Tanya Penulis

Suatu ketika dahulu Inche Supersonic juga pernah melalui kehidupan biasa-biasa seperti kebanyakan orang yang hidup di Kuala Lumpur. Sekolah, belajar, bekerja dan ada keinginan untuk hidup lebih kaya dan berjaya. Bertahun-tahun dihabiskan untuk memenuhi keinginan seperti itu, baca buku, forum, seminar, ebook, blog, ujikaji dan sebagainya.

Sebagaimana juga pernah berlaku kepada ‘usahawan muda’ iaitu kegagalan demi kegagalan yang diperoleh. Namun kejayaan belum menampakkan dirinya. Yang kelihatan hanyalah pesanan demi pesanan secara general yang dilakukan oleh orang-orang yang berjaya di forum, blog, majalah, buku, dan lain-lain sumber.

Pada suatu hari seperti kebanyakan orang lain, penulis berfikir: “Bilakah aku akan berjaya, dah banyak berusaha tetapi masih belum berhasil lagi ni?”

Selepas suatu peristiwa berlaku, hidup penulis menjadi merubah 360, dan terus berubah menjadi semakin baik, semakin baik dan semakin baik.

Apakah yang penulis lakukan? Perkara itu ialah ‘tanya soalan’ secara PM / Message secara private kepada seseorang. Daripada jawapan / idea beliaulah, yang banyak membawa perubahan besar dalam hidup penulis.

Banyak idea yang beliau kongsikan, tetapi hanya beberapa idea / perkara yang penulis betul-betul apply yang menjadi asbab bisnes menjadi. Ada banyak rahsia, ada banyak strategi mudah sebenarnya yang dilakukan oleh orang yang berjaya. Pada kaca mata ‘orang biasa’ ia mungkin perkara biasa sahaja tidak perlu dilakukan walhal ianya sangat penting. Sebahagian pesanan itu penulis abadikan dalam Ebook 70 Lessons.

Sebagai penghargaan dan menyambung legasi, penulis juga ingin melakukan perkara yang sama iaitu berkongsi idea dan tip bagi anda yang memerlukan. Idea hanyalah idea, mungkin berguna mungkin tidak berguna. Manalah tahu ada di antara idea yang penulis kongsikan ‘mungkin’ menjadi asbab kehidupan anda juga berubah selepas ini.

Untuk sebarang pertanyaan:-

  • Email : Abamrain/@/gmail.com
  • Tajuk: FAQ – Blog SMR
Akhir kata idea percuma ‘mungkin menjadi asbab’ kehidupan anda berubah selama-lamanya.
Kejayaan anda inspirasi buat kami.
Inche Hujan | Supersonic
– Author
– Investor
– Businessman.
Advertisements