Tingkatkan Jualan 2x Ganda

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Terima kasih kerana masih lagi sudi membaca Blog SMR ini. Kali ini kita cerita tentang tingkatkan jualan 2x ganda.

1. Amalan & Kaedah Melancarkan Rezeki

  • 1. Istiqamah berzikir (selawat + istighfar)
  • 2. Meditasi > Tahajud 12 rakaat
  • 3. Meditasi > Dhuha 12 rakaat
  • 4. Sedekah > Ilmu, Wang, Masa
  • 5. Bercuti > Luar Kawasan (refresh minda)
  • 6. Upgrade Ilmu > Baca buku berulang-ulang kali
  • 7. Adakan 1 blog / Facebook > Bisnes Abad 21
  • 8. Collect more database (agent + customer)
  • 9. Having Fun all the time + Total Off 72 jam

2. Tingkatkan Jualan 2x Ganda

Cabaran Ekonomi

Kita hidup pada zaman yang mencabar, terutama tekanan ekonomi. Sebenarnya semua zaman adalah mencabar, 1000 tahun yang lepas, 500 tahun yang lepas, masa kini, 500 tahun akan datang, 1000 tahun akan datang. Pada semua zaman ekonomi adalah mencabar.

Tukar Sikap Minda

Ekonomi diri berkadar langsung dengan sikap minda, bila kita ada minda yang suka berkembang maju, membuat perancangan untuk berkembang, membuat tindakan untuk berkembang, dan terus berusaha mengembangkan ilmu dengan niat untuk bertindak. Bila u ubah cara berfikir, attitude minda, semua perkara akan turut berubah.

Ketika hidup kamu masih lagi merangkak, cadangan admin ialah hentikan semua kerja, bisnes, planning dan sebagainya. Kerana jika kamu melakukan lebih banyak tindakan, nescaya kamu akan melakukan lebih banyak kesilapan.

Bila kamu melakukan lebih banyak kesilapan tanpa kamu faham, terlepas pandang atau tidak tahu tindakan itu salah semua itu akan mendatangkan lebih banyak keburukan.

Masuk Dalam Dunia Jualan

Brian Tracy bercerita.

Seperti kebanyakan orang apabila sudah tidak ada tempat untuk dituju, jalan yang dipilih ialah bidang jualan.

Door to door sales, setiap pagi perlu ketuk pintu, tengah hari ketuk pejabat, malam ketuk pintu lagi.

Direct selling bukanlah sesuatu yang mudah, dia hanya dapat jualan yang pertama setelah ketuk dari pintu ke pintu selepas 1 bulan.

Dia tidur dekat rumah sewa, hanya ada 1 pasang pakaian, siang ketuk pintu, malam basuh baju, keringkan, esok pakai semula baju yang sama.

Tidur atas lantai, usd $5 sewa bilik untuk 1 malam, selama 6 bulan dengan kerja lebih 12 jam setiap hari. Income untuk makan hanyalah hasil dari jualan, jika tidak ada jualan for sure akan berlapar.

6 bulan atau 180 hari berlalu dengan jualan yang sangat teruk, perlu menerima lebih banyak ‘NO’ (reject) untuk mendapat 1 ‘YES’ (jualan).

Admin juga pernah join ‘direct selling’ dalam bahasa yang lebih canggih ialah Single Level Marketing selama beberapa bulan.

Bila kita pernah berada pada situasi yang sama, kita amat faham apa yang dirasai oleh usahawan yang bergiat dalam kegiatan ‘direct selling’.

Tetapi sebelum masuk dalam dunia direct selling, admin tak pernah kena marah sebab dah melakukan persiapan awal iaitu dengan membaca buku Dale Carnegie yang bertajuk Bagaimana Hendak Mendapatkan Kawan Dan Mempengaruhi Seseorang.

U patut baca, hadam, dan faham buku ini, bagus untuk minda, dan jiwa kerana kita akan berhadapan dengan manusia, pelanggan, keluarga, life partner, anak setiap hari.

Jika kamu tidak faham psikologi manusia, itu yang jadi kamu akan kecewa mengapa orang tak beli barang aku, mengapa dia tak suka aku, mengapa orang itu diberi perhatian, mengapa ramai orang suka dekat dia, dalam kata yang lain semua benda yang best berlaku kepada orang lain, semua benda yang tak best berlaku kepada diri u.

Sama ada sedar atau tidak, orang yang famous itu telah melakukan apa yang dinamakan prinsip-prinsip berhadapan dengan manusia.

Sambung cerita,

Selepas 6 bulan, Brian Tracy melihat ada seorang yang sama dengan office, jual produk yang sama, kepada prospek yang sama dan tidak perlu bersusah payah.

Waktu pagi dia meeting dengan client dan buat jualan, tengah hari lunch dengan client yang lain buat lagi jualan, dan petang buat telemarketing satu lagi jualan.

Pukul 4-5 habis kerja. Dalam masa yang sama dia happy, pergi ke restorant yang mahal, ada vacation yang best, dan poket dia penuh dengan wang.

Ini berbeza dengan kehidupan Brian Tracy, dia perlu bangun awal untuk ketuk dari pintu ke pintu dari pagi sehingga malam hari dengan hasil jualan yang sangat menyedihkan.

Turning Around

Pada satu hari Brian Tracy berjumpa dengan orang yang berjaya dalam bidang jualan itu dan berkata.

  • BT : “Apa yang kamu buat sehingga boleh dapat banyak jualan”..
  • OK : “Tunjukkan saya kamu punya presentation, dan saya akan kritik”..

Brian Tracy berfikir,

  • “What, my presentation?” …
  • “Saya tidak ada presentation, apa yang saya tahu ialah bla, bla, bla (presentation hentam sahaja)” …

Orang kaya itu kata,

  • “Tidak itu salah, dalam jualan ada proses (logical process), iaitu dalam menjual ada ‘system'” …

Daripada penerangan orang itu barulah Brian Tracy faham, sebenarnya dalam menjual perlunya ada logical process.

Logical process

– Speak > Rapport > Ask Question > Presentation > Objection > Closing > Upsale / Rehash

Asas ini adalah apa yang Brain Tracy pegang dan terus melakukan beberapa percubaan.

Apa yang dia dapati apabila ‘asking question’ kepada prospek, prospek akan melayan dia dengan cara yang berlainan (lebih sopan).

Jika sebelum ini, apabila jumpa prospek dia akan terus membuat presentation, prospek pula pandang jam, pandang sana, pandang sini, bila selesai prospek akan beri 101 alasan untuk tidak membeli.

  • “Saya akan hubungi kemudian”
  • “Tinggalkan pamphlet”
  • “Tidak berminat”
  • “Tidak Sesuai”
  • “Tunggu gaji”
  • etc …

Apa yang dapat kita belajar?

1. Selama ini kita hanya menjual kepada semua orang, facebook, blog, wechat, forum, jiran dan lain-lain.

Dalam bisnes, jumpa orang terus nak jual. Ini adalah sesuatu yang salah sama sekali. Tu fasal kita susah nak melakukan jualan.

2. Dalam jualan kita perlu ‘speak’ atau ‘melakukan tapisan’ untuk mengetahui dan mengenal pasti adakah prospek perlu atau tidak, adakah prospek mempunyai wang atau tidak.

3. Bila kita tanya soalan (ask question) prospek / manusia akan melayan kita dengan penuh hormat dan memberi lebih perhatian (two way communication).

Facebook, fb, blog, email, forum atau apa sahaja, tanya soalan terlebih dahulu untuk kita kenal pasti sama ada mereka / prospek / pelanggan berminat atau tidak, suka atau tidak, sesuai atau tidak dengan produk kita.

Bila kita sudah kumpul maklumat dengan bertanya kepada prospek, barulah kita boleh melakukan presentation mengenai produk kita.

Perkara yang kita perlu faham ialah, selepas kita telah mengenal pasti prospek yang sesuai, selepas bertanyakan soalan, semasa melakukan presentation anggap diri kita sebagai pendidik / consultant / kawan rapat / rakan baik kepada prospek.

Kita perlu betul-betul ambil berat, mengenai kehidupan mereka, barulah mereka akan ‘sense’ yang orang ini boleh bantu saya. Jika u present ‘syok sendiri’ sama macam admin buat sebelum ini, bisnes u, jualan u juga akan jadi syok sendiri.

Boleh or boleh?

Selepas itu jualan Brian Tracy semakin meningkat, dan terus meningkat apa yang dia lakukan ialah terus menerus mengkaji perihal selling melalui CD, Buku, Seminar dan sebagainya. Start dari situ dia juga telah mendapat jualan yang banyak.

Ilmu semakin banyak, jualan semakin banyak, duit semakin banyak, dan kekayaan semakin meningkat dari masa ke masa.

Apa yang dapat kita belajar?

Untuk tingkatkan jualan kita perlukan idea / sistem / ilmu yang baru, yang kita tidak pernah dengar, tidak pernah belajar, tidak pernah apply sebelum ini.

Jika jualan u teruk selama ini, apa yang u perlu lakukan ialah STOP EVERYTHING, kemudian mulakan dengan ilmu terlebih dahulu.

Beli buku, ebook, seminar, vdc, youtube, blog, forum, facebook, group perbincangan yang membincangkan perihal JUALAN sama ada berbayar atau percuma.

Kumpul dahulu teknik menjual, buat nota, buat analisis, fahamkan kaedah menjual kemudian barulah mulakan semula melakukan aktiviti ‘menjual’ produk kamu. Yup, mulakan semula dengan ilmu terlebih dahulu.

Brian Tracy mendapati terdapat dua jenis manusia.

1. No Action = No Result

  • Ramai orang belajar, tetapi ramai orang yang tidak apply apa yang mereka belajar.
  • Bagaimana mereka akan mendapat result yang bagus, jika tidak apply apa yang mereka telah belajar.

2. Nothing Work

  • Semua teknik menjual, semua kaedah, semua system, semua proses menjual TIDAK AKAN berkesan sekurang-kurangnya pada percubaan yang pertama.
  • Teknik yang kamu apply kadang kala tidak berkesan pada percubaan yang pertama, percubaan yang ke lima, mungkin juga pada percubaan yang kesepuluh.
  • Apa yang kamu perlu faham ialah, sesuatu teknik itu memerlukan masa dan pengalaman beberapa kali sebelum kamu betul-betul mahir dan boleh mendapat hasil dan jualan yang banyak.

Dalam hidup kita, kita inginkan banyak perkara, rumah, kereta, percutian, wang, kebahagiaan dan sebagainya.

Untuk mendapat kehidupan impian ini, apa yang kita lakukan ialah masuk dalam dunia bisnes.

Bila dah lama berada dalam dunia bisnes, masih tidak berjaya, malah kehidupan masih lagi teruk, merangkak dan tidak menjadi.

Apa yang diinginkan masih tidak nampak, malah begitu banyak pula kesusahan yang kita perlu tanggung.

Dekat mana yang silap?

Kesilapan kita ialah, kita belajar bisnes, kaji research, buat itu, ini dan sebagainya, tetapi kita tidak belajar TEKNIK MENJUAL.

Sampai satu tahap, kita sendiri pun sudah tidak tahu, macam mana nak berjaya, dekat mana yang silap, mengapa bisnes tidak menjadi.

Idea yang admin ingin kongsikan ialah, kegagalan dalam bisnes ada kemungkinan u tidak belajar TEKNIK MENJUAL.

Bisnes u tidak ada masalah, pelanggan juga tidak ada masalah, facebook, blog, email semua benda ini ok sahaja.

Yang menjadi masalah besar ialah mungkin kamu terlepas pandang perihal pentingnya tahu TEKNIK MENJUAL.

Dalam teknik menjual kepada pelanggan pula ada banyak perkara yang berkaitan contohnya:-

  • Market research / traffic / lokasi pelanggan sasaran
  • Menapis dan kenal pasti keperluan pelanggan sasaran
  • Bertanya soalan yang bersesuaian dengan keinginan pelanggan
  • Melakukan presentation yang bersesuaian dengan pelanggan
  • Handling objection pelanggan sasaran
  • Closing (call to action)
  • Up sale (dapatkan lebih banyak wang)

Bila kita faham logical process ini atau teknik menjual atau sistem menjual barulah jualan akan menjadi sesuatu yang berkesan.

Bila u apply teknik menjual dengan betul, barulah u akan dapat melakukan jualan.

  • “Selling out of sequence, killing the sell”…
  • “Jika kamu tidak mematuhi aturan jualan, kamu tidak akan dapat melakukan jualan”…

Dalam kajian yang dilakukan terhadap 20% orang yang mendapat kejayaan yang luar biasa ternyata terdapat perbezaan.

Perbezaan itu ialah, mereka tidak berfikir perihal jumlah wang yang diperoleh untuk jangka masa satu minggu atau satu bulan.

Sebaliknya mereka berfikir perihal jumlah wang yang boleh didapati untuk 1 jam (60 minit).

Mereka selalu berfikir,

  • “Berapa banyak wang saya boleh hasilkan untuk 1 jam?” …

Berbeza dengan orang biasa,

  • “Berapa saya boleh dapat untuk 1 minggu atau satu bulan?” …

Untuk jadi orang yang berjaya, kita perlu berfikir seperti orang yang berjaya. Dan u akan terpaksa berjaya…

Untuk mendapat wang ‘1 jam’ memang susah, memang pressure, tetapi dengan berfikir beginilah kamu akan terlepas daripada kehidupan 80% manusia di luar sana.

Kamu akan masuk dalam dunia 20% iaitu mereka, yang berada di atas, buat banyak duit, dan mendapat kejayaan yang luar biasa.

Replanning balik semua u punya schedule, date line, adjust SEKARANG juga, jika kamu bersungguh untuk menjadi orang yang berjaya.

The moment u mula berubah, mula bertindak, pada masa itu jugalah kamu ‘telah’ berada dalam lingkungan 20% manusia yang berjaya.

Boleh or boleh?

Minda mempunyai habit, jika kamu masih berfikir perihal keuntungan jualan secara bulanan atau mingguan kamu tidak akan boleh mendapat kejayaan yang besar.

80% manusia tidak sedar mereka mempunyai sikap minda dan sikap diri yang lebih kurang sama sahaja.

Terlalu banyak menghabiskan masa dengan facebook, blog, forum, melayan isu-isu semasa, bercakap dan terus bercakap tanpa mengetahui ianya merupakan sikap 80% manusia yang hidup biasa-biasa sahaja.

Normal Habit NEVER WORK …

Sikap kebanyakan manusia adalah sama sekali tidak akan berjaya, tidak akan boleh buat banyak duit, dan akan kekal ditelan inflasi tahun demi tahun.

Fikirkan,

  • Bagaimana dengan sikap minda u pada masa ini?
  • Bagaimana pula dengan sikap diri u pada masa ini?
  • Adakah u tergolong dalam 20% atau 80% manusia?

Berbalik dalam dunia jualan,

Terdapat satu teknik yang dikenali sebagai The Law of Three.

  • 1. Prospect
  • 2. Presentation
  • 3. Closing

Kajian yang dilakukan kepada mereka yang bergiat secara aktif dalam dunia face to face tidak kira produk, investment, kredit card, mlm, atau apa sahaja ialah mereka mengabiskan 90 minit 1 hari berada di hadapan pelanggan.

Satu hari 8 jam atau 480 minit. 90 minit adalah masa yang berkualiti.

Ini bermakna 480 minit – 90 minit = 390 minit terbuang setiap hari.

390 minit dihabiskan dengan bercakap, buat itu, buat ini, lunch hour yang panjang, persiapan dan lain-lain lagi.

Hanya 90 minit masa berkualiti berhadapan dengan prospek.

Sama juga dengan bisnes online, dalam setiap hari kita habis masa selama berjam-jam yang sia-sia sahaja.

Kita rasa kita buat bisnes, tetapi secara kualiti, mungkin 90 atau 30 atau 15 minit sahaja yang berkualiti.

Fikirkan

  • Facebook berapa jam yang telah terbuang?
  • Membaca blog, forum, youtube berapa jam telah terbuang?

Fikirkan,

  • Berapa banyak masa untuk membuat backlink?
  • Berapa banyak masa untuk educate pelanggan?
  • Berapa banyak masa untuk buat presentation?
  • Berapa banyak masa untuk buat closing?

Adakah selama ini anda selalu menumpukan kepada perkara yang PRIORITY atau URGENCY?

Fikirkan,

  • Dalam bisnes apakah yang lebih penting? PRIORITY atau URGENCY?

Apakah anda punya priority dalam bisnes setiap hari? Berapa banyak minit anda habiskan untuk perkara-perkara yang priority?

Priority terdiri daripada,

  • Market research / Kajian pasaran
  • Persiapan perihal pengetahuan produk
  • Backlink (Fb, blog, forum, classified)
  • Collect database > Educate database
  • Selling & Closing
  • Up sale / Rehash
  • Leverage (Paid method)

Cadangan yang diberikan ialah, buat secara PERCUMA terlebih dahulu, collect 300 database then belajar educate > selling > closing.

Bila u dah mahir dengan proses ini barulah buat secara paid method atau teknik marketing berbayar.

– Upah seo, artikel, banner ads, fb ads
– Guna sofware untuk kumpul email
– Guna blog dengan domain sendiri

Bila u tidak faham proses, bila u tidak faham teknik menjual, jika u laburkan lebih banyak wang, apa yang berlaku ialah u akan bakar lebih banyak wang kerana banyak kesilapan yang u lakukan.

Ingat pesanan ini,

  • “Kaedah berbayar hanyalah untuk KEMBANGKAN database sahaja”.

Jika u gunakan kaedah berbayar sebelum mahir dengan teknik menjual, atau untuk tujuan-tujuan yang lain, nescaya kamu akan leburkan wang dan masa dengan lebih banyak.

Boleh or boleh?

Brian Tracy banyak buat kajian dan menjadi consultant kepada syarikat-syarikat jualan yang besar. Masalah besar yang semua syarikat besar hadapi ialah KURANG SALE.

Mereka kata > “macam mana nak settle-kan masalah ini”?

Brian Tracy kata > “TINGKATKAN JUALAN” …

Macam mana nak tingkatkan jualan?

– Jika face to face, dari 90 minit tingkatkan kepada 180 minit.
– Jika telemarketing, dari 90 minit bercakap, up kepada 180 minit.

Jika u kurang sale?

Antara cara yang u boleh lakukan ialah tingkatkan masa yang BERKUALITI. Kemudian tambah lebih banyak database. Kemudian patuhi logical process atau aliran jualan.

Dalam dunia online, kita tidak boleh control dan tahu dari mana pelanggan akan datang, mungkin dari fb / blog / forum / classified.

Kita juga tidak boleh control hasil jualan. Apa yang kita boleh control ialah meningkatkan kebarangkalian / The Law of Possibility.

  • === Dari mana pelanggan datang – Tidak boleh control
  • === Activity business
  • === Berapa banyak jualan – Tidak boleh control

Apa yang kita boleh control ialah activity …

  • Buat lebih banyak backlink
  • Collect lebih banyak database
  • Tulis lebih banyak untuk educate database

Bila kita control priority ini, dengan masa yang lebih berkualiti, dengan itu income akan meningkat.

Syarikat yang upgrade kepada 180 minit beri report, bila mereka tingkatkan masa face to face dengan pelanggan kepada 2x ganda, jumlah jualan mereka juga turut meningkat.

Seperti biasa, bila jualan telah meningkat, mereka ada habit 180 minit, dan mereka akan terus meningkat dari masa ke masa.

Jadinya, bila u tingkatkan perkara yang penting,

  • Market research / Kajian Pasaran
  • Persiapan perihal pengetahuan produk
  • Backlink (fb, blog, forum, classified)
  • Collect database > Educate database
  • Selling & Closing
  • Upsale / Rehash
  • Leverage (Paid Method)

….. jualan kamu juga akan meningkat 2x ganda atau lebih dari biasa.

Ada satu lagi cerita peningkatan jualan yang menarik.

Ada satu orang yang berhasil dalam bidang jualan ingin apply jawatan manager marketing.

Syarikat itu menyatakan, pada masa ini tidak ada jawatan kosong.

Pada suatu hari, dia dipanggil oleh pihak pengurusan, dikatakan ada kekosongan jawatan untuk manager bahagian selling / marketing.

Dalam 2,000 pejabat seluruh dunia, dia dihantar ke pejabat yang mempunyai rekod jualan terburuk dalam jualan.

Dia dengan gembira dan bersemangat bersetuju dan terus berpindah ke negeri yang berdekatan dengan pejabat yang teruk tersebut.

Day 1

Pagi hari dia panggil semua jurujual untuk meeting. Selepas perkenalkan diri, dia bertanya satu soalan kepada 32 jurujual di situ.

  • “Lihat sekeliling, apa yang kamu tidak dapat lihat?”

Kesemua jurujual melihat sekeliling, semua keadaan baik dan seperti biasa dan mereka tidak nampak sebarang perubahan.

Manager itu kata,

  • “Apa yang kamu tidak lihat di dalam pejabat ini ialah, di sini TIDAK ADA PELANGGAN, pelanggan ada di luar sana” .
  • “Meeting telah berakhir, Now, out, out, out (pergi jumpa pelanggan)” …

Selama ini jurujual hanya datang lepak-lepak, minum-minum, borak- borak, tetapi kali ini mereka disuruh keluar untuk buat jualan.

Sikap lama masih ada, ada yang lepak-lepak, ada yang pergi ke kedai, ada yang tidak tahu nak buat apa.

Waktu petang, beberapa orang berjaya buat beberapa jualan, dan lain-lain tidak berjaya.

Day 2

Pagi hari waktu meeting, para jurujual hairan melihat dalam pejabat kosong tidak ada lagi meja dan kerusi untuk kegunaan sendiri.

Manager Marketing itu kata,

  • “Kamu dapati kerusi telah hilang, hanya ada 3 bilik yang mempunyai kerusi, hanya jika ada pelanggan kamu di benarkan duduk di situ”.
  • “This meeting is over, Now, out, out, out” …

Day by day berlalu, month by month berlalu …

Dalam jangka masa 1 tahun, pejabat yang mempunyai rekod jualan terburuk telah turn around menjadi pejabat No. 1 yang paling berjaya.

Pejabat itu juga telah mengatasi 2,000 pejabat-pejabat yang lain dengan rekod jualan terbanyak dalam sejarah syarikat besar tersebut.

Apa yang kita dapat belajar?

1. Sebelum ini jurujual hanya menghabiskan masa berkualiti 90 minit sahaja. Selepas itu mereka menghabiskan lebih 180 minit yang berkualiti face to face bersama pelanggan.

2. Mereka apply logical process dalam jualan. (7 Flows seperti di atas).

Double Your QUALITY Time = Double Your Income

Dalam sains minda ada satu perkataan yang dipanggil cybernetics.

Minda kamu bergerak berdasarkan ilmu yang kamu telah masukkan sebelum ini secara langsung atau tidak langsung.

Jika jualan u teruk selama ini, ini bermakna minda itu tidak bekerja secara efektif kerana ‘kandungan ilmu’ yang ada tidak cukup.

Minda orang yang berjaya ada cybernetics, dia macam smart weapon, jika sasaran telah ditetapkan minda akan bekerja untuk mencapai sasaran.

Jika ada gangguan, minda akan berkerja untuk mencukupkan ilmu, kemudian minda akan terus bekerja untuk mencapai sasaran.

Orang yang berjaya mempunyai minda seperti ini (cybernetics).

Mereka ada sasaran $xxxx / hour …

Jika belum capai, mereka akan analisis kekurangan, dan belajar, dan terus menerus berusaha untuk mencapai target pendapatan untuk 1 jam.

Kajian yang dilakukan, apa yang mengejutkan ialah, orang yang berjaya mempunyai 1 kepakaran sahaja.

Dengan 1 kepakaran itulah mereka mencapai kedudukan 20% teratas.

– Mungkin pakar presentation
– Mungkin pakar telemarketing
– Mungkin pakar table talk
– Mungkin pakar negotiating
– Mungkin pakar selling
– Mungkin pakar closing

  • Q: Macam mana kita tahu tahap pakar?
  • A: Apabila ada suara-suara sekeliling bercakap,

– You are very good …
– You are bery good …
– You are very good …

Contohnya admin ada beberapa ebook

SMR / 70L / ESM / ETM / EMM / ESK / WITM V1 / WITM V2

Pada padangan u admin pakar yang mana satu?

– Pakar menjemput rezeki kaedah spiritual?
– Pakar programming diri untuk kejayaan?
– Pakar pengurusan asas perniagaan?
– Pakar teknik menjual?
– Pakar MM?
– Pakar WITM V1?
– Pakar WITM V2?

Q: Bagus atau tidak pakar banyak benda?
A: Yes and No

No > Jika u baru nak mulakan perniagaan, u pakar semua benda ini adalah tidak bagus.

YES > Bila u dah power, untuk buat lebih banyak duit, adalah bagus untuk pakar dengan banyak perkara.

Strategy yang admin gunakan ialah, kita buat banyak ebook, kita share itu dan ini, dan kita lihat result produk yang mana satu lebih mendapat perhatian.

Setelah analisis dengan data-data bertahun-tahun, produk yang paling laju naik akan di bawa kehadapan.

This is my life, my story …

Macam mana dengan u punya story?

U ada banyak produk? Orang kenal u dengan produk yang mana?

Atau …

U baru nak mulakan bisnes, then ada banyak produk, produk yang mana satu u akan bawa kehadapan?

Buat permulaan hanya satu sahaja u perlu jadi pakar dan bawa kehadapan, selepas itu barulah ‘upsale’ dengan lain-lain produk.

Boleh or boleh?

Bila cerita tentang bisnes, kewangan, Market Malaysia sebenarnya semua orang boleh buat banyak duit dan ada potensi yang besar untuk berjaya.

Just apa masalah usahawan?

Masalah dia ialah ORANG TAK KENAL U …

Yup,

– Orang tak kenal u siapa …
– Orang tak tahu apa produk u …
– Orang tak tahu kepakaran u …

Bila orang search dekat ‘google’ nama u tak keluar pun?

– masalah nak menjemput rezeki
– masalah tak tahu macam mana nak jadi kaya
– masalah tak tahu macam mana nak berjaya dalam kewangan
– masalah tak tahu macam mana nak menjual
– dan lain-lain …

Sometime nama u dah keluar, tetapi sharing yang u buat dekat facebook / blog / forum / twitter #ntahapeape …

Macam mana orang nak beli?

– Masalah nak jadi putih
– Masalah wedding souvenirs
– Masalah bisnes emas
– Masalah bisnes saham
– Masalah ayam kampung
– Masalah online bisnes
– Masalah loan perniagaan
– Masalah kereta
– Masalah interior design
– Masalah motivasi kehidupan

Ada banyak jenis masalah manusia dekat Malaysia ni. Baca balik FREE report Ebook Spiritual Marketing (ESM) …

Bila u dah ada 1 niche / produk perkara pertama yang u perlu lakukan ialah register BLOG / FB – Page dahulu …

Selepas itu, tulis 300 up to 900 artikel yang bermanfaat, perkongsian percuma, tip-tip yang bagus, tidak kira u copy atau u tulis sendiri.

Guys, orang kaya memang gila, ada ke patut dia suruh tulis 300 – 900 artikel, memang tak patut, banyak kerja pula tu.

Nak jadi kaya? Ok u buat. Tak nak sudah.

Katakan blog / facebook u dah capai 300 artikel, perkara seterusnya ialah u perlu register semua perkara di bawah ..

– Blog
– Twitter
– Linkedin
– G+
– Youtube
– dan lain-lain …

Semua akaun itu kembali (backlink) kepada ‘BLOG’ …

Dekat blog, teruskan perkongsian sehingga mencapai 300 – 900 artikel.

Bila orang sampai blog > Collect database / email dahulu …

Then teruskan share, tip-tip / idea -idea yang bagus …

Educate lebih banyak your database / tribe …

Kerja ini makan masa lebih kurang 1-3 tahun …

Lebih cepat u touch ‘300 – 900’ lebih cepat banyak orang kenal u sebagai pakar dalam sesuatu niche …

Lebih banyak orang kenal, lebih banyak u akan dapat wang …

Bila dah dapat wang, upah penulis, tulis semula semua tip-tip u, then hantar kepada penerbit …

Pada masa hadapan apa yang admin akan lakukan ialah, cari ghostwriting, then tulis semula FAQ-FAQ yang telah ada, then hantar kepada penerbit.

Cari penulis yang lain, tulis apa yang admin pernah tulis dekat blog, fb, forum dan lain-lain.

  • Buku fizikal = aset
  • Blog = Aset
  • Ebook = Aset
  • Database = Aset
  • FAQ = Aset
  • … dan lain-lain …

Nampak or nampak?

Cepat atau lambat bergantung kepada SPEED …

SPEED bergantung kepada MOTIVASI …

MOTIVASI bergantung kepada ILMU (buku, ebook, seminar) …

Ilmu bergantung kepada ‘MASA’ …

  • Berapa banyak masa yang u habiskan untuk analisis buku
  • Berapa banyak masa yang u habiskan untuk analisis ebook
  • Berapa banyak masa yang u habiskan untuk analisis youtube
  • Berapa banyak masa yang u habiskan untuk analisis nota seminar

U dah tahu banyak perkara right?
Berapa banyak masa yang berkualiti u habiskan?

Or u sibuk gesek biola? Sahaja …

Bila u sedang blow / frust / semangat jatuh,

1. Rehat beberapa minggu …
2. Mulakan dengan youtube semula ….

Cari tajuk perihal selling / closing yang bagus, lihat 1 video 25 – 300 kali.

Presenter tu make sure yang mempunyai motivasi tinggi seperti Tony Robbins or Grant Cardone …

U lemah sebab u kurang motivasi, bila u lihat video-video yang ada motivasi berulang-ulang kali, motivasi itu akan berjangkit.

Bila u pergi seminar, ilmu baru masuk, sekeliling u semuanya ada semangat, tu sebab bila balik u akan ada motivasi yang tinggi.

Selepas beberapa minggu, tenaga sekeliling bercampur semula dengan diri u, lama kelamaan motivasi u akan jatuh semula.

In case u dah dapatkan Ebook 70 Lessons (70L), antara perkara yang u perlu lakukan ialah tampal gambar 70 motivasi pada dinding rumah / pejabat.

Perkara ini akan menjadikan diri u dikelilingi oleh motivasi 24/7/365.

Boleh or boleh?

Ada satu soalah yang sangat menarik,

Jika esok pagi u bangun, u telah menjadi pakar dalam satu bidang dan buat banyak wang apakah bidang itu?

1. Ambil pen dan kertas
2. Tulis perkara itu

Then selagi boleh mulakan daripada ‘RM0’ …

Mostly orang yang berjaya dalam online mereka bermula daripada kosong, bukan sebab tidak ada duit, mungkin telah lama melakukan kesilapan, then duit sudah habis, dari situ dia mulakan balik dengan melakukan TINDAKAN YANG TEPAT phase by phase terus meningkat…

Bila u telah tulis kepakaran, tetapi sekarang u buat perkara yang lain, sebenarnya selama ini u telah melakukan perkara yang SALAH.

Tidak perlu STOP apa yang u buat sekarang, tetapi u patut mulakan SEKARANG perkara yang u minat itu.

Dalam bisnes, antara perkara yang paling penting ialah PRESENTATION.

Selagi u buat bisnes, selagi itulah u perlu bercerita / menulis kepada pelanggan.

Jika u tidak ada SEMANGAT untuk bercerita perihal produk u berjam-jam lamanya, maka tidak hairan selama ini u gagal buat duit yang banyak.

Sekali lagi kita cerita perihal masa,

Mengapa ada presenter / penceramah luar negara mampu mencapai tahap yang sangat tinggi dalam kerjaya?

Dalam kajian, sebanyak mana ‘masa bercakap’, semakin cepatlah mereka mencapai tahap pakar dalam sesuatu bidang.

Untuk orang biasa, yang tidak minat bercakap, dan menulis, tidak mempunyai motivasi yang tinggi apa yang akan berlaku ialah u akan ambil masa sekitar 7 tahun untuk berjaya.

Matematik 7 tahun adalah kiraan masa kualiti yang u habiskan untuk bercakap / menulis / menerangkan kepada pelanggan.

Presenter / penceramah / motivator / penulis adalah orang yang paling banyak bercakap, memberi idea, nasihat, tip-tip mengenai kepakaran mereka.

Lebih banyak masa mereka bercakap / menulis, lebih cepat mereka mendapat kejayaan.

Semoga anda dapat beberapa idea dan terus apply, kemudian dapat tingkatkan jualan 2x ganda atau lebih dari itu.

Ok, done, just idea & Have Fun.

Inche Hujan | Supersonic

– Author
– Investor
– Businessman

.
.
.
.

[ IKLAN ]

etm

Ada masalah,

  • Dah lama buat bisnes tetapi masih merangkak?
  • Jualan slow, tak bagus, sangat rendah?
  • Sudah gagal dalam bisnes bertahun-tahun?
  • Ingin mulakan ‘bisnes’ secara online?

Antara perkara yang u perlu tahu ialah teknik menjual.

  • 67 soalan untuk analisis diri dan bisnes.
  • Memahami psikologi mengapa pelanggan membeli.
  • Aliran / Sistem mengambil wang pelanggan.
  • 4 fasa menulis ayat iklan.
  • Mind booster
  • Affirmation
  • Influence

Untuk meningkatkan jualan 2x ganda atau lebih, ada teknik-teknik tertentu yang lebih spesifik perlu dilakukan.

Apabila kita tahu teknik tersebut, lakukan berulang-ulang kali dan dengan apa sahaja produk atau perkhidmatan hasil yang sama juga akan berlaku (T&C).

This is very special knowledge, teknik yang jarang orang bincangkan contohnya flows, analisis, sequence dan lain-lain.

Hayati secara mendalam dan u akan nampak potensi besar apabila berkecimpung dalam dunia jualan.

Minda akan berubah (Turn Around), dan u tidak lagi akan fokus kepada perkara yang biasa u fokus selama ini untuk melakukan jualan. Its totally different system, technique, and skills.

Kepada yang sudah beli, selepas ini akan ada lagi beberapa tambahan salah satunya apa masalah sebenar usahawan, bukan masa, bukan system, bukan produk, bukan copy writing, bukan target, bukan pelanggan dll.

Siap dengan data survey, bila u sudah ada semua benda, kenapa masih lagi tidak dapat buat banyak duit? Where is the mistake?

Ini kali terakhir admin offer dengan harga RM55 RM35 …
Untuk next post ETM akan jadi RM60 > RM90 > RM130 …

Tip beli ebook.

  • Email kepada penjual terlebih dahulu, ceritakan sedikit situasi bisnes u, dan minta pandangan adakah dengan produk ini dapat membantu saya.
  • Then lihat ‘jawapan’ penjual tersebut sesuai dengan situasi diri u atau tidak, jika sesuai barulah ambil keputusan untuk membeli.

Untuk mendapatkan ETM,

  • Hubungi: Abamrain/@/gmail.com
  • Tajuk: Berminat dengan ETM

P/s: Jangan sesekali gunakan ilmu TEKNIK MENJUAL ini kepada orang yang tidak memerlukan sesuatu barang, dan menjual barang-barang yang melanggar etika kemanusiaan. Reverse psychology sangat berkesan dalam jualan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s