Kuasa Kekuatan Suara Hati

Insya-Allah saat ini saya masih dalam proses beristikharah untuk beberapa jemputan JV, dan menerima mentee baru untuk recruitment syarikat saya. Mempraktikkan saranan sifu,

Tulis 10-30 kemungkinan-kemungkinan positif tentang perkara itu. Selepas tulis …. malamnya sebelum tidur:

1. Istighfar 1000x
2. Solat taubat
3. Solat istikharah / hajat

Buat dengan hati. Kemudian, tidur dengan lena. Ulang setiap malam sehingga dapat petunjuk.

Mesej direply setelah sehari

Suatu hari saya dijemput menyertai pasukan sebuah syarikat. Selepas bincang, saya dah beri tarikh bila saya boleh jumpa mereka. Kemudian, lama mereka menyepi.

Saya bermonolog adakah itu bermakna bukan untuk saya atau bagaimana. Saya mesej semula individu tersebut untuk sahkan. Kelihatan pm saya di seen oleh beliau, tetapi beliau tetap tak balas.

Saya cool. Saya tidak mahu begitu berharap. Saya teruskan dengan 3 perkara di atas. Dengan izin Allah, pagi ini dapat tarikh untuk bertemu dengan mereka.

Keajaiban berkomunikasi melalui Surah Al Fatihah

Ketika hari terakhir di Seoul, Korea, saya dan rakan backpackers bergegas ke Gimhae Airport untuk ke Osaka, Jepun. Di Korea, ramai yang gunakan tren. Stesen tren di Korea penuh dengan orang, dan tangga yang banyak. Mereka semua pantas berjalan.

Oleh sebab kami turut berjalan pantas, dalam sekelip mata, kami telah kehilangan sebentar ahli backpackers kami. Ketika itu pukul 1.30 petang. Flight ke Jepun pukul 4 petang. Kami mula kaget.

Salah seorang backpackers kami mencari ahli backpacker yang hilang.

“Tiada.”

“Huhh?”

“Mana pula dia ni? Jangan tinggal flight sudah.”

Kami mula risau. Kami duduk sebentar dan ada yang cari di stesen kami naik tren. Tidak jumpa. Lantas saya baca surah Al Fatihah dalam hati. Istighfar dan selawat. Bayangkan ahli backpackers yang hilang di depan.

“Kitorang kat sini. Kitorang tunggu ko kat sini.”

Saya sebut namanya dan maklumkan kami tunggu di bawah itu. Alhamdulillah, selepas beberapa minit, kami nampak beliau di tangga turun ke stesen itu. Rupa-rupanya beliau membantu seorang pak cik tua bangun daripada jatuh.

Dan sejurus beliau bangun, kami sudah hilang daripada pandangan.

“Terima kasih Allah.”

Justeru, kalau backpackers ke Korea, pastikan ahli backpackers sentiasa rapat-rapat dan dekat. Supaya tiada yang lesap dan hilang dalam sekelip mata.

Suara hati vs. suara mulut

Kadang-kadang menjerit, terpekik kepada manusia, belum tentu mereka faham. Cukup menggunakan Allah sebagai perantara, insya-Allah Dia yang menggerakkan tiap hati.

Tentang suara hati, baca artikel di bawah dan hadam banyak kali:

Cara Didik Anak Berkata Negatif

2 thoughts on “Kuasa Kekuatan Suara Hati

  1. Fuh….

    Berapa lama nak perabis istighfar 1,000 kali tu? Istighfar pendek ka panjang ka atau penghulu istighfar ka?

    So far saya istiqamah baca surah Yasin setiap hari… Boleh tak? Dah 2 bulan dah…

    Like

    • Andai pakai tasbih digital, insya-Allah tak rasa 1k.

      “There is a difference between interest and commitment. When you’re interested in something, you do it only when it’s convenient. When you’re committed to something, you accept no excuses, only results.” ― Kenneth H. Blanchard

      Orang yang komited akan lakukan apa sahaja, tidak terima alasan melainkan hanya bertindak menghasilkan sesuatu.

      Like

Leave a reply to Hafidz A Majid Cancel reply