SMR #10 – Sedekah

Pada siri yang lepas adalah tentang tingkatkan pendapatan melalui fizikal. Antaranya melalui masalah yang kita ada sekarang. Rezeki kita ibarat hembusan nafas. Perlu ada keluar dan masuk, baru stabil.

Ibarat empangan yang perlu ada air masuk dan keluar, barulah ada elektrik yang dapat dijana daripada air yang masuk itu. Pernah dengar tentang kebocoran wang? Masuk banyak-banyak tetapi tetap keluar.

Continue reading

Advertisements

SMR #9 – Tingkatkan Pendapatan

$90,717 Hutang Pendidikan Selesai Dalam 7 Bulan

Petikan ini kredit pada Pakdi.net:

Di Amerika, ada seorang pemegang MBA, Harvard Business School, Joe Mihalic yang berhutang sehingga $101k dan selepas dua tahun dia membayar hutang secara konsisten dia mendapati hutangnya masih berbaki $ 90,717.

Continue reading

SMR #8 – Simpan 10%

Insyirah Azhar (IA) adalah seorang penulis hawa yang muda yang berada dalam genre Inspirasi KeTuhanan. Dia banyak menerima emel luahan tentang masalah kewangan.

Simpan 10% – hok alorh. Benda kecik je?

Mungkin ada orang akan cakap macam di atas. Ingat ini,

“Gunung-ganang terdiri daripada kerikil-kerikil batu.”

Bayangkan you ada RM 1 juta simpanan. Adakah you punya,

– Mindset
– Cara kerja
– Idea

Continue reading

SMR #7 – Mengapa Penting Tetapkan Matlamat?

Saya suka pada artikel berbahasa Inggeris oleh VulcanPost.com tentang pengasas Alibaba.com, Jack Ma. Berikut saya kongsikan antara petikan yang terkesan di hati saya:

Jack Ma: People lose out in life because of these 4 reasons:

– Being myopic to opportunity
– Looking down on opportunities
– Lacking understanding
– Failing to act quickly enough

You are poor, because you have no ambition.

Continue reading

SMR #5 – Kapasiti Dan Kekayaan

Ulang semula (revise) siri sebelum ini. Ada tambahan. Buat sekarang bukan esok, tulat, atau bila dah jadi ulat.

Plan Tindakan Siri Inche Hujan  4 – Hakikat Revolusi

Apa yang boleh dilakukan adalah tulis apa sikap buruk, dan apa perkara positif yang patut diubah daripada sikap negatif itu.

Contoh: Saya asyik online facebook sehingga saya leka, buang masa, dan tidak buat to do list saya pada hari itu.

Saya perlu tinggalkan sikap yang selalu on9 fb dan buang masa dengannya. Saya perlu tulis to do list, dan pakai teknik pomodoro untuk manfaatkan masa sebaiknya. Insya-Allah buat begitu lebih jelas apa yang perlu diubah, dan tinggalkan.

Sebelum kita masuk amalan-amalan kekayaan, dan kerezekian, penting tunekan mindset terlebih dahulu. Selagi kita masih dengan mindset lama, kita tak ke mana.

Contoh mudah. Orang yang dapat duit EPF, walaupun duit dia banyak, tetapi dia tiada ilmu jadikan duit itu sesuatu yang menguntungkan, duit itu akan habis juga.

Dalam soal ini, andai kita diberi ilmu rezeki 7 petala langit sekalipun, andai mindset kita,

“Buat amalan kerezekian, dapat rezeki.”

Continue reading

SMR #4 – Hakikat Revolusi (Perubahan)

motivasi-seorang-daie

Satu perkara penting you kena faham, apabila you nak berubah ke arah sesuatu yang lebih baik, you wajib tinggalkan beberapa perkara yang lama. Contoh:

  • Kalau nak jadi Wak Doyok yang smart dan pandai berfashion, kena tinggalkan cara pemakaian yang selekah. Mula dapatkan senarai pakaian yang smart, walau pada harga yang murah. Wak Doyok tidak pernah kelihatan sangat selekeh, sebaliknya beliau sentiasa kemas.
  • Kalau nak jadi seseorang yang hebat dalam pengucapan awam (public speaking), kena tinggalkan kehidupan menjadi seorang pendiam. Perlu mula bercakap, bertemu dan berhadapan dengan ramai orang.

Continue reading

SMR #1 – Syarat Pertama Mengubah Hidup Malang

Untuk mengubah hidup yang malang, pertama tinggalkan benda-benda negatif. Supaya ‘ruang’ kosong yang diisi oleh benda-benda negatif tadi, dapat diisi dengan benda-benda positif.

Untuk menjadi hamba yang soleh, pertama tinggalkan hal-hal maksiat. Supaya dengan itu, hati menjadi semakin bersih, apabila mengaktifkan diri dengan amalan-amalan yang mendekatkan diri dengan Allah. 
Continue reading