Babi

Ketika aku di tingkatan 4, aku pernah bertanya pada guru agama kelas aku: Kalau Allah itu tidak pernah mencipta perkara yang sia-sia dan mensia-siakan, kenapa dia ciptakan babi?

Nak dimakan tak boleh, nak dipegang tak boleh, nak dijadikan tunggangan tak boleh, nak dibuat pakaian tak boleh.

Ok boleh je sebut, but you know what i mean.

Jawapan yang aku dapatkan memang best, sampai sekarang aku takkan lupa.

Cikgu aku jawab: Sebab nak jadi bukti betapa manusia itu memang fitrah suka melawan, degil!

Betul, kan?

Babi adalah satu simbolism kepada kedegilan kita manusia. kalau tidak kepada kita individu kepada manusia secara general. kita memang suka saja-saja nak benda yang tak boleh pada kita.

Sama konsepnya dengan adam as dengan pokok quldi. allah menghalalkan SEMUANYA kecuali satu. yang satu jugalah yang menjadi sebab tercampaknya baginda ke bumi.

Of course — dengan tipu helah iblis. Tapi itu sudah memang kerja dia. nak marah pun tak boleh. allah dah lama bersumpah memang iblis akan kena di akhirat nanti.

Kita ni. kenapa masih degil?

Sebanyak-banyak perempuan dalam dunia– kenapa nak yang isteri orang? Sebanyak-banyak harta dalam dunia — kenapa nak mencuri untuk kaya? Sebanyak2 kerja dalam dunia– kenapa tetap nak pilih kerja yang haram?

Sebab kita degil. ( Emotikon frown )

Dan bila kita dah pilih utk jadi degil, kita persembahkan 500 helai kertas kajang untuk menjustifikasi kedegilan yang kita memang tau salahnya.

Haih.

Babi cuma sejenis simbolism tentang kedegilan manusia. yang kalau benda boleh dipegang dinampak pun kita ingkar– apa lagi perkara-perkara yang hanya mampu ditaakul akal yang berfikir.

Ya. rata-raya kita semua tak pernah makan babi. tak ingin sentuh babi. tapi segala perkara-perkara yang tidak boleh yang lain? Yang tak terjelas? Macam mana…?

Kita bukan main risau kalau datang bab babi. bukan main jaga-jaga. tahap nak lafaz perkataan babi pun rasa berdosa. tapi fitnah, keji, rasuah, aniaya, adu domba, rompak, tipu daya? Itu semua macam mana…?

Haih la jiwa raga. sebanyak-banyak lubuk pahala dalam dunia, kenapalah kau masih selesa untuk tak risau dengan dosa2? benda yang tak boleh juga yang dikehendakkannya.

Allah itu tidak sia-sia. dari babi pun kita patut cari diri kita, semua benda –> mesti ada sebabnya.

11904632_783690341743342_6652845925979382910_n

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s