Do Not Stop

Assalam & hai …

This time just short message and santai sahaja.

Sometime kita rasa malas, tiada mood, down, frust. Akibat dari semua ini kerja / bisnes tak jalan. Mengapa benda ini berlaku?

Keadaan 1.

Bayangkan u ada kereta, u lanyak semacam, minyak hitam tak tukar, air tak bubuh, angin tayar tak check, bateri, car breaks, alat ganti, kilometer, service, dan semua benda basic u tak buat. Tidak lupa juga cara basuh kereta yang salah.

Yang u buat hanyalah isi minyak. Sebab apa yang u faham bila minyak tidak ada kereta tidak boleh jalan.

Sampai satu masa, kereta u pun meragam. Enjin cepat panas, kereta jadi berat, tidak pickup, kereta jadi bising dan bla, bla, bla.

Disebabkan mereka terlalu bijak, mereka tertanya-tanya mengapa kereta meragam.

Keadaan 2.

Laptop. U guna semacam, tak reti nak cleansing, tak reti nak defragment, tak reti nak split hard disk (buat partition). U kena buat clean pada browser dan file temporary seperti menggunakan perisian ccleaner.

Antara kesilapan yang biasa dilakukan ialah, letak atas tilam atau bantal atau karpet yang boleh menyebabkan aliran udara kipas tertutup. (Juga termasuk letak secara rata di atas lantai). Kalau tak pakai cooling pad, letak barang dekat bahagian belakang laptop supaya udara boleh  keluar. Rajinkan diri bersihkan kat bahagian lubang udara, dan kat port USB tu. (Guna berus kecil atau berus gigi pun boleh).

Selain itu membiarkan bateri yang full dicas berjam-jam lamanya. Sepatutnya u buka terus bateri dan gunakan apabila berada di luar sahaja.  Selagi boleh pakai power protector bagi mengelak power laptop dimatikan secara mengejut.

Letak berhampiran dengan magnet, tempat berhabuk, terlalu hampir dengan tingkap, letak dalam kereta, letak di tempat yang panas juga boleh memendekkan jangka hayat laptop.

Orang bisnes tak reti jaga kebersihan laptop memang faul, kita boleh kata how you do everything is how you do anything. Sampai satu masa, komputer u hang. U pun naik menyampah dan berfikir “kenapa benda ini berlaku?”

Bila dah nazak, baru terkial-kial nak jumpa mekanik komputer.

Biasa ‘gurl’ la jadi macam ni, am i right?

Keadaan 3.

Your smartphone. U guna punya guna sesedap rasa, tak reti nak update, nak reti nak cleansing-kan dia dan macam-macam lagi.

Idea penjagaan seperti memakai lather case ataupun flip case untuk menghalang dari rosak teruk apabila terjatuh atau kerap terjatuh. Install tune up juga bagus, buang game yang tidak perlu, tidak install terlalu banyak game. Pakai screen protector, tidak cas bateri sesuka hati (biasa orang pakai power bank). Jangan lupa buat backup dan restore secara berkala.

Sampai satu masa u pun pelik, “kenapa ye, smartphone aku ni hang?”

Keadaan 4.

Manusia. U manusia, u bukan robot. U perlukan celebrate, holiday, entertainment, release, reward, re-motivate secara berkala, cleansing, senaman, meditasi dan macam-macam lagi.

Bila terlalu kerap rasa down dalam bisnes, itu tandanya u tidak melakukan maintenance yang betul terhadap diri u.

Sebagaimana kereta, laptop dan smartphone, diri u juga perlu dijaga sebaiknya supaya kadar perubahan emosi tidak terlalu kerap berlaku.

Bila u tak jaga diri,  rasa frust, rasa down, rasa tidak bersemangat,  u pun tanya, “Kenapa jadi macam ni ye?”

.
.
.

Solution 1:

Tanya kepada diri, kalau EQ / Emosi / Perasaan sendiri tidak boleh handle, “Macam mana aku nak jadi orang yang berjaya?”

Untuk menjadi orang yang berjaya, u perlu lawan dan mahir mengawal emosi terutama emosi negatif. Hanya setelah u dapat fight dengan emosi negatif itu, barulah u akan LAYAK untuk menjadi orang yang berjaya.

Selagi u tidak dapat control, selagi itulah u belum layak untuk jadi orang yang berjaya.

Solution 2:

Guys, bisnes sebenarnya susah dan terlalu susah (jika tidak ada ilmu). Disebabkan terlalu susah, maka tidak hairanlah ramai orang setelah beroperasi lebih daripada tiga tahun gagal mencapai RM30k – RM100k. Bukan sahaja gagal, malah bermacam-macam kesusahan yang perlu dihadapi bertahun-tahun lamanya.

Jika u menghadapi rasa malas ingat kata-kata Confucius di bawah. Walaupun bisnes lambat berkembang, slow dan tiada perubahan. Its ok bercuti seketika. U hanya gagal apabila Give Up secara total.

Biasanya newbie (dan yang tak berapa nak newbie) juga menghadapi rasa down ni. Susah nak kawal emosi, rasa macam semangat hilang terus nak buat bisnes.

Benda ini (rasa down) benda biasa, tak payah nak terkejut atau hairan sangat. Terutama orang bisnes terlalu banyak menggunakan tenaga minda secara berlebihan tanpa mereka sedar.

Sedar-sedar dah down. Bila down diri u berada pada gelombang negatif, bila gelombang ini tidak disingkirkan dia akan tarik lain-lain perkara yang negatif juga. Itu yang jadi frust, rasa tiada harapan, rasa tidak boleh berjaya, hilang harapan, hilang keyakinan dan bla, bla, bla.

Antara teknik untuk dapatkan kembali semangat ialah u memerlukan sedikit masa. Sama macam selepas bersukan, u akan rasa letih. Balik rumah, berehat, minum air, mandi. Selepas beberapa jam tenaga kembali recover seperti sediakala.

Tenaga emosi juga begitu, bezanya jangka masa lebih lama sedikit. Mungkin berhari-hari, berminggu-minggu ada juga yang berbulan-bulan untuk recover.

Orang putus cinta macam mana? Beberapa minggu yang awal rasa macam nak kiamat, tetapi selepas beberapa minggu atau bulan dia akan recover.

The point is, ’emosi down’  atau semangat akan recover semula setelah beberapa hari / minggu / bulan berlalu. Beri ruang dan masa kepada minda dan jiwa (spirit / semangat/ whatever) untuk  recover. Mungkin cepat, mungkin lambat.

Short story, tak perlu nak rasa pelik sangat kenapa rasa down itu selalu berlaku kepada newbie. Itu benda biasa.

Walaupun post kali ini santai, tetapi ilmu memahami perubahan emosi (why, when, how) dan semangat diri sangat penting terutama kepada orang bisnes.

Just ideas. Have Fun.

11041651_976361072394661_5682305976687230453_n

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s