, dan duit mencurah-curah turun.
  • 4. Pastikan u betul-betul ‘rasa gembira’, jangan buat-buat, tapi bayangkan betul-betul yang u telah dapat duit. (Susah sangat nak rasa, bayangkan apa perasaan u kalau dapat check RM100k (selepas cukai), apa perasaan u masa tu, macam mana gembiranya u, syukurnya u, sampai mengalir air mata right? haaaaa feeling itulah yang u kena rasakan, bila u dapat tune ni, dah ada ‘asbab’ pula tu, memang mudah rezeki (wang) nak datang).

Dalam kajian admin, ramai usahawan menghadapi masalah yang lebih kurang sama sahaja. Buat bisnes (usaha luaran), tetapi bahagian dalaman seperti pemikiran, keinginan dalam keadaan yang terdesak, stress, dan benda-benda yang negatif.

U perlu faham, apa yang kita rasa ialah doa, bila dalaman u berkeadaan yang negatif, u sedang memancarkan gelombang negatif, gelombang ini menarik perkara yang negatif juga. Itu yang susah  nak dapat sale, peluang, jualan dan sebagainya.

U kena relax, u kena ceria, u kena leraikan segala feeling yang negatif itu, buat meditasi macam dekat atas, fikir kemungkinan-kemungkinan yang positif, malam sebelum tidur buat imaginasi sikit. Bayangkan banyak orang beli produk u, bayangkan banyak orang promote produk u.

Apa yang kita fikir adalah doa. Selalu u fikir, tiada sale, tiada sale, tiada sale itu apa yang u fikir berulang-ulang kali, itu juga apa yang u doa berulang-ulang kali. Memang tidak hairanlah berhari-hari tidak ada sale masuk.

Cuba ubah sikit mindset tu, ambil pen dan kertas, tulis semua kejayaan-kejayaan yang u telah capai, u ada idea, ini kejayaan, u ada product, ini kejayaan, u sudah buat usaha yang sedikit, ini kejayaan, u ada usaha hantar dekat kedai-kedai, ini kejayaan.

U ada pengalaman letak barang dekat kedai, ini kejayaan. Susah juga sebenarnya tau nak tackle tuan kedai, tak ramai orang yang mampu buat macam tu, u dah berjaya yang kecil right? Tulis semua kejayaan-kejayaan yang kecil itu.

Penuhkan minda u dengan kejayaan, penuhkan buku nota u dengan kejayaan. Ini adalah teknik supaya kita selalu fikir tentang kejayaan, supaya kita fokus kepada kejayaan, supaya kita nampak kejayaan, dan seterusnya kita boleh rasa aura kejayaan.

Selama ini u fikir yang bukan-bukan, dan u rasa diri u sebagai orang yang masih gagal right? Bila u ‘rasa’ diri u gagal, rasa itu doa, u rasa banyak kali, u rasa setiap hari, tu sebab u jadi seorang yang gagal.

So, u kena tukar benda-benda ini semua. banyak benda yang u perlu tukar. Admin juga boleh kata sebahagian ESM adalah sambungan daripada SMR. Sebab ada bahagian Money Magnet, semua benda ini adalah untuk tukar bahagian dalaman diri kita.

Kembali kepada basic, bila banyak benda yang positif kita lakukan, makanya life kita akan lebih tertumpu kepada positif. Bila kita jadi positif, diri kita akan menarik benda-benda yang positif juga.

Faham or faham? Ok, good.

Dalam SMR + 70L + ESM semua ebook ini suruh pembacanya simpan emas.

  • Tujuan: Ini suruhan Rasulullah SAW.

Bila Rasulullah (SAW) suruh, u buat jer la, tak payah banyak cakap, u buat jer, lepas dah buat baru u akan tahu ada ‘keberkatan’ berlaku bila kita amal amalan-amalan sunnah ni. Tak mampu beli 1 dinar, beli 1 gram dahulu. Dekat internet bersepah orang jual emas fizikal 1 g. (Apa yang kita nak ialah keberkatan tu).

Then, letak dalam wallet. bawah bantal, bawah tilam, belakang poster, tempat itu, tempat ini, barulah environment bilik or rumah or pejabat u ada gelombang emas. Emas menarik emas, emas menarik lebih banyak wang, emas menarik kekayaan.

Masalah manusia ni, mereka nak ada kekayaan wang, tapi mereka TAK TAHU macam mana nak jadi kaya-raya. Puassssss admin tulis ebook. Tu la bila baca tak bersihkan diri, tak dalam keadaan alpha atau ketenangan diri. Baca sepintas lalu sahaja, tak reti nak take note, buat nota ringkas, tampal, bawa kemana-mana.

Beli buku nota kecil bro, bawa kemana-mana, baca berulang-ulang kali. Baru u boleh dapat kefahaman. Ada terlalu banyak rahsia yang admin share dalam tu, memang faham kita takkan sama dengan penulis sesebuah ebook.

U just follow jer benda tu, nanti u dapat lah kelebihan dia. U akan faham bila u apply tambahan 13 pogramming tu. Life u sure akan transform jadi luar biasa. Benda tu semua admin dapat daripada SEMINAR, then lihat apa yang ORANG KAYA BUAT, so kita susun point-point yang penting. Jadilah ebook.

Haaaa… Siapa nak tahu market sebenar ebook-ebook tu untuk siapa? – Ini rahsia.

Dan bila saya gagahkan diri untuk solat dan doa, saya selalu rasa tergesa-gesa, or dengan kata lain, nak hasil cepat, kalau letak roti canai kat mini market 10 paket, seboleh2 minggu tu jugak nak habis… Saya jadi gopoh-gapah, jadi tergesa-gesa… Saya perasan bahawa lagi saya tergopoh gapah, lagi jauh saya dengan tikar solat…

Satu benda yang u kena faham, benda yang baik akan datang kepada orang yang tenang. Orang yang cara solat dia betul, tahajud dia betul, dia akan jadi orang yang paling tenang.

Yang u terkejar sana, terkejar sini nak buat apa? Nak jadi kaya kena bijak der? Dapatkan keberkatan dahulu.

Bila life u berkat, 24 jam u boleh hasilkan begitu banyak wang. Bila life tidak ada berkat, 24 jam u makin serabut & serabai.

Mahguru kura-kura kata,

  • Bila air tenang, kita akan ‘nampak jelas’ picture dalam air“.

Bila u tenang, u akan nampak jelas dalam bisnes ni apa sebenarnya perkara paling penting yang perlu dilakukan.

Again, dalam ESM dia ada cerita fasal meditasi. Ada apply atau tidak? Post yang lepas pun dah cakap right? Mesti u rasa rugi kan habiskan 20 minit untuk meditasi. Nak buat apa right? U ada terlalu banyak benda penting nak buat dengan bisnes u.

Iyolah tu jang, kalau u rasa happy hidup tergesa-gesa macam tu, teruskan, if not, salah satu u kena buat ialah buang setiap hari 10 minit untuk meditasi. Kalau tak mampu, kalau tidak ada masa u kena buang 20 minit setiap hari untuk bermeditasi.

Bila minda u tenang, u akan nampak banyak benda yang betul-betul tepat, apa sebenarnya u perlu lakukan dalam bisnes ni. U serabut sebab u TAK NAMPAK. U akan nampak bila u tenang. Benda ini (meditasi) kena apply 2-3x / week. Then baru u akan nampak result dia.

Benda-benda yang boleh dapat duit cepat ni u tak boleh belajar dengan admin, u kena belajar dengan orang lain. Tapi u bila betul-betul nak buat duit, dengan cara yang cool, hensome, style, bijak bergaya adminlah orang dia lol. :p

Admin akan suruh u ikut jalan jauh untuk buat duit.

Bila orang tu baru nak start

  • 1. Admin akan suruh menulis 70,000 patah perkataan – ini tak buat duit lagi dah habis 4-6 bulan.
  • 2. Admin akan suruh u cari 1,000 forum dekat malaysia – ini makan masa 1-3 bulan lagi.
  • 3. Admin akan suruh u buat research dekat forum, ini makan masa lagi 3-4 bulan.

Kenapa lambat? Kenapa perlu ikut jalan jauh? Kenapa perlu buat banyak kerja? Fikir sendiri.

Teringat saya satu artikel SMR bahawa tergesa-gesa itu dari syaitan, tapi apa jalan yang saya ada?

U tidak ada apa-apa jalan, dan tidak ada siapa pun yang boleh tunjukkan jalan kepada u. Kita just boleh tarik kuda dekat tepi sungai, tapi kita tak boleh paksa kuda tu minum air sungai.

Yup,  we know, u ada banyak masalah, halangan, ujian, cabaran yang tak pernah habis dalam hidup u. Kunci dia dekat diri u sendiri, kita just boleh tunjuk jalan. Apa yang u boleh buat tenangkan diri, jadilah orang yang tenang, cool, style dan bergaya.

Pergi dekat mamak / pasar malam / shopping complex, then lihat orang ramai bergerak. Cuba fikir apa yang mereka kejar sangat tu? Jangan lihat kosong, lihat, renung, dan renung dengan mendalam. Kenapa manusia ini terlalu banyak mengejar sesuatu?

Kalau u nak buat duit yang banyak, dia start dengan ilmu, u buat banyak kerja dalam bisnes sebab u tak banyak ilmu. Orang yang kaya dia tak buat banyak kerja, dia faham konsep leverage, tu fasal dia ada TEAM dalam bisnes. Orang biasa buat banyak kerja dan terlalu banyak kerja, sebab tidak ada ilmu.

Setan memang akan tipu bila u tergesa-gesa, sebab bila u rushing u tidak boleh berfikir dengan efektif. Lebih teruk u akan melakukan lebih banyak kesilapan. Effect dia lagi besar daripada yang u fikirkan. Bisnes tak menjadi, yakin terhakis, hilang amal, hilang rahmat and bla, bla, bla…

Dalam bisnes apa jalan yang u ada?

Dah cerita dekat atas tadi right? Macam mana nak berjaya, macam mana nak jadi kaya-raya? Benda ni semua start dengan DATABASE pelanggan. Cikgu admin dalam internet marketing ada database yang sangat besar, database tu bukan sahaja untuk jual produk sendiri, tetapi juga jual produk kawan-kawan yang lain.

Bayangkan u sudah ada senarai database 300 pelanggan berkaitan roti canai, ini u just tulis secara manual sahaja dalam buku nota. Apa lagi yang kita boleh buat dengan mereka?

U cari dekat internet produk-produk makanan yang lain. Kambing golek ka, itik salai ka, daging arnab ka, unta ka, dan lain-lain makanan yang sedap. Offer kepada mereka, ambil komisyen, kan sudah boleh buat extra income. Itu gunanya database. Contact lain-lain supplier, kata dekat mereka saya nak promote, tak perlu ambil stock, then orang bayar u, u bayar dekat supplier tu. Jadi kreatif sikit sebagai usahawan.

So, relax re-schedule balik business planning u, fokus kepada 1 benda sahaja dalam satu masa. Dalam bisnes JAGAN FOKUS KEPADA MENJUAL. Tetapi fokus collect database pelanggan. U hanya jual kepada database u sahaja, luar dari database bukan lagi urusan u. Lupakan terus.

  • Q: “Habis tu bro, rugilah macam ni?”
  • A: “Halo bro, apa guna agent? Merekalah yang akan promote secara win-win, u menang dia menang”.

Pelanggan beli produk kita ada banyak sebab, ada banyak faktor. Bila mereka telah clear akan manfaat yang mereka dapat, ada satu lagi halangan iaitu PERASAAN BIMBANG jika mendapat produk yang tidak berbaloi.

Keinginan dan keputusan untuk membeli akan dibatalkan kerana takut. Takut ini datang pula melalui pengalaman-pengalaman yang lepas dah beli produk orang lain tetapi hasil hampeh.

Ini agak advance sikit ya,

  • Halangan Percaya – u dah lepas.
  • Halangan Keinginan untuk beli – beritahu ‘aga guna’ – u dah lepas
  • Halangan Bimbang – Ini u masih belum lepas

So, macam mana nak settlekan EMOSI BIMBANG ni? Caranya ialah kuatkan emosi nak beli pelanggan tu melalui beritahu lebih banyak manfaat sehingga emosi bimbang tu semakin kecil.

U sudah buat nota 30-50 manfaat / kelebihan product u right? Then u sudah tapis menjadi sekitar 15-25 right? Apa yang u perlu buat ialah 15-20 point itu, u perlu olah mencapai tahap rasa. Iaitu penerangan u menjadi semakin dalam, semakin dalam, dan semakin dalam.

Cerita sampai tahap ‘rasa’, emosi bimbang ialah pe’rasa’an pelanggan, so u kena counter perasaan bimbang itu juga dengan ayat atau penerangan yang boleh mencapai tahap rasa juga.

Makanya pelanggan rasa bimbang terhadap 2-3 perkara sahaja, u pula beri rasa manfaat sekitar 15-20. Jadinya emosi keinginan pelanggan untuk membeli akan lebih tinggi daripada emosi bimbang. Dengan itu dapatlah u buat closing.

Ingat lagi blue ocean?

  • Minat – 10%
  • 50/50 – 80%
  • Tak minat – 10%

Yang 50/50 tu 80%, besar jumlahnya. Bila u dapat tackle mereka melalui kuatkan lagi ‘keinginan membeli’ sehingga ’emosi bimbang’ menurun makanya sampai masa ‘red button’ akan di-‘switch on’ dan pelanggan akan terus bayar (bank in).

Lepas tu apa yang berlaku ialah, menjual kepada regular customer akan jadi sangat mudah. U punya kerja yang besar dalam bisnes ialah untuk tackle golongan 50/50 tu.

Betul kata Seth Godin,

  • Bila u ada 1,000 database u sudah boleh hidup senang“..

80% daripada 1,000 = 800 orang …

Database dah ada, u pergi cari customer yang lain, kan mangkuk hayun punya kerja tu.

Then orang baru masuk dalam database u, nak kena mulakan dari awal balik..

  • “Product > Explain > Prove > Trust > Closing”…

U dah sampai tahap trust, nak ulang balik dekat product and explain, apa cerita? Kan tidak bijak tu.

Lepas dah closing bukankah ada lagi kerja iaitu share product yang lain dan offer mereka jadi agent? Secara tidak langsung ‘bisnes’ u boleh berkembang. Halo, daripada 1,000 orang, 100 orang sudi jadi agent u sudah boleh hidup senang.

Kerja-kerja macam ni memang memerlukan kefahaman yang sangat mendalam terhadap sains tingkah laku manusia. Memang kena ambil masa sedikit untuk belajar, untuk test market, untuk melihat result. Then u boleh faham, barulah u boleh jadi kaya-raya dan hidup bahagia.

Ini belum lagi cerita cross list building, usahawan yang berjaya pula ada mindset yang sangat berbeza. Macam mana nak tackle mereka pula? Jauh sangat, kita lupakan dahulu ya.

Short story, kerja u just ujikaji dengan 1k-3k database (sebagai permulaan), bila u dah betul-betul mahir dengan ‘closing’, kerja u adalah cross list building bagi sama-sama (win-win) membesarkan koleksi database (target up to 70k database).

Moga ditunjukkan jalan pada saya yang iman senipis bawang…. Moga2 bertemu jalan pulang…

Nak jalan pulang? Start dengan ‘istiqamah berselawat’.

  • 300x / day – istighfar
  • 300x / day – selawat

Or u ada zikir-zikir lain yang u belajar, boleh apply balik. Sedikit + Istiqamah ialah kunci.

Kita sebagai orang biasa bagus kembali kepada basic, apply dengan tenang, buat yang sedikit, buat dengan istiqamah. Amalan banyak tak istiqamah buang masa, kurang efektif, amalan yang sedikit, berkualiti, kesan dia sangat baik.  Sama-sama kita beringat, jalan pulang = istiqamah.

Selawat adalah salah satu amalan yang sangat special, buat research khas perihal selawat, then u akan faham.

Benda ini sebenarnya simple, semua benda back to basic, iaitu buat amal / apply / action / bertindak. Tinggi mana pun tahap manusia benda basic tetap kena buat iaitu solat 5 waktu, puasa, zakat dan lain-lain.

Wali tinggal wali, ceramah tinggal ceramah, tazkirah tinggal tazkirah, majlis tinggal majlis, blog tinggal blog, buku tinggal buku. Mereka semua hanya boleh bawa kuda ke tepi sungai sahaja. Mereka tidak ada daya upaya untuk buat kuda tu minum air sungai.

Admin cerita macam mana pun, kalau diri u sendiri tidak apply, apa pun u tidak akan ada perubahan. Tetapi bila u start dengan yang sedikit, istiqamah, day by day, benda simple sahaja then u akan dapat ‘pembukaan’, just cepat atau lambat sahaja.

Wirid terutama selawat antara perkara yang sangat penting dilakukan. Kesan di bukan sahaja untuk dunia seperti rezeki, tenang, hati bersih, boleh nampak banyak peluang, rezeki tidak putus-putus datang, tetapi lebih jauh dari itu iaitu merentasi ‘masa’ barzakh > mahsyar > mizan > sirat > jannah.

Bila u start apply selawat, then pula u sampaikan kepada orang lain dengan hikmah, makanya lebih cepatlah ‘diri insan’ itu mencapai kebaikan. Ok, tutup cerita, sampai sini cukup. Where is the starting point? Its 300x / day. Very simple right.

Actually, ada jugak terfikir nak “serang” warung or kedai makan Melayu yang sarapan pagi hanya menyediakan nasi goreng, nasi lemak, tapi tak ada roti canai, saya nak “masuk” kedai makan itu dengan roti canai saya dan satukan dengan kuah kari or daging or apa saja kari yang kedai makan itu ada… Itu salah satu marketing yang sedang saya fikirkan..

Kalau ada kemampuan wang, ok teruskan. Cadangan admin, buat tetapi dengan mindset yang berbeza.

  • Old mindset: Dah buat gagal > anggap diri gagal forever
  • New mindse: Test market 3-5 kedai > lihat result

>> If ok, teruskan buat target 50-70 kedai lagi.
>> If no, analisis > buat lagi > if no, analisis > if no > if no

Analisis tu jangan ikut kepala sendiri sahaja, minta juga pendapat daripada orang lain, buat survey, bla, bla, bla…

Nak jadi usahawan yang berjaya right?

  • Product
  • Marketing
  • Management

Bahagian management tu a part of paperwork, your survey, data, tracking, bla, bla, bla.

Cer tengok sikit u punya file, buku nota, ada gaya macam orang nak jadi Multi Jutawan atau tidak? Atau u punya file macam budak tadika? Patutlah tak boleh berjaya, ‘kertas’ pun tak boleh handle. (Bukan u lah, tapi orang-orang belah nepal tu).

Be smart…
Be smart…
Be smart…

Last sekali sekitar bulan 3-4 ni gaya macam ada banyak seminar,

  • Imkk
  • Klorok
  • MB2000

Wang yang banyak bukan bergantung kepada banyak mana kerja yang u buat, tetapi kadar ilmu yang ada dalam kepala u.

Just idea, Have Fun.

Kejayaan anda menghilangkan penat jari-jemari admin yang menaip berjela-jela panjangnya ini.

Inche Hujan | Supersonic
– Author
– Investor
– Businessman

.

P/s: Yang berminat untuk dapatkan esm or etm just email. Atau dua-dua sekali ada special diskaun akan diberikan.

11009882_954793441218091_1071462296692104689_n

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s